18/10/11

kita punca budak itu membunuh

Pagi-pagi saya sudah stress. Bermacam rasa berlegar dalam kepala. Bermula dari rumah dan mungkin bahana terbangun lewat. Saya juga keletihan. Tidur malam yang tidak sempurna, menjaga Aydin yang kembali demam. Namun syukur, dia beransur kebah. Dan Alhamdulillah, saya sihat ketika menjaganya.

Bila bercerita tentang anak, terimbas berita perihal anak kecil digilis 2 buah kereta semalam. Malang masyarakat di sana bila nilai insan mereka hilang entah ke mana. Tidak tergerak hati untuk peduli. Kaku dan beku seperti batu. Batu mereka mungkin akan pecah jika anak kecil itu bertukar kepada wang ringgit. Semoga anak kecil itu meninggal dunia agar tidak perlu merasai kesakitan yang ditinggalkan masyarakatnya sendiri.

Diselang-selikan pula dengan berita pelajar sekolah membunuh anak sebaik melahirkan. Sadiskah berita itu? Sedihkah rakyat Malaysia? Saya tidak sedih. Malah, saya gembira kerana bayi itu meninggal dunia di situ juga.  Salahkan ibu muda semata-mata? Tidak sama sekali bagi saya. Kenapa nak salahkan orang yang mengalami tekanan jiwa? Tidak terfikirkah dia cetek akal tatkala ditujah seribu macam perasaan? Menyalahkan ibu muda itu semata-mata bukan contoh sikap yang bijak. Tuding saja pada diri sendiri. Jika tidak kita yang lebih suka menghukum tanpa membantu, adakah masalah membunuh atau membuang anak luar nikah akan selesai? Persoalannya, adakah di antara kita rela dipersalahkan?

Saya ambil contoh antara filem terbaik pernah saya tonton, Juno. Juno sangat naif dan sarat dengan mesej yang tak pernah kita mahu ambil kisah, apalagi untuk dijadikan contoh. Juno, remaja sekolah yang juga mengandung dan melahirkan anak luar nikah seperti cerita pelajar sekolah di atas. Bezanya, Juno tidak membunuh anaknya sendiri. Malah sebelum melahirkan, dia merancang untuk mencari sendiri ibubapa angkat kepada anaknya. Lebih mematangkan kisah, sang lelaki yang menjadi bapa kepada anak Juno tidak melarikan diri sebagaimana kebanyakan lelaki di sini yang lebih suka menyemai benih dari membaja, menyiram dan menjaga.

Saya sedar, Juno sekadar fiksyen. Saya tahu, tidak banyak cerita hasil Hollywood yang penuh dengan nilai moral yang boleh kita ikut. Mungkin ada segelintir mereka akan berkata;

Cerita pasal budak sekolah yang mengandung anak luar nikah tu jugak yang kau suka tengok. Dah tu, ada hati nak jadikan cerita tu satu contoh untuk masyarakat sendiri? Ingat Tuhanlah! Kalau dah salah, salah jugak. Dah buat dosa berzina, membunuh pulak. Orang macam tu patut hukum bunuh aje.

Betul tak? Kita tak suka membantu. Kita lebih suka bercakap merapu. Bukankah kita bukan dari kalangan orang yang penuh ilmu di dada? Tapi kita seringkali menghukum tanpa banyak bicara? Kita kononnya mengangkat martabat agama tapi payah hendak berjumpa orang yang betul-betul mengangkat agama kita sebagai satu agama yang sangat-sangat menyenangkan penganutnya.

Semua orang pun suka tunjuk pandai walau mereka tidak pandai.

66 comments

18/10/11

yup cheqna setuju..kita lebih suka bercakap merapu..meletakkan hukuman sendiri dari membantu...
dan paling ramai yang suka menunjuk pandai walau hakikatnya mereka sangat tidak pandai

Betol tu fara,
kekadang, aku selalu harapkan, semua anak yang tidak berbapa itu, dilahirkan mati...

kerana apa?
kerana pabila dewasa nanti, orang akan terus terusan memanggild ia dengan gelaran, anak luar nikah, sedangkan bukan dosanya pun...

masyarakat kita hina!! pemikiran kita pun hina...


tapi sangat sedih dengan cara baby itu mati..sedih..

Ya allah!! a ku menangis baca paper tadi...

18/10/11

suka entry ni penuh semangat..apa yang dikatakan tu semua adalah benar belaka, hakikat masyarakat sekarang memang gemar menghukum..tidak mahu cari jalan macamana nak selesaikan masalah...kita bukan nak menggalakkan lagi masalah sosial yang berlaku tapi kita sepatutnya kena ada cara untuk membantu mereka yang bermasalah..

18/10/11

Sekarang ni nilai-nilai kemanusiaan semakin tipis di kalanagan umat manusia..

Manusia pula semakin banyak...

Jadi perebutan semakin rancak...

Memang rasa kesian sgt tgk video kanak2 tu smlm kt buletin utama. x semena-mena air mata keluar. sdh.

Sama jugak dgn isu buang baby, yg plng menyedihkan baru2 ni yg buang dr tingkat umah flat, nk pecah kpala baby tu.. kadang2 terkfr, kalolah ibu2 muda ni xnk anak, buang kat dpn pagar umah aku, nak je aku ambk, jadikan budak2 tu anak angkat.


Tapi, manusia yg dirundum perasaan takut dan bersalah, lbh mudah terikut dgn godaan syaitan supaya membunuh kanak2 suci itu.

Sedih gak tgk berita pasal budak kena gilis tu. Pastu di sajikan plak ngan berita baby baru lahir di bunuh. Hhhhmmmmm....tak tau nak komen apa dah.

dekat sini dh mengandung luar nikah bunuh bayi sbb nk tutup malu..lelakinya lari sbb takut malu juga..


pttnya kena tahu malu dgn ALLAH dulu baru boleh tahu malu sesama manusia..

18/10/11

sgt sinis.. tp itulah kenyataan.. tq for remind me about that..

emm no komen utk 2 situasi di atas...isu berat

tp ada betulnya juga kita lebih takut hidup dlm cemuhan org..

wahai gadis2 dan lelaki2 diluar celiklah kamu...

banner yg fara buat tntg bayi dan hadis sebelum ni kalau pihak berwajib buat iklan mega kat jln2 lebih menginsafkan...

agreed with u...

18/10/11

saya pun tengok berita tu semalam... sedihnya... bukan 1 bukan 2... tapi ramai yang lalu lalang... sekadar buat bodoh... yang naik basikal pun siap belok tepi dan terus berlalu... nampak sangat segelintir manusia semakin hilang prikemanusiaan..

hakikatnya, tidak mudah utk membuat perubahan, fara..

perubahan minda memerlukan masyarakat itu sendiri yang berubah..kita hidup telah disemai oleh budaya semenjak di dalam perut lagi....

18/10/11

saya sokong kata2 mu sambil angkat dua tangan

kalau dah keruh air di hulu ..

kita punca budak tu pembunuh?
lain orang lain pendapat
tapi mula2 sekali kenapa perlu dia buat 'sesuatu' yang boleh menjadikan dia mengandung dan melahirkan anak?

kalau dia tahu dia mengadung and bagitau orang lain, mungkin boleh diselamatkan..diri dia dan baby tu tapi yang musikil kenapa perlu membunuh? once dah bunuh perlu kita comfortkan dia lagi?

18/10/11

buzzzzzzz!! gua tersentuh bila lu sebut pasal budak yg kena gilis kat china tu. cilaka sungguh org sekeliling..langgar macam langgar biawak lintas jalan. walaupun gua samseng sluruh italy tapi hati kecil gua turut sedih.....

18/10/11

TU PASAL LAH MELAKA BUAT SEKOLAH BAGI PELAJAR YANG MENGANDUNG.. INI LANGKAH PENCEGAHAN. SUDAH MEMANG KES SEPERTI INI BERLELUASA, TERPAKSALAH KERAJAAN NEGERI MELAKA MELAKSANAKAN SEKOLAH BUDAK MENGANDUNG INI BAGI MENGELAKKAN MEREKA MEMBUANG ATAU MEMBUNUH BAYI. ITUPUN RAMAI YANG MEMBANTAH... APELAH...

18/10/11

kaloi tak tawu nak bagi komen pasal mende nie
tapi memang tak patut laa kann smpai membunuh
pape punn didikan...ilmu tu penting
hmmm kaloi pun stress #__#

Selagi agama dijadikan no. 2 bukan yg teratas perkara seperti ini tidak akan menemui penyelesaiannya Fara.

18/10/11

Dear Fara,
Dah biasa macam tu.
Tiapkali isu keluar,
Mula tuding jari pada pelaku.
Akar umbi tidak diselidiki..

Memang kalangan kita suka beri hukuman sendiri..

Tanpa Nama
18/10/11

ah, penyelesaian kan dah ada. super mudah. tambahkan lagi inkubator bukan setakat hospital kerajaan, tapi semua klinik kerajaan dan poliklinik seluruh negara, abis cerita. tak gitu memanda menteri? (sinis)

kejam kedua2 perbuatan itu sudah pasti ...


lain2 lain pendapatnya...

@cheqna

Sbrnya, kita diajar begitu....

@*Miss Geli^

Masyarakat kita mmg hina. Aku dah muak menangis. Tapi aku menangis juga.

@missbby

Kdg2, sy terkial-kial hendak mencari ayat yg sepatutnya sbb masyarakat kita nie sensitif tak bertempat.

@WuMing

Manusia yg semakin ramai bt manusia hilang nilai insan?

@Hana Soffelia

Awak betul. Fikiran berkecamuk. Ditambah selepas melahirkan anak. Selepas melahirkan anak, potensi dpt gangguan jiwa tu tinggi. Syaitan berlegar-legar di sekeliling. Org tatau seme tu. Yg diorang tau, menghentam.

@fiza

Komen aje ape yg terdaya.

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

Rina,

Kebanyakan mereka dtgnya dr golongan naif. Golongan yg biasa bergelumang dgn dosa sentiasa terlepas dr malapetaka mcm nie...

@AdD

Sama-sama. Sy bg ingatan pd diri sendiri juga supaya tidak terus menerus menghukum.

@Maya Mayana

Sy pelik dgn kerajaan. Tak ada kesungguhan dlm perkara mcm nie. Seolah mereka yg menggalakkan pemikiran ortodoks supaya menghukum org lain tanpa membantu.

@dwaty

2 peristiwa berlainan situasi dan tmpt tp jln cerita yg sama. Tidak berperikemanusiaan.

@sahromnasrudin

Sahrom, jgn salahkan budaya. Tapi salahkan pemikiran ortodoks tok nenek moyang kita.

@al-lavendari

Kian tercemar...

@NenetPenne (NP)

Mereka yg naif selalunya mengundang padah pada diri sendiri. Walau didikan agama yg tinggi tp syaitan lebih suka menghasut mereka yg ini. Salah mereka krn memberi ruang pada syaitan untuk membisik telinga supaya menikmati apa yg haram. Bila kita seronok, kita tak ingat apa. Tuhan pun kita lupa.

Dia mengandung anak luar nikah. Jadi dia takut nak cerita. Takut apa cikgu akan kata, apa org tua akan lakukan. Paling takut, pandangan masyarakat kelak.

Ibu yg baru melahirkan anak, emosi mereka kena stabil. Jika tak stabil, potensi untuk mendapat meroyan tu tinggi. Sbb tu yg melahirkan anak, org akan letak Yassin berdekatan ibu dan anak.

Wajib kita comfort perasaan dia jika kita prihatin. Wajib comfort dgn nasihat berunsur agama. Org yg tinggi ilmu agama pttnya kaunseling dia. Ajak dia bertaubat. Igt dosa yg dah dia buat. Dia tak syirik. Dosa dia pasti akan diampun andai taubat nasuha. Allah Maha Pengampun.

Sy bukan tnjk pandai. Tp ini pendapat sy saja....

@Waqheh

Aku tak sangka ko adalah mafia yg berjiwa penyayang. Salute ko bro! Nie yg nak jdk pengikut ko nie.

@fairus

Sy pelik kenapa ada yg tak setuju tentang sekolah tu. Dan bg sy, sekolah tu tak perlu diwujudkan spt penjara. Biarlah konsep santai, berunsur keagamaan dan penuh penyayang. Jgnlah jadikan sekolah tu mcm Henry Gurney. Aduhh!

@nurkaloi

Budak-budak ptt diajar pendidikan seks.

@Kakzakie

Manusia di penghujung zaman, mmg mcm nie kak...

@SM

Kenapa inkubator?

@Bigdaddyz

Pendapat yg bernas boleh dipertimbangkan....

Tanpa Nama
18/10/11

@Fara
mencegah lebih baik daripada mengubati, bullshit je semua tu. kalau dengan masyarakat kita yang seringkali berprasangka negatif, ibu bapa yang tak reti beri sokongan moral (dan agama), remaja lelaki yang cuma tau tabur benih, dan remaja perempuan yang aku tak tau nak kata apa, pertambahan `pusat perlindungan maksiat'; inkubator jawapan nak menutup mulut si penuding jari. (sinis jugak)

iols ada tengok kat youtube pasal budak kecik yg dua kali kena gilis kereta tu...

ngeri hoccay!

tapi orang yg lalu lalang buat tak peduli saja... tak ada rasa nak tolong!

manusia kah itu???

@SM

Hiks~

Tp NP mrh tu....=p

Tanpa Nama
18/10/11

@Fara
ini kira penyakit yang dah melibatkan nyawa. kita semua konon nak mencari penyelesaian, tapi `wal hasil balik asal'. pusing-pusing ke situ jugak. aku tunggu je respon NP kalau dia ada cadangan yang superb...

18/10/11

assalamualaikum fara,
sy bukan nak mmbuka aib tapi itulah kenyataan dlm saudara sy. dimana anak ppuan nya telah melahirkan anak luar nikah..tapi syukur alhamdulillah bayi dlm kandungan dijaga hingga lah brsalin dgn sempurna.
masyarakat di tmpt dia tinggal pun tidak menghina beliau malah mmberi bantuan lagi.

@SM

Aku tak nampak kerajaan bersungguh-sungguh bab2 mcm nie. 'Cakap' bersungguh2 ade la...

Tanpa Nama
18/10/11

@Fara
sama jugak macam kita, setiap kali tubik berita macam ni; sungguh-sungguh menyalahkan orang, sungguh-sungguh menuding jari, sungguh-sunguh memaki sambil angkat tangan stail karam singh walia masa sembang kat kedai kopi. lepas tu masing-masing senyap sampai la tubik berita yang lain pulak. podah!!!

@SM

Dlm hidup aku pernah ada pengalaman mcm nie. Apa yg bertuahnya, kami berjaya menangani dan menggalak 'mereka' agar hidup normal spt yg lain. Alhamdulillah, 'mereka' lbh baik dr yg konon tak pnh bt dosa.

Apa yg aku nk ckp kat sini, sekurang2nya aku belajar utk menerima dan belajar sesuatu. Walau bukan kena pd batang hidung sendiri. Aku takkan berani cerita benda yg aku tak ngadap sebelum nie.

Aku percaya, bukan hanya kami tp masih ada masyarakat yg memahami.

@zue

Sy juga ada dikalangan kami yg begitu. Dan Alhamdulillah, kami menerima dan emmbantu.

Sy takkan cerita benda yg tidak dtg dr pengalaman sy sendiri.

=D

Tak tahu dimane sifat peri kemanusiaan sekarang ni....

@miloais

Diorang tu batu. Hiks~ (Gelak sedapkan hati sendiri)

18/10/11

manusia dah makin selfish..

hilang norma2 kehidupan..

hilang sifat moral

* saya sedih tgk kat Buletin Utama semalam...

fara..betul cakap fara..kita siapa nak menhukum..tapi mereka juga patut di persalahkan..tak kan tak ada org yg perasan...kasihan kat beby yg tak berdosa...memang beby akan ke syurga...tak tahu lah tanda2 nak kiamat dah adakan..manusia menjadi jalil..macam zaman jahiliah dulu..tanam anak hidup2..

Tanpa Nama
18/10/11

@Fara
jadi, aku rasa kau perlu tulis (taip) entri yang berdasarkan pengelaman sebegini, ceritakan dengan sebaik mungkin sebagaimana yang kau alami, supaya orang lain lebih memahami.

18/10/11

masa tgok video tu, sya terus peluk anak dan menangis...

dan tak reda lagi...
kuar lak cite psl student kelar baby...

berjurai2 air mata...

huwaaaaa

apa lah nak jadi dgn manusia skang!!!

@SM

Ikutkan hati, aku nak menulis. Tapi aku dah janji utk tidak buka pekung di dada (mereka). Aku hormati mereka.
Cukup sekadar cerita yang sedikit (positif).

Dah namanya manusia hanya pandai bercakap dan pandai menghukum. contohnya dorang cari ustazah pilihan , salah satu task kena kauseling pesakit HIV . kalau cam tu cik ina dah layaklah jadi usatazah pilihan sebab dah pernah jaga ,mandikan, cuci najis beberapa pesakit HIV cam mana tu.

Pelik ngan dunia ni, manusia boleh bercakap sesuka hati, nilaikan manusia lain sesuka hati, beri darjat pada orang sesuka hati , apa sajalah hingga apa yang sepatutnya tak boleh dinilai dari luaran dah dipertandingkan.sedih

budak perempuan tu dah sah2 jadi pesalah juvenil atas perbuatan yg dilakukan but then we as community kena take action on that matter..everything started with a small unit, family! kalau ada bonding yg kukuh between family..mungkin perkara ini boleh dielakkan bcoz pendidikan bermula di rumah, ibu bapa adalah guru terbaik...
hmm that's my 2 cents...

back to the basic..tanam nilai nilai agama pada anak sejak kecil...

tapi masalahnya, ibu bapa cukup ilmu kah?

19/10/11

kesian pada kanak-kanak itu.. kenapa boleh sampai cuai terlepas hingga ke tengah jalan dan kenapa tiada perikemanusiaan langsung bila budak tu meraung kesakitan..

baby yang mati dikelar.. oh.. kenapa sampai begitu penangan siibu.. menyesal? tak guna dah.. si lelaki lepas bebas, kau pulak meringkuk di dalam.. kan menyusahkan diri namanya tu..

Ini pengalaman sebenar..
di depan mata kid..

sepasang remaja telah terlanjur dan kekasihnya sudah pun selamat melahirkan anak perempuan yg comel.

sungguh tak disangka kerana budak perempuan tersebut tidak menampakkan kegedikkan seperti remaja kota yang lain..
*bukan semua remaja kota ya

kedua-dua family tak silap kid..
tak benarkan mereka kahwin lagi kot..
sebab mereka tak cukup umur sbb masih 16thn..
tapi mereka saling bermaafan dan mengaku kesilapan anak masing-masing..

pasangan kekasih tersebut telah dihantar ke pusat pemulihan..
manakala baby tersebut dijaga oleh keluarga perempuan dengan penuh kasih sayang..

kalau semua keluarga berfikiran macam ni kan bagus..
tapi bukan kid menggalakkan penzinaan ya...

hey si kacak..
meh aunty nak hug meh <3

@MF
@SM

i tak marah kalau dia nak buat seks luar nikah ke apa tapi my point is kenapa mesti mengandung??? kenapa mesti bila dah lahir tu dia bunuh??? dia kelarr??
yelah orang yang ada iman di dada pun boleh buat perkara tak senonoh.. ni semua bergantung pada diri kita sendiri...

i tak fikir dgn adanya ikubator atau sekolah mengandung tu masalah selesai... budak akan kata oh tak per, kita ngandung pun nanti boleh pi sekolah tu...

akhbar pun tak ada laporan yang mengatakan budak tu ada sakit jiwa atau mental problem...

at the first place why must dia buat seks luar nikah dan mengandung...

i tak hina dia, sebab menda tu dah jadi..kalau dia tak bunuh dia boleh diselamatkan tapi kalau dah bunuh bayi, hukuman dia lagi teruk... setakat lahir bayi tanpa nikah, tu tak ada hal sebab paling teruk mak bapak, diri sendir dan sedara mara je dapat malu...

masyarakat kita memang mcm tu so apa yang boleh kita buat? nak educate masyarakat melayu islam supaya menerima perlakuan haram tu sebagai satu kebiasaan?

Catat Ulasan