2/08/11

tanda kiamat 2 ramadhan

Jangan salah faham dengan entri semalam. Saya cuma hendak berkongsi cerita lama. Bukan hendak berceramah tentang agama. Lagipun, saya tak ada keberanian yang jitu macam Akhil Hayy. Berceramah agama tanpa gelaran ustaz. Tapi, adakah ia isu? (Geleng kepala). Tapi kalau penceritaan saya seperti mengajak, bagus juga kan? (Senyum).

Tutup cerita semalam. Mari cerita hari ini.

Antara salah satu tanda kecil kiamat;

Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah puteri-puteri raja, puteri-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).

Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a



Tak ada apa. Saja nak ingatkan diri sendiri. Mungkin esok akan ada lagi peringatan untuk diri sendiri.

Hadiah dari Lyna. Terima kasih tidak terhingga!

32 comments

Thanks share ini. Nice.

selamat petang fara--

suka dengan entry ini,, ingat mengingati.....
insyallah.. ayu akan ingat ttg sifat diri yang ada pada ayu..
jgn sombong dan ingin di belai......


PS: tahniah...
ayu pun suka kalau dapat bertukar2 cenderhati dr kawan

takde salahnya kalau berkongsi ilmu.. ;)

pinjam buku tu~he~

2/8/11

gaya hidop mewah memang sinonim dengan islam...

Tengok pak pak arab...

2/8/11

ya, hidup mewah dgn hutang..pastu takut mati (satu lg tanda umat akhir zaman)..

bestnye tajuk buku tu..

eh ade org salah paham ke kak,haihhh akak kn cume kongsi pengalaman je kn..ape pun nice entry :)

@mamawana

U're welcome!

@Citarasa Rinduan

Semua Ayu suke ye? Tak sbr nak tatap pic juadah CR nie. Heheheh...

@aizamia3

Alhamdulillah

@gedek!

Tak yah Pak Arab. Pak-Mak Layu, eh....Pak-Mak Melayu pun ada yg berlagak mewah gak....menayang kat org miskin.

@kinna

Takut mati sbb tak ckp amalan?

@Afikah Aziz

Awak, terima kasih!

itu ke adiahnya??? hebat la...buku tue membuat kita banyak berfikir...

syabas ya...

2/8/11

Ye.. Marilah kita jangan bermewah dengan hartadunia, tapi bermewah dengan amalan di sepanjang ramadan ni.. Jom..

Kak ayu.. Itu hadiah khas dari mysuperkids.net-mommy lyna atas entry MF yang bernas itu..(gosh.. Nak juge.. Apa kata da abis baca pos ke sini plak.. Hehe- bestkan dia shahrom..

dapat hadiah....tahniah....;)

wah,dapat hadiah lagi ha.nak pinjam!hee

2/8/11

Err..tak salah kita hidup mewah kan?. Tapi yg penting jangan berlagak dan paling bagus, bantu membantu org yg dalam kesusahan (ingatan utk sya ni).

pst: bestnya dpt hadiah buku. kenangan yg akan berkekalan.

Fara tak salah kalau kita nak mengajak manusia kearah kebaikan, yang penting niat kita ikhlas.Sesekali dapat motivasi percuma bagus gak, biasalah kita ni kalau tak diasah, takut cepat tumpul.

...macam riak air di dalam kolam.
ramai yang menganggap apa yang terlihat sekarang sekadar tanda-tanda kecil yang tak memberi sebarang makna.
tapi riak air yang sebelumnya terhasil daripada titisan kecil embun semakin lama semakin merebak, sehingga alunannya bergabung sesama sendiri dan menerbitkan gelombang kemudian akhirnya mampu menyentuh ke tebing kolam.
...mula-mula tanda kecil, kemudian semakin lama kita semakin menuju ke penghujung jalan di dunia. tapi malangnya, berapa ramai orang di sekeliling kita yang sedar?

ulas sikit psl hadis tu pon best jugak..sy suka je baca..

3/8/11

Ramai juga kawan WuMing bercerita tentang agama tanpa sebarang gelaran.
Malah ada kawan WuMing pernah buat Blog tentang agama(sekarang dah meninggal).
Tak penting kot.. Asalkan dia banyak membaca dan penuh dengan pengetahuan..
Masing-masing laa kan...
Tak betul nanti orang tegur laa...
Tapi lebih baik kita semak dulu baru buat entri... lagi ok... kan..kan..?

@sahromnasrudin

Betul. Awak pun ada buku nie ke?

@nur

Hahahah! Boleh tapi mcm kena amik no je?

=p

@Papa Mifz

nsb bek je nie kot....

@Mekar

Betul. Tapi org yg mewah skg mudah lupa diri.

@Cik Ina Do do Cheng

Betul. Tapi kalau yg dah tumpul, berlagak mcm tajam...mcm ne tu?

Cik Ina lama menyepi!

@SynicalMind

Tak ramai. Diorang seme dah kene pukau;

- kuasa
- duit
- pangkat

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

Saya korek dr internet. bagus. Sumber ilmu.

@Mommy Fara
hehehe, pukau? takut nanti jadi macam firaun. nyawa dah sampai kerongkong, sangka kala dah sampai nun depan mata, baru terkial-kial nak taubat. mintak dijauhkan daripada kenalan kita (dan kita sendiri).

Catat Ulasan