30/11/11

siapa makan cili? pedas tak?

Apa kata saya menambah pedas dalam entri Kak Eyenee kita? Agak-agak, berdesing tak telinga?

Apalah nasib golongan marhaen seperti saya. Bangun awal pagi. Pulangnya sudah malam. Hasilnya tak seberapa. Peluhnya mencurah satu badan. Bila dapat gaji, kena bayar cukai kerajaan. Salur ke mana duit cukai? Saya tak tahu. Apa yang saya tahu, bila makan kena cukai. Bila tengok TV kena cukai. Bila guna telefon kena cukai. Bila balik kampung kena tol juga! Itupun sipi-sipi telefon prabayar saya kena cukai.

Kalaulah duit-duit cukai yang kita semua asyik labur itu terlentang depan mata, mahu saja saya beli cincin batu permata yang tak mungkin dapat dicari merata? Ataupun mungkin saya akan buat koleksi beg tangan kulit bermutu tinggi yang harganya lebih kurang sama dengan sebiji rumah di tengah-tengah Lembah Klang sana? Mungkin juga saya akan gunakan untuk membeli-belah di Australia nun jauh di mata? 

Tapi apakan daya? Saya hanya rakyat biasa. Bekerja siang malam pagi petang untuk makan semata. Mungkin sedikit digunakan untuk membeli barangan idaman saya? Boleh saya riak menunjuk di dalam blog cerita apa yang saya ada? Walau nampak terhibur namun hati orang lain, siapa mereka hendak saya jaga? Alhamdulillah, saya bukan macam itu ya? Saya bersyukur apa yang saya ada, seadanya....

Tapi, dengarlah rintihan hati saya. Hendak dapatkan bantuan RM500 pun tak berupaya. Apalagi nak dapat gaji sebesar RM5k pula? Hendak beli rumah sendiri pun tak terdaya. Asyik memikir bagaimana hendak membayar ansuran RM1k ke atas, terdaya ke? Rakyat Malaysia tak semua kaya raya. Hendak kata miskin tidak juga. Hendak kata kaya, apatah lagi ya? Nasib sayalah. Siapa suruh duduk di tengah-tengah kota? Sedang ada saja opsyen di luar bandar sana. Tapi saya ada pilihan ke?

Siapa agaknya yang sudi mendengar luahan hati saya? Tiada! Kalau peduli mungkin sekejap cuma. Selebihnya, teruskan hidup juga. Oh, lupa. Masing-masing punya bahagian ya? Terimalah kita seadanya. Jangan asyik membebel tapi tak ada usaha, pun tak guna! 

Kepada kawan-kawan senasib saya. Usahlah bermuram durja. Anggap saja hidup kita bagaikan roda. Kejap di atas tapi esok lusa? Baik berjaga-jaga. Oleh itu bila dekat pilihanraya, marilah kita menayang muka. Mana tahu YB terpandang kita. Simpati datang, dapat habuanlah kita. Mungkin sampul raya? Atau sampul surat Urusan Seri Paduka? Sesambil itu jangan buat terkejut bila dalam masa yang sama, kita dapat lencana;

UNDILAH SAYA!

Ironi bukan?

(Senyum jangan tak senyum)

38 comments

Dia bagi kita ambil. Undi??? Biarlah rahsia. :)

aduh ni betul isu panas. sokong fara.. harapnya pemimpin kita akan bt pembaharuan walaupun sikit tentang cukai..

hehe..sbb poket yg semakin mencengkam lah sy buat entri pg td..sy lagilah x kerja..hanya harap hasil pendapatan sampingan bisnes online..tu pon habis buat sara hidup aje..nama nk beli brg² lain kena pikir 180x..

aku pun..

orang lain duk prung pang prung pang sana sini dah beli rumah la..itu la ini la..

aku? masih lagi kira kira duit dalam tangan ujung bulan tepuk dahi..


sape nak bantu?

skim rumah pertamaku?

pun tak membantu!

betul-betul...sokong di atas....fara kak ita jengah dah blog eyenee..best2....

30/11/11

memang betul pun..kadang rasa terhimpit duduk di negara sendiri..rasanya semua orang mengalami masalah yang serupa..kita duduk kat kawasan kampung pun sama jer..

30/11/11

nak berebut mintak borang kat LHDN ni, sape cepat dia dapat. tapi gerenti saya dapat ke?
kalau borang online maunya 567890000 jam baru boleh login.

undilah saya cap ayam

30/11/11

Terimakasih memanjangkan N3 tu...ada kunjungan rakan dari bloq kamu...apalah sgt bicara panas seekor semut merah jika yg mendominasi keseluruhan sarang dibumi bertuah ini seekor Lipan Bara.....

30/11/11

Dengar citer PRU13 Mac 2012 nanti. Jom kita p mengundi.

Apa nak di kata
Duit cukai hanya untuk mereka saja
Berhabis beli handbag perlbagai kaler
Harga...mahal tak terkata
Maintenance big momma kan tiggi belaka

Duit zakat lagi lah pula
Ada yang menyatakan setiap tahun lebih dari RM1billion dikutip dari rakyat jelata
Tapi masih ada rakyat yang menderita
Tgk saja rancangan bersamamu di TV3
Ke mana agaknya duit zakat itu pegi ya?
Hanya mereka saja yang boleh menjawabnya

Beginilah nasib kita....

cik ina dah lama sesak nafas ngan cukai kerajaan, pintu nak bayar cukai, masa beli rumah dulu dah sesak nafas cari duit peguam yang termasuk ngan cukai kerajaan. dah tiba masanya kerajaan kita fikirkan balik cukai yang membebankan rakyat.

maaf cakap ...bila kita kurang ada syukur semuanya kita cuba persalahkan...

Tanpa Nama
30/11/11

Gua pun xtaw ke mana hasil cukai tu pegi..dan xtaw brp cukai yang bjaya dikutip tiap2 tahun..
Yang gua taw,wlpun rkyt byr cukai, harga minyak,harga barag2,tetap naik setiap taun..
Big mama pulak shoping ngn sibuk hal pntadbiran ngara mgalahkan bini agung smpai rakyat pun konpius sape wanita pertama negara..

Skali skala ubah pemimpin pun xslah kan..agak xbest,tukar la balik mcm kt jepun

_kamen_

30/11/11

Undilah saya!Tapi, shh...ini rahsia kita berdua ya!

(Senyum lebar hingga terdedah gusi)

Untung kita duduk Malaysia masih aman dan damai..ye dak?

30/11/11

SAYA TIDAK MAHU FIKIR NEGATIF. DUIT CUKAI ITU UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA, BINA JALANRAYA, BINA SEKOLAH, BINA HOSPITAL, BERI KEBAJIKAN KEPADA IBU TUNGGAL, ANAK YATIM, GOLONGAN WARGA EMAS, MEMBANTU MANGSA BANJIR, BERI SUBSIDI ITU, BERI SUBSIDI INI DAN BERMACAM2 LAGI YANG KITA MEMANG MUNGKI TAK PERASAN.. MEMANG, KITARAN WANG KERAJAAN PUN MACAM RODA, TAK DINAFIKAN. DIA BERI SITU, CUKAI SINI.

RASANYA KALAU KIITA BERFIKIR POSITIF.. POSITIF DAN POSITIF AKHIRNYA YANG NEGATIF AKAN JADI POSITIF..

ERM.. PEDASNYA CILI NI.. ;)

Tanpa Nama
30/11/11

"saya hanya rakyat biasa' - tipikal

"biarlah, mereka durian. kita ni mentimun." - tipikal juga

"apakan daya, kita tak punya kuasa" - pun tipikal juga

kesimpulan aku = kebanyakan kita jenis kecut telur!

hidup kadangkala dirasakan tidak adil. tetapi itulah hidup. perlu diteruskan.

saya juga rakyat marhaen....

kais pagi makan pagi sebenarnya...

@kakcik

Hahahaha! Komen Kakcik mmg paling sy suka!

@*Miss Geli^

Eh, nape ko mcm same je nasib dgn aku?

@Eye_nee

...jgn disangka semut merah itu tidak boleh meratah seekor lipan bara! Datang seribu, lipan bara yang gagah perkasa pasti lunyai jua!

@Daddylicious

..kurang syukur ke En.Daddy? Klu kurang syukur, dah lama sy join perhimpunan Bersih tu. Hiks!

@Siti Hajar Masri

Aman damai ke? Yakin?

Skg nie, nak kua umah malam2 sorang diri pun tak selamat tau.

@fairus

Terima Fairus krn mengingatkan sy supaya tdk berfikiran negatif. Dulu sy mmg tak nak pk negatif. Tp bila dah nmpk dpn mata, harapan sy tu hancur lebur jadinya....

=(

@SM

...bukan kecut telur. Klu kecut telur, ko pun termasuk gaklah kan? Tulah, rendam lama sgt dlm air. Hahaha!

Majoriti rakyat Malaysia tak ambil peduli. Sbb tu la...

@delarocha

La...sapa kata kita tak teruskan idop? Kite tak teruk g mcm kat India. Mogok lapar smpi mati. Tak nak teruskan idop. Jadi, tak yahlah isau ye?

@gedek!

...untung kais je pagi, dpt pagi tu gak. Sy nie? Kais pagi hari2, dpt sebulan sekali.

bahang PRU makin terasa,sana sini YB sibuk tayang muka,bg sedekah,reporter panjang berjela...

1/12/11

NASIB KITA KAIS PAGI MKN PAGI KAIS PTG MKN PETANG KADANG2 KAIS TAK MAKAN..ini moto gua

rindu kat hang fara...

Tanpa Nama
1/12/11

@Fara
telur aku kecut kalau mandi kat songai congkak lama-lama.

rakyat malaysia cuma ambil peduli dengan perkara yang berbalik kepada mereka atau perkara yang melibatkan adik-adik jambu k-pop!

bila tiba waktu yang sepatutnya kita ambil peduli, kita akan sebut. ala, biar la... kita ni cuma rakyat biasa.

take action la!!!

(macam emosi je aku ni)

@Waqheh

Klu indu, ape lagi beb? Jom isytihar perang! Wahahahah!

@SM

Whoa! Aku tiba2 setuju dgn komen ko yg nie. Bila dok kata;

KITA NIE CUMA RAKYAT BIASA

Peh! Mencucuk2 jantung aku weh! Bila diorang senang, kita yg tak senang nie dikatanya tak kenang dek untung. Cuba tgk bila diorang susah lak?

sedang mencari kerja yang dekat dengan rumah tapi belum berjumpa..

nak membodek itu bukan resam jiwa..

nak mengayat, ku reti cakap terus-terang je..

mana orang nak terima..

duit ada tapi rasanya masih berada pada paras kemiskinan..

oh.. itulah kita RAKYAT BIASA..

masa berkualiti untuk keluarga pun dah tiada rasanya..

nak merungut hentikan saje..

terimalah seadanya.. syukur atas rezeki yang kita terima dariNYA..

Tanpa Nama
1/12/11

@Fara
nak tengok diorang susah? tak mungkin selagi sebahagian besar kita masih lagi kecut telur. cuma pandai mengeluh dalam kelambu je.

sekali lagi, take action la...!

(ha, yang ni memang emosi sikit)

1/12/11

salam kenal dan dofollow sini
rugi tak 'kenal' blog ni awal2.. entri yg cukup pedas.. akak suka.. itulah senario zaman sekarang, kita keje penat2 nak beli apa2 kene pikir sejuta kali..apa taknya kene bayar macam2.. abeh dia orang sesedap rasa je tabur duit sana sini supaya semua pilih dia orang supaya dia orang boleh sambung 5 tahun lagi hisap duit kita yg malang nie... so apa kata,reformasikan minda, berani berubah.. berani tanggung laa...

Catat Ulasan