21/07/11

bukan hal politik tetapi pelik dengan bangsa sendiri, saya perlukan penjelasan perjuangan itu....

(Baca bila kamu mahu peduli dengan bangsa sendiri. Tinggalkan jika kamu tidak mahu peduli dan pentingkan hal sendiri)

“..saya juga seorang manusia yang dhaif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya. Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam. Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat”.



Hakikat hidup di negara sendiri. Bangsa sendiri benci sesama sendiri. Apatah lagi bangsa lain. Sedangkan di tempat saya bekerja (bos dan majoriti pekerja bukan bangsa Melayu), memohon ruang sekangkang kera untuk surau pun, kami dipaksa bermain tarik tali. Apatah lagi bila terpaksa membontot bangsa lain hanya untuk kemenangan. Bukan perjuangan.

Saya sudah muak ditindas bangsa lain. Dan saya juga semakin jelak ditindas oleh bangsa sendiri. Habis, saya hendak hidup di mana lagi?

48 comments

21/7/11

betul tu.. hijrah konon untuk elak dari ditindas bangsa lain tapi hakikatnya sama sahaja.. kalau membantah.. hidup sendiri sorang sorang.. (sanggup ke?)

Jom, kita cari pulau yang kosong.... kita buat negara sendiri?

(Al-Fatihah untok dr lo'lo'... I suka YB yang 'bekerja'. I hate YB yang 'tidur'...)

bertanya mencari jawapan bagai nak rak tapi bila hasilnya macam nak jatuhkan bangsa sendiri pun ada..

banyak peringkat perlu dilalui yang akhirnya pandangan kita tidak dipedulikan.. janji hanya tinggal janji..

Dua puluh satu Julai dua ribu sebelas. Sehari lagi umur meningkat. Terasa segar bugar setelah dipeluk erat utusan doa menerusi celahan awan. Awan-awan perak berarak seragam. Tidak sia-sia mereka berlatih. Melintas harmoni seiring alunan bayu mesra. Awan hitam tidak mahu ketinggalan. Mahu turut serta dalam perarakan.



La, la, la, la, la....bergetar peti suara. Merayakan hari ini.

Hm, hm, hm....sambil berharap agar hari-hari yang ditempuh dapat menangkis pintasan awan hitam.

Pelukan doa tiada noktah. Sunyi, penuh bermakna. Doa dirungkai atas nama Tuhan yang mencipta awan. Noktah itu semakin menjelma.


(entri yang pernah dipublish seatu ketika dulu...relevan kot???)

bkn saje ditindas bangsa lain, tp sy skrg rase turut ditindas bangsa sendiri.bkn saje membenci bangsa sendiri, tp sy yakin Nabi juge benci jika kite membenci bangsa lain.sy tak kesah dgn bangsa krn sy lebih beratkan agama sy.krn agama sy utk semua bangsa tp bangsa sy bkn utk semua agama.sy bawa agama sy utk soalan di barzakh nnt,bkn sy membawa bangsa sy.

byk2kan bersabar..mungkin ada hikmahnya..;p

21/7/11

bertolak je lebih,ansur nya langsung hampas~haih~

takutnya bangsa kita merempat di negara sendiri. Tanah Melayu.

21/7/11

susah kan skang ni

isu mintak tmpt semahyng mmg jadi isu besa kalo kerja dgn bangsa lain yg tak memahami...

melayu sama melayu gaduh gaduh,
bangsa lain tepuk tangan
atau lama2 jadi mcm palestine, merempat ditanah air sendiri..

setangah melayu dan beragama islam, nama je melayu dan islam sedangkan arak, makanan haram adalah santapan harian...

eh boleh ke i komen mcm ni arrr????

@NUR

Fitrah manusia?

@gedek!

Bila dah jadi negara, sapa nak jadi raja? Heheheheh....

@aizamia3

Semua orang memang suka berjanji....tapi nak laksanakan?

@ahmad humairi

Terima kasih kerana madah puitis itu. Penuh makna. Berlapis-lapis.

@Mrs. Amad

Bangsa kita hampir ditenggelami bangsa lain yang berlainan agama. Masih mahu berdiamkah kita?

Andai benar terjadi, apa tindakan kita?

@Siti Hajar Masri

Kalau tak sbr, dah lama saya anjurkan perhimpunan haram mcm bersih. Hahahahah! Tp sy tak sokong bersih sbb mereka bersekongkol dgn bangsa lain.

@bujal X

Melainkan ansur berduit.

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

Memang menakutkan. Mereka boleh berselindung dgn warganegara Malaysia yg mereka miliki. Mereka bukan dtg secara haram (walau asalnya begitu). Mereka halal dan pasti jika kita masih diam, mereka akan memijak kepala kita satu-persatu.

@NM02

Tak susah kalau kita bersatu dan ambil tahu.

@:: Mrs.Eady ::

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....

@NenekPenne

Komen paling bernas. Suka bab

"melayu sama melayu gaduh gaduh,
bangsa lain tepuk tangan
atau lama2 jadi mcm palestine, merempat ditanah air sendiri.."

Tapi Palestin itu adalah dugaan yang Allah turunkan yang mana hikmah yang terbaik pasti akan menjelma utk mereka (mangsa-mangsa di sana)....

bangsa kita ditindas bangsa lain sebab bangsa kita suka bagi peluang untuk bangsa lain tindas kita? peluang datang bila bangsa kita bergaduh sesama sendiri bangsa lain menanti peluang di tepi.

macam zaman Inggeris dulu, dasar pecah dan perintah.

21/7/11

Ingat kata Tun Mahathir~Melayu Mudah Lupa.....
Berhati-hatilah... sekali sekale pandanglah ke belakang, bukan ape takut kene liwat ngan bangsa lain

sinikal tapi relevan.

@afrohead

Mcm menangguk di air keruh kan?

@NuFaN

Hahahahahaha! Komen nie yg paling best!

@delarocha

Relevan tu yg penting!

Tanpa Nama
21/7/11

terus bersama dengan bangsa sendiri, tapi teruskan jugak membenci apa yang salah.

cik ina dah tahu hal tu lama, mufti selangor Ishak Baharom kebetulan anak saudara dia satu opis ngan cik ina sekarang ni. kenapa ngan arwah mufti tu? panjang lebar kalau nak jelaskan kat sini. cam ni lah cik ina beritahu kat Negara ni sapa yang lurus dan berpegang pada landasan yang benar tak boleh jadik pemimpin.

rakan2 aku kini merasakannya di selangor...well what to do....keh3

oh yer jawapan utk populariti atau kebenaran sudah terjawab...

@Mommy Fara

komen kamu kat http://delarocha82.blogspot.com/ dangat patiotik, OK?

sy tak rasa ditindas bangsa lain melainkan bangsa sendiri menindas diri rakyat. Wallahualam. Doakan yang terbaik untuk kesejahteraan rakyat dan pemerintah yang adil.

maaf saudari..mcm mana kalo saudari dilahirkan bukan melayu?????

bukan salah mereka dilahirkan bukan melayu..seperti anda menyalahkan tuhan menjadikan mereka bukan melayu!!!!!

adakah bangsa melayu ini mulia???adakah bangsa cina itu kotor??india itu kotor???parsi itu kotor?arab itu mulia?israel itu kotor?(bangsa israel pernah makan makanan dr syurga di zaman nabi musa)

persoalan yg sudah lama ku fikirkan..dan akhirnya kutemui tiada bangsa yg mulia di muka bumi ini..

tidak pernah sekalipun MUHAMMAD berkata "aku berjuang untuk bangsa arab"

tak kira apappun bangsa kamu,kamu dilahirkan dari benih adam dan hawa..

@SynicalMind

Saya suka yg itu. Berpihak pada bangsa sendiri. Tapi yg salah tetap salah.

@Cik Ina Do do Cheng

Betul Cik Ina. Saya tak percaya permintaan BERSIH untuk membersihkan apa yg mereka rasakan kotor selama ini melainkan untuk menaikkan nama sendiri dan kuasa supaya mereka boleh buat apa saja.

@RepublicAku

=D

Dah terjawab? Saya akan baca!

@gedek!

Patriotik eh?

@FIFIEY LYCHEE MARATION

Mungkin awak belum rasa....

@punchdrunk lovesick

Tak apalah dik. Awak mungkin belum merasa. Atau mungkin awak kebal dengan perasaan. Heheheh.

Setiap orang ada fahaman dan perjuangan. Jika kita Melayu, saya bangga menjadi Melayu. Jika kita Melayu beragama Islam, maka saya turuti agama saya dan saya masih bangga dengan bangsa saya sendiri. Tapi andaikata saya masih beragama Islam dan tidak ambil kisah tentang bangsa saya sendiri, maka negara saya akan senang-senang diambil bangsa lain bukan beragama Islam. Dan bayangkan hidup di atas muka bumi yang mana pemerintahnya bukan beragama Islam dan liberal? Bayangkan apa nasib kita?

Bila kita sudah tidak mahu membela nasib bangsa sendiri, apa akan jadi pada agama kita?

Oh, ya....saya lupa. Masih adakah yang menghargai bangsa sendiri sedangkan agama pun mereka tak mahu praktikkan? Betul tak?

perkauman tetap ada di mana2...
bukan zaman penjajah dulu2 je...

Tanpa Nama
22/7/11

mommy: "Dan bayangkan hidup di atas muka bumi yang mana pemerintahnya bukan beragama Islam dan liberal?"
awak masih lagi agak skeptis dengan perkara yang jadi momokan sesetengah pihak.
saya putar sikit, bayangkan hidup di atas muka bumi yang mana pemerintahnya beragama Islam dan liberal, serta amalkan dasar-dasar "pilih kasih" terhadap syariat? bayangan tu dah jelas sangat dengan keadaan semasa kini.

@SynicalMind

Satu saja saya nak tanya pada awak;

Adakah awak akan membantah andai Melayu keluar dari agama Islam? Ertikata lain, murtad?

Jgn campur-adukkan perbincangan ini dengan politik. Hanya org yg kotor akan mendapat kuasa dan sokongan orang ramai.

@PUTUBAMBU

Siapa kata tak ada....=)

Tanpa Nama
22/7/11

melayu dan islam adalah dua entiti yang berbeza, cuma situasi semasa dan faktor sejarah di malaysia yang menjadikan melayu adalah islam dan islam adalah melayu. suatu yang mesti dikeji (dengan hukuman mandatori) kalau ada umat islam yang murtad. sangat marah. maaf kerana tanpa sengaja selit sedikit politik dalam komen sebelum ni. permasalahan bangsa melayu semakin hari semakin rumit oleh sebab gerak laku bangsa tu sendiri.

@SynicalMind

Entri ini berlabel SINIS kerana saya bercerita tentang bangsa saya sendiri. Saya bangga dengan bangsa saya. Lagi saya bangga dan syukur yang amat bila saya dilahirkan beragama Islam.

Ada sesetengah pihak tidak suka bercerita tentang bangsa. Mereka lebih suka bercerita tentang agama. Kalau begitu, usah pedulikan bangsa Melayu. Pedulikan agama setiap rakyat yang mendiami negara kita. Bila mereka mementingkan agama Islam, maka usah pedulikan bangsa Melayu untuk murtad. Ada segelintir dari mereka mengatakan, tiba-tiba saja dilahirkan sebagai Islam sedangkan mereka sepatutnya memilih agama mereka sendiri?

Kenapa saya sibuk berjuang untuk bangsa saya sendiri? Kenapa saya tidak berjuang untuk agama saja? Seperti kata awak...

"suatu yang mesti dikeji (dengan hukuman mandatori) kalau ada umat islam yang murtad"

Bukankah Melayu sinonim dengan Islam? Bila saya Melayu, tidak bermakna saya bangga dengan sesetengah adat Melayu yang merepek yang diamalkan mereka sejak dari zaman tok moyang yang bila kini baru sesetengah pihak sedar yang ianya menyalahi akidah sendiri.

Saya bangga saya Melayu. Saya tetap Melayu. Tapi malangnya, Melayu mudah layu dan mudah menjadi umpan kepada pemancing.....tapi siapa lagi hendak bangga dengan orang sendiri kalau semua pun sudah benci?

Tanpa Nama
22/7/11

ya betul, 95% setuju.
cuma perjuangan untuk agama (islam pastinya) akan secara tak langsung memelihara kemurnian bangsa kita sendiri.
pada saya, apa yang menjadi kepincangan dari dulu, ada unsur-unsur dalam budaya dan adat melayu menyalahi kehendak syariat.
jadi, seperti yang awak tekankan, bangga menjadi melayu tu pada saya memang perlu, dan pada masa yang sama pemeliharaan terhadap islam tu mesti mengatasi yang lain-lain.

Catat Ulasan