14/10/11

cinta kurang ajar atau pencinta kurang ajar?

Dari pandangan pertama, dia memenuhi selera peribadi untuk dijadikan suri. Penampilan muslimah lengkap. Bertudung labuh dan berbusana litup. Siapa tidak tertarik? Namun, benarlah kata mereka. Pandangan pertama tidak menjamin kebahagiaan di dalam hati. Awal perkenalan, mungkin serba-serbi indah. Namun bila sudah diikat tali pertunangan, dia mula menghambur perangai yang tidak dijangka.

Permulaan ikatan, aku kagum dengan pendiriannya. Berpegang teguh pada agama. Tidak pernah lupa mengingatkan aku tentang wajibnya menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Tetapi kekaguman aku terhadap dia disalahguna. Seakan terbit riak di dada. Seolah dia paling sempurna. Apa saja kelakuan aku dan keluarga, dia seakan tidak suka. Aku bingung.

Pertama kali aku lihat kurangnya hormat dia terhadap orang tuaku. Dia kuajak menikmati suasana kampung di rumah atok dan nenekku. Suatu ketika entah di mana silap, dia membentak dan memberontak. Diajak makan bersama atok, nenek, ibu dan ayah. Namun dia menolak. Wajah masam mencuka dan mengeluh setiap masa. Sungguh aku malu dengan mereka. Seolah hilang adab dia. Di mana budi pekerti, sopan santun dan rasa hormat?

Berulangkali aku resah dengan sikapnya. Berkali dia berulang perangai yang langsung tidak mencerminkan penampilannya. Namun, kesabaranku sentiasa didorong oleh nasihat lembut ibu. Ibu tetap ibu. Lembut hati dan sentiasa memberi peluang. Walau bakal menantunya...entahlah.

Kesabaranku teruji lagi. Dia berbalah dengan adik perempuanku (yang sepatutnya saling berkongsi cerita) hanya kerana perkara yang sangat-sangat remeh. Aku bingung kerana aku adalah mangsa! Aku diamuk, dihina dan dicerca tanpa aku tahu apa cerita! Membangkitkan amarah, aku menyerang adikku sendiri. Adik yang sejak dulu tidak sebulu dengannya menafikan kesalahan. Sudahnya, ibu juga tempatku tuju. Aku mungkin anak emak tetapi walau macam mana pun, ibu tetap ibu aku. Apatah lagi dia belum rasmi menjadi suriku. Jadi, tidak ada sebab untuk dia menafikan hak aku sebagai anak ibu!

Ibu risau memikirkan keadaan dia. Sementelah mendapat tahu dia terlalu bermain perasaan yang tak logik difikir akal pemikiran. Kuajak ibu menjenguk dia ke rumah sewanya. Ibu sememangnya mahu bersua muka dan mewakilkan maaf bagi pihak adikku. Walau ibu uzur dan jalannya terpaksa kupapah setiap masa.

Malang kami berdua (lebih-lebih lagi aku), kami berdua dihalau pergi. Sakit hati! Jika dia hendak menghalau aku, tak apa. Tapi jangan ibu! Hampir hilang sabarku dibuatnya. Tapi ibu sabarkan baranku. Dan aku lemah dengan nasihat ibu. Kebetulan, aku ada simpan kunci pendua rumah sewanya (jangan salah faham, kegunaan kunci pendua ku simpan atas kehendak dia untuk kecemasan). Sebaik buka, dia menjerit bagai hilang akal. Ikutkan hilang akal aku juga, hendak saja aku tekup mukanya.

Ibu dengan penuh diplomasi, memujuk hatinya. Tapi dia kelihatan sangat hilang rasional. Depan ibu, dia menonjol ketidakwarasan diri dengan menumbuk pintu. Istighfar ibu berulangkali. Aku mengetap gigi menahan marah. Urat pipiku tenggelam timbul. Panas hati! Aku sudah tidak tahan. Ku ajak ibu pulang dari melayan perangainya yang gila. Ibu masih punya toleransi. Ibu hulurkan tangannya sebelum mengundurkan diri. Tidak aku jangka, dia sanggup menepis salam ibu. Kurang ajar! Kalau tidak difikirkan ibu ada di situ, tangan ini pasti melayang singgah di pipi. Mengenangkan ikatan kami hanya di alam pertunangan, aku sabarkan hati! Ya Allah, dugaanku di alam pertunangan lain dari yang pernah dialami kenalan-kenalanku. Jika dugaan dia curang dengan lelaki lain, aku sanggup maafkan. Tapi dugaan yang aku terima adalah, dia sangat biadap terhadap ibu! Diakah ciri-ciri suri yang berpegang teguh dengan ajaran agama? Walhal, solatnya tidak pernah tinggal. Penampilannya sangat muslimah. Tidak pernah menunjuk walau sedikit aurat. Tapi kenapa perilakunya tidak seperti apa yang dia pegang (agama). 

Ibu dan ayah menasihatiku memberi peluang satu minggu supaya dia dapat sejukkan hati. Tetapi, dia sudah memberi kata muktamad untuk memutuskan perhubungan kami. Jika difikirkan, sayang hendak mensia-siakan cinta kami. Tapi perlukah aku kalah dengan hati sendiri? Perlukah aku pujuk hati supaya terus-menerus memberikan dia peluang? Kami di alam pertunangan. Sukar untuk aku membuat keputusan. Dayuskah aku kerana tidak berpendirian tetap melepaskan dia? Mohon pertolongan!

Kawan-kawan, cerita di atas adalah kisah benar seorang kawan. Bukan tujuan mengaib tetapi hanya meminta bantuan jalan penyelesaian.

34 comments

14/10/11

INI KURANG AJAR NAMANYA... LUPAKAN SAJA...

14/10/11

bagilah dia peluang..
cuba siasat kenapa dia boleh jadi macam tu.. kadang2 ada manusia yang mempunyai dua jiwa (satu sisi baik, satu lagi sisi memberontak) (ni gara2 tengok CSI Miami malam tadiler ni)..

betul kata ibu, bagi dia peluang.. jangan terus diputuskan sedangkan dari awal dah tau dia macam mana.. mungkin ada orang dengki dengan dia.. tapi tak mustahil juga memang itu perangai dia.. Allah nak tunjukkan sape dia sebenar sebelum diijabkabulkan..

minta petunjuk dariNYA..

MF: cakap kat kawan, satu hilang seribu mari...kalau belum kawen dah buat perangai...baik jangan kawen..

Pernah dgr pesanan ini...

Bukalah mata seluas-luasnya bila bercinta, tapi pejamlah mata serapat-rapatnya bila berumahtangga.

Mungkin sikap sebenarnya waktu bercinta dah nmpak tp kita seolah2 menafikannya dan berharap dia akan berubah selepas berkahwin. sebab itulah kita terima jgak dia, kerana syg dan cinta itu.

Tapi after kahwin, lama2 kelaman perangai buruknya itu tidak dpt dibendung lg, makan kita hlg sabar dgn perangainya itu sbb itulah terjadinya perbalahan and so on.

So, sebelum melangkah alam perkahwinan ini, masih belum terlambat utk membuka mata seluas-luasnya, menilai pasangan anda supaya kelak tidak tersalah pilih.

kurang ajar cinta kamu itu lorr...belum kahwin lagi sudah begitu, bagaimana sih kalau sudah sebumbung??


tiba2 speaking seberang...

ada hati lg ke kalau dh melawan ibu kita?...walau dh berkahwin syurga seorang lelaki tetap dibwh telapak kaki ibu...sekian :)

14/10/11

Dlm membuat keputusan kita kena gunakan "Rasional" bkn "Emosional". Kalau terlalu byk "negatif" tingkah lakunya, terutama sekali tiada hormat pada org tua, rasanya tak rugi kalau panas tak sampai ke petang tapi hujan di tengahari.

Sikap, tingkahlaku penting dalam hubungan kekeluargaan. No compromise.

Hati luka kecewa tak apa, Time will heal. Tapi kalau dah berumahtangga? Hmmmm .. bkn semudah membuka simpulan kasut di kaki.

I hope this comment help.

14/10/11

ermm susah nak ckp sebab kaloi pun takde pengalaman lagi
tp orang selalu cakap wktu bertunang byk dugaan
and terpulang pada dye nak menilai bakal isteri dye
if sebelum kawen punn dye dah menunjukkan sikap yg tak baik
terhadap orang tua plak tu
ini kan plak dah kawen nanti...
if dye berubah alhmdllh
if tak jugak camne kannn

pape punn byk berdoa and solat istikharah mohon Allah beri jalan penyelesaian

solat 5 waktu tidak bermakna orang tu alim
tutup litup seluruh badan belum tentu orang tu beradab

ada orang solat semata2 solat tetapi tidak menghayati akan ertinya solat itu

ada orang tutup litup tapi tidak menghayati akan ertinya menutup aurat tu..

cth: siti noorhaliza tutup rambut masa pelancaran album englishnya baru2 ni tapi tutup dgn topi... apakah??? pengertian tutup rambut hanya sekadar tutup rambut je lah..
oh sadis..

betul lah orang kata, dont judge the books by its cover... dont judge lauk tu tak sedap hanya kerana tengok presentation yang tidak cantik...

14/10/11

bagi peluang satu minggu bak kata ibu... tapi kalau dia nekad... putuskna saja... anggap tiada jodoh... kalau diteruskan takut jadi apa...

beri dia peluang, nasihatkan dia, jumpa kaunselor, kaji latarbelakang dia. kemudian baru buat keputusan.

Paling penting hati ibu kena dijaga, kalau dia tak nak berubah, itu jalan yang dia sendiri pilih, kena terimalah keputusan dari sisuami.

btol kte awk...jgn menilai dr luaran sje...tp sblm tu kne fkr msk2 la..jgn amek shortcut tros ptus ke ape...den wat solat hajat n solat istikharah byk2...if ade tnda2 yg pompuan tu mmg jodoh die trime jela dgn redha..n try ubah die after kawin nti..take it sbg satu dugaan yg Allah bg kt kite...tp kalo xnmpk pon ciri2 pompuan tu dlm petunjuk setel cara elok..

http://nabielashahrin.blogspot.com

Lupakan jer lah pompuan tu. Belum kawin pon dah tak hormat kat bakal mak mertua, apatah lagi bila dah kawin. Memang jenis pomopuan kurang ajar.

Mungkin allah nak tunjukkan jalan kat kawan fara nih. Nasib belum kawin dah tau peragai pompuan nih buruk, klo dah kawin baru tau perangai, memang makan hati di buatnya.

Kena buat solat istikharah minta petunjuk.

14/10/11

Dari dahulu lagi sudah aku khabarkan bukan kepala yang wajip di tudung tetapi hati...bila menafikan ayat yang berada didalam buku terakhir inilah natijahnya...

Tanpa Nama
14/10/11

@Lady Windsor
aku nak komen kepada komen ni dulu. haha...! cuba try test petik jari dulu, mungkin sembilan yang mari macam dialog Tiga Abdul.

yang entri ni nanti aku cuba cari penyelesaian alternatif dulu.

14/10/11

lupakan saja....

14/10/11

ni cerita betul yg fara tulis semula ek...

cam baca novel la...hebat hebat..

tpi mmg rasa nak hempuk je org cam tu....huhuhuuu

Geli
14/10/11

bagusnya "bakal mak mertua" yang orang lain wat salah, dipujuknya anak dia..

tapi mak mertua aku??
sah sah anak dia buat salah, aku jugak dimaki hamun, diherdik herdik..
siap cakap aku menipu padahal bukti aku dah tunjuk, anak dia pun mengaku, depan biras aku, dia mengutuk aku..

bukannya nak nasihatkan anak dia...


hurmm

don't judge a book by its cover...

apa jua penampilan luaran tak semestinya sama dengan dalaman dan isi hati

kalau sudah begini... baik dilupakan...
jangan ditambah gusarnya si ibu!

14/10/11

tak payah nak pening2 kan kepala ambil kata 'putus' dari skrg lupakan aje...dah nmpak kepayahan dlm hubungan itu dan bila diberi peluang tidak mustahak akan diulang lagi.

Tanpa Nama
14/10/11

Fara yg plg penting solat istikharah.. Then restu ibu dan keluarga. Kdg2 kita ni hanya nk kawin dgn psgn kita tp xnk pula dgn keluarganya.

kak ita pun kasihan juga dengan kawan fara ne..tapi cuba seledik dulu lah kan..tapi bagi kak ita..baru bertunang dah tunjuk perangai macam tu..seram gak lah nak jadikan bini...lalaki keutamaannya pada ibu..kalu perempuan pada suami..so kak ita rasa patut difikirkan lah...kita berkahwin.. bersama pasangan dan familynya sekali...mungkin cara didikan kita dan family lain..dan kita kena terima cara dan family pasangan kita juga..memang tak sama...so kita terima dan reda...mana ada org yg sempurna....kita menharapkan yg terbaik dan berusaha bersama untuk hidup di masa hadapan..fikir2 kan lah..

sangat mudah rasanya utk membuat keputusan... tidak perlu lagi minta pandangan orang lain...

perlukah masih ada rasa utk teruskan ke alam perkahwinan utk orang yg sebegitu?? sudah pasti jawapannya tidak..

@SM: sekarang x petik jari...era steve jobs, tekan punat iphone4 ke..ayat power..musti ramai mari...

MF: i rasa pendapat mak kawan u suruh anak dia pujuk awek tu..agak musykil sket...dah sah2 pompuan tu mengada-ngada...eishh nak ke dia menantu macam tu?

judging book by its cover memang masalah masyarakat kita....

sudah terserlah keperibadian sebelum kawen.. Alhamdulillah masih belum terlambat untuk berundur.

15/10/11

siasat lah dulu kenapa sikapnya tetiba jadi begitu? bertanya lah dgn teman rapat @ ibubapa si gadis...

bukan apa, takut terkena buatan orang.. tetiba sahaja sikap boleh berubah 360 darjah... tidak mustahil.. sbb sudah byk juga berdepan dgn kes mcm ini..

sakit ati jugak bila baca entri ini... kalau saya ada tunang macam tu, saya akan tinggalkan saja.. sebelum alam rumah tangga kami akan lagi parah..
abis cerita..

saya nak share cerita ini lah.. boleh kan... tq (",)

15/10/11

MF eh dah tukar nama.. Fara..
dear,
pendapat:
dengar nasihat ibu.
bagi masa.
kaji baik buruknya dalam seminggu.
selepas itu.
tanya Tuhan.
tanya ibu kembali.
Pertimbangkan.
Akhirnya keputusan terletak pada tangan sendiri.
Rasional.. emosional..
Semuanya kita boleh beri..

Nak atau tak nak.
Tanya hati..
Jangan ego..
WA.

Tanpa Nama
15/10/11

emmm bagi syieda la..better siasat nape die jadi macam tu..smpai ngamuk2..org yg kurang ajar mcm mn pun syieda rasa xda la smpai tepis tgn bakal mak mertua die.. (my opinion)

semoga kawan akak beroleh kabahgiaan..amin

16/10/11

apo2 hal hormat yg tua...kalo dah mcm nih kalo papa mifz bubye jer...

moga beliau dapat penyelesaian terbaik dgn bantuan keluarga terdekat dan nasihat para sahabat!

kita gune pendekatan diplomasi sedikit...mungkin ia hanya nak tunjukkan keegoannya.. kita beri contoh 2 yang lain pula yang membuatkan dia banyak berfikir

maybe si gadis itu bukanlah yang terbaik untuknya...
dan dia pun bukan juga yang terbaik utk si gadis yang mampu mengubahnya..

semoga kawan fara dipermudahkan segala urusan ok :)

Catat Ulasan