14/10/11

saya bangga dengan jalur gemilang yang walaupun mereka dok kutuk kata jalur gemilang macam bendera amerika tapi peduli apa saya! malaysia oh malaysia!

Sepatutnya saya berasa bertuah kerana menjadi anak Malaysia. Dilahirkan di sini. Dibesarkan disini. Dan kalau boleh, biarlah mati pun di tanahair sendiri. Saya bertuah kerana tok nenek moyang saya tidak mengajar saya menjadi seorang manusia yang berhati busuk, rasis dan fasis. Kenapa kalau saya berbangsa Melayu? Melayu saya Melayu penuh kompromi. Kalau tak kompromi, sudah tentu saya seperti orang seberang sana. Pemikiran sudah dirasuk ajaran fasis dan rasis. Tapi ada sesetengah Melayu di sini sangat mengagungkan yang di luar sana dari di negara sendiri (atau bangsa sendiri).

Kenapa kalau saya bangsa Melayu? Hinakah saya? Malangkah saya dilahirkan Melayu? Apa yang penting, Melayu saya boleh menerima kehadiran sahabat berbangsa Cina dan India. Siapa kata saya tak berkawan dengan mereka? Saya tetap baik dengan mereka walau saya sangat-sangat tahu bagaimana layanan bangsa mereka terhadap saya yang berbangsa Melayu! Orang memberi, kita terpaksa menerima. Mereka memberi kerana mereka telah terlebih dahulu menerima dari kita. Tapi mereka sepatutnya bersyukur kerana mereka telah diberi oleh kita. Dan mereka sepatutnya sedar bahawa mereka sangat bertuah kerana walau keistimewaan banyak pada orang kita tapi mereka tetap mendapat tempat di kalangan kita. Cuma kita yang patut sedar bahawa kita sememangnya susah mendapat tempat di kalangan mereka. Itupun ada juga yang mengagungkan Nasi Lemak 2.0. Kasihan!

Dan kamu berbangsa Melayu, usah bongkak dengan fahaman kamu masing-masing. Walau apapun, kamu tetap orang Malaysia. Jika di tanahair sendiri pun kamu hendak mengutuk dan menjatuhkan antara satu sama lain, bagaimana kamu hendak menepis anti dan perang orang seberang sana?

Saya percaya, tak semua orang Indonesia berhati busuk seperti segelintir mereka.

Kalau aku cerita pasal bangsa (yang mungkin ada sesetengah pihak kononnya sensitif), jangan kamu memandai sibuk hendak bercerita pasal agama. Kalau kamu hendak bercerita tentang agama, tunggu aku karang entri berkenaan agama. Atau lebih baik kamu yang Islam berdakwah pada mereka yang tidak Islam (atau yang sudah lupa mereka dilahirkan Islam) kerana itu lebih bermanfaat dari kamu sibuk hendak mencampur-aduk isu.

46 comments

x ingin tengok filem Nasi Lemak tu!


saya Jawa+Banjar..hehe..melayu lah tu!

14/10/11

saya bangga.tapi kekadang malu.jadi melayu.keh keh~

saya sayang negara saya tapi kalau ada pilihan, saya memilih untuk duduk di negara scandinavia, sweden..kerana negara itu adalah negara terbersih di dunia, paling kurang kemalangan, paling kurang berlaku pergaduhan budaya, lokasi yg baik untuk ibu membesarkan anak dan kualiti kehidupan adalah bagus (saya terbaca laporan ini dalam satu berita yg dikeluarkan oleh agensi media antarabangsa Reuters...kalau saya tersilap, harap maaf!)

saya cintakan malaysia!!

jiran sebelah rumah saya adalah orang cina dan depan rumah pula adalah india. sehingga hari ini kami hidup dengan harmoni dan penuh toleransi.

Semakin kusut bila Islam dan Melayu cuba dipolitikkan...

Yeay, saya sayang Malaysia!

Dah tengok Nasi Lemak 2.0.?


mula2 tak nak tengok, tapi terlalu banyak publisiti buat rasa nak tengok pulak....

won't hurt kan?

14/10/11

WuMing jarang fikir isu ini... Sebab masa beli susu anak atau tambah minyak kereta atau beli barang...Mereka hanya nak RM...
TapiWuMing juga tak suka orang hina tempat lahir atau tanahair sendiri...

Racist?... Tak pernah peduli...tak baik.. walau sama bangsa pun WuMing tak layan.. Walau tak sama bangsa... tapi tahu menghormati.. WuMing pun hormat dan sanjung...

14/10/11

saya bangge jd rakyat Malaysia !!!

14/10/11

hidup Melayu...:)

Tanpa Nama
14/10/11

@gedek!
filem ni ada dalam simpanan aku, tapi belum tengok (tonton) lagi.

Tanpa Nama
14/10/11

@Lady Windsor
finland ok? tapi negara europe ni right hand drive, ada satu laporan: mengikut kajian, pemanduan sebelah kanan adalah antara punca kemalangan.

Tanpa Nama
14/10/11

ya, siapa tak bangga dengan negara dan bangsa sendiri walau seburuk mana pun pandangan orang luar (dan dalam).

dan tekaan aku tepat bila kau ada mention nasi lemak 50 sen tu. tambahan, kalau aku tengok (tonton) filem tu, adakah aku dikira mengangungkan jugak?

semakin hari, tajuk entri kau semakin panjang. tambah meriah. hahahaa...!

14/10/11

saya memang orang melayu tapi malu bila ada orang melayu yang tidak seperti melayu.. lebih mengagungkan budaya barat..

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

Hehehehe...

Sy Jawa campur Ganu...Melayu gak!

@bujal X

...sbb Melayu entah apa-apa (tak semua)

@Lady Windsor

Yeke kak? Ouh, tak sia-sialah sy belajar ckp Swedish! Hiks!

@al-lavendari

Pakcik,

Dulu sy pnh minat kat org Cina dan ada org India png minat kat sy. Hahahaha! Tapi nie cite dulu. Cinta tak kenal bangsa kan? Tgk, hati pun anti rasis tau!

@Kakzakie

Yelah kak! Sekusut rmbt sy yg serabai nie. Hahahaha!

@gedek!

Cerita dia tak ada logik dan kualiti. Tak perlulah konon nak smpikan mesej tersurat dan tersirat.

Memang betul kita ptt bagi peluang pd org yg pnh hina negaranya sendiri tapi......sy tak nampak kesungguhan dia.

@gedek!

Oh, tertinggal...

It still hurt. Menghina negara sy bererti menghina sy.

@WuMing

Sy bangga ada kwn blogger berlainan bangsa dan agama mcm WuMing. Maafkan sy WuMing klu ada entri sy yg mgkn menyinggung hati WuMing. Sy tak pernah terniat apa pun.

@Papa Mifz

Hidup aku! Erk?

@SM

Aku pnh dgr, Helsinki salah satu bandar paling tinggi kadar jenayah di Eropah.

@SM

Indonesia tu dah makin nmpk Msia nie buruk. Sampai nak perang2. Klu kita asik mengeluh dgn apa yg kita ada kat Msia nie, boleh ke kita nak menepis kempen mereka tu? (menepis maksud aku bkn ajak perang sama)

Ada aku ckp, klu tgk bererti mengagungkan? Tak kan? Sila baca lagi sekali.

Err, meriah ke? Aku ptt letak belon dan confetti la....

@aizamia3

Huh....sy pun malu part yg tu. Lagi malu bila Melayu gak yg ramai rogol anak sendiri. Celaka betul!

Tanpa Nama
14/10/11

@Fara
sebab mereka rasa mereka sentiasa lebih baik dan tinggi darjat oleh kerana sejarah mereka yang lebih `meriah' berbanding kita.

aku cuma bertanya, entri kau tak berapa jelas. dan ada juga komen kau kat atas yang mengadili filem tu seolah kau dah tonton sebanyak 100 kali. apakah...?

tak payah letak belon bagai, budak kecik kat atas tu pun dah cukup.

MF: pulak dah? right handed banyak eksiden eh...ok lah balik dok kg yang dah tentu permai!

Im proud to be Malaysian.. ^_^

@SM

Entri aku tak de senget benget. Aku rs, ckp naif utk org fhm.

Mcm nielah....

Klu ko kata aku mengadili filem tu mcm aku dah tonton 100x, ko lak seolah asik nak pertikaikan np aku asyik aje nak mengadili filem tu walhal ko pun lom tgk g?

Aku tgk preview pun, aku rs cite tu hampeh. Tak perlulah kot aku nak tgk penuh.

Konklusi, klu ada org hina mak aku...mgkn susah aku nak maafkan org tu. Sama jugak klu org dah hina negara aku.....sbb aku tak nmpk kesungguhan org yg hina negara aku tu dlm minta maaf pd rakyat Msia.

@Lady Windsor

Err, kak...sy rs akak ptt reply komen SM...bukan sy. Hiks~

Bangsa dan agama adalah satu benda yang berbeza. Dorang pun macam kita gak, tak semua bangsa melayu yang buruk perangai. Bak kata suami cik ina , orang yang berperangai tak senonoh tu jadikan hiburan je. cam dunia blog gak macam-macam perangai blogger, yang kita rasa cam tak sesuai je ngan hati perut kita, jadikanlah hiburan, tak kan nak buang dia , oleh kerana perangai dia yang sedikit tak semanggahkan. senyum je.

nasi lemak 2.0 tu nak tutup rasa bersalah dia je .

Tanpa Nama
14/10/11

@Fara
ya betul, aku mengaku yang aku cuba pertikaikan pendirian kau yang cuba mengadili filem tu, tapi diingatkan aku langsung TIDAK menyokong atau meminggirkan filem tu. yang patut kita adili adalah pembuat filem tu. itu saja.

dan sebagai konklusi daripada aku juga. sekali kita buat salah, tak selamanya anak cucu kita juga akan mengulangi kesalahan yang sama dan kalau boleh biarlah kita mengadili pesalah yang betul.

Tanpa Nama
14/10/11

@Fara
aku rasa mesti dia silap klik ni. hahahaa...!

@SM

Dia bukan pesalah/pelaku yg betul ke? Aku konpius nie.

Mcm nila...Nasi Lemak tu klu cerita die sarat mesej mcm Juno, aku mgkn boleh tgk 1000x.

Takpelah, ko tgk jelah cite tu nanti. Dah tgk, tlg kaba kat aku, thp mana cite die memenuhi selera ko.

@Cik Ina Do Do Cheng

Cik Ina,

Klu sekali dia hina...sy mgkn boleh terima. Tp berulangkali jugak dia bt hal smpi kena pujuk dgn gomen kita. Sekali buruk, mgkn jdk hiburan. Berkali-kali buruk, tersentap jugak jantung dibuatnya!

Tanpa Nama
14/10/11

@Fara

dulu dia memang pesalah sebenar, tapi sekarang kau juga jadikan filem dia sebagai pesalah jugak tanpa meneliti dulu. (ingat, aku bukan menyokong, cuma kurang menyokong orang yang menjatuhkan kesalahan tanpa siasatan)

@SM

Yg sebenarnya, aku tak meraih sokongan sesiapa pun. Aku cuma bagi pendapat aku. Tapi tak bermakna aku riak.

Oklah. Mungkin aku salah sebab mengadili dia. Aku tak suka dia then aku memandai2 lak memulau filem dia. Tapi, aku mmg susah nak tgk filem tempatan yg entah apa-apa. Nak cite nasi lemak (yg 3 bangsa dok suka makan), cite naif sudah (mcm cite Yasmin Ahmad). Tak yah nak ada efek laser mcm cite antu David Teoh! Adehhh! Yelah, mgkn die nak bt stail sendiri (syok sendirikah)

Bukan nak kutuk filem tempatan. Tapi....ishh! Ko tgk jelah sendiri nanti!

Ko nie mcm....malaslah nak ckp!

Tanpa Nama
14/10/11

@Fara
ok, aku hormati pendirian (dan tindakan) kau terus mengadili dia, dan aku anggap itu sebagai hukuman dan pengajaran untuk dia (dan orang lain), yang mana kadang-kala aku rasa itu pun memang perlu juga sebagai ingatan kepada kita pada masa depan.

pasal kualiti filem tempatan yang membuatkan kau sedikit loya tu, sebanarnya aku pun boleh duduk satu sampan dengan kau pasal isu ni. walau pun aku cuba juga meminati filem buatan anak-anak tempatan ni (tapi gagal).

kau malas cakap takpe beb, jangan kau malas tulis (taip) sudah...

saya juga melayu... tetapi melayu sesama melayu masih boleh tegur menegur kan kan kan

15/10/11

Anak kecil main api....

Catat Ulasan