6/04/11

narsisistik akut

Sangat kelakar. Soley, Soley jadi isu. Kata mereka, lagu itu memuja Horus, Tuhan Matahari. Apa fahamkah orang Melayu apa itu Soley? Lagu lama pun. Kenapa tak bising sebelum Hantu Kak Limah? Jahat sungguh mereka ya? Bersungguh-sungguh meracuni pemikiran Melayu hardcore. Yang sentiasa tadah telinga dan hati untuk diracuni. Kasihan....

Sama kes dengan isu salam, akum, askum dan segala bagai. Benda mudah. Bila sudah dianugerahkan akal, jadilah orang yang bijak. Bukan jadi lembu kena tindik hidung. Betul-betul haru-biru.

Orang yang suka buat huru-hara itu mungkin mengalami sindrom narsisistik akut. Bila terasa ilmu sudah penuh di dada maka dia boleh buat apa saja. Mungkin sebab itulah mereka rasa berkuasa untuk keluarkan fatwa sendiri. Dan kita yang tak tahu apa-apa pun jadi pengikut setia dan sejati. 

Agaknya, ustaz yang pukul budak kecil itu juga manusia narsisis. Bila sudah terlalu gah dengan gelaran ustaz maka dia berkuasa untuk jatuh hukum ikut suka. Tapi dia lupa, bisikan syaitan itu lebih padu dari imannya. Sungguh malang ustaz itu kerana meranapkan akal fikiran sendiri.

Budak kecil itu hanya berumur 7 tahun. Apalah daya dia?

5 comments

assalamualaikum..

agaknya ustaz tue tgh "menurun" kot huhuhuhhhhh

memang kid tak paham betul dengan kes tu..
takkan dia takde perasaan langsung masa membantai arwahnya tu?
hello, budak umur 7 tahun ok..
bukan 17 tahun...!!!

kalau ya pun arwahnya curi duit RM7 tu..
tak boleh ke ajar dengan cara elok-elok tanpa menggunakan kekerasan..
kita pun kalau dah buat salah kadang-kadang tanak mengaku juga kan..
inikan lagi budak 7 tahun..

Al-fatihah untuk arwahnya :(

Tanpa Nama
6/4/11

Mommy Fara...so semangat kan!!!!!I sokong...kita bakor je..hahahahahah*i'm a big fan of Hantu Limah!!!*

7/4/11

MF,
sampai ati cikgu tu.

tak faham apa kena mengena dgn lagu soley ni... hehhehe..

Catat Ulasan