1/11/11

budak bodoh mahu belajar tandanya bijak, budak bodoh tak mahu belajar tandanya dungu!

Apahal nak buang budak sekolah macam itu saja? Kalau budak itu ada masalah, kenapa tak dibasuh saja otaknya supaya mereka serik untuk menjadi orang yang bermasalah? Bukankah tindakan membuang budak dari sekolah hanya akan menggalakkan budak-budak meninggalkan terus alam persekolahan? Bila dah tercicir, terjebak pula dengan jenayah. Dari jenayah kecil membawa pula ke sebesar-besar kes! Hendak salahkan siapa? Budak itukah? Tubuhkan saja KEM PUSAT MEMBASUH OTAK PELAJAR BERMASALAH! Agak-agak bermasalah, hantarkan saja ke sana. Tak perlu nak buang sekolah, lepas tangan macam itu saja. Tanpa perlu ada penderaan fizikal. Hanya melibatkan psikologi minda berteraskan agama yang bertubi-tubi hingga membuatkan mereka menjadi serik untuk menjadi rakyat Malaysia yang tak ada guna. Kenapa tidak ada seorang pun individu dari pihak kerajaan yang mempunyai kuasa besar di sana mempunyai idea kreatif sebegini dalam membentuk rakyat Malaysia yang menghargai negaranya sendiri dari membazir masa membesar di Malaysia dengan sia-sia? Tidak terfikirkah mereka? Masyarakat Malaysia pun sama. Cakap berdegar-degar. Mengata orang, mengutuk orang nombor satu. Tapi habuk pun tak laku! Bila ada budak perempuan bunuh anak luar nikah sendiri, tahu pula kau nak kutuk. Mulalah kau nak ceramah agama. Kononnya budak itu bodoh. Ikutkan hawa nafsu dari menggunakan akal dan menjadikan agama itu panduan nombor satu. Itu kalau perempuan. Kalau bab budak lelaki pula, bila berita jam 8 malam bertubi-tubi siarkan berita budak bawah umur yang keciciran sekolah terjebak dalam jenayah, mulalah kita sibuk nak ambil tahu. Mulalah nak mengeluh. Konon dunia di akhir zaman. Budak-budak dah tak macam zaman dulu-dulu. Zaman dulu, budak-budak takut nak lawan orang dewasa. Tapi sekarang tidak lagi. Kenapa? Tanyalah diri sendiri kenapa. Siapa yang manjakan anak kalau bukan diri sendiri. Siapa yang tak pedulikan pelajar bermasalah kalau bukan guru sendiri. Tuding saja pada diri sendiri. Apa guna PLKN kalau sudahnya budak lepasan sekolah masih turut hendak menjebakkan diri di dalam MASALAH? Apa relevannya? Budak-budak hanya akan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan! Mereka perlu orang dewasa yang tegas dan keras. Bukan psikologi lembut yang sudah tidak relevan di hati dan akal fikiran mereka!

Aku mengurut dada dengan sekumpulan budak sekolah semalam. Tunjuk berani dengan lagak yang seolah mahu memecahkan cermin kereta kami dengan sikunya. Walhal, umur masih setahun jagung. Kuat sangatkah mereka? Istighfar aku berulangkali!

19 comments

erks...diaorg nk curi ape sampai begitu??

Susah juga buat guru Fara. Ada mak-ayah anak baru kena jentik telinga dah dtg sekolah melenting... Bila anak tak pandai kata cikgu tak ajar. Sebab itu ramai pendidik mahu pencen awal. Baik jaga anak sendiri dari kerana silap sikit kena turun-naik mahkamah...

1/11/11

banyak sangat tengok drama kot nak pecahkan cermin dengan siku.. kalau tak bengkok siku cuba lah..hehe..

setuju fara..kurang setuju dengan kaedah menghukum tanpa memberikan pengajaran yg sepatutnya..

kne pakai peribahasa jaga tepi kain orang kot..baru semua amek tahu...

1/11/11

Stars - Ageless Beauty (Penelope OST) sangat best.thx for introduce.

1/11/11

cerita penelope adalah kegemaran sepanjang masa.

senang citer generasi skang baik tua atau muda mmg susah nk ditegur.taktau pendekatan cmne lg nk buat ngan dorang ni...

Budak² skang sgt berani.

budak2 skang terlalu ke hadapan..semua drama dan cerita punya pasal..pengaruh diorg jeee

Pendapat Hana, segalanya bermula di rumah. Baik institusi kekeluargaan, eloklah anak itu. Baik bukan bererti yg kaya raya, mampu hantar anak ke sekolah bagus2 tp baik dalam menerapkan nilai agama.

Suka dgr kata2 "didiklah anak2 untuk zaman mereka kelak, bkn spt di zaman kita".

Hope dpt jd ibu yg baik oneday. Insyaallah.

1/11/11

'Aku mengurut dada dengan sekumpulan budak sekolah semalam. Tunjuk berani dengan lagak yang seolah mahu memecahkan cermin kereta kami dengan sikunya. Walhal, umur masih setahun jagung. Kuat sangatkah mereka? Istighfar aku berulangkali!'

saya yg baca pun urut dada.
teringat sekumpulan budak2 bergaduh tepi rumah..saya yg naik takut..sbb kereta kat luar pagar
:-( sib baik xde perkara buruk berlaku

1/11/11

takut kan!

entry sya hair ni sebut psl pernagai budak2 ni....iskhhh... nauzibillah..

tapi bab belajar dan mendidik tu...
mmg kena usaha keras dr semua pihak...

1/11/11

Assalamualaikum Fara

bagus idea tu...

Wassalam

1/11/11

ZAMAN SILIH BERGANTI.. ZAMAN YANG BERTEKNOLOGI MODEN NI BERMACAM2 LAGI YANG MEREKA BOLEH PEROLEHI DALAM INTERNET.. JANGAN TAK PERCAYA KALAU DIKATAKAN BUDAK2 TADIKAPUN SUDAH PANDAI LAYARI WEB LUCAH...

back to basic. asuhan sepatutnya bermula dari rumah.

teringat istilah 'stupid proud'

haha!

INSYAALLAH TAK DE MASALAH, KALAU KITA JADIKAN ANAK KITA SEBAGAI RAKAN RAPAT YANG BOLEH BERKONGSI MASALAH, TAK KIRALAH MASALAH APA PUN.KADANG MASALAH IBUBAPA NI , NAK ANAK DORANG PERFECT, DORANG TERLUPA YANG ANAK DORANG TU MANUSIA BIASA. RISAU TAKUT JIRAN SEKELILING TAHU ANAK DIA NAKAL, DALAM KEPALA SETENGAH IBU BAPA , TAK NAK ANAK DORANG BURUK DI MATA MASYARAKAT, SEBENARNYA DORANG TAK TAHU ADA ANAK-ANAK YANG BERPURA-PURA BAIK DEPAN DORANG. INSYAALLAH CIK INA TERIMA BAIK DAN BURUK ANAK CIK INA, PEDULIK APA NGAN ORG SEKELILING YANG HANYA PANDAI MENUDING JARI TU.

2/11/11

Anak2 ni cermin kita...pesan org tua..Lentur Buluh bermula dari rebung....Baca Kitab Seawal Tumbuh gigi...Menghormati org lain selangkah bertatih...

8/11/11

Bukan budak2 skrg jer fara. zaman sya remaja dulu pun ada kawan2 yg jenis tunjuk eksen/hebat terutama bila mereka berjalan dgn geng2 mereka.Contohnya buat bising dlm bas konon2 nk tarik perhatian org. Bila org dewasa tegur, mrka memberontak dan marah. Padahal mrka yg kurang ajar.

Alhamdulilah sya x geng dgn budak2 mcm tu (sbb sya baik..perasan !)

Catat Ulasan