Saya suka memasak. Namun pengetahuan saya dalam bab memasak tidak menggunung mana. Sampai kini, saya sedih dengan kegagalan lauk saya yang satu itu. Suami juga sudah nyatakan pendirian untuk tidak makan lagi lauk itu jika saya yang memasaknya. Oh, sadis! Kecil hati.
Sayur itu! Ya, sayur itulah yang menjahanamkan laukku. Tapi, sayur itu sungguh sedap dimakan. Malang, saya sangat tidak berpengetahuan dalam memasak sayur yang satu ini! Adakah saya bodoh sombong? Tapi mereka kata, sayur itu sepatutnya dicelur untuk menghilangkan bisa (sayur juga ada bisa). Saya menurut!
Bersungguh saya memasak. Merebus dan menyiat isi ikan kembung. Menumbuk lumat lada hitam bersama bawang putih dan merah. Campak segala bahan ke dalam periuk berisi air dan asam keping. Wah! Kelihatan hampir menuju kejayaan! Dan sayur yang sudah saya celur itu juga nampaknya semakin sebati dengan bumbu kuah asamku. Oh! Tidak saya lupa betapa 'menjadinya' lauk sayurku!
Tapi....tapi....tapi....selepas 2-3 suap, kami mengalami kegatalan akut di kerongkong masing-masing. Dari perut yang tersangat lapar (sebelumnya), terus kenyang sekenyang kenyangnya! Oh, tidak! Tidak! Tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak!
Sehingga kini, saya tidak berani hendak memasak sayur yang ini. Maaf, saya seram memikirkannya.
26 comments
keh3.alin xpnah try lagi masak keladi.uuuiii bunyik mcm mencabar!agaga~
tak penah seumur hidup masak sayur keladi.tapi mil masak mmg sedap
PR pun x pernah masak gak sayur ni. Memang pail. Sbb x mkn pun.
saya pun tak pandai masak sayur keladi..baru sekali masak mmg gatal jadinya.. mak kata kalau basuh dengan air asam jawa dan letak lebih asam dalam masakan tak gatal..tapi macam dah serik...
oh, sya pun uska sayur ni tak sya pun tak reti nak masak...huhuu
cuma nasib baik sbb hsuben sya pun tak minat so tak lah kena komplen...hehhehe
anyway fara, praktis make perfect...
chaiyo2!!!
SALAM,
TAK BOLEH NAK BANTU. BANTU MAKAN, BOLEH.
Batang keladi ker nih fara? Saya memang tak reti mkn apatah lagi memasaknya ☺☺
dear Fara,
cuba tanya kak Ayu.. kot dia tau petuanya..
takpun kakZakie..
erk, sayur ape ye? keladi ke? eh, suka hati je~
keladi , ade jenis tk gatal dengan jenis gatal kata emak saya , tp saya tk pandai pilih huhuhu sama juga tk pernah masak sayur ni takut
Fara, sayur batang keladi kena rendam dgn air garam dulu, lps tu baru rebus (kalau tak silap la) kulit luar tu fara kopek abis tak? setakat ni, akak masak tak pernah lagi gatal2, mungkin sebab keladi gatal kot? haha...kesian, cuba lagi ok....
psl blog pb tu, t.kasih komen, akak mmg tak pandai sgt psl blog ni, fara ckp baru akak tau...akak dah buang mana2 yg tak penting.
SAYUR APE NI?
yang ni lah yang sedap!hahahaha..... onie reti makan ja,tu yg sedap tu..
salam perkenalan juga :)
Fara, percaya tak yg KC suka sgt2 mkn sayur keladi tp tk pernah masak sndiri. tak konfiden dik. So, kalau teringin, beli. Ataupun balik kg suh MIL tlg masakkan. Hihi.
memang kena rebus dlu ni kak, erm.. silap kt ne eh? jgn la mengalah, nnti msk lgi, hehe
berguru dengan cik Ina....
Fara pergi gathering LF ye? Ingat nak join juga sb hujung tahun akak ada di BBB. Fara ada fb?
Assalamualaikum Fara
dulu2 ibu saya selalu masak asam pedas keladi ni...Alhamdulillah...tak gatal pula...
kena tanya pakar .....
terima kasih ziarah phd
Wassalam
Saya sangat suka sayur ini tapi tak pernah berani memasaknya. takut jadik macam kamu hiks!
sedapnya batang keladi masak asam rebus tumis atas darat,atau masak lemak cik api . lenkali cik ina masak ye. cik ina masa tak payah celur pun, lenkali tanya ngan org yng jual, ada keladi gak yg gatal, bukan salah fara. cik ina suka batang keladi ni.
mcm kenal...apa ek ni..bukan batang keladi kan..?? ala kalo masak lemak cili api dgn ayam sedap ni..
kalau masak keladi, akak 'masak' kat kedai je MF..sebab kalau silap handle...boleh jadi lain...
batang keladi ke ni...tak suka ahh...hehe
erk..x ponah raso nye mkn sayur nih...
* video edging lens tuh bukan hasil search k, papa mifz rakam live semasa potong cermin td..:)
setahu kak ita fara sayur keladi ne..kalu baru nya mesti ada gatalnya..biasa kak ita akan biarkan dulu..bagi agak kecut..baru lah di buang dan di rebus dengan sedikit garam..setakatnya tak lah gatal....
Hana tak suka sayur ni walaupun nenek masaknya tidaklah terasa kegatalan di tekak. btw, setahu hana keladi ni ada beberapa jenis. Nenek pandai pilih jenis keladi yang tak gatal. Tengok nenek masak pun xdelah direbusnya dulu, terus masak je.