15/09/11

negaraku (malaysia), tanah tumpahnya darahku!


 Walaupun;
  • DIA dikatanya tunduk pada isteri.
  • DIA dikatanya mengguna duit rakyat membeli-belah beg tangan kulit paling mahal dan cincin berlian yang entah apa-apa.
  • DIA dikatanya gila dan psiko dengan merogol kaum sejenis.
  • DIA dikatanya gila kuasa dengan menjual agama sendiri.
  • DIA dikatanya hanya mementingkan bangsanya sendiri.
  • KAMU yang kononnya berjuang demi rakyat tapi masih berkemampuan menikmati hidup yang selesa dan memiliki apa yang diidamkan.
Walau kita masih tertanya-tanya apa benar atau tidak apa yang dikatanya di atas;

Kita berkongsi tanah untuk dipijak bersama. Kita berkongsi tanah untuk ditumpahkan darah kita bersama. Kita berkongsi menghirup udara yang berlegar di ruang yang sama. Dan kita adalah warganegara Malaysia. Menumpang sama di bumi yang nazak dan tua.

Malaysia, selamatlah negaraku hingga kiamat nanti!

42 comments

Tanpa Nama
15/9/11

DIA dan KAMU sering bertelagah, dan ada antara KITA pula yang masih bermegah seolah-olah tiada apa-apa.

bestbyanya kata2..kak ita suka-suka...biar apa pun parti2 di Malaysia..diharapkan tak berlaku pertumpahan darah....semoga malaysia tetap megah dalam 1 malaysia dalam aman dan damai...

Salam 1 Malaysia..!

Selamatlah..Malaysia raya..
negaraku yg ku cintai..

Bertuah hidup di bumi Malaysia yang aman damai ini. ^__^

15/9/11

amin...

15/9/11

berbeza fahaman politik yg dibawa?berpecah belah kerana ikutkan sifat kenegeriannya?kita lupa...kita berpegang pada bendera yg sama..bumi tercinta Malaysia,tanah air negara pusaka...

*bersatulah kita,demi keharmornian negara merdeka....

15/9/11

wow...

good entry Fara!

yg penting tanah dan maruah kite tak tergadai...

15/9/11

tanah juga diperlukan suatu hari nnt

Tanpa Nama
15/9/11

ye..yang penting kita sama2 menjaga tanah tumpah Negara ku ini =)

Selamat Hari Malaysia Fara

@SynicalMind

Tak salah KITA bermegah dengan apa yang KITA ada walau tak seberapa. Bermegah yang tidak membawa pada riak dan angkuh;

Aku megah menjadi anak Malaysia.

Bukan;

Aku megah sbb aku KAYA hidup di Msia. Bukan mcm negara lain yg miskin tak ada apa tp dtg sini terus berlagak mcm negara ini dia yg pny!

Tanpa Nama
15/9/11

@Mommy Fara
bermegah maksud aku: tak ambil peduli pada apa yang berlaku sekeliling, asalkan aku dapat hidup dengan tenang, persetankan MEREKA semua.

@anitadiana

Akak suke ke? Hehehehe....tq kak!

@PUTUBAMBU

Selamat Hari Malaysia!

@Hana Soffelia

Cube bandingkan dgn negara lain? Semoga dijauhkan....

@aiEz

Suka komen awak nie!

@mamaNoriz

Sama-sama kita pelihara!

@Fitri Senin

Selamat Hari Malaysia, Fitri!

@SynicalMind

Kemegahan golongan apati? Ramai tu....ada je di kalangan kita. Mulut kata lain tp tak serupa bikin!

Tanpa Nama
15/9/11

@Mommy Fara
DIA, KAMU, MEREKA: sama je... masing2 bertegang urat sampaikan apa yang dibikin pun tak sama dengan apa yang dicakap!

tanah tumpah darah ku jua..

15/9/11

BERTUAHNYA RASA HIDUP DI MALAYSIA...

MALAYSIA... TANAH TUMPAHNYA DARAHKU...

selamat hari malaysia mommy...

15/9/11

Kita memang sentiasa peka tentang negara..

Tapi ada orang hanya peka untuk kaut duit dari negara saja...

beruntung juga kiranya duduk kata malaysia ni
so far tak de perang cam kat timur tengah tu..

tapi... masih ada yg tak tau bersyukur - tak reti berterima kasih
masih juga nak carik masalah
masih juga nak melaga2kan pihak a - b - c dan sebagainya...

patutnya orang2 macam ni
hantar kat negara yg tengah berperang tu
biar dia tau skit untung badan hidup kat sana..!

benar, bumi ini sudah nazak dan tua.. itupun masih ramai yg berebut2 utk menghiasnya.. (",)

Semua kita secara hakikatnya berkongsi Tuhan yang sama.. (",)

nice entry kakak,sama2 kite berdoa semoga negara kita dipelihara oleh Nya :)

15/9/11

Kita berkongsi segala-galanya di Bumi Malaysia Ini..andai dia tunduk kepada isterinya..maka bacul lah ia...andai barangan berjenama menjadi kemewahan nya menggunakan duit kita...maka binasa lah ia nnt....andai kaum sejenis minatnya..laknatullah Allah mengiringinya...jika agama sendiri dijualnya...maka bangkitlah kita menentangnya...andai hanya satu bangsa menjadi kepentingannya...Binasa lah Malaysia satu ketika nnt...Andai ada yg masih pandai berkokok sahaja sdgkan ekor tetap mencecah najis.....Fikirkanlah Keamanan Yg masih mampu kita kecapi sehingga hari ini..

Hidup dan Mati ku hanya mahu di Bumi MALAYSIA ini...

well written mommy fara.
selamat hari malaysia!
:)

selamat hari Malaysia..

Negara kita hak kita..
Jangan sesekali bagi peluang orang luar jadi tuan kepada kita..!!

hakhakk nice entry! slmt hari malaysia ;p

syukur dpt hidup di bumi Malaysia yg aman..

walaupon x suka tgk org berpecah belah hanya kerana berbeza pahaman politik..

tiada tempat lain sedamai malaysia

selamat memperingati hari pembentukan Malaysia 16/9/1963. Sebagai rakyat Mlaysia cik ina bersyukur sebab dah selesa kalau nak dibanding zaman belum merdeka. Cuma cik ina masih bimbang bangsa kita, umat islam baik di Malaysia dan seluruh dunia masih belum bersepakat.

MF: selamat meraikan kemerdekaan ke 54, hari ni ada masak rendang ayam tak? hikk..

bukan semua mahu akuinya ...mereka mahu lebih lagi...

selamat handaknya!

17/9/11

selamat hari malaysia...semoga semuanye selamat hendak Nye...:)

18/9/11

Tahniah Malaysia. Harapan sya agar tiada lagi rakyat2 di negara ini masih melarat dan masih merempat di tanah air sendiri walaupun negaranya makin dikenali seantero dunia.

Kalau dia mengecapi kemewahan berjuta ringgit sendirian sedangkan masih ramai yg tak mampu utk membeli semangkuk bubur dan gagal meneruskan pelajaran di bumi yg sama kenalah kita fikir dan muhasabah diri....

19/9/11

Siapa usaha dia lah yang berjaya..

Catat Ulasan