11/11/11

dosa bawah sedar

Bila dalam sehari kita lengkap solat 5 waktu, lengkap berhijab dan melayani ibubapa atau suami/isteri dengan baik, yakinkah kita dalam sehari ini kita jauh dari membuat dosa?

Mungkin kita tidak mendengar tetapi kita masih ada mata untuk melihat, membaca dan hati mula terdetik rasa maka sudahnya jari ligat menaip kata-kata.

Dan kata-kata itu pula seperti (merujuk sang artis berpakaian seksi);

macam sial je betina 4 ekor

atau

semua dress up dh mcm p****c*r dh….xde otak ke…bangang….puihhhhh

mungkin seperti ini;

yg pakai baju itam tuh sape yer??? dh mcm hape aku tgk…nk kata ns lemak 50 sen …xde plak..leper jer.. aihhh kalo cntik xpe gak.. cntik lg nenek aku..

Jadi selain si artis, siapa lagi yang menanggung dosa?

P/S - Jangan kata saya berlagak bagus. Kalau saya bagus, saya juga pasti 2x5 seperti di atas. Semoga Allah mengampuni dan melindungi kita semua dari sebarang kejahatan dan keburukan.

39 comments

11/11/11

:-(
ada ketika tanpa sedar
kita melakukannya

ayat2 merah tu kira melampau laa kan..

tapi tak ada manusia yang baik 100% dan tak ada manusia yang jahat 100%

hoping that artis tu suatu hari nanti akan mendapat taufiq dan hidayah...

11/11/11

TU LA.. MEMANG DOSA BAWAH SEDAR LA TU.. KALAU DOSA ATAS SEDAR LAIN PULAK... :)

faham2...hehe

Tanpa Nama
11/11/11

ala, kau pun selalu kritik orang lain tapi dalam kata-kata yang lebih disukai ramai. cuma bezanya kritikan kau dengan teks bertulisan merah tu adalah jenis perkataan yang kau dan diorang pilih.

kalau nak hitung yang bawah sedar, memang berkepuk-kepuk la saya punya..pagi2 start pegang stereng keta je..P*&^%$M*k terus sebab ada tahi anjing depan pagar rumah...atas jalan raya, lagi la kalu ada amoi separuh usia bawak merc lagak tongkat langit macam highway itu dia punya...memang kena reschedule balik la kata-kata dalam hati..

11/11/11

senang dapt pahala lebih senang nk tambah dosa...segera sedar cepat2 ingatkan merekam yg separuh sedar tuh....

saya yg masih lagi bnyk dosa...

bila dok mengata orang.. sama2lah dapat dosa.. hurm..

Tanpa Nama
11/11/11

Tiap2 hari kutuk bos.. tu yg asik tensen je.

sudah termaktub bahawa yang suci dari dosa itu hanya Rasulullah. Makanya manusia ini sebenarnya sudah terbiasa dengan dosa sama ada sedar atau luar sedar.

11/11/11

Niat kita yang susah nak kawal. Hati paling susah nak jaga.

Bila mata lihat, hantar signal ke otak, hati berkata-kata.

Ada saja yang tak kena.

11/11/11

sentiasa menjaga tuturkata, baik bahasa atas penulisan...

minta dijauhkanlah

12/11/11

apa2 jua yg ingin dkta @ dtulis haruslah dfikirkan baik bruk nya dhulu

yang bercakap juga berdosa~

Tanpa Nama
12/11/11

Assalamualaikum Fara,

Memang susah nak mengawal hati dan perasaan. Maklumlah mata melihat dan telinga mendengar apa yang kita rasa tak sepatutnya ia terjadi.

12/11/11

tu la...artis yg buat hal (artis sbg contoh) kita pun terbabit sama tanpa sedar....
kalau jari tak menaip, mulut pula berkata, ataupun mata yg memandang dan hati terdetik....semuanya terbabit. susah nak kontrol diri tapi kita boleh ubah, mungkin...

Fara....akak pun terasa, kekadang terlepas kata, tp taklah seteruk tu.

gud entri.. usaha bersama.. inshAllah

Dah namanya manusia tak lari dari buat dosa. semoga kita semua dijauhi dari dosa bawah sedar. mulut ni kena zip , kekadang terlepas gak.kui kui kui

@Lady Windsor

Kak, akak kutuk2 tu...np ade Sm kat situ? Bezanya, S tu jdk $...hikhikhik!

Aikk??????

@SM

Kritik dgn kutuk tu berlainan okeh! Sila study lebih sket!

=p

14/11/11

astagfirlahalazim....

14/11/11

alamak..baru semalam dok komen si mamat pengacara melayu rancangan the best in the world tu duk pi makan kat kedai cina..huhuhu..

tapi sangat tempting utk komen sbb pelik sangat dgn perilakunya..erghh..

Benda mcm ni lah yg kita susah nak kawal fara...perbuatan bawah sedar.

Mcm saya selalunya tak sedar masa drive, syok berkata², biasalah...bila bawak keta jumpa macam² jenis pemandu, bila teringat balik, cecepat 'astaghfirullah'. Kat office plak kekadang bila bengang ngan bos, mulalah melalut sebab terlalu sakit hati.

Haihhhhh...klo boleh nak elak benda² mcm nih.

tersedak la pulak, bila sebot 'baju hitam'

perbanyakkan solat sunat kerana insyaAllah dia akan menghapuskan dosa kecil yang kita lakukan selama tidak melakukan dosa besar....

Setuju sgt2 Fara. ^_^

14/11/11

dosa bawah sedar ni yg selaluuuu sgt terjadi...

Termasuk juga saya..

Terimakasih saling mengingati...

14/11/11

say rasa tiap2 hari tergolong dlm tu...sbb tak kaut iman dan tak leh tahan diri dari gosip...huwaaaa

betul tu fara..kekadang kita tak perasan pun...tu pun dosa gak kan...

14/11/11

amin..semoga mulut kito nih leh control la yer dari sebut bondo2 tak elok nih...

Hamboihhh...tak sengaja...tak de maksud pun nak kutuk mamat tu..sapa eh? akak tak kenal dia...hahaha chiaooo!

15/11/11

betul tu ada ketika tanpa kita sedar kita dah melakukannya...

hanya ingin berkata..

sometimes, silence is better than speech..

sometimes, silence is gold, speech is silver..

hai demam ke....

manusia mmg x pernah lepas melakukan kesilapan..

owh...aku ada baca satu status kat mana tah,

ada sorang lelaki menegur pemakaian seorang artis wanita yang seksi amat..

lepas tu ada sorang peminat, perempuan bertudung,m arah kepada lelaki pengomen tu, dengan kata kata macam gini lah

"bodohnya la engkau..dia pakai macam tu, bukan dia ganggu idup kau pun"

jadi camne?

16/11/11

ada masa terlepas jua kata2..

17/11/11

aduh..memang diakui pernah juga melakukan perkara di bawah sedar ni. Tp dgn bahasa yg lebih sopan..heh

Catat Ulasan