16/11/11

khas untuk ibu, ayah, bonda, abah, mama, papa, mommy dan daddy!

Alhamdulillah, Aydin sudah pulih dari 'stomach flu'. 5 hari yang penuh dugaan. 5 hari yang perasaan saya bercampur-baur yang bukan-bukan. Selama 5 hari itu juga, saya cuba untuk bersedia menghadapi segala kemungkinan.

'Stomach flu' atau gastroenteritis, sesetengah kes mungkin melibatkan virus rota. Tapi masalahnya, Aydin tak cirit-birit dan demam. Bila tak ada simptom jelas demam virus rota, saya mula fikir yang bukan-bukan. Saya sangat takut andai dia mengalami 'telescopic intestine' atau usus terbelit. Syukur kerana Aydin masih membuang air besar setiap hari dan masih berupaya membuang angin (kentut). Malah, saya belek najisnya betul-betul sebab kalau najisnya berdarah, memang parah!

Sakit perut bukan sakit yang boleh dipandang enteng. Kami sanggup minta pendapat 3 doktor pada hari yang berlainan hanya semata-mata untuk mendapatkan kepastian! Bukan setakat berjumpa doktor (pediatrik) malah saya belajar dari internet apa itu sakit perut terutama yang lazim terjadi pada kanak-kanak. Hati siapa yang tak keruan dan tenang bila setiap kali Aydin mengalami kejang perut, dia;
  • menonggeng kesakitan
  • mencangkung sambil menangis
  • berguling-guling bila sakitnya pada tahap maksima
  • menolak saya atau suami bila mahu memeluknya
  • menjerit-jerit
  • menggigit jari hingga luka kerana sakit yang tidak tertahan
'Stomach flu' tidak ada ubat khusus dan hanya akan sembuh sendiri. Bila tak ada ubat, kami jadi tertekan. Terpaksa redha dan bersabar setiapkali Aydin diserang kejang perut. Ada ketika kerana tidak tahan melihat dia terseksa menahan kejang, saya menangis (bukan menangis depan Aydin, takut semangatnya luntur). Minta ubat tahan sakit pun, doktor tak mahu bagi sebab Aydin masih di bawah 2 tahun. Takut nanti ada kesan lain pula. Nak tak nak, kami terpaksa menerima. Atas nasihat doktor juga, dia hanya berikan paracetamol untuk meredakan. Alhamdulillah, walau masih sakit tapi tidak sekerap sebelumnya.

PUNCA 
  • Aydin punya satu tabiat suka memasukkan benda dalam mulut. Kita tak tahu, barang itu mungkin sudah tercemar dengan kekotoran.
  • Mungkin juga berpunca dari sikap lalai dan malas saya yang tidak menjadikan amalan membasuh tangan Aydin sebagai rutin setiap masa.
  • Boleh jadi berpunca dari keracunan makanan. Makanan yang sudah lama terdedah, makanan yang tidak dimasak dengan betul, makanan yang sudah disimpan lebih dari satu hari dan makanan yang sudah tercemar.
  • Mungkin juga berjangkit dari anak-anak di nurseri/tempat jagaan.
Walaupun tak ada ubat khusus, doktor sudah beri amaran supaya berjaga-jaga. Sentiasa pastikan Aydin diberi cukup cecair (air, susu atau air garam) untuk menghindar dari dehidrasi. Jika terjadi maka wajib dihantar ke hospital untuk dimasukkan air. Siapa yang sanggup? Selama dia sakit, saya tak berikan dia makanan pepejal. Saya berikan dia oat atau bubur yang dikisar halus berlaukkan buah-buahan. Nak tak nak, saya terpaksa memaksa dia untuk minum air. Saya berikan dia susu kultur dan yogurt kerana ia sedikit sebanyak meredakan. Jenuh tapi demi kesihatan anak, saya terpaksa buat apa jua cara sekalipun. Psikologi juga penting kerana jika Aydin stress, sakitnya boleh berulang.

Kepada kawan-kawan yang mempunyai anak kecil, berjaga-jagalah dengan kebersihan. Kebanyakan penyakit anak semuanya berpunca dari kebersihan. Bekalkan anak dengan pembersih sanitasi (hand sanitizer) setiap kali hantar dia ke nurseri atau penjaga. Nak tak nak, terpaksa tebalkan muka desak penjaga untuk membasuh tangan anak sekerap yang mungkin. Kalau tak nak basuh dengan air sekalipun, basuh dengan pembersih sanitasi. Wajib rendam atau rebus botol susu anak dengan air mendidih (bagi yang tak ada steriliser). Makanan mesti yang baru dimasak, segar dan dimasak dengan betul.

Saya minta kerjasama baik kawan-kawan, jika ada pengalaman anak sakit atau kemalangan, berkongsilah dengan semua orang melalui blog kerana ianya amat penting untuk dijadikan rujukan. Selama Aydin menderita kerana 'stomach flu', saya hanya terjumpa satu saja pengalaman blogger tempatan berkaitan sakit yang sama. Selebihnya, saya peroleh dari sumber luar negara.

Bak kata pepatah Inggeris, sharing is caring!

29 comments

baguslah klu semua dah kembali ok

Tanpa Nama
16/11/11

tahap imun dia macamana, terganggu ke? sebab jarang dengar penyakit ni.

oh....ho!TQ for sharing this...good info beb..izwa pun tak tahu psl ni b4 baca entry ni...

TQ again!

@SM

Terganggu. Antibodi dia menurun. Semalam bawa ke pagi, suhu badan dia panas yang amat. Dan mcm ada tanda-tanda nak selesema atau batuk.

=(

@:: Mrs.Eady ::

Sama-sama. Setiap sakit, elok kita kongsi dlm blog. Manusia nie mcm bila dah terhantuk baru nak tergadah (termasuk saya). Bila dah kena, baru sibuk nak cri kat tenet. Hehehehehe. Tapi kes sy, bila cri kat internet...tak ramai yg ada pengalaman mcm nie (maybe la kot) atau tak ramai yg nak kongsi.

16/11/11

nak anak juga.

Tanpa Nama
16/11/11

@Fara

ada petua orang nak elakkan budak daripada masuk barang dalam mulut? kalau masuk tangan tu ada la...

sian aydin..moga cpt sembuh..


fara, kalau ada apa-apa sy misti share..so far sy cuma pernah share psl chicken pox dan tgn zikri melecur sj..


moga kuat ya fara..mmglah kalau anak sakit hati risau bukan kepalang..

16/11/11

alhamdulillah aydin dah semakin pulih..

pernah dengar tentang stomach flu tapi tak pernah ambik tau lagi.. thanks sharing pasal ni..

kalau anak2 nak demam saya bagi diorg vitamin c kanak2 utk naikkan antibodi. lagi bagus kalau ada vitamin c yg bentuk air..so that dia minum air dapat vitamin c.. takde la dia tak selesa kita suruh kunyah tablet tu tiap 2-3 jam sekali..

16/11/11

OK FARA..betul tu. kalau ada masalah anak-anak sakit memang patut kita share sesama moga dapat dijadikan rujukan untuk kawan-kawan yang lain kan..iallah. Alhamdulillah kalau anak dah sihat..

@SM

...klulah aku tau. Huhuhuhu! Masuk tangan tu mcm ne nak bt?

Fara, saya pon bebaru ni tahu pasal 'stomach flu' dari sorang blogger. Ni entry nya:
http://b1tt.blogspot.com/2011/10/stomach-flu.html . Iman dulu kena rotavirus. Memang lembik habis. Lama gak berkampung kat spital.

Kesiannya aydin. Tak dpt saya bayangkan budak bawah 2 tahun menanggung sakit perut mcm tu skali. Risau gak ni sebab anak dara saya tu kuat mengutip. Semoga aydin cepat sembuh.

Jom baca:

Wordless Wednesday #8: Hobi Saya....

DOA SUPAYA SUAMI SETIA HINGGA KE AKHIR HAYATNYA

saya sampai hari ni suka memasukkan benda dalam mulut....

hehe

16/11/11

alhamdulillah...idak gua nak kacau lu teruk2 pun susah x sampai hati...gua akan kembali jahatkan blog lu kah kah

16/11/11

SEMOGA AYDIN BAIK2 SAHAJA.. SIAPA YANG TIDAK SEDIH KALAU ANAK KITA YANG MASIH KECIL BERASA KESAKITAN...

Tanpa Nama
16/11/11

@Fara
antara yang aku dengar boleh sapu dengan bawang putih. tapi keberkesanan tu bergantung pada budak tu sendiri la.

16/11/11

first time dengar stomach flu.
alhamdulillah..aydin dah okey
terima kasih kerana kongsi cerita

kadang2 kesian tgk budak2 kecil yang sedari kecil telah menempuh pelbagai ujian dan kesakitan..

kadang2 kita tak boleh nak expect pengasuh dapat jaga anak kita sepertimana yg kita jaga..

alhamdulillah, aydin bertambah baik..

(",)

16/11/11

terima kasih sebab ingatkan~~

*lama tak update? sibuk kah?

semoga aydin cepat sembuh...aminnn...
tq fara info yg bagus sesanggat..kak ita tak pernah tahu pun sakit ne..si arisya pun suka kutip mkn..tapi dah kurang lah..sebab selalu marah nak pukul tangan bila dia kutip apa2 masuk mulut....

kak ita tak ada pengalaman tentang sakit ne...sori fara..

@bujal X

Lama tak update sbb cuti jaga Aydin yg sakit.

=(

16/11/11

alhamdulillah
kena lebih beware r pasni

16/11/11

Oh ada ya sakit ni. Thank you for sharing. Sakit yang rare. Like my doter dulu kena Kawasaki disease. Rare case jugak. Sharing jugak the info in my blog.

16/11/11

ank sya penah gak cirit dulu2 tapi tak sakit perut smapai meronta/menangis...

msuk spital kena masak air byk lah...

tpi alhamduliilah tak lama...

skang mcm2 virus ada dan bagus dr kecik dah kasi dia injektion rota virus tu...tpi kwn sya ada sorang amik dan ank dia stil kena jangkitan gak...kausa Allah kan..

dan syukur sgt aydin makin pulih...
benda ni susah nk jangka kan fara, kite pantau pun tpi virus ada di mana2 je... huhu

Tanpa Nama
16/11/11

ok...tetibe aku ase cm nk nangis bc psl aydin...t'byg2 if qisya kne cmtu..huhuhuhuh...alhmdulillah aydin da ok..

16/11/11

Alhamdulillah aydin semakin pulih...

Tanpa Nama
16/11/11

Alhamdulillah Aydin dah sihat.

Fara ,

Ingatkan kenapa dah lama tak bersiaran.Alhamdulillah aydin dah sihat. Fara jaga permakanan aydin , jangan bagi makan sebarangan terutama makanan kat luar. Paling elok sekali fara masak tuk dia bubur nasi + sayur, kalau perut dia tak selesa , fara blend bubur nasi tu. Masa anak cik ina kecik , cik ina bagi bubur nasi hingga umur 3 tahun, senang nak hadam, InsyaAllah Fara, anak kita susah nak sakit.semoga Allah SWT permudahkan semua ye Fara.

17/11/11

Itulah gunanya bila ada blog. Boleh kongsi pengalaman2 kita kpd pembaca di luar sana.

Sya yg xde anak ni pun boleh belajar sesuatu yg sya tak tahu di sini.

Semoga semuanya beransur pulih fara

Catat Ulasan