14/09/11

UPSR bukan penentu kejayaan masa depan!

Guru itu pendamping murid sedia cemerlang. Bukan murid yang sederhana dan lembam. Tidak ramai guru di Malaysia yang ada usaha dan inisiatif untuk membawa murid yang sederhana dan lembam ke arah cemerlang.

Pengalaman adalah guru terbaik dalam hidup saya. Sebaik mengenal apa itu sekolah (tidak melibatkan tadika), saya mula belajar sayang guru. Guru itu sangat baik. Tekun mengajar. Lembut melayan. Pandai memikat. Namun kesihatan mengganggu prestasinya sebagai guru. Sehingga dia tiba-tiba hilang dari kami.

Ada ketika, saya cemerlang dalam pelajaran. Maka, saya menjadi kesayangan guru secara tiba-tiba. Dihambur pujian, diangkat tinggi dan diberi sepenuh perhatian. Dan, ada ketika pelajaran saya merosot. Maka, saya ditolak tepi secara drastik. Terhindar, tersisih dan kelam.

Saya keliru. Perasaan bercelaru. Walau masih di peringkat umur pucuk muda mentah namun saya sedih. Saya bukan kanak-kanak dari kalangan yang tidak ambil kisah. Saya adalah kanak-kanak yang mahu diberi perhatian. Semakin lama semakin jauh dari jangkauan guru. Jauh dan jauh hingga saya tidak nampak di mata mereka.

Saya tidak seperti murid-murid itu yang sentiasa mengerumuni guru kesayangan. Dan jelas murid-murid itu adalah murid-murid cemerlang. Tidak ada satu pun murid yang sederhana dan lembam dapat saya lihat begitu rapat dengan guru. Dan mereka di dalam kelas diajar bagai endah tak endah. Sambil lalu.

Saya tidak mahu pupuk diri saya agar menyayangi guru. Bermacam perkara telah saya saksi yang menjadikan alasan kenapa saya tidak mahu mengajar diri saya untuk menyayangi guru.

Kenapa murid lembam itu ditampar dan dihentak ke papan hitam hanya kerana dia susah untuk memahami apa yang cuba diajar guru? Setiapkali dia mengajar, murid lembam itu pasti menjadi mangsanya. Tapi saya kagum dengan murid itu kerana walau dilayan sebegitu buruk rupa namun tiba Hari Guru, dia tidak lupa untuk menghadiahkan guru itu sebuah hadiah istimewa. Tidakkah guru itu terdetik rasa sesuatu dalam hati?

Selepas menjadi saksi peristiwa itu, jiwa yang tersedia memberontak melancar mogok. Betul. Sejak itu saya agak keras hati untuk menyayangi guru. Oleh sebab itu juga, guru menghindar diri dari saya. Dan itulah punca kemerosotan saya dalam pelajaran. Namun, tidak ada seorang guru pun yang berniat untuk bertanya punca kemerosotan saya. Saya tak peduli. Saya biarkan.

Saya tidak membuat persiapan. Saya tidak menumpukan perhatian di sekolah. Tidak ada tuisyen. Tidak ada kelas tambahan. Saya hanya belajar sendiri di rumah. Itu pun nak tak nak. Sudahnya, saya tidur. Dan keputusan UPSR saya sangat mengejutkan. Saya tersenyum. Alhamdulillah. Walau tidak penuh A namun benar-benar mengejutkan kerana saya tidak dibimbing sebaiknya oleh guru. Malah, tidak mendapat kata-kata perangsang sebelum masuk ke dewan seperti mana kawan saya terima. Oh, ya! Kebetulan, kawan saya itu adalah murid cemerlang. Tidak mustahil untuk dia mendapat motivasi istimewa seperti itu.

Bagi saya, tidak ada penggalak yang paling istimewa melainkan Mak dan Ayah. Mereka punca saya mendapat 'A' walau saya ini hanyalah seperti melukut di tepi gantang di sekolah sendiri.

Cemerlang UPSR bukan penentu kejayaan seseorang. Ia tidak lebih hanya sebagai tiket untuk ibubapa mencanang satu kampung betapa hebatnya anak mereka dan tiket untuk guru mencanang kepada semua bahawa dialah guru paling hebat di alam semesta. Dan ibubapa kepada anak-anak yang sederhana atau mungkin lembam, usah kecewa dan sedih dengan mereka kerana suatu hari nanti, anak-anak itulah yang akan membantu kamu di hari tua. 

...bersambung di hari PMR nanti

50 comments

14/9/11

betul..masih panjang lagi masa serta perjalanan yang perlu ditempuh...
ada PMR ada SPM ada STPM...

kiter UPSR tahun 1993 kan?????

aku perasan sekarang, cikgu macam tak berapa nak amik berat dengan tugas mereka..more kepada menjadikan profesen guru sebagai sumber gaji, dan mudah cuti, balik cepat bla bla bla..

sedih.

tak payah tengok jauh sampai sekolah, tengok kat taska la..
kalu budak tu comel, mata bulat, pipi gebu, cikgu/pengasuh kemain lagi gomol, dukung, sayang..cuba aku letak anak kenit aku, ngan kulit itamnya, idung pesek, rambut ada kutu, ada cikgu nak amik dulik..? emosi ok..

lepas letak komen, haruslah gelak sebab nanti dikuatiri orang kata kita gile...

hahahahahahahahahah

ok dah gelak..tata

Tanpa Nama
14/9/11

GURU A: kalau aku ajar budak lembam ni bukan ada makna pun. bodoh macam tu jugak. baik aku fokus kat budak cerdik ni. kalau result dia cemerlang, aku jugak dapat nama.

GURU B: kesian budak ni, tiap2 hari datang sekolah, tapi tak pandai2 jugak. entah, aku pun tak tau nak buat apa.

GURU C: ha? budak pandai? budak bodoh? mana ada, sama je semua...

eh, susah la nak cari orang macam GURU C ni! mungkin disebabkan kebanyakan guru menjadikan kerjaya sebagai pengajar ni sekadar tempat mencari makan, jadi tiada keikhlasan langsung dalam mendidik...

14/9/11

ni kisah betul ke Fara? jadi pada awak atau sekadar adaptasi?

sedih lak baca...

apa pun, usaha dan doa tangga kejayaan, bukan dgn bodek2 semua tu kan...

14/9/11

saya tunggu sambungan

bukan nak mengeruhkan suasana tapi ada cikgu yang tidak mahu menumpukan perhatian pada anak murid yang kurang pandai berbanding yang pandai.. dengan alasan lebih suka main, kurang beri tumpuan pada apa yang diajar.. 'susah saya nak tumpu pada dia sorang sedangkan masih ramai lagi yang perlu saya ajar'.. oh.. tolonglah cikgu.. jangan bagi alasan macam tu.. yang cikgu ajar tu budak baru sekolah, bukannya tingkatan 5.. sedih bila dapat jawapan macam tu..

jangan jadikan kenakalan murid2 itu sebagai penghalang untuk terus mendidik dan hanya tertumpu pada mereka yang berminat.. kenapa tidak cuba cari tarik minat agar murid itu berubah menjadi suka dengan apa yang dia pelajari..?

maafkan saya kalau ada yang tersinggung dengan komen ini.. tapi kalau tersinggung pun jadikan ianya sebagai batu loncatan agar menjadi pendidik yang berjaya dalam membantu kejayaan anak muridnya..


'selamat berjaya pada anak-anak yang mengambil UPSR tahun ni'

14/9/11

kekadang mak abah push sangat~bukan sebab apa pun~~sebab nak anak masuk sekolah berasrama berprestij~~sekolah mana sama je la~~haih~

Sedangkan yang ada degree pun terkapai2 mencari pekerjaan, inikan pula baru bertatih ambik exam UPSR. ^_^ Yang paling penting, harus kenal potensi diri dan sentiasa berusaha untuk majukan diri, serta rajin dan tawakal.

budak2 sekarang degil ataupon cikgu yang terlalu tension lalu melepaskan geram di murid...??persoalan itu

14/9/11

assalamualaikum fara...

lama tak singgah sini..
ayu pun baru baik dari demam...

oh ya, anak saudara ayu ada yang ambil exam..
syukur... nampaknya dia macam happy....
mungkin dapat jawab dengan baik...

bila baca entry farra..
ayu pun dapat result cukup2 makan..
tapi jeles gak bila kawan2 dapat sekolah semai bakti....
heheheh..

@sahromnasrudin

Ssshhh! Hahahahah! Masa tu cuma ada 4 A je. Tak mcm skg, 5!

@*Miss Geli^

Bohong mu! Kenit tu comel la! Tp bg aku, kekanak seme pun comel. Even kekanak Somalia sana pun comel. Huhuhuhu! Yg tak comel, jantan yg cume reti bt anak tp tak pandai nak bertanggungjwb...

Eh? Melarat lak!

@SynicalMind

Bukan ke sblm jdk cikgu, ade akujanji? Heheheheheh...

Diorang bkn ikhlas pun. Aku pnh jdk cikgu dulu. Aku tau mcm ne cikgu2 bile bab mengajar budak.

Klu jdk cikgu semata sbb gaji, elaun sane sini, bonus dgn status cikgu yg konon suci....adelah lebih baik diorang pilih profesion pekerja kilang.

>=(

@mamaNoriz

Mmg kisah betul. Kisah sy ms sekolah rendah. Tu baru sekolah rendah. Lom masuk sekolah menengah.

Lom masuk g pengalaman sy mengajar mengadap cikgu2 yg lain.

Realiti guru2 di Msia ni sbnrnye menyedihkan (tak semua tp majoriti mcm tu)

@aizamia3

Sbnrnya, tak ramai yg berminat nak kritik profesion guru nie. Seolah-olah, guru2 nie amat suci di mata mereka. Tapi realiti, tak seindah yg disangka....

Memang guru kerjanya adalah mulia tp manusia mana yg sgp memuliakan diri menjadi naif membentuk anak-anak kita cemerlang?

.........saya suka komen awak.

@bujal X

Nak tau sebab ape? Sbb nak nmpk gah di mata masyarakat!

@Hana Soffelia

Lagi satu komen yg sy suke. Betul! Ade degree pun pyh nak dpt keje yg sepatutnya apa yg dah kite belajar dulu, kan?

@merahitujambu

Bdk2 degil ada sebab. Guru2 tension, kenapa nak lepaskan pd murid? Tak bijak!

@Citarasa Rinduan

Bila dah dewasa dan sudah tahu hala tuju hidup msg2, ape Ayu rs?

14/9/11

Setiap bait ayat kamu ada kebenaran..Mengapa yg lembam dan lembab dipinggirkan..mereka sepatutnya yg harus diberikan tumpuan...Sebagai Pendidik seharusnya guru2 ini tahu apa tujuan mereka mendidik anak2 murid mereka....memiliki otak yg genius itu bukan milik semua org...

ayat2 terakhir menusuk kalbu... (",)

akhlak yg cemerlang lebih baik dari keputusan yg cemerlang.. (",)

buat yang terbaik sudah cukup memadai....kalau ada rezeki adalah...

time cik ina ngan adik perempuan sekolah budak pandai dan lembab diasingkan. memang nampak sangat budak lembab dipinggir, ini terjadi sendiri pada arwah adik, sampai darjah 5 tak tahu membaca, dia ditempatkan dikelas last sekali tanpa perhatian, yang lebih diberi tumpuan budak yang pandai. zaman sekarang cik ina tak berapa pasti plak, semoga tak jadi cam tu.

14/9/11

setuju . yg pasti bukan tiket utk berjaya .. masih ada halangan nya lagi .. kena kuat usaha kan ..

upsr nie akak lak lebih2 debar :)

hari ini bukan macam dahulu lagi hari ini harus ada sesuatu yang lain untuk bersaing maju.Ramai sangat yang mampu mendapatkan A tetapi akhirnya tersadai begitu sahaja...

Guru2 hari ini kurang kreatif dan kurang maju untuk belajar mengajar mereka seperti menunggu gaji cukup bulan sahaja sekarang...sangat2 mendukacitakan...

14/9/11

setuju sangat.

cemerlang sekarang tak semestinya cemerlang selama lamanya.

gagal sekarang tak semestinya gagal selama lamanya.

15/9/11

upsr,perjalanan masih jauh..perjalanan hidup utk ditempuh,upsr ibarat gerbang baru nak kenal dunia...sy pn upsr kurang memberangsangkan,tp asalkan ada niat dan usaha umtuk majukan diri dalam kehidupan,insyaAllah semua tu akan berubah dengan usaha yg kita lakukan..:)

terlalu mengejar akedemik....

kita bakal ada rakyat zombie

betul lah fara cikgu sekarang bukan mcm zaman kak ita..pepagi dah datang bagi tusyen free....dan lepas solat margrib...ada lagi tusyen free untuk kak ita sekelas yg nak ambil peperiksaan..masa zaman kak ita derjah 5....cikgu tak berkira...terima kasih cikgu..jasa tu tetap terpahat dan akan dikenang ke hujunh nyawa...

@Eye_nee

Sy hightlight ayat ini;

"memiliki otak yg genius itu bukan milik semua org..."

Guru-guru harus menerima realiti ini!

@fuad ansari

Sy sendiri bertakung airmata bile hendak menulis perkara yg melibatkan ibubapa. Entah kenapa...

@fuad ansari

Sy sendiri bertakung airmata bile hendak menulis perkara yg melibatkan ibubapa. Entah kenapa...

@Republic

Buat yg terbaik dan termampu diri sendiri...

Rezeki itu adalah kurniaan Tuhan. Jika hasil dari usaha kita itu saja maka terima dgn hati yg redha kerana itu adalah kurniaan dr Allah SWt walau tak sehebat apa yg kita cari.

@Cik Ina Do Do Cheng

Betul. Cerita sy di atas pun cerita berbelas tahun dulu. Skg tatau realiti guru mcm mane...

@ieda

Akak berdebar tu sbb naluri seorang ibu tu kak. Ibu mane tak berdebar kan? Hehehehe....

@Bigdaddyz

Betul. Skg nie, cemerlang mcm mane tp tatau nak bt keje...org tak nak amik kite kerja jugak, kan?

@delarocha

Antara quote yg terbaik utk hari nie!

@aiEz

Saya;

UPSR
PMR
SPM

Semua ckp makan. Masuk U, tak ada apa yg nak menghalang. Alhamdulillah. Result agak cemerlang. Cuma rezeki tak kesampaian. Walau mcm mane pun, ini yg telah dittpkan Tuhan. Alhamdulillah!

@gedek!

Kenalan sy sendiri skg nie tak mcm dulu. Dia depress smpi jdk tak tentu hala. Tak mampu nak berfikir sendiri. Tak mampu nak bt ape pun. Syukur org tua masih ada. MAsih dpt menjaga...

=(

tahun depan anak sulung kita UPSR..
tahun ni kita start rasa debarnya..

15/9/11

DULU SELEPAS TAMAT BELAJAR, ADA JUGA JADI GURU SAMBILAN SEMENTARA DAPAT PEKERJAAN TETAP. MEMANG SUKAR UNTUK MENGAJAR PELAJAR YANG LEMBAM. RAKAN-RAKAN LAIN DENGAR CAKAP, DIA DUDUK BUAT HL SENDIRI TANPA PEDULIKAN APA YANG DIAJAR.. LAST-LAST JUMPA DIA SECARA PERSONAL DAN AJAR PERLAHAN-LAHAN. PUAS CUBA, TAPI AGAK SUKAR.. MUNGKIN IA BOLEH BERUBAH DENGAN DIAJAR OLEH GURU YANG LEBIH BERPENGALAMAN...

18/9/11

Sya ada beberapa saUdara yg kerjayanya sebagai guru.
tak berani nk komen lebih pasal guru ni sbb bila dgr suadara sya ni cerita pasal pengalaman mengajar student di kelas yg 'tercorot' ni memeng boleh buat sakit jiwa. kadang2 beri arahan yg simple pun masih murid2nya buat tak endah. contohnya xbuat kerja sekolah. Bila dia mengajar, anak2 murid bermain dibelakang. Kalu seorg dua buat perangai, boleh tahan lg. macamana kalu hampir sebahagian kelas jenis yg tak de perasaan. kalu budak sekolh rendah kita boleh consider lg tp cuba byng kalu budak tu dah meningkat remaja. siapa la x sakit hati. nak marah lebih2 takut di lapor ke kementerian. (maaf ini cerita sepupu sya yg kerja guru sekolah menengah).

19/9/11

Budak2 lembam ni wajible ada 1:1 class atau 1:2, tapi tiada kemampuan berbuat begitu..camne?

di sini sy setuju dgn fara..

yg salah sbb sistem pendidikan kita terlalu menekankan akademik..kekadang sestengah budak potensinya ke arah lain..sbg guru patutnya jd org mengenalpasti potensi budak bukannya jd mesin hasilkan budak dpt bnyk A..

sy lum abes komen dah terpost pulak..


baca pengalaman fara nih skang sy paham kenapa sy dicemburui ms sekolah dulu..mungkin sbb sy agak pintar cikgu selalu melebihkan sy..dan betullah..sebelum masuk dewan cikgu beri motivasi utk sy..habes PMR pon cikgu siap semak kertas sy takut kalau-kalau sy tak dapt penuhi hajat diaorang utk dpt A..

tp langit bukan selalu cerah pon..

sy dpt masuk sekolah berprestij selepas tu..dan SPM sy tak dapat pon straight A1..sy pon bukan lagi jadik murid kesayangan guru..kira terpinggir lah hehe

Catat Ulasan