20/08/11

pengakhiran tragis sebuah mimpi

Kamu di sini yang berperang dengan jiwa bersalah,
Berdiam diri umpama si pengecut,
Kesedihan dan tangisan yang tiada berkesudahan,
Hanya semata mengemis keampunan yang tidak mungkin dapat aku kotakan.

Adakah kamu melihat dan merasa?
Bila mereka menyakiti dan membinasa?
Sehingga ia begitu menyakitkan,
Bagai tercekik nyawa.

Boleh saja aku berikan kamu kebebasan,
Semudah kupetik jari dan ku hulurkan padamu,
Dan aku juga berkuasa memberikan kamu ketenangan,
Walau kamu terpaksa mengukir senyuman yang bagai dpaksa!

Malah, aku tawarkan kamu dengan kematian,
Dan berpalinglah mayatmu ke arah wajahku!

Inilah kebebasan sebenar kamu dalam kehidupan yang disalah-erti,
Tanpa kucupan dahi terakhir dan sesalan dari aku kerana.....
....kamu tidak berhak untuk diucapkan selamat tinggal!

Kamu di sini yang berperang dengan jiwa bersalah,
Berdiam diri umpama si pengecut,
Walau setiap saat kamu mencatit kisah tragis itu,
Dan akuilah yang kamu karakter malang,
Membawa watak kisah tragis yang tiada berkesudahan,
Tiada harapan pengakhiran gembira kisah dongeng,
Apa yang tinggal hanya tinta darah,
Mengalir dari pena kamu,
Menulis dengan tangan yang tiada daya,
Dan tinggalkan serpihan tangisan untuk kamu,
Cebisan derita untuk kamu.

Meratap. Merintih. Dan impikan kesudahan mimpi ini!

Adakah kamu melihat dan merasa?
Bila mereka menyakiti dan membinasa?
Seperti tercekik bara api menyala?
Dan di saat itu hanya mata yang mampu meluah segala,
Dan suara bagai ingin menjerit mengingati Yang Maha Esa,
Betapa kamu diulit dosa,
Dan hanya mengharapkan malaikat datang,
Menyelamatkan kamu dari penyeksaan jiwa?

Sungguh aku kecewa,
Bila seksa yang aku impikan terjadi pada kamu,
Hanya sebuah mimpi,
Dan bagai petanda dan ingatan,
Bahawa aku tidak akan punya apa yang aku impikan,
Dan aku sendiri lagi,
Walau aku hampir mati,
Menyaksikan kamu yang bernafas lagi.

Mimpi itu tetap ku nanti,
Menjadi realiti,
Untuk kusematkan dalam hati,
Dendam tetap akan terlunas nanti.

Biarlah aku selesa termangu sendiri,
Menghargai detik-detik terakhirmu,
Dengan seribu sesalan yang tiada kesudahan.

Dan jika kamu di tempat aku,
Adakah kamu berkata sama seperti yang aku kata?
Mengharap serupa apa yang aku harapkan?
Melakukan sama apa yang aku lakukan?

24 comments

20/8/11

good one.tahniah!

monolog untuk siapa ini?

cuba menduga tapi gagal meneka.

ayat penamat ialah ...tawakkal la oleh kamu terhadapnya.

malangnya, bukan semua orang mempunyai persepsi yang sama...

(nice one fara)

Tanpa Nama
20/8/11

kau ada sesuatu...

20/8/11

2x cheqna baca still tak faham..huhuhuhu cheqna kah yang tak puitis ni???

21/8/11

hmmm...
sesutu untuk difikirkan..

@Amalina

Ucapan tahniah tu bkn utk sy!

@delarocha

Mgkn dia? Atau mereka? Atau diri sendiri? Atau sesiapa saja...

@Bigdaddyz

Tawakal dgn berdiam diri bererti dendam kesumat sudah terlunas.

@gedek!

...kerana ianya subjektif

@SynicalMind

...dulu aku sesuatu. Sekarang aku dah tak apa-apa lagi.

@cheqna

Puitiskah di atas?

@anisalya

Fikir jgn tak fikir!

Tanpa Nama
21/8/11

@Mommy Fara
kau punya `dah tak apa-apa' itu la yang `sesuatu'... hahaha!!!

22/8/11

bermonolog....ikut saja kata hati mu..luahkan saja apa kata minda mu..kerana mimpi tak pernah menjanjikan realiti walau pada dasarnya itu yg sagt didambakan...

selagi dendam tak terlerai rasa sakit dijiwa..

sukar untuk ditafsirkan..
seakan-akan sebuah luahan yang tidak bisa diluahkan dengan sepenuhnya..
apapun, semoga sdri dan keluarga terus mendapat rahmat Allah SWT

monolog dalaman yang ada erti~

22/8/11

ditujukan utk siapa?

22/8/11

Monolog ini perlu dihayati dan direnungi..

Walaupun panjang tapi susunan ayat dan kata-kata


Terbaekkk...

Fara setiap pejuang tak pernah ada istilah putus asa dalam perjuangan. Jangan bimbang Insyaallah cik ina sudi dengar dan fahami luahan hati Fara kat sini.

Catat Ulasan