1/08/11

siapa guru di kalangan kita?

Bila kita sudah azalinya begitu, maka mati pun kita begitu. Walau macam mana pun, kita tak akan boleh menolak ketentuan Allah SWT. Begitu juga, kalau dah wajib maka WAJIB kita patuh dan lakukan. Bukan;

...yang pakai tudung pun belum tentu masuk syurga!

Kepada yang TIDAK maka sudah tentu bukan syurga tempatnya. Kita semua tahu akan hal ini. Bila sudah wajib, maka MANDATORI wajib.

Saya juga pernah melalui zaman menunggu hati terbuka untuk menyarung hijab. Tapi syukur jugalah kerana sekurang-kurangnya saya tidak pula menjadi bodoh sombong, suka berlagak dan tunjuk pandai menafikan syurga pada yang patuh pada KEWAJIPAN sebagai seorang MUSLIM.

Menunggu hati terbuka itu sebenarnya bukan mudah. Bila orang boleh berkata;

Bila sudah wajib maka wajib kita lakukan. Tak perlu menunggu waktu. Tak ada istilah 'TUNGGU' atau "HATI BELUM TERBUKA' atau 'BELUM BERSEDIA' kerana MATI tidak menunggu sesiapa. Maka, pergunakan masa yang ada untuk mengubah cara kita.

Jujur saya katakan, saya mengambil masa yang lama untuk menunggu waktu yang paling sesuai untuk saya berubah. Saya khuatir jika saya terlalu mendesak diri hanya kerana desakan orang lain hingga memaksa diri yang masih tidak rela yang mana suatu hari nanti akan membuatkan saya berbalik pada keadaan asal (tidak berhijab). Saya tahu cara saya salah! Tapi itulah hakikatnya.

Sokongan kawan-kawan, keluarga dan suami adalah penting untuk mengingatkan saya betapa besarnya dosa jika menayang walau seurat rambut. Alhamdulillah. Akhirnya saya berjaya dan saya tanamkan azam ini untuk berhijab hingga ke akhir hayat. Walaupun begitu, SAYA MASIH BELAJAR kerana saya terlalu jauh ketinggalan.

Saya tahu, memang susah hendak menasihati orang supaya memilih jalan yang betul. Tapi percayalah, batu pun boleh berlekuk jika ditimpa titisan demi titisan air. Saya berjaya pun kerana nasihat orang yang tidak pernah jemu menasihati saudara sesama Islam. Kesimpulannya, jangan jadi manusia yang tidak ambil peduli. Sifat pentingkan diri sendiri itu sebenarnya sangat menjelikkan.

Memang azali dia lelaki. Tapi kehendak dia menjadi perempuan itu tidak pernah difahami sesiapa. Dia sendiri tidak minta dia dijadikan sebegitu rupa. Kita tidak pernah mahu beri ruang kepada dia untuk mendengar nasihat kita. Malah, kutukan demi kutukan serta publisiti media yang seakan mengajak masyarakat mencemuh pula dihidangkan untuk dia. Bercakap bermodalkan air liur sebenar sangatlah mudah. Tetapi untuk melaksanakan tanpa sokongan sesiapa, agak-agak....apa jawapan?

Semoga KITA semua dijauhkan dari keburukan dan musibah! Wallahualam!

48 comments

1/8/11

sama2 kite berubah ke arah kebaikan.. ;)

suka sangat2 dgn setiap entry farra..
penuh keinsafan dan penghayatan..

terima kasih sayangku,.

Tanpa Nama
1/8/11

:)

pokok pangkalnya hati dan iman kena kuat kan? marilah sama² kita belajar menguatkan hati dan iman. amin

sekurang-kurangnya ada daya usaha ke arah kebaikan.. ;)

assalamualaikum...

jangan sesekali kita mempermainkan agama kerana agama bukan untuk dibawa senda gurau..tahniah kerana anda telah berubah dari fasa tidak berhijab ke berhijab sepenuhnya...

semoga ramadhan ini kan memberkati kita semua..

saya doakan yang terbaik untuk mommy~~salam ramadhan!

syukur kerana fara tak bodoh sombong..suka tgk org yg berubah kerana kefahaman ttg agama..

bagus la yer ada sokongan dari kwn2,keluarga & suami...:)

Benar MF. Kalau kita tak larat nak buat tapi tidak boleh menidakkan hukum ALlah. Yg batil tetap batil tak boleh dipertikai. Kalau dosa tetap dosa tak boleh kata tidak.

Alhamdulillah kesedaran menjadi lebih baik ada dlm hati....:)

Kesian seandainya dia Hunsa dia berhak memilih salah satu jantina tetapi kalau dia memang lelaki moga diberi keampuanan oleh Allah...

@Citarasa Rinduan

Sama-sama Ayu! Ishh, habis kembang jadinya sy nie. Kena beli suar saiz baru nie. Hehehehehe!

@sahromnasrudin

Terima kasih....tp saya tidak bercerita tentang bangganya sy bila sudah berhijab. Cuma, saya nak kongsikan kisah betapa lambatnya sy dlm berhijrah krn PERSEDIAAN itu....

=(

@bujal X

TQ bujal!

=D

Kem salam kat mamaainul. Pesan kat die, klu tak larat pose...jgn pakse diri. Tp sure mamaainul kuat kan?

@kinna

Saya akui dulu saya jauh dari-Nya. Dan kini, saya masih bertatih. Masih memerlukan tunjuk-ajar.

@Papa Mifz

Sokongan mereka memberi kesan yg mendalam!

@Kakzakie

Betul kak.

Yg dosa tetap tak boleh disangkal. Dosa tetap dosa. Wajib tetap wajib. Walau mcm mana byk pun alasan kita.

=(

1/8/11

Ceramah dari Ustazah Mommy Fara dengan penghayatan....

Terbaekkk..

Selam Ramadhan dan selamat berposa...

@WuMing

Eh, saya tak layak digelar ustazah! Saya masih dalam proses belajar dan bertaubat. Saya dah jauh ketinggalan...

Saya tak bagi ceramah. Tapi saya berkongsi kisah HIJRAH.

=D

teruskan berdakwah makcik !

moral of the story : jangan bodoh sombong

Tanpa Nama
1/8/11

salam ramadhan.
1. aku suka perkataan MANDATORI tu...
2. keyword kat sini: BELAJAR. ye, bila kita dah ada kesedaran, sentiasa belajar untuk memperbaiki diri dan melakukan inisiatif. (aku satu tuju)
3. isu berkaitan? ada komen lanjut? sebab pasal isu transeksual kat malaysia ni aku cuma berani sifatkan sebagai salah satu permainan "sebab-akibat" je. yang disebabkan oleh kejatuhan tahap moral masyarakat kita. jatuh menjunam...!

2/8/11

dear MF,
sokong dengan kenyataan ini.
sebenarnya cara nasihat itu perlu berhikmah..
lagi dicerca.. lagi 'panas' jadinya..

semoga kita sama sama diberi petunjuk dan ditetapkan hati oleh NYA lebih2 lagi bulan mulia ini.

@Encik Psychopath

Bkn MAKCIK je kena berdakwah. Budak-budak KECIK pun dakwah pada org tua tak sedar2 lagi tu....amacam? Berani?

=D

@SynicalMind

Isu transeksual - Perasan tak mukadimah atas sekali tu? Actually ada kaitan dgn perenggan berkaler merah tu.

BETUL! Moral masyarakat KITA sendiri sebenarnya yg jatuh menjunam. Negatif. Bodoh. Sombong. Apa lagi?

@NUR

Semoga kita semua jauh dari moraliti rendah yang banyak menjahanamkan!

Subhanallah!

sy dulu bertudung sbb terpengarauh dgn kengkawan - maklumlah sy membesar di pantai timur yg rata-rata kecik pon dh bertudung - alhamdulillah..walaupon gaya hijab sy belumlah menepati syariat - x kisahlah dgn cara mcm mana kita terbuka hati janji masih dibuka pintu hati utk menerima hidayah..:)

sy setuju dgn pendapat fara ttg yg last tu..kita sbg masyarakat mmg suka menjatuhkan hukuman - suka mengeji dan menghina..

2/8/11

Selamat pagi....

sempena ramadhan ni marilah kita berubah ke arah kebaikan..;p

2/8/11

ape saya nak cakap, semua dah ada di atas... kira wakil lah ye.. hehehe

Pengalaman itu guru kita...

Salam Ramadan Al Mubarak,
Selamat menjalani ibadah puasa,
dan selamat menyambut hari lebaran,
Maaf Zahir dan Batin.

Assalam,

Harta yg paling bernilai ialah IMAN.

Assalam lagi...

Wajib itu satu paksaan. Tiada sesiapa dipaksa memeluk agama Islam yg suci. Namun, bila sudah Islam wajib itu satu paksaan.. Solat 5 waktu wajib. Paksaan kan. Kalu tak buat berdosa dan azab bakal menanti. Namun naluri itu kena di arahkan pd redha dan tawakkal., sami'na wa ato'na yakni tunduk dan patuh. Naluri yg inginkan sesuatu yg haram tak boleh dilayan. Spt naluri nafsu buas kebinatangan haram andai dilayani. Naluri nak menceroboh seseorg begitu kuat, haram dilayani. Seorg yg dilahirkan lelaki naluri ingin menjadi wanita...hmmm .. tak boleh dilayani naluri haram itu. Maafin guwe. Permisi.

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

Kawan saya dibesarkan di selatan. Membesar di kalangan orang yang terbiasa memakai hijab. Sekolah juga wajib berhijab. Tapi, bila dunia sudah terbuka luas, dia meninggalkan amalan itu. Alasan, dulu dia pakai kerana terpaksa. Dan kini, dia belum bersedia.

@WuMing

Dah petang. Heheheh. Lambat reply.

@Siti Hajar Masri

...tapi jgn berubah jahat bila Ramadhan dah habis. Heheheh.

@NM02

Hikhikhikhik!

@ahmad humairi

Salam lebaran tu....awalnye?

@mamawana

SATU PAKSAAN tu mcm kasar. Kalau yg bukan Islam mahu masuk Islam pasti akan buat mereka terfikir berulangkali. Apa kata kita ubah paksaan itu kepada yg lebih lembut? Islam bukan agama yg keraskan?

=D

gua sokong!
mana ada nak lakukan hukum tuhan 'kene tunggu seru'.
bila wajib maka wajiblah dibuat.
dan bila kene tegur banyak orang skang cakap 'confirm ke masuk syurga'
Wat the....
Yang penting buat hukum tuhan.
Jangan pertikaikan.

p/s: gua pun buat dosa juga. Tapi bila kene tegur just diam lah. apa yang orang tegur tu memang betul seperti yg dituntut dlm agama.
Jgn ego

2/8/11

Kadang2 sifat baik & patuh suruhan tuhan itu mudah dibentuk melalui didikan awal ibubapa di rumah, terutama semasa kita masih kecil.

Bila dah melalui fasa dewasa, perubahan ke arah yg 'baik' boleh dilakukan ttpi memakan masa kalu tiada keyakinan diri yg tinggi dlm diri seseorng itu.

pst: tahniah atas perubahan ke atas diri anda :-)

Biarpun cik ina berlatar belakang budak sekolah agama, selepas habis sekolah pun cik ina tak kekal bertudung sehinggalah suami cik ina sekarang menegur. teguran dia buat cik ina sedar , malu pun ada sebab dia saudara baru.

Catat Ulasan