1/11/11

aku yang panjang

Apabila orang itu berkata;

Pakaian kau selalu tak sesuai dengan kau. Kulit kau kan hitam. Kau carilah baju yang sesuai dengan kulit kau tu!

Dan hati kita terguris hanya kerana perkataan hitam itu. Namun, berbaloikah bersedih?

Hati manusia berlainan cara. Ada yang tidak ambil kisah. Ada yang sangat-sangat sensitif. Apatah lagi bila berbicara perihal rupa dan fizikal. Saya juga tidak terlepas dari situasi sebegini. Patah hati dan semangat hanya kerana mereka mengkritik saiz badan.

Seperti semalam, saya menegur seorang kenalan;

Wah! Tengoklah pinggang awak nie! Cemburu betul saya....

Sekadar beramah mesra dan mungkin sedikit teruja melihat fizikalnya yang kekal cantik walau sudah beranak 4. Namun, dia membalas pujian saya dengan;

Eh, mana ada. Awak perlilah tu....awak jangan. Sedih saya nanti. Nak kata saya gemuk sebenarnya, kan?

Saya tahu dia berseloroh. Namun, kenapa mesti berbaur rasa kurang yakin pada diri sendiri? Oh, saya tidaklah semata mengata dia sementelah saya juga berperasaan sedemikian walau hingga ke saat ini. Saya sangat sensitif dengan panggilan panjang. Kalau ya teruja melihat saya pun, panggil saja saya tinggi dan bukan panjang. Seperti peristiwa itu;

Orang panjang macam awak nie senang. Tengok! Nak capai lauk yang jauh pun tak de hal!

Saya tahu niat dia baik. Memuji ketinggian dan kepanjangan tangan saya. Tapi kalau nak kata panjang pun, tolong perbetulkan bahasa. Jangan kata SAYA PANJANG tapi kata saja TANGAN AWAK PANJANG. Taklah saya berasa benci setiap masa dengan perkataan panjang itu (walhal perkataan itu tak bersalah pun).

Ok. Berbalik pada topik asal. Kenapa kita (terutama perempuan) sangat kurang keyakinan diri? Kenapa mahu sentiasa kelihatan cantik (fitrah manusia, saya tahu) walhal kita semua sememangnya cantik. Tak ada perempuan yang tidak cantik pun. Kenapa ya? Kenapa hati kita mudah hancur luluh hanya kerana perkataan;
  • besar
  • panjang
  • gemuk
  • tembam
  • bulat
  • kering
  • debab
...dan yang seangkatan dengannya. Salahkan lelaki kerana hal ini? Mungkin relevan. Lelaki suka perempuan cantik. Jika ada 2 orang anak dara duduk bersidai di kedai mamak, seorang lelaki berhak untuk memilih yang mana satu lebih cantik. Dan sudah tentu yang cantik itu menjadi pilihan tanpa tahu isi hati dalaman. Betul tak? 

Bak kata En.Daddy, perempuan tidak pandai menggunakan akal ketika berfikir (lebih kuranglah). Yalah, kalau lelaki itu memilih yang cantik, kenapa kita yang kononnya tidak cantik harus merasa sedih dan sepi? Cuba anda jawab!


28 comments

1/11/11

dengar kata perempuan sensitif bila dengar perkataan 3G? he~~

*mommy,time for new header.sudi buatkan tak?he~~

1/11/11

cheqna gemuk???
x pernah nak amik hati...tak kisah pun...
yang penting kita happy dengan diri kita =)
yihhhhhhhhaaaaaaaaaa

Tanpa Nama
1/11/11

kadang2 memang akan terasa diri tidak cantik..can u just imagine teh tirture u get if u are fat.. dari kecik lagi org ejek. Yang ejek tu plak kawan2 sebaya yang belum masuk fasa akil baligh. seyesly..its hurt

saya hitam dan pendek... i can live with that...

kadang2 orang tengok luaran...

kalau siburuk berjalan dgn sicantik, sicantik mendapat tempat dihati tapi bila dah lama2 kenal, alah cantik sesia je kalau perangai mcm haram..

even kaloi gemok
kalau ade orang kutuk
ado aku kisah hahahah
pape punn syukur jer laa
yg penting sihat kannn

saya yang pendek lagi rendah..sekian hehehehehe... :)

1/11/11

saya bangga dengan kegebuan yang saya miliki sekarang. peduli ape orang kata, janji hati dan jiwa saya hepi

hahahaha

1/11/11

jgn panjang tangan dah...

hati wanita lembut halus mulus mudah terguris tu yg tak yakin...hati lelaki ini yg selalu memuja mu keras macam batu kuat penipu...keh3...

1/11/11

Sebenarnya kata-kata dari orang luar memang diragu-ragukan... ada yang ikhlas ada yang tak ikhlas..

Ada yang ikhlas hanya ketika mengutuk kita...

Tapi usah kita pedulikan sangat...

Kata - kata dari orang tak boleh tolong kita bayar kereta, rumah atau perbelanjaan bulanan kita...

Baik dan buruk kata-kata dari orang sama saja hasilnya....

1/11/11

suka post ni mempunyai maksud yang sangat mendalam...

suami suka usik kt saya kuning tahi..sy sensitif..


suami kt sy jendul..sy sensitif..


suami kt sy kering mcm org somalia..sy x kisah sbb sy x payah susah-susah nk turunkan berat..


tp betullah susahnya nk bina keyakinan diri bila tang-tang rupa paras ni..

1/11/11

Memang susah nak berfikir positif jika kita dikomen. Tapi kakzana selalu kata diri ni cantik, walau tak cukup tinggi, rupa lagi la tak seberapa. Kulit hitam, tak mcm kakak n adik tp tak kesah la....kita ada kelebihan, cuma org yg kenal je tahu.
Entry Fara ni lebih kurng entry akak psl anak akak, dia selalu dilabel, keling, hitam, kopi o..bla..bla..

huhuhhuhu....

kita adalah apa yg kita fikirkan.....

I don't care...nak kata apa pun, katalah...tak luak pun! Selalunya tepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri..paku dulang paku serpih...

Tanpa Nama
1/11/11

Fara,

Anggaplah kawan fara tu salah mengunakan perkataan yang betul untuk tinggi.

Memang semua orang ingin cantik.

1/11/11

kenapa merasa sedih dan sepi..kerana ianya seolah-olah menyetujui dan mengiakan sememangnya diri tidak cantik..

Kulit Kau Kan HITAM..ini mmg biasa dan selalu dilontarkan kpd aakk..mula2 dulu sgt terasa kini tetap juga terasa biar pun sudah pandai menyembunyikan rasa...

pedulikan...dia rugi tk memilih saya...saya beauty inside...muahaha...juz joking der...biarlah,akan ada org yg memilih kita dan menerima kita apa adanya..lumrah akal semua suka benda yg comel...

rindu kamu dan aydeen

Tak kisah pon org nak panggil apa. Masuk telinga kiri kluar tinga kanan. Tapi sejujurnya saya seorang yg petite ☺☺

mmg wanita ada sedikit terkesan dengan semua perkataan2 tersebut...bukan mudah jumpa yg jenis hati kereta kebal...hehe

Semua org nak cantik tapi kenalah redha apa yg dimiliki. Kalau kita gelap ada lagi yg lebih gelap, kalau kita gemuk ada lagi yg lebih gemuk. So jgn banding yg lebih elok, tapi banding dgn yg lagi teruk dari kita...

1/11/11

oh sungguh tak sopan kata panjang macam tu..

Wah!

Daddy jadi rujukan....

APA YANG PENTING TINGGI ATAU PANJANG TU CANTIK CAM MODEL-MODEL, KO KENA ANGGAP DIRI KO CAM MODEL SEKARANG NI FARA. CIK INA DAH NAMPAK MUKA KO ENTRY LAMA-LAMA TU, KO CANTIK SUAMI ENCEM,PERFECT SANGAT. CONFIDEN KENA TINGGI BIARPUN KITA TAK LAWA MANA, MCM CIK INA.''SYYY DORANG TU JELES TAK DAPAT PANJANG ATAU TINGGI CAM KO, CAM CIK INA JELES NENGOK ORG TINGGI, CIK INA PUN JELES TENGOK KO TINGGI. FIKIRKAN YG POSITIVE.INGAT ORG JELES, LEPAS NI BILA DORANG CAKAP YG SAMA, KO JGN MARAH KO URUT DADA SAMBIL "JELESLAH TU" DALAM HATI JE.KUI KUI KUI

2/11/11

mak mentua saya cakap saya hitam.

sensitif siotttt.
rasa macam nak tembak kepala dia, tapi derhaka la pulak kan.

dan hubby saya pun selalu kata saya adik beradik dengan orang India. sensitif gilerrr

inferiority complex le tu...

8/11/11

Setiap manusia sedikit sebyk ada kekurangannya. Oleh itu, apa kata kita tonjolkan sisi MENARIK kita supaya org tak perasan akan KEKURANGAN yg kita miliki.

8/11/11

Fara, ini kisah benar.

Sya ada kawan baik. Dia ni memang kategori wanita tak menarik, gemok dan hitam pula. Tapi oleh kerana sifatnya happy go lucky, caring dgn org sekeliling, mudah mesra dgn org dll membuatkan org tak pandang kekeurangan itu. Sya tengok, semua org yg mhampirinya, sangat selesa dgn nya (tmasuk sya). Sampai sya yang comel sikit ni pun rasa cemburu dgn nnya..hehe

9/11/11

sy dh x ksh bila org kata sy gemok, tembam, blablabla sbb mmg sy gemok, tembam, blablabla pon :)

gemok ka.. tembam ka.. yg penting tak pernah rasa rendah diri. kdg2 tersentap tu normal la, lg2 bila yg kata tu si mulut puaka. x sentap, x nama perempuan la kan? ^__^

Catat Ulasan