Saat saya meningkat remaja,
Baru kenal internet itu apa,
Walau pertama kali terkial-kial juga,
Lama-kelamaan, ketagih jua.
Dulu kafe siber mahal-mahal belaka,
Sekali sejam mencapai RM20 juga,
Memang cekik darah tak terkata apa,
Walhal internet lembab macam kura-kura,
Nak buat macam mana kalau nak guna juga!
Tak tahu tujuan internet untuk apa,
Sekadar melayan MiRC yang entah apa-apa,
Cari jantan lelaki yang rata-rata tak guna,
Berbual tanya ASL yang tak bawa faedah apa-apa,
Tapi tetap ketagih tak tahu kenapa ya?
Kerajaan pula jadi teruja,
Sampai ada kursus IT di setiap IPTA sana,
Sempena adanya gerbang koridor multimedia,
Maka berpusu-pusu budak-budak nak belajar sama,
Konon masa depan cerah boleh jadi kaya-raya.
Kempen kerajaan sudah terlaksana,
Semua orang mampu beli komputer,
Langgan internet untuk ilmu semata-mata,
Maka prestij sudah tiada makna,
Semua orang sudah mampu melanggan sama.
Tauke kafe siber tak boleh berlagak lama,
Dari RM20 sejam turun sampai RM1 sahaja,
Kalau dulu budak-budak sibuk MiRC semata,
Sekarang asyik nak main permainan saja,
Sampai belajar pun jadi lupa ya?
Walau apa yang nak dikata,
Internet bukan sekadar lubuk ilmu semata,
Malah boleh dibuat duit juga,
Bak kata kita semua, internet segala-galanya,
Tanpanya, apalah akan jadi pada kita?
Apa pula cerita tentang saya?
Dari mula kelahiran membawa pada cerita internet pula,
Fuh, berpeluh juga dibuatnya,
Buat kawan-kawan seperjuangan sama,
Pertandingan sebenarnya mengasah bakat yang ada,
Menang kalah yang penting semangat ukhwah boleh terjalin sama.
(Senyum tanda lega)
Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh Amyz dan ditaja oleh Hafiy Dot Com
20 comments
Hahaha... teringat zaman MiRC dulu. Entahn apa2 je. Mula2 berkenalan mesti tanya ASL...:)
Good luck fara. Mencabar sungguh cabaran ipad ni yer ☺☺
Best! Rhyme nya kena!
Zaman dulu dulu memang kena gi cyber cafe..hahahaha..
HEHE.. DULU2 MEMANG PERGI CC UNTUK CHATTING JE.. HAHAHA..
peeehhhhh
terbaiklah fara....
ayu yakin fra memang punya...
Ok la ni....
Fara...akak ada kt bangi dah seminggu.
keh keh keh,
teringat zaman chatting
ngabiskan duit je, tetiba bercinta pulak. hiks
Tak Pernah Jejakkan Kaki Ke CC....Si Dungu dahulu yg tidak lagi Dungu kini...
teringat zaman MiRC tu.. hikhikhik.. lagi lewat malam melayan lagi pelbagai kerenah yang ada..
tak pernah jejakkan kaki kat CC, dah kahwin tiba2 teringin nak tau suasana dalam CC tu macam mana, merengek kat en. suami.. itulah pertama dan terakhir masuk dalam CC ditemani en. suami (kalau orang lain dengan couple tapi ai dengan en. suami) kihkihkih..
cintaku dan dia berputik di mirc
hahahaha kantoi.
memori sungguh mirc tu.. sy rasa zaman kejatuhan mirc bila adanya YM...
agak2 ada lagi tak orang guna mirc.. lama tak singgah.. (",)
asl please. ehehe.. Zaman MiRC da lama berlalu. tapi tetap segar dalam ingatan..
Iya, sekarang dunia dah tanpa sempadan dengan jaringan internet.. Kalau kita tertinggal susah plak kan.. Kalau terlebih expert kdg2 memudaratkan diri dan orang lain plak..
sama2 lah kita mengambil iktibar di atas kemajuan teknolgi hari ini..
kak ita suka faranya kata2,best bila fara main dengan bahasa ne..harap berjaya....apa yg tulis tu betul belaka...
masa awal2 kenal komputer dulu, memang gila chatting jeee
Dengan internet boleh buat blog, kalau pandai blog boleh buat duit tau:) dengan syarat berblog dengan jujur dab ikhlas , bukan semata-mata nak up traffic atau nak kaya cepat.
masa zaman dulu memang suka sangat melepak kat cc , tapi now sekali pun x pernah jejak kaki lagi..
sampai sekarang masih ada 'ASL' tu kalau masuk YM...kan?
selamat berjaya fara...
entri yang baik...semoga awak terus berjaya ke peringkat seterusnya....
syabas atas entri ini...
semoga berjaya fara...
rata2 mesti pernah guna mirc kan ? hehehe .. asl sana asl sini..tah pape jer..tp ade juge yg bertemu jodoh yg baik via internet ni ... saya tak lah .. hehe ... xlarat nak pegi siber kafe tiap2 hari sbb kat umah abah xmau beli komputer .. skrg ni dlm satu rumah ada berlambak komputer ;)
gudluck mommy fara ... saya ada 2 lg cbrn ni xsiap lg