12/09/11

rezeki manusia

....menyamun restoran mamak? Saya syak, tujuan asal rancangan mereka adalah untuk merompak kari kambing.

Pelik bila ada sesetengah manusia mudah berfikir singkat untuk mendapat walau hanya seringgit dua. Hidup tak mudah dan senang bila diselubung kebimbangan.

Sepertimana ibu tunggal itu berlindung di bawah gereja hanya kerana untuk kemudahan dalam kehidupan. Sedang ibu itu orangnya sihat dan tidak pula sakit apa-apa. Kenapa tidak bekerja? Masih ramai yang hidupnya susah, duduk pula di tengah kota metropolitan yang serba mencabar.

Tak perlu susahkan diri mengemis di jabatan kebajikan masyarakat atau mungkin di jabatan pungutan zakat jika kesemua mereka bekerja atas dasar publisiti. Dan tak perlu berpaling ke arah gereja semata kerana duit. Rezeki takkan datang dengan sendiri. Betul Allah tentukan rezeki masing-masing. Tapi kalau tiada usaha?

Saya juga berfikiran singkat menerima tempahan asam laksa dan rendang ayam untuk 50 orang (sebelum ini 30) semata-mata untuk membantu suami menampung kehidupan selepas raya yang serba pokai. Tapi sekurang-kurangnya saya menuju ke arah sumber rezeki yang halal. Dan upah memasaknya walau tak sebanyak mana tapi....

Alhamdulillah!

Bukan orang kaya. Bukan juga orang miskin. Rezeki sentiasa ada. Walau tidak semewah mana. Belanja cermat perkara biasa. Seringgit dua harus dikira kecuali untuk bersedekah.

25 comments

12/9/11

seram saya tgk video kedai mamak kena samun tu

Alhamdulillah, rezeki saya tetap ada dan diakui tidak mewah seperti yang lainnya.....belum lagi kebuluran, syukur.

Betul .. rezeki Allah yg bg .. tugas kita berusaha dan cari duit sedaya mungkin .. duit tak jatuh dari langit...

bukan calang-calang orang sanggup menerimanya..

ini membuktikan awak nie pandai dan suka memasak kan :-)

rezeki tidak akan datang dgn berpeluk tubuh
tapi kalau sudah merata mencari rezeki namun rezeki tetap jugak tidak berkunjung tiba
cemana tu?

manusia singkat akal

ngeri bila baca paper
dihidangkan dengan cerita2 macam ni...

Tanpa Nama
12/9/11

Merompak jln pintas utk dpt duit
Bersedekah jln pintar utk berkatkan duit
Ps: suka niat fara tlg suami

50 org?
uiii..ramainya....!
tapi best le bila dpt hasilnya..
penat tapi membantu..

rezeki lepas raya kan...mana nak disangka..

kak putu pun..dlm kering2 duit nak melayan anak2 ni.. ada pulak insan yg bermurah hati kasi depa duit raya harini.. alhamdulillah..
balik karang bagi kat depa.. mesti depa seronok giler..

Tanpa Nama
12/9/11

kadang2, kefaikran mengundang kekufuran. penilaian kita berbeza terhadap satu2 permasalahan yang sama bergantung kepada kedudukan kita. mungkin akan ada yang berkata:
SATU: hmm, kesiannya ibu tunggal tu. kenapa la kita tak bantu dia. mesti susah hidup dia kan?
DUA: inilah manusia yang tak tau berusaha! badan sihat, otak waras. nak cari rezeki sendiri pun payah ke? dasar peminta!
TIGA: aku peduli apa!
...aku tak pasti aku yang mana satu. mungkin aku kena menilai diri sendiri dulu sebelum dapat menginterpretasi sesuatu situasi dengan seimbang.

12/9/11

Memang betul... apa-apa pun kena berusaha....

Betul tu fara, duit takkan datang kalau tak di cari...takkan datang bergolek kalau tak der usaha.

@NP

Mustahil berusaha tp tak nmpk rezeki. Cuma sikit atau banyak la...

@SynicalMind

Satu : Kita boleh kesian. Tapi tak semua dr kita mampu nak menolong.

Dua: Yang jarang meminta itulah yg lebih banyak berjaya dari terus menganga. Contoh; Mak angkat aku. Bukan ibu tunggal. Tapi ibu yang digantung tak bertali. Kerja; cleaner. Kerja sampingan; jual kuih, cuci kain baju kat rumah org, bersihkan rumah org.....Anak 2 org. Masih kecil. Tp itu cerita dulu. Skg hidupnya dah senang...Alhamdulillah. Dia tak meminta. Dia usaha sendiri. Sebab tu aku berani cerita mcm nie.

Tiga: Org mcm nie wajib kita pulaukan!

Tanpa Nama
12/9/11

@Mommy Fara
SATU: malangnya kebanyakan rasa simpati tu datang dari mereka yang tak mampu menolong.
DUA: itu cuma berlaku pada mereka yang betul2 ada tekad je. bukan senang nak jumpa orang macam ni. sudahnya, tangan terus ditadah di tempat yang tidak sepatutnya.
TIGA: pulaukan!!!

kak ita sokong fara ckp tu...masa kat opis ada penceramah tu ckp kalu nak sedekah ikut saluran yg betul..mcm kalu gi solat kat masjid atau surau kita sedekah kat situ..itu saluranyg betul lah kan..bukan tak kasihan kat org2 yg minta sedekah kat pasar malam tu.cuma kita lagi mengalakkan meraka,ada tu pendapatan di org lebih lagi daripada kita...boleh buka blog mazitul tv3 tu..bukan org malaysia pun orang negara lain nepal ke myiamar...

12/9/11

Rezeki TIdak dtg bergolek....

mungkin mereka berfikiran, merompak kecil2an kurang risikonya.. (",)

tu lah tu.. pelik2 je manusia ni kan.. mungkin manusia bersangka bahawa kehidupan hanyalah di dunia sahaja.. (",)

12/9/11

setuju... :) pandai masak erk.. mesti sedap...

rezeki ada dimana mana.. kena usaha

MF: sorry i tetiba teringat kes ada ibu tunggal melacur kerana nak sara hidup..lepas tu ada pulak statement dr org yg bijak pandai dalam bidang agama kata, melacur itu dikira boleh kalau dah tak ada pilihan..the fact that we hv so many choice for life..kerja jaga tandas pun halal kan, kerja basuh pinggan atau cuci tandas pun halal juga kan tapi kenapa ada ibu tunggal yg pergi kat gereja..dan kenapa ada yg melacurkan diri...

Bagus tu Fara sebagai isteri kita kena sama ringankan beban suami, barulah dikatakan perkahwianan tu satu perkongsian 2 hati. Bila cakap pasal ibu tunggal, cik ina rasa bangga ngan diri sendiri waima kematian suami cik ina mampu nak membesarkan 3 orang anak hingga mereka dewasa, ngan titik peluh sendiri. cik ina percaya Allah SWT tak pernah menyusahkan hambanya , lagilah kalau yang berusaha. masanya belum sampai nak cerita lebih lanjut.

insyallah rezeki ada dimana mana :)

skang nih bnyk cara halal utk carik duit..

sy sihat..tp x keje sbb nk jaga anak sendiri..jd sy bisnes online jelah..tolong suami mana yg boleh..

x pandai masak mcm fara nk amik tempahan..hik hik..

sejuta tu asalnya dari sekeping singgit juga....

18/9/11

rezeki ada dimana2. jangan fikir singkat demi kesenangan sementara. bagus la fara ni membantu suami dgn kemahiran yg ada. kagum sya dgr kalu org boleh masak dlm qtt yg banyak

Catat Ulasan