Kenapa kalau aku gemuk?
Engkaukah yang membahagiakan hidupku?
Engkaukah yang menenangkan jiwaku?
Engkaukah yang masih bersamaku tatkala bangkit dari tidur?
Kenapa kalau aku gempal?
Engkaukah yang membenarkan dirimu menyayangiku?
Engkaukah yang membiarkan aku menyayangimu?
Engkaukah yang berkongsi hati dan cinta bersamaku?
Kenapa kalau aku besar?
Engkaukah yang ketawa bila aku menangis?
Engkaukah yang menyejuk bila aku panas?
Engkaukah yang senyum bila aku sedih?
Kenapa mengejek aku?
Kenapa menafikan apa yang ditakdirkan untukku?
Kenapa terdetik kata-kata dalam hatimu?
Kenapa? Apa salah aku di matamu?
Aku cantik walau aku gemuk.
Aku jelita walau aku gempal.
Aku manis walau aku besar.
Semua ciptaan Allah itu adalah keindahan. Kenapa kau susah dengan kejadian-Nya?
Sumber
57 comments
redha dan bersyukur atas segala pemberian-Nya
kalu aku kurus sangat?
cantik itu sangat subjektif.
pemikiran tipikal...........hanya yg kurus kurus je yg cantik sedangkan mmg tak cantik.....
saya tak pernah rasa down walaupun saya besar.pernah jugak orang mainkan fizikal saya,saya balas,gemuk2 aku ada anak bini tanah rumah kereta.ko hado? pastu saya tempeleng dia keh keh~~
Ramai menilai seseorang itu dari pandangan luaran...
susah nk bersyukur dgn pemberianNya
mintak2 kaloi pun leyh redha and syukur
alhamdulillah kurus..
p/s: tp saya percaya fara tak gemuk kan.....
Ciptaan Allah semuanya cantik,kalau ditakdirkan tidak berapa cantik fizikalnya pasti cantik rohaninya, stiap sesuatu pasti ada hikmahnya cuma kalu gemuk janganlah sampai membawa mudarat kepada diri sendiri(penyakit),yang penting sihat dan gembira
bersyukur dengan apa yang dianugerahkanNYA..
walau luaran tak cantik tapi dalaman kita tak tau kan.. ;)
kalau gemuk obesiti, tolong jaga2 pemakanan... tu tak cantik langsung2....
kalau gemuk tapi penampilan cantik, maka cantiklaa dia..
kalau gemuk tak jaga badan, buruk lah ia..
ada orang bila gemuk nampak comel
tapi bila dah kurus, hilang comelnya...
ada juga orang gemuk yang dipanggil chubby dan plum..hak tu comel...eee geramnya mcm nurse2 kat KPJ Shah Alam tu..montok2 gituh...
minda manusia selalu disogokkan bahawa gemuk tu tak cantik tapi ada jugak gemuk yang cantik mcm adele..eh adele tu gemuk ke?
ur write up make me feel like a beutiful women....
gemok ke kurus ke yang penting org sygkan..heee
@.: iEyLa :.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....
@*Miss Geli^
Ko kurus seksi. Semua org berebut nak badan mcm ko.
@SynicalMind
Dulu masa single, aku suka sgt kat sorang mamat tu. Hensem. Tinggi. Kacak. Bergaya. (Err, kononnya). Tapi aku respek kat mamat tu. Dia tak memandang rupa. Tak memandang fizikal. Walau luaran dia sesedap mata memandang....sebab akhirnya dia memilih wanita berbadan gempal yang bagi dirinya cantik dan jelita.
Betul kata ko. Cantik itu sangat subjektif. Cantik hati lebih baik dari cantik luar.
@:: Mrs.Eady ::
Setiap ciptaan Allah itu cantik.
@bujal X
Bujal adalah org yg positif. Dulu sy pun pnh org ejek. Mereka kata sy zirafah atau gorila sbb fizikal sy yg tinggi dan besar. Oh....
Tapi sy juga spt Bujal.
akuadaanaklakiyanghensemcomelhappyceriacoolhappening!koado?
hahahahah!
NP: awek nurse KPJ? arrghh... tidak!!! lagi best pulak kalau diorang bawak air tebu untuk aku time dekat-dekat nak berbuka.
MF: tapi agak malang sebab ramai yang meletakkan cantik ni sebagai perkara objektif. maka, datanglah dari mata turun ke hati...
@WuMing
Mereka ada hak. Tapi menilai jgn sampai merendahkan semangat orang. Sedih lihat org sgp menyeksa diri menahan makan berdiet semata-mata tak nak diejek lagi. Bukan sbb nak sihat!
@nurkaloi
Kaloi comel. Syukur dan redha.
@sahromnasrudin
=D
Kurus ker...gemuk ker, itu semua anugerah darinya...bersyukurlah sebab kita masih di lahirkan sempurna jika dibandingkan dgn org yg tak cukup sifat.
@Maya Mayana
Gemuk tapi sihat. Jgn dah gemuk, menyeksa badan pula. Kesian kat diri.
@NenekPenne
Penilaian U. Betul!
@Eye_nee
Kita semua cantik. Yakin pada diri sendiri!
@merahitujambu
Disayangi dan menyayangi. Betul!
@aizamia3
Kecantikan dalaman sbnrnya membawa kebahagiaan.
cantik zahir tak semestinya cantik batin seseorg itu...
bersyukur seadanya..
dari semalam sy ada baca bbrp blog yg meluah hati psl mereka gemuk..bkn org gemuk saja yg kena kata tp org kurus kering mcm sy juga dikata org..
tp kita chill ajelah kan..yg penting kita sihat dan bersyukur dgn kurniaan Allah..
sy gembira walaupon sy x brp nk lawa, ada jerawat, muka bulat, bibir tebal, hidung bulat dan badan kering hahaha
@SynicalMind
Terutama lelaki yg memainkan peranan penting dlm saiko gadis-gadis supaya menyeksa diri untuk plastic surgery atau diet tahan makan sbb nak cantik dan sebagainya semata-mata utk memenangi hati si lelaki.
@PUTUBAMBU
Ya. Betul!
@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
Hah! Tgk, lom pape dah kate diri tak lawa. Tukar ayat. Kata mcm nie...
SAYA GEMBIRA KERANA SAYA LAWA, CANTIK, ADA JERAWAT, MUKA BULAT, BIBIR TEBAL, HIDUNG BULAT DAN BADAN KERING. KURNIAAN YG DIPINJAMKAN ALLAH INI SEMEMANGNYA CANTIK! SAYA SYUKUR DAN GEMBIRA!
=D
@Mommy Fara
selepas terkena abis, baru sedar... betapa bodohnya aku menjadi segampang ini!
cheqna jugak gemuk tapi cheqna bersyukur dengan apa yang cheqna miliki =)
@SynicalMind
segampang kamu menjadi cair menghadap perempuan yg fizikalnya cantik ye? oh, kasihan...tak apa. pengalaman mengajar erti kehidupan. asalkan jgn serik untuk menyayangi dan disayangi...
=D
@cheqna
Cheqna cantik, comel, cute....dah byk kali sy komen mcm tu dlm entri cheqna. Sy bukan amik ati tp itu yg ikhlas dlm ati...
=D
i really understand the situations sbb sya pun mengalaminya...
selalu yg perasan cantik tu memandang rendah pd yang allah beri kelebihan lemak ni kan... huhu
hidup kite ni ibarat roda, ada turun naik nye...
tak bermakna satu part cantik maka semuany perfect :(
bagus sgt entry ni..suka sgt mengejek ciptaan Allah..x fhm2..
pokok pangkalnye kena bersyukur la kan?
Allah tak pandang paras rupa seseorang, sebaliknya, Allah memandang ketaqwaan seseorg disisiNya..
mulut dan hati bergabung tetapi akal tidak maka itu semua yang terhasil...manusia mmg begitu bukan semua pandai berselindung terkadang terlalu jujur...jujur yang menyakitkan.
@fiza
Klu yg serba kekuranga itu lebih menghargai apa yg mereka ada, malulah kita yg serba lengkap ini, kan?
@mamaNoriz
Cantik bkn bererti sempurna. Cantik juga boleh bikin jiwa merana.
@Siti Hajar Masri
Semua yg ada pd kita hanyalah pinjaman. Satu masa, kita kena pulangkan kepada-Nya!
@kinna
Sebenarnya, susah hendak belajar menjadi org yg bersyukur dan redha!
@RepublicAku
Kalau org kata kita gemuk, tanamkan dalam diri yg gemuk itu keindahan...
Jika mereka buta, tak mungkin kita mengikut jejak langkah mereka?
Setiap anugerah Allah SWT tu dah memang terbaek tuk kita. Bersyukurlah apa yang kita miliki.
hihihihi...yg penting en somi sayang pun cukup
aku comel walau aku chubby...
selamat hari raya... maaf zahir batin...
Kenapa nk persoalkan kejadian tuhan itu? semua manusia cantik dan indah.
Raya kat KL pun best Fara
fara terasa kak ita tapi kak ita suka fara tulis tu......tapi kak ita happy bersyukur apa yg ada...alhamdulilah..walaupun kak ita gemuk,kawin gak,ada zuriat..alhamdulah.....betul cakap hana soffelia...i like...
kenapa dia orang suka menyusahkan diri sendiri .. pedulikan !
yang penting kita bahagia dan tak menyusahkan orang lain.
kenapa peduli kata orang??
jerawat tu pengikat kasih sayang..
husband: yang U tlg picit jerawat kat belakang bdn I ni
wife: lepas ni U picit jerawat kat dahi I pulat ek
heheheh..
aku waras walau aku gila-gila
Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki.