Saya bukan kawan kamu. Dan kamu bukan kawan saya. Jadi, tak berbaloi untuk kamu melampiaskan marah kepada orang di sekeliling kamu kerana ia hanya akan mengeruhkan suasana.
Kamu yang mengandung, kami masih mempunyai nilai insan yang tinggi. Apatah lagi sesama bangsa dan agama. Kami masih boleh berkompromi. Tapi biarlah kena pada masa dan tempat. Bila kami tak tahu, kamu beritahu. Kami bukan Tuhan yang boleh membaca apa yang kamu fikirkan.
Apabila kamu elok saja meletakkan kereta kamu dengan baik di kotak reserved parking, susah tentu kami terpaksa memberitahu kamu bahawa kotak itu khas untuk majikan kami sahaja. Tapi kamu usah risau, kami tidaklah menghalau kamu seperti kami mahu menghalau ayam yang keluar masuk ke dalam rumah sambil meninggalkan sisa-sisa tinja di sana sini sementelah kami semua tahu kamu adalah manusia dan bukan ayam. Tapi, ayam pun tahu sejauh mana sempadan antara dia dan manusia. Apatah lagi kita manusia yang dikurniakan akal dan fikiran. Lagipun, jarak di antara hospital dan premis kami agaklah kejauhan. Laratkah kamu menapak jarak yang agak jauh itu? Dan belum sempat kami mahu membantu, kamu pula menjerit;
I'm sick now!!! (Sambil muka berkerut seribu dan mulut terkumat-kamit membebelkan kami)
Dalam kepala otak kami yang tak tahu apa punca jalan cerita sudah tentu secara refleks akan bereaksi;
What the h**k?
Kitakan manusia yang bertamadun. Apa salahnya kamu beritahu elok-elok? Kami semua tak merasa kesakitan kamu. Jadi, kami memang tak tahu apa-apa. Lagipun, hospital sana sudah sediakan kotak meletak kereta khas untuk pesakit yang di dalam keadaan kecemasan. Jadi, kenapa kamu perlu bersusah-payah letak kereta kamu jauh dari hospital? Malah, kedudukan kereta kamu tersangat baik seperti orang yang tidak sakit. Lagilah kami tidak menjangka betapa cemasnya kesakitan kamu.
Kalau kamu sakit pun, usahlah mencabulkan kata-kata selagi belum sahih apa yang terjadi pada diri kamu. Kamu hanya mengalami pendarahan dan masih belum dapat rawatan dari doktor. Jangan belum apa-apa disebabkan mahu menunjukkan kemarahan kamu pada orang, kamu kata kamu keguguran. Kalau betul jadi? Salah siapa agaknya ya? Selisih! Kami tidak mendoakan. Tapi kamu yang berkata-kata.
Saya juga pernah mengalami pendarahan. Saya juga pernah mengalami kesakitan. Tapi saya masih boleh tersenyum dan berbudi bahasa kepada orang di sekeliling. Walau misi itu kurang ajar dengan saya, saya masih boleh tersenyum lebar! Senyum bukan hanya mengubat hati luka malah provokasi paling bagus yang boleh kita praktikkan. Kita tak salah apa-apa. Kita hanya senyum saja. Tak rugi berfikiran positifkan?
Chill lah kawan!!!
28 comments
dia cuak sangat la tu~he~~
Senyum...tak perlu kata apa²...hehehehe...
Biasalah tu fara, ragam manusia, macam².
Ragam manusia bila tidak puas hati tapi perasaan marah menguasai jadilah macam itu Fara...
kadang2 org dalam amarah selalu tak jaga kata2 dia..dia lupa kata-kata tu satu doa..kalau terjadi apa2 mesti dia akan salahkan org lain.. atau salahkan takdir..
semoga dpt ketenangan itu...
patutnya jaga la mulut tu dalam keadaan macam gitu pun boleh nak mencarut bagai..
manusia manusia
sabar ya...jangan marah....be happy...
x apalah jgn ambil hati sgt..dia sdg mengandung..mungkin itu yg pertama buatnya dan bermasalah pula..atau mungkin ada sst yg terjadi sebelum dia jumpa kamu yg mengganggu emosinya..
harap cerita Fara ni dapat jadi pengajaran buat semua.. Almaklumle kan orang kata masa pembawaan anak ni hormon terlebih .. maka terlebih panas.. terlbih marah..
dia na beranak ke tu MF? sapa soh dia park keta jejauh kan..supposenya dia bleh g emergency terus kalau dah bleeding..
Manusia...melakukan byk perkara secara sengaja dan mengetahui namun jarang sekali mahu mengakui...
tanpa sedar... kita masyarakat kita semua semaik tertekan dan sakit. Lebih malang lagi kita tak nampak itu satu keperluan untok dibaiki...
sunggoh!
agaknya dia tensen dgn laki dia kot hahahhahaa
polik napo x park area hospital je kan..hmm...
* lens ado byk jenis,for higher astig x dinafikan hargo nye mahal sikit,tp sgah la kedai papa mifz insyallah dapat harga rendah compare kat luar sano tuh.
OPS.. SABAU2.. NAMPAK GAYA MACAM DUA2 BELAH SUDAH BERGADUH...
dulu masa saya dihalau daripada hospital dengan alasan saya boleh berjalan (pdhal masa tu saya dh turun darah dan bukaan 2cm) masih juga saya tersenyum..
payah kalau jumpa orang yang prangai macam2 ni.hu3
Maafkan sahajalah emosi ibu mengandung yang mungkin sedang kerisauan tahap gaban kerana bleeding..:P
Apa apa pun, betul, kita berbudi bahasa, dan kita bukan zalim tak tentu pasal. :)
amarah yg marah...
salam beb..gua ketuk pintu lu berkali buka la weiiiiiiiii
keh3
org preggy ni selalu nak perhatian lebih cam org lain tak penah pregnant kan...
jgnla benda tu dijadikan alasan ek...
tempat sya pun ada dulu student aprking tempat dekan, grrrrrr... dah sah2 terang tulis no plat kat situ...iskhhh
org perempuan kadang2 terlupa sesuatu...akal.
bukan kamu yer kamu sangat kool...hehe
ragam manusia ,payah betul dengan perangai macam2 nie..
Sedih dan sakit hati kita dimarah kerana dia marahkan orang lain.
Tak pasal2 boleh buat darah kita naik sama. Kena banyak belajar bersama dan menghormati perasaan orang lain.
Manusia suka mencari alasan, segelintir orang-orang yang senang tak pernah rasa susah selalu cam tu.
SATU: dia sakit jiwa.
DUA: parking jauh sikit sebab taknak bayar (kena bayar ke?).
TIGA: malas bersesak dengan kereta lain.
...agaknya la!
beranakkan je dia kat situ.
biadap sangat kan...
Banyak orang banyak ragam.. Kita manusia yg berakal ni, layankan jelah manusia banyak ragam ni. Haish.
Tak pernah melalui saat2 seperti perempuan itu.
Tapi sya kalu senggugut pun rasa "panas badan" jer..hehe Harap tak buat perkara2 tak senonoh tu dpn org la.