21/11/11

kenapa?

TV3 ada sinetron. TV1 ada sinetron. TV2 ada sinetron. Apatah lagi Astro. Ingatkan bila sudah ada saluran sendiri (BINTANG dan PELANGI), mungkin RIA dan PRIMA tak akan siarkan sinetron. Malang, tetap ada!

HOT FM siarkan lagu Indonesia. ERA FM siarkan lagu Indonesia. Siap masuk carta 30. Siap jadi siulan. Siap jadi pilihan DJ kenduri kahwin. Siap jadi hafalan budak-budak kecil. Baca ABC tak tahu. Tapi menghafal lagu jadi fasih.

Lagu tema Upin dan Ipin dinyanyikan orang Indonesia. Hebat! Di Malaysia, tak ada kumpulan muzik yang 'sudi' nak menyanyikan lagu tema mereka. Mungkin mereka rasa mereka belum cukup bagus untuk menjadi artis rasmi Upin dan Ipin.

Pagi tadi, Sinar FM menjemput diva Indonesia ke konti sempena bakal mengadakan konsert di Malaysia. Malaysia memang sentiasa menadah artis luar negara untuk mengadakan konsert di sini. Lagi-lagi artis seberang. Prosedur yang mudah, senang dan boleh letak harga tiket setinggi mana yang mereka mahu. Maklum, orang Malaysia rata-rata kaya-raya!

Tak ada isu berbaur kebencian bila mendiang pelajar Malaysia mati dibunuh di Kota Malang. Media di Malaysia tidak mengajak rakyatnya membenci. Apatah lagi menunjuk perasaan di hadapan kedutaan Indonesia. Malah, kita diajak bersabar dan tiada sebarang provokasi demi menjaga baik hubungan 2 hala.

Mungkin terdapat 1% kes pembantu rumah Indonesia didera majikan. Dan kerana 1% itu, telah menjadi antara sebab kenapa Malaysia dibenci. Semuanya kerana laporan berita berbaur 100% kebencian yang dihamburkan media sana. Tapi tak ada pula laporan 99% rakyat Indonesia yang pulang membawa rezeki murah hingga boleh bina rumah batu sebesar istana.

Orang Malaysia bila menemuramah artis Indonesia, tidak suka mengagungkan bahasa Melayu sendiri. Malah terikut dialek bahasa Indonesia pula. Apa yang nak dihairankan? Bukankah orang kita lebih suka menjadikan bahasa antarabangsa sama taraf dengan bahasa Melayu sendiri? Sendiri mahu ingatlah!

Ada segelintir lirik lagu lebih suka mencedok bahasa Indonesia. Mungkin gaya bahasanya yang agak puitis. Seperti; kapan atau beda. Kenapa? Mungkin Anuar Zain ada alasan tersendiri bila seronok menyanyi menggunakan perkataan bahasa Indonesia.

Apa lagi yang boleh saya senaraikan di sini? Saya lihat, tak ada perkara negatif pun yang berlaku di Malaysia terhadap Indonesia. Tapi kenapa Indonesia masih mahu membenci Malaysia sedangkan Soekarno sudah lama tiada. Kenapa mesti masih ada sentimen kebencian sedangkan alasan yang mereka beri langsung tak masuk akal dan tak munasabah. Malah, mereka tak perlu naik kereta kebal sambil diiringi FRU pun. Tak ada rasa risau atau dianaktiri. Senang cerita, tak ada isu!

Tapi, kenapa?

(Adakah entri ini berbaur provokasi sedangkan ianya tidak lain hanya penuh dengan rasa ingin tahu atau bak kata orang putih; curiosity)

20 comments

setuju dgn entry ini...

21/11/11

sy pun x paham.... tp every single things dat u says are absolutely right... sokong 100%... sy memang band indon habis habisan... lantak lah diaorang marah bile dipanggil Indon.. peduli apa... xpaham kenapa kita sgt bodoh mengagungkn mereka yg semangnye x pernah suka dgn Malaysia... mmg sy xpaham...

21/11/11

kapitalis mommy~~on demand kata diorang~~janji masyuk~~

Tanpa Nama
21/11/11

pagi tadi dgr hitz.fm and they make a deal with Dj kat Indo to play Malaysian songs 1 whole day if we win emas hari ni..!!!

21/11/11

gua dah lama menyampah ngn benda ni..gua dah terlintas lama dah..stesen kita barua tau tak. tak abis2 indon, hisdustan. raya posa hindustan, raya haji hindustan, raya hindu hindustan..

malaysia mana ada tema...sinetron indon ni dah mcm dajei tau. tv1 ada, tv2 ada, tv3 ada, astro lagi la siang malam tayang ulang tak abis2...

21/11/11

orang kita dah makin hilang identiti sendiri..agungkan sangat yg dari luar..tapi tak boleh nak salahkan mereka jugak..yg menayangkan tu pun satu hal.. yg producer filem malaysia pun tak habis2 meniru budaya lain masuk dalam filem diorg..saya mmg dah lama hilang minat nak tengok filem melayu..teruk sangat..bukan tak boleh buat cerita yg takde masalah sosial..cerita pasal keluarga.. pasal masyarakat..tapi nape tah nak kena buat jugak cerita rosak akhlak..

omputeh lagi banyak kes rosak akhlak..tapi takde lah tiap movie diorg tema rosak akhlak..

org indon benci malaysia..tapi rakyat malaysia ramai yg tak sedar diri kemaruk indon..

Mungkin kerana kita terlalu 'lembut hati'. :(

Saja nak tambah.

Ada terbaca artikel (lupa di mana) Bank dunia meramalkan Indonesia akan menjadi salah satu kuasa besar ekonomi di rantau ini...

Malaysia tiada tersenarai...

21/11/11

Malaysian memang macamtu.
Mulut kata tak suka tapi tipu.

Kita rela jaga hati mereka sedang mereka pijak-pijak kepala.

betul lah fara..bila tengok sukan sea..teruk sungguh layanan mereka kat malaysia...geram kak ita..harap team bola malaysia buat sebaik mungkin...

21/11/11

Maaf andai komen saya ni bunyinya kasar, tapi ini lah natijahnya : " Indon memang bangsa yang tak tahu dek untung"

- kita bagi peluang pekerjaan di sini, mereka rampok kita. Itu pun masih ada hati nak kata 'malaysia maling'

- kalau ada sorang dua warga Indon kena tindas kat sini, mereka habis berdemo di kedutaan Malaysia di Indon/cetus provokasi. Tapi cuba kira berapa ramai org Malaysia yg dah kena bunuh/rogol/samun dek pendatang Indon di bumi Malaysia?

Kata kata akhir saya " Indon, tetap Indon!'

curiosity killed the cat
penah dengar???
hehehehehe

dan iols bersetuju - terlalu banyak sinetron seberang yg memualkan kat tv

Ada beberapa kemungkinan:
1. Orang Malaysia pemaaf
2. Orang Malaysia tiada masa untuk ambil pot buat bergaduh perkara begitu
2. Orang Malaysia tidak sensitif
Tapi kalau mereka sudah lebih, orang Malaysia pasti tahu bagaimana untuk bertindak dengan lunas tertentu..

21/11/11

ITU MAKSUDNYA RAKYAT MALAYSIA LEBIH BERTAMADUN DARI RAKYAT INDONESIA... KITA SENYAP BUKAN BERERTI KITA KALAH... KITA BIARLAH ANJING MENYALAK, LAMA2 DIAMLAH TU..

Tanpa Nama
21/11/11

media, media, media...! ni semua mainan media la! media sana sibuk berlumba-lumba menakung racun dalam kepala rakyat sendiri agar membenci saudara di sebelah sini. media sebelah sini pulak seronok menelanjangkan isi rumah rakyat sendiri dengan cerita-cerita panas berbau erotis.

Indon rakyatnya lebih bersifat pendendam dan kita barangkali lebih pemaaf dan kurang bersangka buruk...sekadar andaian

Bila sibuk nak kaya harta dunia semua boleh dilakukan di M'sia. Ada "rakyat M'sia" yg hanya kerana duit yg sedikit sanggup 'tutup mata' seolah-olah tak nampak kesalahan warga indon yg sebenarnya adalah 'PATI'.

Rakyat 'kita' pulak suka/bangga bila guna bahasa mereka macamlah bahasa kita ni dah tak boleh difahami:(

Betul2x. Bosan ngan suma stesen tv. Pagi, petang, malam...ada jer citer indon.

Rakyat m'sia kan mudah lupa. Indon buat mcm² pon, masih sokong gak artis & citer² mereka. Bila rakyat indon tunjuk perasaan & kutuk² m'sia, tau plak marah...haihhhhh....tak faham.

21/11/11

saya pun dah bosan tengok sinetron entah hape2 tu.....
risau lah dengan bola malam ni... takut org2 indon tu kalau berang... macam2 dibalingnya...
ngam sangatlah tu... habis jer perlawanan terus fly balik...

serius orang kita tak pernah sedar diri, dari peringkat atas sampai ke bawah, indon, indon semua indon. mereka dah bersepah sepah kat negara kita. maaf cik ina memang tak suka lagu atau filem indon, suami cik ina marah kalau cik ina tengok sinetron.kah kah kah . tak tahan deejay kita siap pegi indon borong cd dorang. pelik

Catat Ulasan