23/09/11

ada yang kata mualaf, ada yang kata 'convert', ada yang kata memeluk agama, ada yang kata 'religious conversion'....semua pun boleh!

Buku ini tiada kena-mengena dengan cerita di bawah!


Pagi tadi sedang saya dan suami bersarapan di salah sebuah restoran mamak terbaik di KJ, tiba-tiba datang seorang anak muda berbangsa Cina. Diam seribu bahasa namun tangannya ligat mengeluarkan sekeping surat penuh depan belakang yang bertulis (lebih kurang maksud);

 Saya adalah seorang remaja berbangsa Cina dan beragama Kristian. Ketika umur saya 17 tahun, saya telah membuat satu kajian berkenaan Islam. Dan pada umur saya 18 tahun, saya telah memeluk agama Islam. Sejak saya memeluk agama Islam, saya telah ditentang hebat dan dipulaukan keluarga saya yang beragama Kristian.

Ringkas dan mudah. Tiada pusing kata. Tiada mukadimah panjang yang membosankan. Semuanya ayat pendek dan mudah faham. Di belakang kertas pula, terselit surat sokongan dari imam masjid UIA (maaf! saya lupa siapa nama imam itu). Selain surat, dia turut hulurkan 2 buah buku (jilid sendiri) berkaitan pengalaman dan kajian beliau terhadap Islam. Selesai menyerah dan menghulurkan apa yang patut, dia terus pergi menjengah ke meja pelanggan mamak yang lain.

Saya dan suami saling berpandangan. Serta-merta saya teringatkan gereja, MBPJ, JAIS, Jabatan Kebajikan, Lembaga Zakat, PM dan MB Selangor. Saling berkait rapat. Saling berhubungan. Saya terfikir;
  • kalau betul gereja itu sebuah pusat yang penuh dengan kasih-sayang, saling mengambil-berat dan bantu-membantu, kenapa dia yang lahirnya Kristian memeluk Islam?
  • tidakkah terdetik sesuatu di dalam hati bila dulu agamanya Kristian, punya sebuah keluarga yang bahagia dan hidup senang tetapi kini bila memeluk Islam, dia dibuang keluarga dan terpaksa pula mengemis satu-persatu meja pelanggan mamak hanya semata-mata untuk menjaja senaskhah pengalaman dan pandangannya terhadap Islam demi untuk sesuap nasi?
  • kenapa Islam yang dia pilih sedangkan dia tahu realiti kebanyakan golongan Muslim di Malaysia ini adalah golongan yang tak mengambil peduli tetapi bila terdengar isu Muslim menuju ke gereja untuk menagih simpati, mulut mula bising mengata, melatah tak tentu pasal dan mendengus kononnya marah dan terkeluar pula ayat klise; kemiskinan membawa kekufuran!
  • kenapa dia memilih untuk memeluk Islam sedangkan dia sendiri tahu, golongan sepertinya (yang memeluk Islam) akhirnya kembali ke agama asal kerana tiada sokongan padu dari kalangan mereka yang kononnya lahir dengan agama Islam di Malaysia?
  • dan kenapa Islam itu pilihannya sedangkan dia tahu golongan yang lahirnya Islam kini sudah tidak mahu percayakan Allah dan berani pula berkata;
Islam itu tidak lebih hanya agama ciptaan manusia. Tidak ada peristiwa-peristiwa penting. Apa yang ada hanyalah mimpi seorang manusia yang kononnya nabi dan rasul (merujuk Rasulullah) dan kemudian diceritakan kembali kepada kita semua. Dan kalau betul kita anak cucu cicit Nabi Adam maka kita semua adalah keturunan sumbang mahram! Adik-beradik berkahwin sesama sendiri? Tidakkah ianya satu naskhah paling lucu pernah tercipta? (saya tidak mereka ayat ini. Saya ceduk perbualan sebenar seorang ateis berbangsa Melayu rakyat Singapura bersama rakan di dalam FB. Untuk pengetahuan, beliau tamat pengajian dari sekolah agama, seorang hafiz, fasih berbahasa Arab dan sangat pintar dalam menafsir setiap ayat di dalam Al-Quran)

Dalam minda saya, persoalan demi persoalan bermain di fikiran;
  1. Bagaimana mereka yang lahirnya agama lain boleh menerima hidayah untuk memeluk agama Islam?
  2. Mengapa kita yang lahirnya Islam langsung tidak menghargai dan menghayati betapa indahnya agama kita sendiri?
  3. Kenapa mereka yang lahirnya Islam tertanya-tanya apa itu Allah?
  4. Dan kenapa pula mereka yang memeluk Islam berebut-rebut untuk mengambil tempat dan berdoa agar suatu hari dapat dipertemukan dengan Allah!
Saya sedih, sayu dan menangis ketika mengarang cerita ini kerana saya tahu tahap saya sebenarnya di mana. Jauh terkebelakang...........

Saya tidak membeli buku jilid sendiri oleh Muhammad Adam Eh Abdullah. Tetapi saya dengan seikhlas hati memberi sedikit duit raya untuknya. Dia redha. Dia terima. Tapi hati saya gundah-gulana. Apakah kejam saya kerana hanya memberinya sedikit duit raya?

54 comments

takpa bagi sikit asalkan ikhlas..mungkin sistem sokongan kt malaysia utk muallaf sepertinya perlu diperkuatkan lagi kot..selain PERKIM tpt utk belajar agama mungkin dari segi sokongan lain pun perlu..

23/9/11

majalah solusi ada keluarkan satu buku tentang kisah2 muallaf terkenal di malaysia dan dunia.

adik saya ada beli.

saya tumpang baca.

sangat best.

Alhamdulillah tuhan memeberikan hidayah pd dia...kdg2 yg muslim hanya pd nama...Ya Allah selamatkan hamba-hambamu....Amin

Sedih gak lah fara. Kita yg islam nih kekadang tak menghayati agama kita sendiri, tapi yg baru memeluk islam...bersungguh² mempelajari.

Mencukupi untuk membantu. Beri apa yang ada. Hana mempunyai kawan mualaf masa belajar kat uni dlu. Macam-macam dia tanya bla tgk org ISlam sendiri melakukan perkara yang tak sepatutnya like kwn2 satu rumah tak pegi solat jumaat, xpuasa, dan mcm2 lg. Sampai malu nak jelaskan kat mualaf itu.

Apalah yg kita ada selain airmata dan sedikit wang MF. Tapi hati dan akal waras kita selalu berputaran mencari jawapan disebalik banyak persoalan.

Sedikit huluran bukan bererti zalim tapi cuba MF fikirkan dlm kekalutan dunia Islam sekarang masih ada yg beragama Islam tapi lupa saudara yg kebuluran disebalik kemewahan mereka yg tidak terhitung...

Tanpa Nama
23/9/11

jawapan yang pada pandangan aku (kalau silap, tolong betulkan)

1: ...kerana mereka telah menemui sinar sama ada mereka sendiri yang mencari atau datang dengan sendiri.
2: ...kerana kita buta dan enggan mencari cahaya.
3: ...kerana mereka tak tau apa yang sepatutnya/perlu ditanya.
4: ...kerana mereka sedar apa yang kita tak sedar.

eh, kau patut dapatkan buku tu...

23/9/11

Bila pi makan pernah jumpa juga orang mia jual barang... Barang itu kita tak nak.. lalu beri sedikit wang...

Tak semua laaa.. tengok dulu keadaan mereka....

kelihatan pincangnya institusi berkaitan islam ketika ini kerana tiada pengkhususan dalam memberi tunjuk ajar dan perlindungan kepada golongan muallaf di malaysia. hingga pada akhirnya mereka terkapai kapai dan tidak mustahil untuk kembali ke agama asal mereka.

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

Sy rs tak perlu harapkan pihak berkuasa. Kita sendiri boleh laksanakan....

@Amalina

Syorkan pada saya...

@fiza

...sebab tu sy asyik bertanya!

@Hana Soffelia

...sy pula dpt pertanyaan bertubi2 dari org yg bukan beragama Islam tapi berminat utk tahu mengenai org Islam yg tidak Islam (pada zahirnya)

=(

@Kakzakie

...sy tiba-tiba rasa bersalah sbb tak beli buku budak tu.

@SM

...bukan aku tak nak beli. Ada alasannya kenapa aku tak beli. Tapi mcm tak elok aku cite kat ko atau kat seme org. Elok aku simpan dlm hati n jadikan ia sbg pengalaman.

Mudah-mudahan Allah permudahkan kita semua, Amin!

@WuMing

Sy tak kisah jika org itu menjual. Kalau mengemis atau meminta sedekah walau dia

- kanak-kanak
- OKU
- warga emas

Sy akan bertanya kenapa mahu meminta? Apa yg menyebabkan dia mesti meminta?

@delarocha

Sy rs tak elok kita tuding jari pada satu2 pihak. Kita tanya dulu pd diri sendiri. Kenapa mst jadik mcm tu?

dis is some of the problem dlm bangsa dan agama kita kat malaysia.
Xnak ckp org lain tp sndiri pun kadang amik x peduli.

23/9/11

Siapa yg harus dipersalahkan andai mereka kembali kepada asal ugama kelahiran mereka...Institusi AGAMA negara kita..Individu beragama Islam seperti kita..atau meraka sendiri yg hanya pada asalnya ingin memeluk Islam atas sbb2 tertentu...

Jari yg kita tundingkan diantara satu sama lain akan meyebabkan kan permasalahan MURTAD kembali saudara2 Baru Islam tidak pernah akan sesesai..

Konklusi???????????......

pengajaran untuk diri sendiri

23/9/11

malu pada saudara baru

betul fara cakap..,..tapi untuk menukar agama lain...tak mungkin lah sampai ke tahap tu...ada yg convert niat tak betul masuk islam coz nak kawin...itu yg banyak terjadi..bila bercerai atau tak tahan dugaan kembali ke agama asal...

percaya tak kita akan ulang cakap tentang hal ni walau 5 tahon lati....

Tanpa Nama
23/9/11

masa saya remaja saya juga pernah terfikir : kenapa saya dilahirkan dengan agama islam? adakah kerana mak abah saya islam? kenapa kita tiada hak untuk memilih agama?

Sekarang, walaupun saya masih jauh lagi tapi saya bangga menjadi manusia yang lahirnya sudah beragam islam.

Pernah x fara cuba buat...

Bila terasa diri sangat jauh dari Tuhan..Fara cuba untuk mengucap dua khalimah syahadah??

moga dia terus kekal dengan keislamannya dan moga akan ada yang terus membantunya.. insyaAllah..

kita pula mesti pertahankan agama kita agar takde yang mudah nak amik kesempatan..


ppsstt: kat cocoatree tu ada tak coklat whittakers (tak ingat ejaan)

@mommy fara - benda mcm ni tak boleh dijayakan dengan seorang dua individu. perlu ada institusi terancang untuk monitor semua ini.

kalau tanya diri sendiri, apa yg mampu? setakat menghulur derma seperti cerita diatas? sampai bila? cukup kah?

24/9/11

biar pun sedikit pemberian Fara tu, asalkan ikhlas n tak bermaksud menunjuk2, itu dah memadai.....mungkin si Adam itu akan mendoakan Fara, siapa tahu?

Fara , cik ina bercakap melalui pengalaman suami sendiri yang memeluk Islam tahun 80an dulu sebelum berkahwin ngan cik ina . Dulu memang mak ngan ayah dia membantah , tapi sekarang dorang boleh terima.

Apa yang menyedihkan sebagai seorang yang baru memeluk islam, tak de orang boleh membimbing.Tak kan bimbing setakat mengucap dua kalimah syahadah je.Mana pegi orang yang bertanggungjawab.gurau boleh, masa tu cik ina belum jumpa dia lagi

MF...at least u dah bersedekah dengan ikhlas kepada dia...mak aihh mana nak cari buku tu ya..

Dia memeluk Islam kerana keindahan dan kebenaran Islam tu sendiri...

Kalau mereka yg memandang 'Islam itu Melayu' atau 'Melayu itu Islam',mmg smpai bila2 pun dorg xkan tertarik dgn Islam..

26/9/11

KADANG-KALA PERKARA YANG TIDAK DAPAT DITERIMA AKAL ITULAH SENJATA BAGI UMAT BUKAN ISLAM UNTUK MEMERANGI ISLAM. MISALANNYA, NABI MUHAMMAD YANG TELAH MENJALANI IKRA' DAN MIKRAJ. PERKARA INI SEMEMANGNYA TIDAK DAPAT DITERIMA AKAL OLEH MEREKA YANG TIDAK BERIMAN, KERANA ITULAH SELEPAS NABI MUHAMMAD DI ISRA' MIKRAJ, RAMAI UMAT ISLAM PADA MASA ITU MURTAD KERANA TIDAK PERCAYAKAN NABI, NAMUN MASIH RAMAI JUGA YANG MEMPERCAYAINYA. KERANA APA? KERANA IMAN...

bagi apa yang termampu...

itu je yang aku buat..

tapi kekadang aku ragu ragu...adakah mereka benar susah, atau hanya berlakon untuk mendapatkan uwang?

pernah terpikir?

dalam quran ada ckp psl hidayah Allah. ringkasnya lebih kurang gini (sy tak ingat ayat dan tafsir, maafkan saya).. Jika Allah menghendaki seseorg itu menerima hidayah Allah, dadanya akan dilapangkan selapang-lapangnya untuk menerima agama Allah..

semoga kita tergolong dlm golongan yg sentiasa mendapat hidayah Allah...

27/9/11

complicated gak kan...

bukan amaun tpi keikhalsan yg penting, dah rezeki dia kan...

manala tahu pas ni ada jumpa lgi...leh hulur lebih

@Paria Perawan

...betul! Lepaskan diri sendiri dulu.

@Eye_nee

Ini cerita umpama "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit"....

"sorang-sorang, lama-lama jadi lautan manusia"

Setiap mslh psti ade jalan penyelesaian. Cuma kita yg tak nak berusaha. Sebaliknya asik bertanya (mcm sy la tu)

@merahitujambu

...dan kita semua!

@NM02

Malu pada Tuhan sbb kita dikurniakan akal tp tau nak gunakan...

@anitadiana

Mgkn dia convert utk kepentingan diri sendiri. Tp dlm ms convert tu, kita boleh aje gilap minat die tu kan? Tp kita tatau mcm ne...

@gedek!

...yg bt sy tak percaya, kenapa mst nak mengulang tanya? Nape takde jln penyelesaian?

@Fitri Senin

Sentiasa mengucap utk pastikan adakah sy sudah terlajak jauh melupakan Dia?

@aizamia3

Betul. Pertahankan agama kita, itu yg semestinya. Tapi dlm masa yg sama, mengajak org memeluk Islam juga.

@delarocha

Perumpamaan;

SIKIT-SIKIT, LAMA-LAMA JADI BUKIT

kita oleh jadikan ia;

SEORANG-SEORANG, LAMA-LAMA JADI LAUTAN ORANG.

Kenapa nak harapkan insititusi yg terang-terang gagal? Tak salah kita mencontohi institusi gereja. Sorang derma RM1, 10 jadik RM10. Klu 100? Klu 1000?

Mereka sentiasa berjaya kerana mereka tak pernah kedekut utk membantu manusia. Mereka berdakwah kerana dalam agama mereka, berdakwah itu wajib. Spt juga kita, wajib utk kita berdakwah. Tapi berdakwah secara diplomasi dan bermain dgn psikologi seperti mereka (org gereja.

Ini bukanc erita 2, 3 org individu. Tapi kita rujuk perumpamaan di atas.

@~~zAnAfAhMi~~

Alhamdulillah. Sy manusia paling bertuah dlm dunia klu dia doakan kesejahteraan sy.

@Cik Ina Do Do Cheng

Mcm mane agaknya kisah suami Cik Ina tu kan? Sy mmg minat sgt nak tau. Nak tau pengalaman diorang....setau sy, mmg terseksa, kan?

@Lady Windsor

Kak, sy pun nak cari gak buku tu! Awesome!

@Cik SHiNJU

Di sebalik cerita selepas dia memeluk Islam tu yg sy berminat nak tau...

@fairus

Takut dgn Allah. Dunia semakin di penghujung cerita.

@*Miss Geli^

Aku tak nak pk buruk. Klu aku pk buruk, smpi bila aku tak sedekah kat org. Klu die bohong, itu urusan die dgn Allah. Aku tak nak masuk campur.

Jom makan nasi campur.

@kinna

...usaha utk dikehendaki Allah supaya mendapat hidayah-Nya. Islam bukan agama yg menyusahkan.

@mamaNoriz

Hulur yg termampu je...

29/9/11

AMINKAN DOA KINNA..

MF:

Catat Ulasan