19/09/11

mari kita cerita tentang bolasepak inggeris (terima hakikat bahawa orang inggeris adalah bekas penjajah tanah melayu!)


Mereka kata, Man.Utd menang kerana nasib. Dari dulu sampai ke hari ini, tak habis-habis dengan alasan klise mereka. Kasihan.

Ayah saya peminat tegar Arsenal. Dia kata, Arsenal tak ada perancang. Pemain tengah mereka kurang pengalaman. Dan saya pasti, ayah dapat lihat perbezaan ketara antara Arsenal yang dulu dan kini. Pasti jauh perbezaan bila diamati.

Suami saya pula peminat tegar Liverpool. Ada orang bila kelab kesayangannya asyik kalah dan seri, nak tonton perlawanan pun tak ada semangat lagi. Tapi tidak suami. Walau mulut rajin memaki, tapi dia tetap setia menanti.

Saya tahu ayah dan suami saya sedih kerana prestasi kelab kesayangan mereka. Walaubagaimanapun, mereka berdua adalah contoh terbaik peminat bolasepak kelab Inggeris yang optimis dan positif. Tak pernah dengar dari mulut mereka menafikan kemenangan kelab lain walau kelab itu sangat tidak disukai mereka. Mereka berdua adalah peminat yang matang dan tidak kebudak-budakan. Bukan macam Obefiend yang gila cerita entah apa-apa. Bosan!

Dan saya tak pernah kisah apa pun walau kereta kami dihiasi pelekat Liverpool, bola mainan Aydin berlambangkan Liverpool, suami menghabiskan duit membeli 2 helai jersi Liverpool dan sebuah topi berlencanakan Liverpool yang kini hanya menjadi hiasan kaku di dalam almari baju kami. Saya tak kisah walau saya sendiri peminat setia Manchester United. Malah, saya juga bangga kerana saya juga seperti suami dan ayah yang tidak ambil kisah tentang kutuk-mengutuk, alasan klise dan entah apa-apa lagi seperti yang mereka lakukan.

Saya dah biasa menghadap kawan-kawan yang gila mengutuk Man.Utd. Kalah kena kutuk. Menang pun kena kutuk. Bosan!

25 comments

19/9/11

tak reti nak layan bola

19/9/11

Orang yang minat kelab bolasepak mana pun di dunia ini pasti tak ada masalah dengan WuMing... Kerana WuMing cuma minat HammerFall, Iron Maiden, AC/DC dan lain band Metal yang langsung tiada kaitan dengan bola sepak..

He..he..he..

saya peminat kelab itali...AC MILAN..mlm td kalah dgn napoli 3-1 huhuhuhhhhh

yup..same goes to me..MU fan but xde kutuk kutuk :)

semangat kesukanan kena ada pada setiap pemain dan penyokong. Kalau tak de, itu yang masing-masing tak boleh terima kekalahan.

tepat sangat fara walau macam mana pun kena ingat satu masa dulu dorang pernah menjajah negara kita. jangan terlebih -lebih bila menyokong.

Saya penyokong pasukan Perak.

....apa yang saya pasti, saya belum merdeka lagi....huuu

Tanpa Nama
19/9/11

sebahagian daripada kita: bermula ketika remaja terikut-ikut dengan trend yang dibawa oleh abang-abang besar tentang kegilaan bolasepak inggeris sehingga akhirnya sebati dalam diri dan menjadi tegar pula.

sebahagiannya lagi: meminati wajah kacak dan badan ganteng pemain bolasepak mereka, tak kisah kalau bermain buruk atau tak dapat sentuh bola sepanjang permainan.

sebahagian kita yang lain: betul-betul meneliti kualiti skil permainan individu atau taktikal berpasukan sehingga tak mahu ketinggalan setiap perlawanan pasukan yang diperhatikan. akhirnya terlupa yang liga semi-pro dah lama dimansuhkan dan diganti dengan liga super.

sebahagian yang lain pulak: eh, beckham tu hensem la, dia main kat bayern kan?

Tanpa Nama
19/9/11

Redza juga peminat tegar Arsenal..tidak pula Redza buat muka bila saya belikan Raif baju MU dan abah saya belikan jersey chelsea..makin bertambah ghairah untuk membelikan raif brgan arsenal yang sampai skrg masih Nanado!!Hahahaha..
Ye saya pun kadang2 tak paham org yang tak matang dalam meminati bola sepak

ohh saya memang bukan peminat bola tapi saya juga tak kisah dan pernah kutuk mereka yg minat....lain pdg lain belalang,lain org lain minatnya..dh lama tk jenguk blog obefiend

19/9/11

GLORY GLORY MAN. UTD.. JEMPUT KE BLOG SAYA UTK BCA PANTUN BARU UTK MAN. UTD... :)

19/9/11

kak ayu dan en zalie sama2 tak minat bola..
apatah lagi ayah ayu..
bukan kaki bangku atau tamo ambil tahu ttg bola sepak..

tapi dah puas layan bola.. kami sama2 tak ada minat kearah itu.....

Kakak kalau temankan hubby tonton bola pun boleh lena... apa lagi kalau liga inggeris ini. Tapi kakak mengikuti sejarah dan tahu memang bangsa mereka adalah penjajah Tanah Melayu...

Layan gak bola, tapi tak sokong memana pon, tak der lah fanatik sangat ☺☺☺

dulu ai minat gile liga perdana inggeris.. dan dah tentu Man U jadi pilihan..
masa tu cakap aje pemain no. berape dari pasukan mana.. siap ada buku scrap khas untuk kesemua team dalam liga utama tersebut.. gila ah masa tu..

TAPI..
selepas kena tegur dengan pak sedara sebab exam SPM dah dekat, huhuhu.. terencat terus minatku itu..

sekarang, kalau ada yang tanya.. confirm ai tak tau.. hikhikhik..

19/9/11

Mula2 minat man u sbb players yg hensem, tp sekarang tetap minat man u.. Tp kalau man u kalah kutuk juge..;)

19/9/11

Alamak . Lebey kurang komen SM tu.. A a .. Beckam bukan QPR?.. haha

Bila cite bab bola sepak ni, 2 benda je Hana nak tau, apa lawan apa dan sape menang, bape gol? Tapi since Teman Penyayang yg sgt minat bola sepak, layan jelah dia sembang pasal bola. hehe Sangat kagum dengan perempuan yg tau perihal bola sepak. Tabik. ^_^

Man U mmg bagus...

tak layan sangat.... kalau team malysia lawan team luar baru layan....

20/9/11

pening kepala kalau ckp psl bola, riuh rumah akak ni sb akak sorang je tak sokong mana2...hubby dan famili dia majority peminat Liverpool, pantang nmpk kereta org ada label tu....seolah2 sedare mara dia..hehe..

20/9/11

eee...tak suke bola...
apalgi game english ni selalu wktu tgh mlm...kacau tido je...huhuhuuu

sy tak minat mana-mana kelab bola sepak..tgk bola time orld cup je hehe..

obefiend? mcm familiar jer..rsnya dia ex-classmate husband ms sekolah dulu..

nasib baik lah fara..kak ita balik kg suami ..tak ada astro kalu tak nak ke tak nak kena layan aje lah bola ne..tak kira lah perlawanan apa..hubby ita ne perminat sukan sesanggat...dan bini dia ne tak minat sukan ..so mcm ne kan...biasa tido aje...

glory glory man united!

hoyehhhh!
iols pun peminat man united!

Tanpa Nama
21/9/11

man u mmg hebat... setuju!
tapi ai tak minat man u...
cuma kedah dalam hati heee ~

Catat Ulasan