13/10/11

nasi lemak untuk orang tidak siuman

Dia mungkin tidak siuman. Ke hulu ke hilir bercakap seorang diri. Kadangkala, dia cuba menarik orang ramai untuk dijadikan teman berbual. Tapi tak siapa pun sudi. Maklum, siapa yang sudi berkawan dengan orang gila?

Setelah sekian lama dia di sini, dia mula dikenali. Dia sangat peramah. Dia juga sangat menghormati. Tidak pernah dia mengganggu atau mengacau. Pernah sekali dia sedikit mengganggu perjalanan saya dari pejabat ke kedai runcit, itupun tanpa dia sedar. Tatkala dia menyedari saya di belakangnya, dia pantas ke tepi dan menunjukkan isyarat, SILAKAN LALU.  Penuh sopan dan sangat menghormati. Lebih memeranjatkan, sampah yang berterabur di depan mata, dia kutip dan buang ke tempat yang sepatutnya. Sedang orang siuman seperti kita pun tidak pernah terdetik rasa sedar dalam hati seperti dia. Orang siuman seperti kita lebih suka berlagak dari menjadi prihatin.

Sehari-hari saya lihat gelagatnya, saya terfikir. Bagaimana makan minum dia? Bagaimana pakai tidur dia? Adakah yang menjaga? Atau dia hanya bergelandangan saja? Tiba-tiba hari ini, terniat hati saya belikan dia sebungkus nasi lemak (kosong). Tapi dia entah di mana ya?

29 comments

13/10/11

orang begini Allah dah aturkan makan minum dia. cuba tgk org begini makan sampah pun tak sakit. Allah pelihara. Sebab apa Allah jadikan mereka kalangan kita sebab nak uji kita sbgai org yg waras...nak beli jgn lupa beli nasi lemak kat gua sama.lauk lebih

masih lagi berlegar2 disitu barangkali mencari sesuap nasi utk perut yg menangis minta diisi T__T

semoga Allah membalas budimu...

fara, jangan lupa beli teh tarik untuknya sekali tau. mungkin teh tarik awak itu adalah teh tarik terakhir untuknya. pasti akan dikenang kebaikan yang awak berikan kepadanya

MF: tadi akak dengar Dt Dr Fadzillah kata, ini apa yg dikatakan 'kecil tapi besar'..beli nasi lemak sebungkus jer, 1.20..ciput jer harga..tapi bila diberi sedekah...ia terus jadi berlipat kali ganda 'harga'nya di kemudian hari..semoga nasi lemak itu berjaya diberi kpd Hamba Allah tadi tu..

13/10/11

tengok keadaan dia,kalau tak berbau ada rumah la kot~~he~~

orang macam ni lagi peka keadaan sekeliling~ semoga niat kamu nak bagi nasi lemak tu tercapai~

Tempat kakak ada seorang macam ni. Tapi dia org cina. Tak kacau org. Makan selalu org restoran berhampiran bagi foc. Selalu malam tidur kali-lima bank. Kadang masuk tempat ATM withraw. Ramai org bagi dia makan. Hairan tak pernah demam agaknya tau Fara...

Tanpa Nama
13/10/11

"Sedang orang siuman seperti kita pun tidak pernah terdetik rasa sedar dalam hati seperti dia."
-EH, orang siuman macam kita la yang selalu buat kerja tak siuman. tak pernah pulak dengar berita "seorang pesakit mental ditahan oleh orang ramai setelah meragut beg tangan seorang wanita".

teruskan niat kamu....

13/10/11

ada rezeki dia tu fara.. contoh..fara pon nak bagi nasi lemak..walaupun dia macam tu..tapi rezeki tak pernah putus..

nasi lemak paru satowwww!!

Dia tgh mencari makanan utk sarapan pagi kot ☺☺

Org tak siuman lagi prihatin dari kita yg siuman nih.

13/10/11

mungkin rezeki dye d tmpat len huhuhuh






^__^ wish me luck for interview!

13/10/11

sedekah itu jariah....pasti ada dia situ..bukan rezeki kamu bertemu dan tiada rezekinya menjamu sedekah mu...

13/10/11

TERINGAT PULA SESUATU.. PERNAH SATU HARI SEDANG BERATUR BELI NASI LEMAK, TETIBA ADA ORANG TEGUR PASAL LAMA TAK JUMPA DAN HULURKAN SALAM.. SAYA PUN SALAM SAMBIL TERTANYA2, SIAPALAH DIA NI.. PAKCIK YG JUAL NASI LEMAK TU CAKAP DIA OTAK ADA SOMETHING WRONG SKIT..... OOOOO...

13/10/11

kalau dia takde harini..
carik dia esok..atau lain hari..

bila nampak dia ada.. sedekah lagi..
tak dapat nasi lemak..kasi duit pun takpe..

rezeki dia, kamu ada di mana2.. insyaallah..niat yg baik ada ganjarannya..

ada org cakap..
mereka itu mat bond..
kejap ada kejap takda..
hiks.. :P

walauapun kid bangga dgn fara..
sbb fara ada niat nak berkongsi rezeki dgn dia.. :)

dia sudah terhidu cuma nasilemak kosong yang bakal di terima cuba letakkan seketul ayam mungkin dia akan terpancul di depan mata...siapa tahu.

mungkin rezeki dia ialah nasilemak bersama seketul ayam.

bagus fara...cari lah dia...mungkin di disekitar situ kan...

13/10/11

ya allah, bergenang air mata sya fara...

rasa sayu lak baca...

semoga niat awak tu dibalas berganda kebaikan dr allah...

apa pun, selamat la gelandangan itu dipelihara tuhan..

Sekali dia merasa nasi lemak fara, dia akan setiap kali mencari fara, sperti sentiasa mengejar saya apabila tersua muka (di tempat saya), walau di berbangsa cina....pandai berdoa pulak tu.

mungkin juga dia adalah 'special branch' yang sedang mengintip.....

saya tersentuh baca kisah ni.. kadangkala orang tak siuman spt itu lebih ikhlas kan.. itu sebab mereka lebih dijanjikan syurga..

Tanpa Nama
13/10/11

Ada rezeki fara nnti ketemu jg dgn org tu

14/10/11

Kak zana tak boleh tengok org mcm ni, terbayang kalau kita la jadi spt mereka? tapi begitulah kehidupan, ada yg waras, tak boleh pakai..

hurm..kdg-kdg org gila lagi siuman dari org tak gila yg tidak siuman!

14/10/11

bila tengok orang macam tu kesiannya dia.. tapi kita tak tahu apa kisah disebaliknya kan.. orang hanya mampu memandang sinis pada mereka..

Teruskanlah hajatmu itu.. moga bertemu lagi dengan dia..

Hurm.. ke mana ye dia? Cuba beli lg nasi lemak esok. Kesian.

orang siuman suka buat kerja yang tak siuman...contoh hari ni orang kelar leher orang hanya kerana salah faham...

ooh sedih baca entry hari ini..

beli nasi lemak dan air teh untuk orang mcm ni lagi berbaloi kerana dihargai... bkan mcm stengah orang siuman kalau dibelanja makan nasi lemak kosong dibalasnya.. apa?? nasi lemak kosong je???

15/10/11

kadang terfikir..
mereka ni tak ada keluarga kah?

Catat Ulasan