25/08/11

merdeka bahasa

Dulu, cikgu pernah kata;

Bahasa Malaysia bukan Bahasa Melayu. Bahasa Malaysia adalah Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan lain-lain.

Dan semalam, saya dan kawan berbual mesra;

(Ayat sebelum dipotong demi meringkaskan cerita)
....Aydin panjang, memanglah...
Aydin tak panjang. Aydin tinggi. Salah perkataan tu.
Aku suka nak cakap Aydin panjang.
Panjang tu merujuk pada benda atau binatang (yang menjalar atau melintang). Tak ada istilah manusia panjang.
Alahai....emo pulak.

Oh, tidak. Emosi saya tidak terganggu langsung dengan perbualan di atas. Cuma, saya sedih. Hidup sudah lama di negara sendiri. Tapi masih gagal dalam menggunakan perkataan yang betul. Apa kata kita susun ayat seperti;

Panjangnya zirafah!
KLCC pernah dilabel sebagai bangunan terpanjang di dunia.
Pokok kelapa itu sungguh panjang.
Panjangnya kau Fara?

Sesuai atau tidak? Tak apa kalau bodoh. Tapi bila teguran tidak diterima, apa patut kita panggil mereka? Atau kita boleh katakan mereka sebagai; CAKAP IKUT SEDAP MULUT?

Bahasa masih ditakuk lama. Sedang negara sudah lama merdeka.....

61 comments

25/8/11

erm.....
pepun selamat berhari raya mommyfara =)

bahas amelambangkan budi bicara kite...

bahasa memartabatkan bangsa..

emm kalau salah tp melenting bila ditegur susahlah...

25/8/11

Sebut pasai kapai tu dulu..

Hidup kita selamat jika kita tidak buat apa.
Wang juga sama, akan selamat jika kita simpan bank

Tapi hidup kita akan jadi biasa saja...

Tetapi jika kita ambil risiko untuk kerja yang ledih mencabar, palaburan yang lebih mencabar..

Memang pulangan nya tak terjamin.. Tapi jika berjaya.. Hasilnya tak sama...

Lebih kurang macam tu laah.

Orang tua-tua kata....

...dah beso panjang dah ko...

kadang-kadang,

...dah beso lebo dah ko...

ditujukan pada jantina berbeza.

Apakah maksudnya?

...mksudnya mereka dah boleh kahwin!

25/8/11

Hari ni kita msuk klass bahasa yang dikelolakan oleh Cikgu Mommy Fara.

Relax aarr.. Memang tak boleh buat apa.. Berapa orang saja yang alert tentang ini..

Kita tension saja jika kita fikirkan..

25/8/11

selamat hari merdeka!

kita tak yang tak percaya bahasa melayu ni boleh jadi bahasa ilmu....

salah siapa?

Tanpa Nama
25/8/11

tapi disebabkan malaysia ni mempunyai dialek berbeza yang dituturkan oleh penutur ibundanya, wujud jugak perbezaan penggunaan perkataan. contoh macam perkataan `panjang' tadi tu, dalam masyarakat minang perkataan `panjang' juga merujuk kepada `ketingggian' fizikal seseorang tu. ayat: inyo la paling panjang kek siko (dialah yang paling tinggi di sini). bukan suatu masalah pun. yang penting kita mesti memahami budaya dan bahasa sesama kita yang berbeza.

@cheqna

Asyik selamat hari raya je? Heheheh...Selamat hari merdeka ye?

@:: Mrs.Eady ::

Bahasa yg betul...

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

Bahasa memartabatkan rakyat Malaysia.

@ahmad humairi

Betul Cikgu.

Kesimpulannya....bahasa kita jadi mcm nie sebab warisan org2 terdahulu...

sy pernah tegur kawan sy panjang..di kata tinggi...hee...

@WuMing

Sy tak tension. Sekurang-kurangnya, sy dpt bt die sedar. Die kwn sy. Sy rs tak salah tegur klu die salah. Dan sy tak ambil hati.

Cube situasi berubah pd org lain? Agak2 apa akan jadi?

@NM02

Jom dgr lagu tegakkan bendera kita.

@gedek!

Salah pengamal bahasa yg bercampurbaur tak ade etika.

@SynicalMind

Klu aku fhm minang dan klu kawan aku org minang. Dan klu kami berbual dlm bahasa minang.

Tapi kamu berbual dalam bahasa melayu. Kena pentingkan situasi kami jugak, kan?

Tanpa Nama
25/8/11

@Mommy Fara
oh, jadi di sini kurang peka dan salah penggunaan perkataan/tatabahasa yang menjadi isu. bukan setakat itu je, kenapa kita orang melayu kalau bercakap dengan bukan melayu (dengan cina contohnya), kita akan terikut-ikut sama dengan pelat mereka? tak ada jatidiri! (betulkan kalau aku silap)

Bahasa jiwa bangsa.

Selamat hari raya mommy fara ☺☺

p/s: Langsir utk sliding door tu saya beli rm26...murah kan ☺☺

sebab tu org kata.. bahasa tu jiwa bangsa...

@SynicalMind

hahahaha....actually, taklah isu sgt psl penggunaan tatabahasa sbb bahasa harian pun pasar semacam je kan?

Cuma, klu dah kite hari2 pun ckp pasar, takkan perkataan pun nak salah gune dlm ayat?

Klu orang Malaysia lain selain org Melayu yg tegur penggunaan perkataan yg salah tu mcm ne? Pastu nak berdebat lak dgn diorang dan ckp, BAHASA AKU. AKU PUNYA SUKA LA.

Kan? Sapa yg buruk kat sini?

Kebanyakan org Cina mmg tak bape nak fasih ckp Melayu walaupun diorang tau ckp Melayu. Melayu yg ikut dialek Cina tu mmg sedihlah...
Dahlah bahasa sendiri pun bt main2.

@fiza

Murahnya Fiza. Klu murah mcm tu, sy pun nak grab gak! Huhuhuhu.

@PUTUBAMBU

Betul. Tp tulah...mgkn kebanyakan dari kite nie dah tak mahu diangkat sbg bangsa, kan? Mmmm....

Bila bahasa selalu dianak-tirikan MF inilah akibatnya....

Kakak selalu dengar pertanyaan "Anak jantan ke betina?" Tak sama kalau org jawa "Lanang opo wedok" Habis kalau kucing macamana agaknya ye?...MF jangan ketawakan kakak tau:)

cik ina masih mengunakan perkataan tinggi. Kebanyakan orang sekarang cakap ikut sedap mulut, tapi cik ina masih merujuk kamus bahasa melayu lagi kalau ada perkataan yang cik ina ragu.kalau budak-budak dimaafkan sebab masih kecik, kita yang dewasa yang kena betulkan.

memang bahasa menunjukkan bangsa tapi ada yang malu nak menggunakan bahasa itu.. kononnya tidak up-to-date..

25/8/11

Bila time exam jer guna tatabahasa yg betul...yg lain lebih mudah berbahasa Pasar..Tahu itu salah... seprti sudah kebiasaan...

Tanpa Nama
25/8/11

@Mommy Fara
kita nak bahasa kita dihormati dan dimartabatkan, tapi kita sendiri sebagai penutur ibunda dah memperlekehkan bahasa.

Tanpa Nama
25/8/11

@Kakzakie
"lho, kok lanang bocah iki... koyo wedok"

25/8/11

saya suka main2 dengan bahasa~~keh keh~~

erk, kadang² fie pun cakap berterabur tapi ada cikgu BM selalu betulkan iaitu hubby! hahaha

@MF
tak kan perbetulkan ayat pun dikatakan emo...


@SM
i still cakap bahasa melayu even bercakap dgn cina atau indian...tak kuasa nak ikut pelat diaorang..

25/8/11

dah terbiasa dgn bahasa pasor.

selamat merdeka dan selamat hari raya.

sebab sy dah biasa keje dgn kamus dewan, kat mana-mana bahasa salah (yang biasa dilihat) rasa cam nak tegur je...

eg:
DJ radio sebut "xxxx daripada Johor"
dari untuk arah, tempat dan masa..hemmm...

@merahitujambu

Tak elok pgl org tinggi dgn panjang...

@Kakzakie

Kak, tak de sbb pun nak ketawakan akak dgn bahasa jawa tu. Tp sy tak fhm. Rugi.

@Cik Ina Do do Cheng

Budak-budak pun Cik Ina, kita kena ajar supaya tak le main bantai sebut seola-olah mende tu mcm takde pape...

=(

@aizamia3

Isu yg tu tatau nak kate pe. Mmg ketap bibir jelah...

@Eye_nee

Dah jadi kebiasaan kite gune bahasa pasar. Tak boleh buat apa. Tapi klu salah menggunakan perkataan mcm yg di atas....tu yg mcm tak ley dimaafkan.

@SynicalMind

Kalau mcm tu, nak buat ape? Biarkan?

@bujal X

Bermain dgn bahasa tak apa. Jgn mempermainkan bahasa.

@wardah @ fie shah

Mujur hubby awak prihatin.

=D

@NenekPenne

Tu yg tergaru kepala tu.

@zue

Siapa yg tak biasa dgn bahasa pasarkan?

@kinna

Klu Dj radio yg santai, nak berbahasa santai pasar pun tak pelah. Tp klu yg nak formal, bahasa pun main tibai...susah gak tu.

Tanpa Nama
25/8/11

@Mommy Fara
mula-mula kita didik diri kita dulu. cuba menggunakan perkataa yang betul tu salah satu cara kita menghormati bahasa.

@SynicalMind

Betul. Walaupun terbiasa dgn bahasa pasar tp tetap berhati2 dlm berkata-kata.

salam kenal..dan selamat hari raya...;d

bahasa jiwa bangsa..sama2 la kita memartabatkan bahasa :)

25/8/11

adeh, terasa lak sbb sya ckp pun main bantai je...huhu

bahasa ialah asalkan faham dan saling berkomunikasi.

biarkan je.

MF, saya sampai sekarang sebut bahasa melayu Dan bukan bahasa Malaysia...Dan di kalangan pejuang bahasa, ini isu yg sangat sensitip...

'tak reti bahasa'

Tanpa Nama
26/8/11

hehe.

Melayu :)


selamat hari raya Mommy Fara!

Betul tu sis Fara.. Kadang dalam perbualan seharian, banyak yang gunakan perkataan yg slh. So, bila dh menjadi kebiasaan, dalam urusan kerja or surat menyurat pun akan terikut2.. So, sama2lah perbetulkn pernggunaan bahasa dan memartabatkanya. IF bukan kita yang nk btlkan, who else? - just my opinion.. ^_^

Salam Aidilfitri 1432H..Maaf zahir batin..Maaf dipinta andai komen dan pandangan saya sebelum ini telah mengguris perasaan sdri.. Semoga ikatan ukhwah sesame blogger kan semakin erat lagi di Syawal 1432H ini..

30/8/11

Bila bercakap kisah tinggi dan panjang ni tiba2 sya teringat kawan baik saya. Dia ni orangnya TINGGI lampai. Bila berjalan seiring dgn sya bagai langit dgn bumi. Masa kat U, budak2 lelaki suka panggil di PANJANG aje (merujuk ketinggian dia). Nama asal dia org tak panggil pun. Tapi dia tak kisah sgt pun. Last2 nama "panjang" tu sinonim dan terus lekat dgn dia.

5/9/11

dah banyak terkeliru.. pentingnya ada guru bahasa..
erk..
bahasa apa tadi?..\
melayu ke
malaysia?

Catat Ulasan