Sempena 6 kali 1, Sinar FM memutarkan lagu-lagu bertemakan angka. Dan saya juga gedik mahu mengarang cerita bertemakan angka. Tapi cerita saya tidak sehebat mana pun tentang 6 kali 1. Tak ada sebarang sambutan atau meraikan hari 6 kali 1 pun. Cumanya, bila bercerita tentang angka, pasti lagu 1 2 3 4 Aris Ariwatan yang saya ingat dan menyanyi kecil dalam hati.
Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
Bila saya menghayati lagu di atas, hati saya menjadi sayu dan airmata pasti bergenang. Ternyatalah lagu itu berjaya menyentuh hati saya.
Dalam hati saya, nombor 1 sudah tentu Yang Satu. Nombor 2 sudah tentu suami kerana syurgaku terletak di bawah telapak kakinya. Nombor 3 sudah tentu anakku, Muhammad Aydin. Nombor 4 sudah tentunya Mak dan Ayah. Nombor 5 pastinya adik-adikku. Tak terbayang dalam hati bagaimana saya nanti bila menghadapi andai salah seorang di antara mereka (kecuali Tuhan) pergi menghadap Illahi. Walau macam mana sekalipun saya perlu bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang pastinya akan terjadi!
Kawan-kawan pula bagaimana?
28 comments
hukhuk...sedih :(
Tak dengar Sinar FM la. 6 * 1 tu tentang apa?
YUP BETUL..SATU YANG PASTI ADALAH YANG ESA..
saya cuma minat 7.keh keh~tapi saya tetap percaya kepada Yang Satu~
wahhhh sedey bace pagi2 cenggini
sob sob
!__!
semuanya sayang.. kadangkala terfikir biarlah kita pg dulu dari merekakan??
belum bersiap sedia lagi walau semua itu PASTI...
Saya memang suka lagi aris ariwatan nih. Lirik nya sgt mendalam.
Pastu lagu 123, slalu nyayi kat anak²
'satu..satu..saya sayang allah'
'dua..dua..saya sayang nabi'
'tiga..tiga..sayang ibu abah'
'satu..dua..tiga..sayang semuanya'
Lain org lain liriknya kan...hehehe...
Nombor 1 dalam hidup adalah semua org yg saya sayang... hehe
ANAK SAYA PANDAI NYANYI LAGU NI.. ;)
Tarikh yg cukup cantik...
Nak update gak pasal 6 kali 1 ni tp xtau nk coret pasal apa. Btw, no.6 tu utk sape Fara? ^_^
ah, kau selalu sangat sentimental dengan lirik lagu.
mana satu betul ni? `enam kali satu', `satu enam kali' atau `satu satu satu satu satu satu'...
bila saya hayati lirik lagu tu pun teringat kembali sewaktu kecil dulu..
emak ayah selalu berhempas pulas merpersiapkan dan menghantar kami ke sekolah.. kenangan.. tanpa mereka.. siapalah kita hari ini..
touching
family tetap yang utama , sy pun terbayang kehilangan mereka
Apa juga angka dan berapa pun jumlah diperolehi kita tetap percaya segalanya dari yg SATU itu. Allah itulah Dia....
Segalanya berkemungkinan...Headwind!
alamak, Fara...
u make me cry lah...
sya pun lum rasa kehilangan dashyat lagi dan sgt2 takut klu kena melaluinya nanti...huwaaaa
tpi ia tetap akan terjadi kan cuma tak dpt bayanagkan camana nak handle...uhukkk
lagu kegemaran anak lelaki iols... abg ajim
lagu ini sy nyanyik-nyanyik ms darjah 6..
urutan kasih fara sama dgn sy..tp sy terfikir satu bendalah..lps kita ada keluarga sendiri (suami dan anak) kedudukan mak ayah kita dh jatuh belakang sikit..
awak buat hati kita tersentuh & berfikir... terima kasih
Salam Jumaat Fara..,
saya pun suka lagu 1,2,3,4 ni.. dihayati dalam maksudnya...
kita memang perlu bersedia utk sebarang kemungkinan yg mendatang dan pasti dtg....allahua`lam.
betul...keluarga menjadi keutamaan...
dulu klau nasyid slalu dengar lagu nih.hu3
1 pun saya dah tak ada..semuanya dah diambil TUAN PUNYA HAK MILIK...
the moral of the lagu ,jagalah family kita sementara mereka masih ada.susah nak cakap perasaan tu fara, mula-mula memnaglah sedih tapi kita kenalah redha setiap hidup pastikan mati.
adakah 6 kali 1 bersamaan 11.11.11?