3/08/11

bukan puisi seperti mereka lakukan

3 Ramadhan.
Masih begini.
Masih berdosa.
Masih hina.
Masih bermimpi.

Hati terdetik.
Mulut berkata.
Mata memandang.
Telinga mendengar.
Tapi jiwa kosong.
Sekosong ruang langit.
Dan muzik itu kian galak meraung.

Dan saat-saat kian berlalu.
Namun masih di sini.
Ketakutan.
Kebimbangan.
Tapi bisikan itu kuat melekat.
Seakan tebat iman.
Longlai.
Lemah.
Tak bermaya.

Takut!
Tapi masih begitu.
Takut!
Lemah lutut.
Takut!
Gigit jari.
Takut!
Tak ada erti.

Ke mana kamu? Datang dekat sini. AKU perlu dorongan dan bimbingan. Tolong! Masa semakin suntuk. Hanya tinggal 26 hari lagi sebelum bulan ini pergi.

Bukan. Di atas bukan puisi. Jangan salah faham. Tapi hanya pandangan hati yang kosong dan sepi.

Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi

32 comments

menusuk ke hati,peluang utk mencuci dosa ini..semoga diberkatiNYa...

bicara kalbu untuk hari ini. terima kasih mommy :)

Kunantikan,
nukilan 4 ramadhan,
5, dan seterusnya.

mudah-mudahan berjaya dalam pemburuan ini, insyaAllah.

tu puisi lah....

:)

Bila mana tulisan di garap secara kreatif = itu puisi....

mungkin ia perlu dicari..
tetapi apa methodnya?..
apa indikasinya?

sentiasa membaca Al-Quran..
jika tidak dapat sejuzuk, mungkin sehelai..
jika tidak dapat sehelai, mungkin semuka

sentiasa solat..
yang wajib dikerjakan..
yang sunat diperbanyakkan..
jika tak dapat bertahajud, mungkin berdhuha..
jika tidak dapat 20 rakaat, mungkin 8..

agama itu mudah tetapi bukan untuk dipermudahkan...

3/8/11

bulan ramadhan mmg bulan yang cukup sayu dihati setiap umat islam

bulan yang istimewa untuk kita menyambutnya.. jangan disia-siakannya..

3/8/11

suka bidikan en shahrom bersama Mommy Fara ni..

tunggu tak datang.. kena kejar tu.. jom sama kejar dear ..

Omongan kosong tidak punya erti tapi "kosong" yang ini punya seribu erti untuk kita garap dah insafi. Moga kita mampu mencari yg terbaik hingga ke hari akhir ye MF...

Jom sama2 manfaatkan kelebihan bulan ramadhan ini...Semoga segala amalan kita diterima olehNYA...Amin

puisi dari hati kecil ...selalu begitu....:)

sepertimana kamu merungkai setiap hari Ramadhan..ada sesuatu yg amat terkias tidak nyata seperti membiarkan jisim otak berfungsi hebat mencari dalaman maksud yg ingin kamu zahirkan..

semoga kita sentiasa termasuk dlm golongan yg beriman..

@Maya Mayana

Dengan penuh harapan

@ahmad humairi

Tak taulah ade g ke tak! Heheheh....

@gedek!

Kreatif ke? terima kasih!

@sahromnasrudin

Mudah dan tidak membebankan. Saya dah dpt tangkap maksud Sahrom tu.

@NM02

Sayu sbb saya masih tak mampu nak praktikkan sepenuhnya.

@Kakzakie

Tapi sy msh rs kosong. Saya nak cari ISI itu.

@Bigdaddyz

Hati kecil atau jantung kecil?

@Eye_nee

Komen mcm nie....urghh!

3/8/11

selamat menyambut ramadhan :)

singgah2 la sini ye ..hehe :)

kalau takut,
jangan terus begitu,
bangun sendiri,
usaha sendiri,
untuk berubah,

Dah namanya manusia, selagi kita tak ditimpa musibah atau bala, selagi tu kita tak sedar.

Fara blog lagi satu sepi sebab cik ina tak tahu apa yang rosak, dah berapa kali update baru , kat blog lain tetap keluar entry surat untuk fara. tak tahu cam mana nak betulkan.sekarang ni rasa cam sibuk sikit kalau nak update 2 blog pun.

salam
salam ramadan gua ucapkan kepada akak

Tanpa Nama
3/8/11

bukan puisi? ni mesti pantun berkerat-kerat...

4/8/11

puisi yg memberi peringatan juga kpd diri ku ini

Catat Ulasan