...rentetan monolog cinta semalam.
Suami acapkali memberi peringatan. Rumahtangga berkocak, bergelora atau ribut petir, usah diceritakan. Saya sudah berjanji, bukan hanya pada suami tetapi pada diri sendiri untuk tidak mengaibkan kami. Cerita semalam bukan monolog hati yang pilu. Tetapi ia mendorong saya supaya bermuhasabah diri.
Saya sebenarnya sangat gembira. Dikurniakan suami yang baik hati dan seorang anak yang comel dan bijak sudah cukup membuatkan hidup saya sangat bahagia. Tetapi ketahuilah, graf kebahagiaan tidak akan sentiasa statik pada tempat yang sama. Sudah tentu ada naik dan turun. Dan kanvas kehidupan kami tidak mungkin akan tercalit hanya pada satu warna. Namun, saya akan pastikan ianya seindah Oleanders atau berwarna-warni seperti pelangi.
Biarlah saya catit segala keindahan kehidupan kami di dalam hati yang kecil ini. Jika adapun, mungkin sedikit monolog terluah di lembaran maya untuk dikongsi. Ketahuilah, bahagia saya bukan diukur dengan wang ringgit atau harta benda. Saya tak punya semua itu. Saya hanya ada cinta, kasih, sayang, sabar, positif dan optimis.
Hidup kita hanya sementara di bumi Allah ini. Jika kita isi kehidupan kita dengan rasa marah, benci, sedih dan sepi, dimanakah letaknya definisi kebahagiaan dan kegembiraan kita?
Hati saya pernah terluka kerana kehidupan. Namun, saya tidak serik mencuba. Ada suara berkata; kalau kita tidak mencari kebahagiaan, bagaimana rasanya hidup kita?
52 comments
just like my kata hati la this entry nie..............
fara: rasnya kalau tak ada kepahitan dan terluka, kita takkan lebih menghargai erti kebahagiaaan yang kita ada...
dear Fara..
benar wang itu bukan pengukur kebahagiaan..
jgn sampai yg dikendong berciciran..
kerana hidup ini kan ibarat roda..
dan
karma
tapi kalau ada masalh nak cerita kat siapa?
Love dis entry very much, Farra. Baik utk jiwa dan rohani.
Setuju sekali lagi dengan Mommy Fara :)
http://wanwidget.com/
mendalam sungguh entry ni, saya suka
wang ringgit boleh dicari bila2
kasih sayang, kebahagiaan, kegembiraan itulah yang harus dikekalkan sampai ke mati
Biasala fara..hidup berumahtangga ni..fara yang tinggal sebumbung merasa gelora apatah lagi saya yang hanya seminggu sekali berjumpa..
@:: Mrs.Eady ::
Kita positif, for sure life kita pun akan poisitive. Kan dear?
@Aisy Nasiha
Betul. Sy gapai bahagia setelah sy merasa kepahitan itu.
@nur
Betul Nur.
Ouh, nak say thx sbb himpunan blogger yg membolehkan sy BW dan follow blogger2 berkenaan.
@bujal X
Bujal, sy susah nak cerita kat org. Andai cerita pada org pun, tak akan ada jln penyelesaian. Apa yg mgkn akan terjadi adalah....kehadiran org ke-3 yg bakal mengeruhkan keadaan. Kalau hati sy sedih, sy luahkan segalanya pada suami. Klu tak jadi juga, sy akan luahkan dlm doa selepas solat. Itu je yg sy mampu....
@kakchik@ella
Terima kasih.
=D
@wardah @ fie shah
TQ!
=D
@Wan85
TQ!
=D
@NM02
Betul. Dan ia juga bt hidup kita tenang sentiasa.
pahit kita telan, manis jua akhirnya...
tiada harta tidak bermakna kita miskin..
ada pedih terpendam, hanya Allah yg tahu
marah, sedih, benci, sepi adalah rencah kehidupan menuju bahagai..
Itulah mmg normal ada psang dan surutnya..bak kata pepatah sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri
Kebhagian setiap manusia tak sama. Terlalu subjektif, namun masih ada yg mengukur dgn harta dan ada yg mengukur dgn kasih sayang....
Cute betul gambar tu..ekekekeke...
Benar, bahagia bukan boleh diukur dgn wang ringgit
~salam perkenalan~
fara..
betul tu.tapi kalau boleh jangan simpan sorang.cari seorang yg boleh di percayai..tapi bukanla citer semua hatta dalam kain sekalipun.
mana ada rumahntangga yg tak di landa gelora.tak besar pun kecik tetap ada.
TAPI BETUL JUGA.. KALAU ADA MASALAH KELUARGA ELOK TANYA DENGAN KAUNSELOR JE.. TAK PERLU HEBOH2.. NAK2 LAGI KALAU MASALAH SUAMI.. KENA JAGA AIB SUAMI...
Biasalah tu fara, alam rumahtangga tak lari dari masalah dan dugaan. Cuma kita kena pandai cari jalan macam mana nak handle.
Saya pon bersyukur dgn apa yg saya ada skang nih, cukup mkn pakai even gaji tak byk mana, ada tempat berteduh, cukup kasih sayang dari suami & anak², susah senang bersama ☺☺
Setiap masaalah pasti ada jalan penyelesaian. terpulanglah pada kita nak memilih jalan penyelesaian yang bagaimana.Berterus-terang itu penting untuk mencapai kata sepakat sekaligus dapat memahami pasangan masing-masing.
Alahai..
biasalah Fara..
sedangkan lidah lagi tergigit..
apa pula suami isteri kan..
kid pun kengkadang tergigit lidah jugak..
pada kid ada masa kita boleh share masalah relationship ni..
tapi segalanya perlu dilakukan dengan tepat..
contohnya masa dan orang untuk dikongsinya tu..
memoga dengan wujudnya masa tak geng tu akan mematangkan lagi kita ok :)
Semua yang berlaku akan menjadikan kita one step ahead. Lebih tabah, lebih matang, lebih bahagia hendaknya.
Betul tuu
semoga kehidupan saya juga seindah oleanders @ berwarna warni seperti pelangi... akk juga...insyaallah...
Terbaik!
Kebahagian...apa cara ukuranya?..tiada...dinilai ia dari hati setiap insani dgn cara mereka tersendiri...
@~~zAnAfAhMi~~
Itulah yg sy tanamkan dlm hati. Walau sepahit mana, apa pun kita kena telan juga.
@abah khalisha
Mcm lagu P.Ramlee je? Hiks~
@Kakzakie
Saya ukurnya dgn kasih dan sayang.
=D
@Daddy Ziyyad
...tapi, fitrah manusia...tanpa duit juga menjadikan kita tidak bahagia.
@HappyIrfa
Sy agp seme mslh boleh diselesaikan. Tp mmg boleh kasi setel pun kan? Hiks~
@fairus
Kaunselor tu jln terakhir. Ishh...jauhkanlah.
@fiza
...sy suka ungkapan susah-senang bersama.
@Cikgu Tie
Kefahaman antara satu sama lain...betul!
@abah dan mak haqq
Pengalaman mematangkan kita dlm kehidupan. Kan?
@AziE
Betul!
@WuMing
=D
@dwaty
Sweet je komen awak. TQ!
@Lady Windsor
...Boboiboy ke kak? Hiks~
@Eye_nee
Alhamdulillah. Inilah cara sy!
=D
jelaslah suami awak mmg pasangan awak yang sangat tepat..sangat memahami segala gelodak di jiwa isterinya..bukan senang hendak berjumpa lelaki sebegitu..peliharalah dia seperti mana awak memelihara sekeping hati suci awak...
betul, idup ada pasang surut dan turun naik nye...
dugaan yg dtg tu buat kite lebih menghargai satu sama lain asalkan pandai menangani nya...
dalam rumah tangga sure ada pasang surut nye..yg penting kita kekal kan keharmonian...
Allah tidak pernah menjanjikan bahawa kehidupan ini akan sentiasa bahagia.
akan tiba waktunya manusia itu diuji.
tapi orang juga gunakan wang untok beli cinta....
sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri, adatlah fara, tak perlu rasanya orang sekeliling kena tahu masalah kita, rasanya lebih tambahkan beban, masalah sebenarnya kita yang cari sendiri, jadi kita sendirilah kena selesaikan.
oh, suka cara penulisan anda :)