Mungkin saya bertuah kerana dapat menjiwai luahan hati Cik Ina. Bukan senang hendak menjiwai watak realiti. Tak semua pun pandai. Nak tahu sebab apa tak pandai? Mereka tak rasa apa yang kami rasa. Mereka tak melalui apa yang kami lalui. Jadi, bukan sesuatu yang perkara yang pelik bila mendengar mulut mereka sesedap rasa menidak dan menafikan apa yang kami pertahankan. Malah, lebih tidak tahu malu bila ada yang cuba hendak membahas perkara yang mereka tidak lalui?
Setakat duduk semeja di kedai mamak bersama semua bangsa yang ada di Malaysia tidak cukup untuk kita mengekspresikan betapa aman damainya hati kita semua. Tidak! Tak payah nak berlagak. Tak perlu nak mendabik dada bahawa kita semua sehati sejiwa sedangkan kita tak tahu yang kita sebenarnya didiskriminasi secara senyap. Gunting dalam lipatan. Bagai api dalam sekam. Teluskah mereka dalam menjalinkan persahabatan bersama kita? Andai kita bersama mereka bersuka-ria di Jalan Bukit Bintang, melepak, berkaraoke dan berdansa sehari semalam. Dan bila tiba waktu Subuh, kita mohon mengundur diri untuk bersolat sambil mengajak mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah perasaan mereka dan beranikah kita?
Ayat klise; Bila kita mati, kita bawa agama dan bukan bangsa.
Saya paling tak suka bercerita mencampur-adukkan agama dan dunia. Tidak terfikirkah yang kita ini berjiwa kompleks? Sangat kompleks sampaikan bercabang benda yang harus difikirkan? Kita umpama mengambil wuduk. Selesai menyapu wuduk ke dahi, kita tertanya-tanya dalam hati; sudahkah aku membasuh tangan hingga ke siku dengan sempurna? Dan mengulang wuduk sehingga puas hati. Apa yang sebenarnya ialah kita manusia yang tidak pernah sempurna. Oleh itu, usah berlagak tahu semua. Tak payah bercerita kalau dunia tidak terbuka luas di depan mata.
Saya bekerja di sebuah syarikat yang mana orang Cina adalah majoriti. Syarikat saya mempunyai satu polisi iaitu tidak akan mengambil orang India untuk bekerja di sini melainkan buruh kontrak di tapak pembinaan atau tapak kuari. Selain itu, semua jawatan eksekutif tidak akan dipegang bangsa lain melainkan orang Cina itu sendiri. Saya mungkin bertuah bila ditempatkan di syarikat ini kerana saya adalah salah seorang dari 30% kuota wajib orang Melayu atau bangsa bumiputera lain yang diarahkan kerajaan kepada semua syarikat di Malaysia. Syukur, Alhamdulillah. Walaupun sekadar kerja kuli. Tak apa. Ini adalah sumber rezeki.
Suatu ketika, ada seorang kawan yang pernah bekerja di sini bertanya soalan bertubi-tubi kepada ketua jabatan kewangan perihal ciri-ciri pekerja yang dikehendaki;
- Kamu hendak pekerja lulusan ijazah? Dan dia jawab; YA!
- Kamu hendak pekerja yang tidak ada pengalaman tapi mempunyai serba-sedikit pengetahuan tentang akaun? Dan dia jawab; YA!
- Kamu mengambil pekerja Melayu berkelulusan ijazah dan hanya meluluskan gaji mereka setakat RM1.3k sebagai permulaan? Dan dia jawab; YA!
- Kamu mengambil pekerja Cina berkelulusan diploma dan hanya meluluksan gaji mereka setakat RM1.7k sebagai permulaan? Dan dia jawab YA!
- Kenapa? Dan dia tak berkata apa.
Tak perlu buat muka hairan. Cerita di atas bukan cerita pusing. Cerita di atas adalah cerita naif. Bukan hendak menyalahkan mereka. Malah kagum dengan mereka yang sangat telus dengan bangsa mereka sendiri. Sangat melindungi dan saling bekerjasama. Andai saya bercerita tentang politik pun, kalau saya dilahirkan sebagai orang Cina; sudah tentu saya akan mengundi DAP juga. Siapa yang tidak mendambakan bangsa sendiri untuk memerintah negara? Oh, saya tahu siapa yang tak sudi. Orang Melayu yang kononnya moden dan liberal. Kononnya membesar di Subang Jaya, bermain di Damansara Utama, belajar di Mont Kiara dan bersuka ria di Bangsar! T**k L****u!
Orang Melayu sebenarnya dah hilang punca. Dah tak tahu nak bangkitkan isu apa. Dah lemak dengan kenikmatan dunia. Konon pejuang agama. Tapi masih riak dengan sijil yang mereka ada, keturunan bijak pandai mereka, bekalan masa depan gemilang mereka, kekayaan mereka, duit mereka dan harta-benda mereka. Betul tak?
Kamu banyak mencecehlah Fara sedang aku sudah menjana ribuan RM dengan cuma berbasi-basa dengan cerita remeh aku - Apa yang aku makan sarapan pagi tadi? Apa yang anak aku sudah belajar hari ini? Sudah berapa kali binatang peliharaan aku membuang malam semalam? Ke mana destinasi percutian aku hujung tahun ini?
43 comments
Fuhh... panjang nya....
wooow I'm speechless...yg penting saya baca dan cuba memahami isu di atas..kamu seorg kwn yg berani
Hakikatnya bukan semua orang ada kesedaran seperti kamu jika ada pun mereka tersepit membisu kerana takutkan sesuatu tetapi sangat jelas sekali amarah kamu bertempat dan benar lagi jujur.
Sukar mencari seorang wanita yang tegas dan jujur dalam penulisan yang begini...
Teruskan menulis yer auntie...:)
persoalan ni sebenarnya never ending story....
siapa sanggup mula 0-0?
secara jujur...?
Saya pernah lalui apa yg fara lalui. Keja ngan 'chayanunalip' ni memang takkan ke mana. Baru keja gaji dah tinggi. Pengalaman tak sampai setahun dah naik pangkat. Tapi tak reti buat keja. Org yg dah keja bertahun² & lebih berpengalaman masih di takuk lama, sebab apa? diskriminasi.
Tapi bagi saya kat mana² skang pon ada diskriminasi tak kira bangsa. Pandai bodek...pandai ayat, dapatlah habuan lebih.
Owh..sekali lihat tajuk memang rasa penuh beremosi.Tapi tetap mahu membaca dan mencelah. Tulah hakikat sekarangnya. Hana pun pernah gak kerja kat syarikat swasta dan pemiliknya Cina dan majoritinya orang Cina yg pegang jawatan besar2. Hana dikira bertuah kot tak jadi kuli batak seperti orang Melayu lain apabila diberi peluang bekerja di dalam bilik berair cond bersma2 kaum mereka yg baik-baik belaka ketika itu dek kerana bantuan Teman Penyayang merupakan satu2nya orng Melayu yang berjaya menempatkan diri dalam bahagian marketing syarikat. Sedangkan melayu lain bekerja membanting tulang mengangkat benda2 berat di dalam gudang. kesian, tp tulah hakikatnya.
ni bukan menceceh tapi membuka minda...
good job!
menyedarkan kite yg alpa..
dan tak tahu buat pilihan sebenar, sekadar ikut2 je...
huhuuu
Realiti yg sepatutunya mereka yg duduk di atas sedar. Sayangnya masih ramai bangsa kita yg ada peluang utk membantu bangsa sendiri mencengkam bangsanya. Bangga membantu bangsa lain tanpa peduli kelak anak sendiri terkais-kais mencari sesuap nasi. Yg dah jadi kuli pula terus bermati-matian.
Sebab itulah kakak MF jadi keras kepala kalau di tempat kerja kakak sebab kakak tahu mereka ini perlukan kakak. Ugut bukan kerana kebolehan kita tapi kerana mahu bangsa kakak tidak sewenang-senangnya nak ditindas. Pelarasan gaji kakak yg tentukan. Mahu tak mahu mereka kena ikut (kadang jadi bertekak juga)...
MF: kita sentiasa lupa...darah sama warna, rambut pun sama warna ..tapi dalam hati masing2 ada agenda yang tidak sama rasa...
dua tahun sy kjer dgn swasta...apa yg awak tulis itu semuanya dah pernah saya alami...
saya tak sanggup nak teruskan lalu sy quit dr kompeni itu..saya tiada keberanian itu kerana hanya 3 org melayu sahaja ketika saya bekerja sedangkan berpuluh-puluh lagi adalah org mrk huhuhhhh
tajuk yang agak panjang.... hehehe
saya pun pernah kerja dengan cina... yup mereka akan utamakan bangsa mereka dulu... saya dah kerja lama... tapi budak cina yang baru masuk dapat gaji lebih tinggi...
p/s: sy dah add awak kat pesbuk sy.....tq
fara boleh msuk politiknya...macam wakil rakyat lah fara..biasa lah melayu ne rajin cari salah org...suka guna2kan org..cuba tengok org cina berniaga 1 tempat boleh aje maju sama..kalu melayu dah dengki-mendengki.....pinjam kata nabil raja lawak..lu (sama2 lah pikir).. pikir lah sendiri
"Kenapa? Dan dia tak berkata apa."
Kenapa? Kerana aku orang cina, dan aku perlu mendahulukan kaum aku sendiri dalam apa-apa hal pun.
Bagi aku, ini adalah jawapan yang pasti ada dalam hati orang yang mempunyai sentimen diskriminasi yang amat tebal. Melihat warna kulit jauh melebihi daripada kebolehan.
Berkenaan melayu yang `dah hilang punca' tu, keutamaan mereka bukan lagi mendahului kepentingan melayu sendiri. Sebaliknya, kita sendiri sudah sedia maklum kalau diteropong apa yang ada di dalam usus besar mereka.
sekian...
sbb itu kita kena tolong bangsa kita sendiri..walaupun secara luaran semua bangsa nampak bersatu (kononnyalah) tp semua pun nak lebihkan bangsa masing-masing (secara diam-diam)..
sbb asalnya ini tanah kita bg sy mmg patutnya kita dapat kelebihan..walaupun sekarang ini dah mula timbul isu kesamarataan hak.
kita x boleh menghalang bangsa lain untuk bangkit sbb mereka dah lama bertapak kat sini jadi mungkin mereka rasa dah sampai masa mereka dapat apa yg melayu dapat selama ni.
mungkin mereka rs x diperlakukan dgn adil (x dapat hak sama) jd mereka akan tolong bangsa mereka.
sy x pernah lalui pengalaman mcm Fara sbb dulu sy bekerja di sektor kerajaan yg dah sah-sah mmg melayu punya.
tp seorg kwn pernahlah cerita benda sama yg Fara lalui bila kerja dgn company bangsa tu.
entah ya..macam-macam program kerajaan dah buat tp kenapa bangsa melayu masih macam terpinggir juga (dr segi ekonomi)..adakah sbb bangsa melayu mmg lemah?
sy cuma berharap tanah ini kekal milik kita selamanya..tak guna kita bising-bising tp berusahalah kita agar apa yg kita takuti tak jadi kenyataan.
puak minoriti selalunya lebih bersatu daripada yang majoriti
padat n mantap isinya...
saya juga pernah kerja dengan syarikat cina, sekejap je la.. terasa macam pegi kerja bawak badan je.. tak bawak hati sekali..
kadang2 kita kena ingat, kita berurusan dengan manusia, bukan dengan robot... hati n perasaan kena amik kira oo.. (",)
maaf.tidak bersetuju.panjang nak cerita tentang kisah saya.
YANG PELIKNYA, BILA MELAYU BEKERJA DENGAN MELAYU, DIA MAHU PIJAK KEPALA ORANG MELAYU SENDIRI. BAGI YANG BEKERJA DENGAN BANGSA LAIN, DIA JADI YES BOS... BAYANG2 BOS PON DIA TAKUT...
Ada garis-garis halus pada tahi lembu. Sungguh indah dan berseni!
@WuMing
=D
@Maya Mayana
Err...
@Bigdaddyz
Baiklah En. Daddy!
@gedek!
Saya takdehal!
@fiza
..apa yg lebih menyedihkan bila;
Mereka bersatu antara satu sama lain. Melayu pula tunggang-langgang bila masing-masing punya kepentingan diri masing-masing!
@Hana Soffelia
Awak mengingatkan sy pd kawan...dia juga antara Melayu bertuah yg bekerja di syarikat bukan bangsa sendiri.
@mamaNoriz
Sekadar ekspresi...
@Kakzakie
Sy mcm akak jugak. Tak boleh lembik depan mereka. Kena tegas dan tetap dgn pendirian. kalau kita kata ya, ya sampai ke penghujungnya!
@Lady Windsor
Yelah kak....sy lupa!
@sahromnasrudin
X semua org sanggup!
@dwaty
Sedih....mereka jdk mcm tu sbb bangsa kita sendiri. Yg tersepit adalah rakyat biasa mcm kita.
@anitadiana
Sy amik point dengki akak tu. Mmg betul.
@SM
.......aku mengadap benda nie dr awal keje smpi skg. Dan aku ngadap mgkn smpi bile2 andai rezeki aku kat sini aje...
@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
Siapa yg nak mulakan dulu?
@delarocha
Bila dah minoriti, baru nak bersatu. Tapi agak2, majoriti nak dgr tak?
@fuad ansari
Oh, sy dah biase....
@Amalina
Apa kata cerita? Klu tak cerita, kita tatau...
Apa yg awak tak setuju?
@ahmad humairi
...sedang najis juga menjadi seni arca di sesetengah tempat!
@fairus
...sy pun perasan. Sbb tu kita senang dijajah sbb kita suka menghentam bangsa sendiri.
walaupun tak pernah rasa bekerja dengan company cina tapi semangat setiakawan dorang amat tinggi berbanding orang melayu sendiri.. yang lebih suka menjatuhkan bangsa sendiri.. tak boleh tengok kawan senang sikit, ada aje yang nak dijajanya.. sedangkan kawan itu bersungguh-sungguh mencari rezeki mencari sesuap nasi..
tapi kita kena berusaha agar tanah kita tak terus dijajah dan ditukar hak milik.. ingat dan sedarlah.. mereka menunggu peluang bila kita alpa..
apa yang fara tulis semua betul. kat tempat keja cik ina susah sangat dorang nak lantik orang yang dah lama berkerja jadi manager terutama melayu. kat sini memang nampak sangat dorang pandang kulit.
Paling cik ina benci kalau ada yang nak anggap bangsa cina atau india jadi wira.Bangsa kita tak tengok ke cam mana bangsa cina tu menubuhkan banyak persatuan tuk tolong bangsa dorang sendiri. dorang bersatu tak macam kita .
CE CITER CIK AMALINA.. NAK JUGE TAHU AKAN KISAH TIDAK PERSETUJUAN ANDA..
SEBAB RATA2 KAT SINI SETUJU DGN MF..
(YG NAK TAHU)
Sya xde pengalaman kerja dengan bangsa lain sebab dulu sya kerja di sektor semi-governmt. semua pekerja bangsa melayu. India hnya 2-3 org itu pun sebagi driver. Bila kita kerja sesama bangsa, rasanya semangat utk bersaing(dlm kerja) tu semakin kurang. Yang kuatnya hanya gosip dan politik pejabat yg maha dasyat huhu... (ini kisah sya)