24/08/11

apa akan jadi di pagi raya nanti?

Tahun ini saya menyambut hari merdeka dan hari raya di Kuala Lumpur. Tak ada perarakan (cuti raya). Tak ada cahaya pelita. Tak ada suara kanak-kanak memberi salam nyaring semata-mata untuk mengutip duit raya. Di tempat saya tak ada semua itu. Apa yang ada hanya jiran-jiran Melayu yang semua bakal pulang ke kampung dan jiran-jiran Cina dan India yang menjalankan rutin harian seperti biasa. Rumah saya tak ada apa-apa. Cuma hidangan lazim di pagi raya. Dan biskut tunjuk terpamer di atas meja sebagai syarat menyambut hari raya. Tak ada langsir baru, permaidani baru, set sofa baru, set meja makan baru, alas meja baru, tong gas baru, dapur gas baru, peti sejuk baru atau paling tidak, set teko baru.

Sepi di pagi raya. Tak ubah seperti hari minggu biasa. Tak apa. Saya dah biasa. Sejak dulu kalau cuti beku, Mak dan Ayah heret kami berhari raya di Kuala Lumpur saja. Tapi, tak tahulah suami yang membesar di Felda Palong sana. Haruslah rindu!

57 comments

Kita pun beraya di KL jugeeee. Nasib baik saudara semua dkt KL juga. Hehe.

aku beraya di PJ..jom g tengok wayang lepas semayang raya

24/8/11

Asal saja kita mampu meraikannya..tempat tidak penting...tukar lama ke baru juga tidak wajib...

seperti luahan hatiku jek...rase mcm nk copy paste jek....hurm...

24/8/11

mmm... cuti kena beku ke? kesian kat yu

sabar ye

klu ika nangis kot xdpt balik raya hehe

kenapa raya mesti tukar semua baru? tak faham i...
penah beraya kat KL..suka sebab sunyi... tapi suka dapat beraya ke rumah saudara mara belah exsuami kat kl...
tapi bukan selalu pun...

oh pasal teko, harus beli satu sebab kalau buat air selalu buat dalam mug jer... leceh bila nak tambah lagi... tapi beli pun bukan sebab raya.. sebab memang kena beli...

24/8/11

Sayu saja entri hari ini...

Sabar yeer?

Kat KL time cuti macam ni... Bangla, Vietnam dan Indon banyak laa..

Hati-hati semasa keluar tempat-tempat seperti KLCC dan sebagainya..

Mereka ini kalau ramai sangat.. mula laaa nak buat hal...

24/8/11

datang la klang beraya rumah saya~~

24/8/11

alah bisa tegal biasa kan kan kan???

Felda Palong...jauh tue..org nogori panggil felda palong nie sbg felda poland..leh lajak pi eropah...

p/s: jemput la dtg klang, klang pun kampong gak...tahun nie sy raya kt klang..klang dgn kl tak jauh mana pun....

Tanpa Nama
24/8/11

Mmmm..ada waktu sy marah dan saya menulis. Kemudian bila bc balik rs bahasa sgt kasar xsesuai utk di baca (saya je rs cmtu). Hahahha jom jmpa time ry!!!! Nak x?? Nak x?

Tanpa Nama
24/8/11

alamak, tong gas kat rumah aku mungkin minggu ni kena tukar kot. harga bahan bakar macamana?

Its ok, janji dpt berkumpul dgn suami dan fmly semua, itu yg plg penting.. ^_^

reda aje ..kasihan kat hubby fara mesti nak balik kg...kak ita tak kesah sangat beraya ne..nampak hubby kak nita telebih syok...

Kalau macam tu dtg rumah kakak MF. Syok kakak org kampung ramai saudara-mara...

Kakak pun tak ada tukar itu-ini. Guna-pakai mana yg ada juga tapi saudara-mara tetap dtg jua....

Media massa selalu tonjolkan beraya di kampong lebih seronok dri beraya di KL...

pada saya itu hanya persepsi...

jangan rasa sedih sebab ai pun beraya di sini..

mailer datang beraya di rumah.. raya pertama tu confirm meriah sebab macam tahun lepas akan ada lemang yang akan dibakar bersama jiran terdekat..


psstt: nak datang bagitau kat blog ai ye..

@wardah @ fie shah

Klu sedare mare kat KL, terubatlah rasa rindu di hati. Hehehehe...

@Eye_nee

Sudah tentu kita mampu. Kita tak macam di Dadaab sana.

@:: Mrs.Eady ::

Ini bkn luahan hati. Tapi nak kongsi kisah je. Heheheh....

@NM02

Cuti tak beku. Cair je nie. Hahahah!

@Afikah Aziz

Tuntutan tugas demi rezeki 3 beranak.

=D

@NenekPenne

Set teko zaman dulu2? Mana pegi?

@WuMing

Tak nak g la. Agpun suami keje.

@bujal X

Syok gak dtg raye umah kwn blogger kan?

Cian kene rayer kat KL...Sabor ek....

@cheqna

Dah biase pun. Heheheh.

@sahromnasrudin

Insya-Allah! Ada rezeki, terpacul sy dpn umah nanti. Hikhikhik!

@SynicalMind

Refill utk raya? Nak msk pe? Kambing golek?

RM27 bt refill. Hehehehe....

@Hana Soffelia

Pagi ry tak berkumpul dgn suami. Dia keje. Hehehehe....

@anitadiana

Dia nmpk redha je....

@Kakzakie

Akak kat KL ke?

@gedek!

Betul le....tp raya KL sunyi kan?

selamat menyambut hari raya di kuala lumpur :)

@aizamia3

Tak sedih. Saja nak kongsi cerita. Heheheh...

Sy dtg nak terjah lemang. Boleh? heheheh

ada ramai org lain beraya kat KL kut..yg mmg asal org KL..mana-mana pon tetap meriah..yg penting kitalah yg meriahkannya..

Tanpa Nama
24/8/11

raya kat mana2 pon sama je kan...
yg penting kita bersama org2 yg tersyg...

salam aidilfitri buat mommy fara ~

Tanpa Nama
24/8/11

@Mommy Fara.
ayam guling dalam kuali...

takpe.. gi beli baju baru..at least, dapat pakai baju baru.. sekadar utk memujuk hati.. (",)

p/s:mommy farra keje ape sampai cuti kena beku pulak.. (",)

boleh.. boleh.. takde hal punye.. ;)

@afrohead

Terima kasih. Jom turun KL. Ubat hati luka.

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

Meriah dgn suara Aydin yg becok je.

@fuad ansari

Cuti sy tak beku. Cerita cuti beku kat atas tu adalah mak ayah saya masa sy kecik2 dulu.

=D

24/8/11

last year raya ke 3 papa mifz beraya kat Aquaria KLCC...haha

@Papa Mifz

Aik? Bt apekah di situ? Keje? Jalan-jalan?

Hehehe...

Tanpa Nama
24/8/11

Ntahla. Masa keje kt putrajaya melekat dgn alamanda. Ni dh keje kt sini dkt dgn sogo melekat la jg. Kena jln2 kt soping komplex sbg terapi. Kdg xbeli apa pn saje nak menjengah. Email no phone kat sini asidsulfurik2407@yahoo.com

beraya di bandar lagi best sebenarnnya...kalau hari raya 1 dan 2 ...tak boleh nak keluar pergi mana2..org tak putus2 datang...

hari ke 3 baru buat road show...siap suruh simpan lauk pauk lagi...

tak der tak datang....ugutan juga di sertakan...hahaha!

24/8/11

WALAU MANA KITA BERADA, SAMBUTLAH HARI RAYA... JANGAN MENYEPIKAN DIRI DI HARI RAYA...

24/8/11

adeh, tk dpat bayangkan raya di bndar beso...

mesti sunyi kan, apalgi dah biasa suasana kampung..huhuhu

tak tahan betul baca 'tong gas baru' tu...ekekeke

mmg raya sakan la sapa siap tukar tong gas...

fara,
benda2 baru yg fara sebut tu pun kak putu takde...

tak mampu..

hanya baju raya budak2 je sorang sepasang...

mmg raya kat KL gitulah..sunyi je..akak pun pernah rasa..

ni pun sib baik berkahwin ngan org Perak..ada kg nak dijengah..

biasanya kami rotate..bila sampai turn raya kat KL..gitulah.. sunyi jek

Selama cik ina hidup tak pernah tinggalkan rumah masa raya, tapi tahun ni first time cik ina tak beraya kat rumah sendiri. cik ina akan keluar makan angin bersama anak-anak dan suami sebelum raya. Cik ina sebatang kara raya dah tak begitu bermakna. Fara selamat hari raya, cik ina minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya selama kita kenal kat alam maya ada tulisan cik ina yang menyinggung perasaan Fara.

30/8/11

Saya pun raya kat KL juga ni. Tp nasib baik sblm raya haritu dah balik kg seminggu. Memang sunyi sikit sbb ramai org blk kg mana2 yg duduk bandar ni. Ptg smlm baru berpeluang cari baju raya. itu saje lah yg baru. yg lain semua yg sediada

5/9/11

sedih lak baca kisah cik ina ni..
takpe MF..
nanti next time giliran MF dpt beraya bersama plak//

Catat Ulasan