Bila menaiki motosikal dan menyusup-sasap celahan kereta di tengah-tengah lebuhraya LDP pasti mendatangkan rasa seriau teramat apatah lagi bila berdepan dengan kereta yang langsung tidak pandai hendak bertimbang-rasa pada penunggang! Percayalah! Hari ini sememangnya hari dalam sejarah bila pertama kali saya membonceng motosikal yang ditunggang suami kerana keretaku, si Harimau Kumbang terpaksa dikejarkan ke bengkel lantaran disodok kereta milik si tua. Apa yang saya takuti akhirnya terjadi. Bahana si tua yang keluar simpang tak nak pandang kiri-kanan. Main terjah masuk seolah jalanraya itu sunyi dari kenderaan yang lalulintas. Walhal, kereta teramatlah banyak!
Saya syak si Harimau Kumbang itu 'jambu' kerana masuk kali ini sudah 3 kali dia kena 'bontot'! Nasib....
31 comments
haiseh~~then please berhati2 mommy~~
lebih 18 thn ke Opis menunggang motosikal....semoga Allah sentiasa melindungi Perjalanan mencari rezeki buat anak2 ini...
Mesti seronok sesekali dapat naik motor. Anak kakak paling suka bila ada peluang naik motor...:)
best juga naik moto sesekali..sy rindu nk naik moto dgn asben..
pgalaman baru jg ni? sy drive di ldp tu pun ketar, klau naik motor tak sampai ke destinasi rasanya.. bonceng je blh tutup mata..
harimau kumbang jambu.. tersenyum ai membacanya..
memang kena lebih berhati-hati.. ibarat tiada langsung unsur bertolak-ansur..
Dah lama kakcik tidak membonceng motor membelah kesesakan jalanraya, memang seriau kalau terpaksa membonceng juga (maklumlah saiz badan XXXL kakcik ni, bila2 masa saja boleh bergesel dengan kenderaan lain rasanya) :(
wow, seronoknya naik motor..:)
saya dah seriyau naik motor jauh2
SALAM,
KITA BERHATI2, ORANG LAIN PULAK TAK BERHATI2. MACAM MANAPUN, TERUS BERHATI2 DI JALAN RAYA
pernah jugak tumpang hubby naik motor ke KL....agak takut jugaklah...
Mommeh,
biasa kan ujan sekarang ni...
ko bawak baju dalam, sepende spare tak kot kot basah kena ujan?
harap pertimbang!
saya dah tak berani naik motor sekarang ni
Best apa naik motor, bley dok rapat²..polok ketat²...ekekekeke...
@*Miss Geli^
Hahahaha! Perimbangkan yg dlm2 dulu eh?
@Kakzakie
Kak, klu area2 umah...mmg seronok! Tp klu da kat ats highway, pejam mata je kak! Gayat takut!
SAYA PUNYA DUA KALI KENA SEBAT..
baru semalam kak fara citer pasal driver tu, orang lain yang gila, kita jadi mangsa
masa akak keje ss2 dulu hari2 lalu LDP dari kinrara naik motor tapi akakler yang bawak... memang menakutkan tapi bila dah biasa takder apa22... tapi tuler kalau kita pernah naik motor kita akan lebih menghargai orang yang naik motorni.. tapi memang ramai gak orang naik motor yang bawak motor macam hamperh...
pakai helmet full face tak?? huhuhuhhh
kak ita pun ..dah lama...tapi perasaan takut masih ada.....
hahaha adakah harimau kumbang itu terkena nasib seperti harimau muda? sape tau? :-p
ok, aku harap kau faham kenapa aku selalu memaki pemandu yang kurang ajar. cuma bezanya, kau lebih bertoleransi dalam berbahasa berbanding aku yang lebih suka memilih kata-kata makian. kau nak anggap aku emosi? eleh, kita sama je... hahahaa!!!
@SM
...saat aku berdepan dgn merbahaya, masa tulah aku igt kwn2 aku yg g keje nek motor termasuk ko. Adehh! Seram weh! Mcm nek roller-coaster. Tiba2 dpn mata, kete nak potong mendadak! Apekehal? Aduhh!
hahaha, nyawa di atas jalan! sebab tu aku memilih blog sebagai salah satu medan melepaskan amarah pada pemandu kurang ajar. masa tu cuma boleh maki dalam hati je. dah selamat sampai, baru ingat nak istighfar pada tuhan. ironinya? kita bukannya selalu ingat tuhan.
Cik ina pun naik motor, best naik motor tak pening ngan jem, cuma kena lebih berhati -hati sebab kiri kanan tak de perlindungan:)
saya lesen motor tak punya
hahaha!harimau kumbang betina kot..
@Fara
apa ke hal?
takde hal apa pun.
nanti sampai rumah diorang sedar la.
bila pegang stereng je lupa diri.
apa ada hal...
Smlm ada pemandu pompuan eksen tgk aku dgn laki aku nek motor. Ceh! Bwk Myvi je pun! Berlagak. Dgn motor kerengga pun nak berlumba ke? Podah!
Eh? Nape aku rs aku mcm di bawah pengaruh ko eh? Tidak! tidak!
@Fara
kau jangan nak kata aku bawak pengaruh negatif kat kau pulak!
apa yang aku carutkan selama ni semua berdasarkan pengalaman sendiri dan fakta yang aku percaya benar.
dan semua tu adalah pandangan (carutan) peribadi yang cuba tidak mempengaruhi.