Terasa seperti Buletin Utama. Bila ada isu buang anak maka 2,3 hari mendatang pasti bercerita tentang isu yang sama. Kemudian sepi. Begitu juga saya. Bila cerita tentang sakit, hari ini ada lagi kisah tentang sakit. Sekadar untuk berkongsi dengan kawan-kawan. Juga sebagai peringatan untuk diri sendiri. Hari ini kita sihat tapi hari mendatang kita tak tahu apa akan jadi.
Jangan ambil mudah jika kita hilang selera makan hingga berat badan turun dengan mendadak. Percayalah, ianya bukan satu berita gembira tetapi mungkin duka. Perihal seorang kawan saya yang sejak mengandung anak kedua, selera makannya hilang serta-merta. Selepas bersalin, berat badannya turun mendadak. Dan sampai masa, dia dikejarkan ke hospital kerana sesak nafas. Doktor menjangkakan hepatitis tetapi belum ada kepastian muktamad. Sampai masa keputusan darah keluar, rupanya dia menghidap batu karang dalam hempedu. Tak ada jalan lain selain terpaksa dibuang pundi hempedu. Kalau tidak dibuang, boleh melarat menjadi kanser.
Sila jangan amalkan diet berkalori rendah kerana ia meningkatkan risiko batu hempedu. Percayalah, jika kita menahan diri dari makan apa yang sepatutnya kita makan, metabolisme kita akan menurun. Hempedu yang fungsinya menyaring lemak dan kolesterol akan menjadi pasif. Bila sudah pasif, kolesterol tidak dapat dineutralkan dan akan terperangkap di dalam pundi hempedu. Pada saat itulah, batu akan terbentuk. Dan akhirnya, wallah! Batu karang hempedu yang menyakitkan!
Bagi saya, tak ada guna bila berdiet dengan menolak makanan kegemaran. Rugi! Kalau nak kurus pun, bukan dengan menolak makanan tetapi menjadi aktif. Tak semestinya mesti kuat bersenam. Orang kata, nak seribu daya. Asalkan jangan mengundang seribu malapetaka, sudah.
Saya bukanlah nak berlagak doktor. Tapi saya membaca. Bila kawan saya sudah kena, saya terfikir nak berkongsi dengan kawan-kawan blogger. Semoga sihatlah kita semua hendaknya!
17 comments
diet hari ini, esok melantak bagai nak rak...
ada yang diet, konon tapi badan tetap besar pintu..hoh cemana tu...
makanlah dengan seimbang yer...
TQ for peringatan ini...alhamdulillah so far saya berdiet dgn mkn...mkn semua tapi kuantiti sikit..
tqvm...harus disampaikan kepada rakan saya nampaknya... dia sedang sibuk berdiet :-)
tq for the info..
doktor cakap jangan kurang 1000 kalori sehari~makan seadanya.sekali sekala makan sedap pastu ganti dengan bersenam apedehal ye tak mommy?
Suami kakcik telah menjalani pembedahan membuang hempedu 10 tahun yang lalu. Selagi tidak dibuang, ianya mendatangkan kesakitan yang amat sangat.
Kalau mahu berdiet silakan..tapi dgn cara yg betul...apa guna Tenet terkini...sila gugle dan rujuk bagaimana berdiet yg Ideal...selalu yg saya lihat...pagi tak makan..ambil tgh hari jer...mlm tak makan...Diet pe ke benda cam ni...
saya sangat-sangat bersetuju dengan Fara..ramai yg saya lihat sekarang sibuk dengan diet yang mengurangkan kalori..dari apa yg saya pelajari..setiap org mesti makan ikut keperluan kalori..tapi sumber makanan tu yg kena pilih betul2 dan dijaga..selain dari aktif macam yang fara kata..
Iya..iya...diet seimbang ya kawan2 semua.
MASIH RAMAI YANG TAK TAHU ERTI DIET SEBENARNYA. DIET BUKAN BERERTI TIDAK MAKAN. DIET KENA JUGA MAKAN, IAITU MAKANAN SEIMBANG. SETIAP MAKANAN MEMPUNYAI KALORINYA, KALORI ADALAH BERGUNA UNTUK KITA MELAKSANAKAN KERJA2 SEHARIAN KERANA KALORI ITU MENDATANGKAN TENAGA. BAGI YANG MENGAMBIL KALORI YANG BERLEBIHAN, PERLULAH MEMBAKARNYA DENGAN MELAKSANAKAN AKTIVITI2 YANG SIHAT. BERJALANPUN MAMPU MEMBAKAR KALORI. SO, BANYAKKANLAH BERJALAN..
almk takutnya..sampai kena buang ke kak?
owhh yeke
tp alhmdllh even kaloi nak diet pun
tak pernah laa tak makan and tak pernah plak than selera drpd mkn makanan kgemaran
minta kita sentiasa diberi ksihatan yg baik kannn
selagi boleh mkn..mkn ckp2 org yg belum kena penyakit ...tp kena balance dgn senaman...ok.
Info menarik. Klo nak diet boleh, tapi biarlah diet secara sihat.
jom baca:
Wordless Picture yang membuatkan Air Mataku Bergenang
Cash-Out Pertama NUFFNANG...Akhirnyaaaaa...
Wordless Wednesday #8: Hobi Saya....
DOA SUPAYA SUAMI SETIA HINGGA KE AKHIR HAYATNYA
betul tu fara.kalau nak diet pun jangan sampai abaikan kesihatan.Kalau nak lebih yakin rujuk pada pakar diet.
mak dan nenek kena sakit ne kena bedah buang batu tu...tapi sekarang dah ok...tak tahu puncanya...mak dan nenek kena...org kampung kuat keja...
Fara,
Terima kasih berkongsi info yang sangat berguna ni.