Sumber |
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Ke hadapan sahabatku Hassan. Semoga kamu dalam keadaan yang baik dan sejahtera.
RAMADHAN Kareem!
Sebelum memulakan bicara, terlebih dahulu aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada kamu. Semoga bulan penuh keberkatan ini memberi kamu seribu hikmah dari keperitan yang kamu lalui.
Hassan,
Aku di sini baik saja. Masih larat menempuh puasa. Setakat menahan lapar dan dahaga, apalah sangat. Dan aku ingin khabarkan pada kamu bahawa suasana RAMADHAN di sini amat meriah. Bukan hanya bazaar RAMADHAN yang tumbuh melata malah jalanraya tidak seperti biasa. Sesak di mana-mana. Juga pusat membeli-belah. Sentiasa dipenuhi manusia. Seakan poket itu tidak pernah surut dari DUIT. Mereka terbiasa dengan kemewahan. Tiada terkurang. Berlebihan pula. Syukur Alhamdulillah!
Hassan,
Namun begitu sahabatku, aku tidak begitu. Aku tidak diulit mewah seperti kawan-kawan aku di sini. Bila menjelang RAMADHAN, mereka dijanjikan ibu dan bapa sebuah ganjaran andai penuh sehari berpuasa. Dan bila aku tanya;
Ganjaran apa?
Dan mereka jawab;
Jika sehari aku dapat berpuasa penuh maka ibu dan bapa aku akan berikan aku RM10. Cuba hitung cukup 29 hari? Tidakkah ianya menguntungkan?
Terbuntang biji mata aku tatkala mendengar jawapan itu. Aku juga ingin dimanjakan begitu. Aku mahu DUIT upah berpuasa. Walaupun aku tahu hakikat hidup sebagai anak seorang pemakan gaji. DUIT menggunung di awal bulan. Dan DUIT sedikit demi sedikit menyusut hinggakan hujung bulan itu adalah waktu kami perlu hidup dengan berhati-hati.
Hassan,
Bila aku ajukan idea DUIT upah puasa itu kepada ibu, ibu memberikan jawapan ini;
Anakku, DUIT hanya bersifat sementara. Hari ini ada, esok lusa entah ke mana. Kenapa perlu kamu pedulikan benda yang bersifat sementara?
Anakku, adakah kamu ingin ganjaran puasamu hanya bernilai RM10 sehari? Tidakkah ianya perkara yang amat menyedihkan? Sedangkan ganjaran sebenar puasa adalah lebih dari itu;
- PINTU SYURGA BUATMU TERBUKA manakala PINTU NERAKA BUATMU TERTUTUP
- DIAMPUNI DOSA-DOSA YANG LALU
- PAHALA BERLIPAT GANDA
- JAUH DARI API NERAKA
- PERISAI DARI SEKSA
- BEROLEH 2 KEGEMBIRAAN yakni APABILA BERBUKA, DIA BERGEMBIRA DENGAN WAKTU BERBUKANYA dan APABILA BERTEMU TUHANNYA, DIA GEMBIRA DENGAN PUASANYA
- DOA SANGAT MUSTAJAB
- MASUK DALAM SYURGA
Anakku, benarkan malaikat Atid di sebelah kanan mencatat segala kebaikanmu sebagai simpanan di hari kemudian kerana di sana nanti, ibu tidak bersama untuk melindungimu. Insya-Allah!
Hassan,
Aku menunduk bisu mendengar penjelasan ibu. Airmata ini mengalir dan terus mengalir mengenangkan betapa lemah dan kerdilnya aku kerana tidak mahu mengenali ganjaran sebenar puasa itu. Aku membiarkan nafsu menguasai fikiranku. Dan aku sedar, DUIT melemahkan aku sebagai manusia. Dan kini aku faham. Manusia itu kalah kerana DUIT. Dan manusia itu menang kerana iman. Aku berdosa!
Hassan,
Cukuplah sudah aku bermonolog kesedihan denganmu. Seribu kemafaan andai coretanku menambah beban kamu di sana. Sesungguhnya, aku tidak pernah terniat untuk merobek lagi dukamu. Harapan aku di sini, tabahlah kamu di sana kerana aku pasti, Allah menjanjikan seribu hikmah pada hamba-Nya yang ditimpa dugaan. Aku tahu, berat mata memandang….berat lagi bahumu yang memikul. Namun, hanya itulah saja aku mampu berikan serba-sedikit semangat buatmu untuk meneruskan hidup di muka bumi Allah yang semakin ke hujung usianya. Wallahualam!
Semoga aku dapat mencium warkahmu dari bumi Kenya.
Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh Amyz dan ditaja oleh Adorable Muslimah
53 comments
cukup indah...
gudluck sis!!
Touching...good luck fara.
Suka baca cara penulisan fara, memang mantopppp ☺☺☺
selamat berjaya, farra..
saya takde idea la..boleh tolong sumbang kan tak?? hehehehe
entri yg menarik dan terkesima saya membacanya
sangat menarik..!
ganjaran berpuasa amat besar sekali.. tak ternilai dgn wang ringgit
tumbs up :)
Hasan.... aku memaaca warkah ini sama bagaikan mahu mengalir airmata...
Good luck MF...
terkedu seketika,sangat menarik
thumbs up :)
menarik banget beb!
ntah lah ye... bab upah anak2 bila berjaya puasa penuh ni... iols tak penah buat... rasa macam tak kena pulak...
bagi iols - puji dan bagi galakan pun dah ok... lebih manis...
nanti lama2... nikmat puasa itu hilang... yg di kejar dan di lihat mata hanya duit sahaja...
wallahhualam....
lupa le plak
membebel jer kejanya kan??? hahaha
good luck mommy fara!
wish you all the best lahhhh!
Selamat berpuasa.
Benar. Ganjaran di "sana" lebih besar menanti.
misti leh menang lagi ni..sy takda idea nk tulis lg..maklumlah sy ni kalau tulis merepek pandailah..hehe
wow dear MF..
(nampak gaya den takdo harapan laie la ni..)
nak kata janji tak boleh jugak sebab nanti kena tunaikan tapi kena pandai cari alternatif bagi anak bersemangat berpuasa bulan ramadhan ni..
@.: iEyLa :.
Terima kasih!
@fiza
Suka ke? Rajin2 masuk sini ye?
Terima kasih!
@sahromnasrudin
Ni pun perah mcm santan. Hahahahaha! Terima kasih!
@PUTUBAMBU
Betul. Tak ternilai.
@:: Mrs.Eady ::
tq!
@Kakzakie
Terima kasih kak! Entri saya mampu menyentuh hati akak!
@Afikah Aziz
Terima kasih!
@miloais
Saya akan cuba ajar anak dgn ganjaran pahala.
Terima kasih!
@Mekar
=D
@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
Mane ade merepek. Seronok baca tau!
Klulah Rina tu Lyna, mmg sy menang nie. Hahahahah!
@NUR
Eh! Belum tentu. Actually, kite same2 menang. Kan?
@aizamia3
Betul. Budak2 mmg jgn dijanji sbb ingatan diorang nie kuat. Heheheh!
Creatively writen
ni msk pertandingan apa..???Tapi best la baca :) papepun Gud Luck
disini...sejak mengenali...setiap hari...membaca penuh teliti..setiap bait kata..terhenti seketika....cuba memahami...begitu terperinci merungkai kisah...ada teladan wajib diambil iktibar....ada tulang tajam tersembunyi disebalik rasa manis isi cerita...
tu memang standard, mak pak nak suruh anak berpuasa bagi ganjaran duit... i pun heran.. jadi budak tu berpuasa sebab nak duit jelah bukan sebab pahala ganjaran yang bakal diterima...
ai dulu 7 tahun sudah puasa... tak ada pun mak kasi upah apa2..dapat berbuka dgn adik beradik, ada kueh onde2 pun dah cukup bahagia....
Jawapan yang sangat bijak... Memang duit hanya bersifat sementara
gudluck mommy~~
kalau dia mintak vote bagitau~nanti hari2 saya vote~keh keh~
harta bersifat sementara yang dibawa ke sana nanti iman, amal kebajikan, dan doa anak yang saleh.
good luck Fara.
masalahnya budak2 zaman la ni lebih tertumpu kepada ganjaran berbentuk material. bukannya zaman yang sesuai untuk kita cuma bagitau pasal wujudnya syurga neraka atau ganjaran dosa pahala. susah nak bagi diorang paham.
tulisan yang cantik untuk si dewasa tetapi adakala si dewasa lagi mengalahkan yang kurang dewasa...
Wah!, wah!!, wah!!!
Lenggokkan bahasa yang meruntun jiwa.
Mommy Fara sudah beroleh kejayaan dan mengetuk pintu hati ini...
Moga berjaya.
@gedek!
Nak mtk tolong cikgu semakkan karangan SPM kat atas tu. Heheheh....
@Fitri Senin
Best ke? Alhamdulillah...
@Eye_nee
Terima kasih kerana memahami maksud tersirat dan tersurat.
@NenekPenne
Dah diajar jadi tak ikhlas....
@WuMing
=D
@bujal X
Err? Ada ke?
@Cik Ina Do do Cheng
TQ Cik Ina!
@SynicalMind
Tapi kalau nak melentur, biar dari rebung kan?
Contoh, klu kita ajar anak kita jdk racist....mst bdk2 cpt je tgkp maksud kita kan?
Atau, kita ajar anak hal politik. Mst dia benci dgn kerajaan atau pembangkang kan?
Betul tak?
@Bigdaddyz
Org dewasa yg kalah sbb dia dah set mind untuk sentiasa kalah. Mmm...
@ahmad humairi
Ye ke cikgu? Err....sbnrnye kurang yakin jugak nak membentuk ayat yg gramatis nie.
@Mommy Fara
sebahagiannya BETUL. betapa mudah kita lentur mereka sejak kecil, macam tu la jugak budak2 ni mudah terikut2 dengan budaya `ganjaran material' kat luar sana tu macam watak penulis surat kat atas. so?
@SynicalMind
So?....
Tak ada apa. Betul. Duit tu mudah bt org terpengaruh. Bukan budak-budak je.
Betul tak?
@Mommy Fara
betul, semua betul jugak. cuma dalam dunia ni terutama yang melibatkan anak2 memang takde penyelesaian pukul rata. lain budak, lain cara nak tackle, mungkin nur iman ubaidillah kena guna cara berlembut nak didik soal puasa, tapi abdul mujajahid kena guna kaedah kekerasan, berlainan pulak dengan siti nursyahirah yang sesuai guna kaedah psikologi. betulkan kalau aku silap...
@SynicalMind
Kalau Nicholas Elam Shah pujuk anak dgn duit, tu kategori mcm ne lak?
@Mommy Fara
Kalau macam tu, brader nick ni kena baca `Membentuk Keperibadian Cemerlang: Panduan Untuk Ibu Bapa' terbitan Kelab Wanita UKM. Hahahahaa...!
Ooo..muhasabah untuk diri sendiri juga.. :)
Suka sangat entry nie....
touching sekali~