29/11/11

emosi biru

Sakit hati bila kita cuba mencari ruang hendak memotong kenderaan, si pemandu pula memandu dengan keadaan yang sangat-sangat santai. Bila kita dah ada peluang hendak memotong, masa itulah dia terhegeh-hegeh hendak memecut kereta semata-mata tak nak saya melepasi keretanya. Bila saya berdegil hendak memotong dan terus masuk ke laluannya, dia membunyikan hon bertubi-tubi memberi provokasi. Sakit hati saya dibuatnya dengan pemandu macam ini. Apa salahnya bertimbang-rasa. Saya bukan lapar sangat hendak mendahului keretanya tapi saya mahu ke susur jalan keluar dari lebuhraya! Dan pemandu lelaki, jangan ingat semua pemandu wanita itu dungu. Tak semua ok!

Sakit hati juga bila saya yang sedang laju memandu, tiba-tiba ada kereta dengan selamba keluar dari simpang. Tak nak pandang dan tunggu! Sangat dungu! Majoriti mereka pasti perempuan! Saya bukan hendak kata saya antara pemandu perempuan yang bagus ketika di atas jalanraya (atau mungkin juga?) tapi sekurang-kurangnya beringatlah pada nyawa sendiri. Bukan main redah sampai saya pula yang terpaksa mengelak dia! Aduh! Tolonglah kurangkan caci-maki dan pandang rendah si lelaki terhadap pemandu perempuan. Bukan salah sesiapa tapi salah si perempuan juga! Betul tak?

Eh, faham tak apa yang saya cuba sampaikan? (Emosi betul saya!)

18 comments

sabar lah fara...kak ita kalu bawa keta anggap semua pemandu lain bodoh dan tak reti bawa keta..so kita akan berhati-hati dengan setiap kemungkinan....jng marah lah ya....

29/11/11

Turut sakit hati bila kena situasi mcm ni.

29/11/11

Faham..:) biasalah perempuan bila sedang beremosi..

29/11/11

hon keras-keras dan bila melepasi mereka, tenung tajam-tajam.

Macam-macam kerenah pemandu yg boleh dilihat termasuk pemandu lain melihat kita, apa lagi bila jalan sesak...

Walaupun kakcik tidak memandu, selalu juga kakcik menahan nafas bila berada di jalanraya. Berbagai ragam pemandu - ada yang melulu, ada yang santai terlalu dan tak kurang juga yang seolah nak memberitahu 'pandulah seperti aku'... Boleh sakit jantung dibuatnya!

haha! kes mcm ni bukan je masalah gender akan timbul, kadang-kadang saya juga akan jadi racist ttg hak2 di jalanraya ni....

29/11/11

Tak kiralah pemandu perempuan atau pemandu lelaki..bertimbangrasa itu kan selayaknya dari semua jantina...

hehe..sy mmg x suka drive..tp sy mmg suka kutuk pemandu lain..haha..

kalau pemandu lelaki suka pandu laju-laju x pikirkan keselamatan irg lain dan diri sendiri..


kalau pemandu wanita mmg ikut sedap dia nk memandu mcm mana..biasanya kalau ada kereta buat hal spt lembab spt kura-kura tp ambik lane utk laju mmg sy jengah-jengah dan kata alahai perempuan patutlah..


tanpa sedar yg sy pon x cekap memandu haha (tu psl malas drive takut kena kutuk)

29/11/11

hahaha...selalu ckp macam tu jugak.."ni mesti driver perempuan ni".. itu saya cakap.. ntah2 orang lain pon ckp benda yg sama kat saya.. hehe..

ada gak hadapi situasi macam ni...
pemandu yg memandu ikut suka-suki dia aje..
macam lah jalan tu dia yg punya...

29/11/11

haha memang emosi

Tanpa Nama
29/11/11

ok, aku respek sebab kau mengakui kelemahan (atau juga kebebalan) pemandu wanita dalam sesetengah kes, sama macam pemandu lelaki. tapi adakah aku tak lagi memandang kau sebagai seorang yang berfikiran seksis? tidak, kau masih seksis... naaahahahaaa!

Memang sakit hati sbb saya pon pernah kena.

29/11/11

Ahad lepas ai terkena.. dah bagi lampu tinggi 2 3 kali pun masih buat derk lagi.. sampai kereta belakang ai bagi signal nak potong masih takde respon nak bagi laluan.. tapi entah kenapa tak terhon pulak masa tu..

geram je rasa bila baca entry ni.. macam nak carik gaduh pulak orang macam tu..

itu salah satu sebab cik ina tak nak memandu. Lebih rela naik teksi. cik ina ni orang yg kurang sabar. cian fara kena banyak besabau.

kalau saya pegang stereng kereta, saya cuba untuk tidak menyusahkan pemandu lain kerana saya tidak mahu mereka maki dan mencarut kepada saya walaupun saya tidak mendengar walau sedikit pun bentuk carutan dan makian mereka...

kerana saya juga akan mencarut dan memaki pemandu lain yg melakukan kesalahan di jalan raya...

7/12/11

suka bawa kereta kat highway. Kalu nak bawa laju, duduk lorong kanan. Kalu nak santai, himpit kiri.Kadang2 suka dok tengah.

Catat Ulasan