19/11/11

bangun pagi, makan roti, pergi pasar, masak nasi.....

Minggu lepas, saya agak terkilan kerana mengalami kesukaran untuk berjalan-baca-komen blog kawan-kawan. Kekangan masa yang suntuk. Bila di pejabat, saya terpaksa menghabiskan banyak kerja yang tertangguh. Dan di rumah, sangat sukar untuk saya menghabiskan masa untuk berblog. Kerja di rumah lebih banyak dari di pejabat! Ini adalah kenyataan. Dan minggu lepas juga adalah minggu yang sangat meletihkan. Tidur yang tak pernah cukup walau 5 jam!

Oh, ya..kali terakhir ke klinik semalam (Jumaat) kerana hidung Aydin, doktor telah menerangkan bahawa simptom yang dialami Aydin sangat berkait-rapat dengan H1N1. Bagai nak luruh jantung dibuatnya. Doktor arahkan kami supaya berhati-hati dan perhatikan tahap kesihatan Aydin dari semasa ke semasa. Setakat ini, Alhamdulillah! Semoga dijauhkan segala keburukan!

Bila Aydin dah sihat, saya mulalah terkinja-kinja merajinkan diri buat itu ini. Kebetulan, hari ini ada majlis pot-luck keluarga sebelah ayah saya di Gombak. Pagi-pagi saya dah menyinsing lengan masak sambal sotong kembang dan masak lemak cili api perut lembu dan rebung (bercakap sambil mengembangkan hidung dan berbaur riak dan berlagak). Dan tiba-tiba, saya mereka nak buat agar-agar koko. Eh, agar-agar santan lagi sedap. Nak bakar kek lemon macam Cik Ina, saya tak ada oven. Tapi kalau buat kek batik pun ok! Apa? Kek keju tanpa bakar? Pun ok...eh, mana satu nak buat?

19 comments

hai ...semua nak dibuat ...sempatke...:)

19/11/11

kek batik paling senang kan..
utk yg malas cam sya lah...hehehehe

best tul family ayah tu ek siap ada majlis pot luck semua...seronok tul!


alhamdulillah aydin sihat kembali...
mesti dia kena gomol cium dgn sedara mara nanti kan...

pagi tadi baru makan sambal sotong kembang dengan nasik lemak. sedap!

tapi mak yang masak lah.

happy wiken fara.

fara, semoga aydin sembuh cepat ye. kurangkan bawak aydin ke tempat awam. kanak-kanak linkungan umur 1-3 tahun tak bagus sangat terdedah pada persekitaran yg ramai org.maaf ye cik ina bebel lagi . Jaga makan minum dia ye.

19/11/11

PELAN2 KERJA TU.. KERJA KAT RUMAH MANA PERNAH HABIS.. HARI2 ADA JE YANG NAK DIBUATNYA..

Wahhh semua nak masak ya...yummy!

19/11/11

Wahhh hebat gak tuh kalu boleh buat semua sekali yg dirancang.

Sambil tunggung sambal sotong, bleh jer nak agar-agar santan.

Jaga-jaga jangan sampai tumbang. hehehe

buat yang terbaik....ikut naluri dan kata hati....insyaAllah, beres.

19/11/11

Jgn last2 satu apo pn tak buek..huhu

masak lemak cili api rebung and perut lembu? ooohhh sedapnya....

Tanpa Nama
20/11/11

kalau aku buat-buat tak tau sudah... bila tiba time makan, buat-buat tau. kadang-kadang senang jadi lelaki ni. hahahaa!

buat kek bangkit.hehe

jgn byk sgt memikir.. nnt satu benda pun tak jadi..ahaksss

Tanpa Nama
20/11/11

Seronok berkumpul ramai2. Siap ada pot-luck lagi.

Nak nyanyi jap....

Bangun Pagi , Gosok Gigi..
Cuci Muka , Terus Mandi..
Pakai Baju, Makan Roti..
Pergi Sekolah, Senang Hati..

eh silap lak...

Bangun Pagi , Gosok Gigi..
Cuci Muka , Terus Mandi..
Makan Roti, Pergi Pasar..
Masak Nasi, Senang Hati..

(",)

21/11/11

seronok kalau berkumpul ramai2..mai ai banyak naw nak buat sempat ke

21/11/11

alhamdulillah Aydin sembuh perlahan-lahan nanti ye.

hahaha, kalau mampu dan sempat, buat semua ya.

21/11/11

dah lama tak join potluck... kek keju senang dan sedap!

wah bezy betul ...bagus2...

harap aydin sembuh...amin...

Catat Ulasan