22/11/11

pagi yang kendur (tak cukup tidur)

Dulu lebur dan kendur namun semangat kembali membara bila pemain semua boleh diharap belaka walau bila kalah kena kutuk macam orang gila tapi masa menang jadi riak pula dan terimalah hakikat yang penyokong Malaysia memang macam ini perangainya!

Ada yang berlagak suci. Boleh tahan telinga bila dipanah provokasi.
Ada yang cakap saja gah. Tapi cuba kena batang hidung sendiri? Meleleh darah atau tak?
Tapi sokong tetap sokong. Walau belum habis perlawanan, ada yang dah angkat punggung.
Baik di sini atau di sana atau di mana-mana.
Kalau dah nama manusia, semua pun sama saja.

Tahniah skuad Harimau Muda kerana berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Asia Tenggara.

18 comments

tahniah harimau muda!

yang penting Malysia menang!! tahniah kepada skuad bola sepak kita

Kakcik tak boleh lena sangat malam tadi sebab siBongsu sangat teruja dengan perlawanan bola sepak. Ke atas ke bawah dia berlari sambil buat ulasan selari. :)

22/11/11

rasanya...
seluruh rakyat malaysia tgh bergumbira masa ni..

syabas buat player2 semua!

22/11/11

kan..
cuba bayangkan kalau Malaysia kalah malam??
memang berbakul2 r kutukan....
sabo jela
mentaliti yang perlu diubah

22/11/11

bile kita di atas sure orang suke
bile jtuh terhempuk lagi ditolak2nye kannn

saya suka baddrol bakhtiar...gameplan dia mmg best la...tendangan terakhirnya ohhh...awesome....

22/11/11

Tahniah harimau muda kerana berjaya makan Garuda.

Tanpa Nama
22/11/11

aku kalau kutuk, bukan kira sebab diorang kalah. tapi kalau main macam bapak bengap, memang makan kutuk je la walau pun menang. tak payah hipokrit.

22/11/11

apa pun..hebat pemain malaysia bermain..rasanya cabaran dari segi mental lebih dari fizikal... mungkin sebab tu banyak yg tersasar..hehehe..

entah..tapi melampau rasanya bila ada yg beria ria mengutuk di FB.. cuba kalau yg mengutuk tu disuruh bermain..mati kutu kat tengah padang..hampeh!

22/11/11

saya harap kita terus sokong pasukan bola kita, waima apa jua yg terjadi. Tak kan lah kita nak sokong team bola Zimbabwe pulak kan...~haha

Saya kaki bangku! Bagi tiket percuma pun saya x nak...anyway tahniah skuad Harimau Muda!

22/11/11

teruskan sokongan walauper yang terjadi... adat manusia menang disanjung kalah dikeji... nak buat camner...

22/11/11

MALAYSIA.. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.. HIDUP HARIMAU MALAYA...

Betul tu fara, kekadang klo menang pon di kutuk gak, apatah lagi klo kalah. Tapi yg penting smalam msia menang ☺☺

22/11/11

Menang Puji...
Sokong Keji..
Ini realiti..
Baik Bolasepak dalam Negeri..
Tak Ketinggalan Juga Luar Negeri..

suka lah fara kata2 warna merah tu..best2...i like..

kak ita tak lah minat mana bola ne..tapi bila dah menhina negara..bersemangat tu lain macam sikit..mcm berdendam gak lah....tapi kat rumah aje lah...

23/11/11

semangat yang ada sekarang ni perlu diteruskan walau satu ketika nanti pasukan kita pulak akan kalah (walau telah berusaha sedaya upaya).. janganlah dimaki dicerca..

Catat Ulasan