20/05/11

cerita tentang ayah


Bila ibu diserang sakit jantung, ayah menjadi ketakutan dan keseorangan. Jika sebelum ini, semua pakai minum pasti ibu yang sediakan. Tapi bila ibu di hospital, ayah terpinga-pinga sendirian. Ayah sudah terlalu tua. Buat apa saja kerja pun pasti terketar-ketar tangannya.

Memang anak ayah semuanya sudah berjaya. Pangkat-pangkat besar belaka. Dulu bila ibu sihat, tak seorang pun rajin menjenguk mereka. Tapi kini, mereka terpaksa. Lagipun ayah sudah tua. Siapa lagi nak jaga dia?

Bila ayah di penghujung usia, dia asyik terkenang kisah lama. Kisah sewaktu dia masih sihat. Kisah sewaktu dia masih larat menanggung keluarga. Tapi kini hanya tinggal kenangan. Ibu pula sakit. Harapan kini tinggal pada anak dudanya. Bila yang lain ada komitmen keluarga. Anak dudanya tidak kisah. Malah, dia sangat menyayangi ayah tuanya. Memang dulu anaknya bersikap acuh tak acuh. Tetapi kini dia sedar, ibu dan ayah semakin dimakan usia.  Bila-bila masa saja Tuhan boleh ambil balik hak-Nya.

Di atas adalah karangan sendiri sinopsis filem Dad. Saya menikmati filem itu pada Hari Wesak lepas. Dad yang bergenre drama sangat padat dengan sentuhan kasih-sayang di antara anak dan ayah. Saya sangat suka filem ini. Bila saya tonton filem ini, rindu saya pada ayah jadi membuak-buak. Saya sayang dia.
  • Sangat rugi bila saki-baki usianya tidak kita perlihatkan betapa sayangnya kita pada dia.
  • Sangat rugi bila tidak pergunakan peluang yang ada untuk mencium tangan, pipi dan memeluk erat dirinya.
  • Sangat rugi bila masa yang belum tentu berapa lama lagi yang tinggal ini tidak kita ambil dengan bertanya khabar pada dia.
Saya hargai masa yang singkat ini untuk menyayangi ayah sehingga ke akhir hayat saya (senyum).

13 comments

20/5/11

cerita omputih ke melayu?

20/5/11

tak rapat dgn ayah.

kebetulan..entri kite pagi ini tentang ayah kan..sangat besar jasa ayah dalam membesarkan kita semua..tengah touching nie huhuhhhh

20/5/11

=( amni dah takde ayah since 14 tahun... memang terasa sangat bila tgk orang ngan ayah masing2...=(

saya juga rindu dgn abah..masa sihat dulu, abah sgtlah rajin bekerja..skrg w/pon dah tua, perangai workaholic abah tak pudar2..

Tanpa Nama
20/5/11

sweet!

saya tak berapa rapat dengan abah.. saya rapat dgn ibu..

Bagus tu Farra, jangan jadi cam cik Ina, kerana sebuah dendam dan terlalu sayangkan adik beradik cik ina tak dapat jumpa ayah sampai hingga menghembuskan nafas yang terakhir.

22/5/11

sayangi lah ayah, daddy, papa, abah, father dan sewaktu dengannya... hehehe

22/5/11

dear MF..
Mak komeng nak mengomen ni..


tsk.. tsk.. mintak tisu leh?..
fullstop.

22/5/11

sayangi la ayah kita sementara dia masih ada...

ayah telah pergi...namun sayangku pada ayah tidak berbelah bahagi.

24/5/11

ayah ku memang tak pandai nak menunjukkan kasih sayang pada anak2 nya (tambah lg pd kami yg dah besar2 ni). walaupun begitu sya tetap syang & ingatkan dia.

Catat Ulasan