9/09/11

'aku' bermonolog....

Kenapa aku tidak seperti yang kamu inginkan?
Sedang kini aku yang lebih baik.

Oh, tidak....
Aku tidak sebaik itu.
Aku tidak punya apa-apa pun.
Sedar aku hanyalah cebisan tulang sepi.
Yang saban hari membakar naskhah cinta.
Membakar hati dan malapetaka jiwa.

Dan aku merayu untuk satu hari lagi.
Di mana kamu boleh memelukku.
Sedalam-dalam dosamu.

Hati ini patah dua kerana kamu.
Setiap cebisnya tiada nyawa.
Hanya kamu penyambung jiwa.
Namun malang, kau tidak melihat aku.

Di sini aku terhimpit di antara gelap dan terang.
Terbuta dan terhapus oleh gelapnya malam.
Diseksa bagai aku tiada nyawa.
Oleh bayanganmu yang kejap ada, kejap menghilang.

Dan bila peluru hidup itu tepat menusuk ke wajahku.
Terhambur terpercik darah luka lara.
Bila aku tahu, perempuan itu kini penggantiku.
Bagaimana cinta boleh menjadi kejam?
Apakah ini balasan?
Bila semua kasih dan sayangku hanya tercipta khas untukmu..............

Hati ini patah dua kerana kamu.
Hati ini patah dua dan setiap cebisnya tiada nyawa.
Hanya kamu penyambung jiwa.
Tapi kau tidak melihat aku....
Tidak....
Hati ini patah dua kerana kamu.
...kerana kamu.
Dan aku patahkan hati aku hanya kerana kamu.
Sekarang kau lihat aku.
Tapi kau tidak....
...lihatlah aku sekarang!
Tapi kau tidak...........mahu melihat aku.

....dan lelaki ini memberi jawapan!

19 comments

cinta dgn manusia menjadikan kita kuat adakalanya menjadikan kita lemah...skdr bermonolog juga :)

tumbs up!

apsal patah hati ni mommy?

9/9/11

terer la...

gua respek!

jika hati ini patah..
sadarlah ia akan tumbuh semula..
tetapi hanya jika ia disiram dan dibaja..

dan ada usaha untuk menumbuhkannya..
jika tidak, ia bukan setakat patah..
malah mampu tersungkur menyembah bumi..

jika itu berlaku..
jangan sesekali salahkan siapa..
apatah lagi diri kamu sendiri..
kerna aku yakin kamu telah membuat sehabis baik..
untuk menumbuhkannya...

Cukup Indah dan puitis....Sadis dan terluka...

Bila tiba saat dia sedar dan melihat keujudan mu....masih kah ada ruang memaafkan...

9/9/11

adesss ..
rasa cam mau nangis ... :(

Kasih itu bukan milik hakiki
ada ruang kena dikongsi
walau robek terasa patah
sebenarnya ia penyambung keindahan
umpama alam indah ini
suatu masa punah pasti melanda
namun di sana ada keindahan hakiki
yang akan kau perolehi insya-allah....

9/9/11

MONOLOG PATAH HATI NI...

kalaulah kak ayu jenis yang di depan pc hari2..
tentu kak ayu dapat lama2 dan menjiwai kamu

kamu hebat!!
mesti kamu tergolong dalam orang2 yang pintar..
tahniah

rindu kamu..

kena dia menjadi pilihanmu..
apa lebihnya dia..
dan..
apa kurangnya aku..?

9/9/11

Dibukukan nukilan ni.. Sebagai kenangan masa depan.. Sila sediakan autogeraf sekali ye..

MF: patah tulang, boleh nampak kesannya..patah hati..ubat sendiri..tak siapa peduli..tapi Allah mengerti!

Cik ina masih belum dapat memahami apa yang ko cuba sampaikan, bebrapa kali cik ina baca, masih tetap kabur.cuma yang cik ina nak tanya "Ada yang menggangu perasaan ko ke?" kalau rasa soalan ni tak patut di jawab, diam je.Soalan sekadar pertanyaan seorang mak kepada anak.

Tanpa Nama
10/9/11

ni monolog je kan..??bukan betul2..cer anta kat paper..kalo kwr paper best gak ni fara

beautiful...

akhirnya telah terserlah apa yang telah lama digambarkan dalam minda ini...


wanita yang cekal harus selalu tabah...:)

bestnya fara..kak ita suka faranya ayat..mesti BM tery ne..kak ita jahanam Bm....

Catat Ulasan