28/12/11

aku dah hilang dara? aib oh!

Ada sesetengah manusia, suka mengaibkan keburukan orang. Membongkar keaiban orang itu kata mereka adalah sebagai pengajaran. Maklum, golongan manusia sebegini sememangnya 'sangat pandai' dalam memegang watak sebagai Tuhan - menghukum dosa orang!

Persoalannya, memberi pengajarankah? Saya rasa tidak. Menyerang psikologi secara kasar sebegini sebenarnya buat orang semakin degil dan memberontak. Sebagai contoh (contoh saja, jangan ada yang nak memandai pula), mereka mengaibkan Anwar Ibrahim kerana dia gay tua yang merogol anak muda. Hari-hari muka keluar Buletin Utama. Tapi agak-agak, boleh kembali ke pangkal jalankah dia? Cuba fikir?

Ataupun katakan saya buka satu blog hiburan. Tiba-tiba saya dapat gambar separuh bogel artis sedang bercanda di tepi pantai. Saya pun dengan besar hati, pampang gambar-gambar separuh lucah untuk tatapan umum masyarakat. Masyarakat pun memainkan peranan dengan 'mengutuk baik' punya artis yang separuh telanjang itu. Agak-agak, artis itu boleh menemui cahaya keimanan tak? Saya lihat, tak ada apa-apa pengajaran pun. Selain artis-artis hanya menegak benang basah dalam Twitter masing-masing.

Sekali lagi persoalan saya, pengajarankah keaiban itu atau sekadar untuk memenuhi nafsu manusia untuk mengejek dan mengeji manusia? Seorang mengeji, datang 10 orang turut mengeji. Sudahnya, mereka mengeji secara berjemaah. Bezanya, tak ada tempat khusus untuk mereka berhimpun. Melainkan blog.

Oh, ya! Sebelum saya terlupa, mengaibkan diri sendiri sebenarnya tidak cool juga. Kalau kamu kegersangan isteri jauh dari mata, tak perlu sebut; air sudah naik kepala. Tak cool ok! Dan kalau kamu dah korbankan dara kamu sebelum nikah, tak perlu nak cerita; Aku dah hilang dara, so what?

Simpan aib sendiri. Malu!

31 comments

kalu jenis suka mengaibkan diri sendiri, lepas tu tak babitkan orang lain takpe..

ini diri sendiri dah buat salah, buat dosa, tapi duk canang citer dosa sendiri, dan bgtau diri sendiri, dah insaf..dan untuk menguatkan lagi kata kata dia dah insaf, dia petik pulak orang lain yang pernah bersalah/berdosa, padahal, orang lain takde kena mengena..mungkin telah insaf dan kembali ke pangkal jalan, cuma dia tidak heboh heboh kan? macam mana?


dan contoh lain, orang yang pernah berdosa, baru je menunaikan haji (Alhamdulillah), dia puji puji, dalam masa yang sama dia sebut

"dulu sebelum dia pegi haji, dia tu bla bla bla bla"

ko tak sakit hati ngan orang cenggini?

ko paham tak?

mengaibkan keburukan orang...?

itu tugas führer...

mmm kalau diri sendiri yang tak nak jaga aib sendiri jangan expect orang lain akan jaga aib kita...

first off all, jaga aib diri sendiri jangan sampai orang mengaibkan diri kita...

mcm artis yang heboh baru2 ni kata dia tak buat itu dan ini atau berperangani tak senonoh tapi terang2 gambar tunjuk dia tengah dipeluk jantan.. nak jadi penghibur professional bukan dengan cara mcm tu.. so0 cheap...opsss..

28/12/11

ayomakkk!...status itu tak terlintas di kepalaku...haha

kekadang bila kita sangat peka akan sesuatu itu maka ia boleh buat mereka lebih suka....something like yahudi...provoke Islam bagai.. then kita pakat share...

diam itu lebih baik dr berkata-kata...

28/12/11

Fitrah manusia...

Aib sendiri atau aib orang lain adalah lebih baik disimpan sendiri. Hari ini kita aibkan orang suatu hari tak mustahil benda yang sama akan berlaku pada kita.

28/12/11

Dan jangan pula bila buka aib sendiri kita berkata...

Ini blog saya, jadi saya punya suka lah!

28/12/11

SALAM,
YA, AIB SENDIRI JANGAN CERITA, AIB ORANG JANGAN SEBUT .... LARANGAN AGAMA INI JELAS

28/12/11

kelakar kan bila orang yang kononnya "beriman" atau "bijak pandai" menegur dengan cara mengutuk menghina atau memalukan dengan alasan.."kalau tak buat cara extreme diorang ni takkan dengar apa kita cakap"

hakikatnya..kaedah macam tu cuma akan buat orang jadi lebih defensive..dan sedikit pun diorang takkan rasa diorang salah..

kalau tak takkan al capone still rasa dia betul..

Kakcik tengah pening dengan seorang pengomen ni - memang dia masuk jarang2 sekali - tapi setiap kali masuk tujuannya untuk menyakitkan hati. Kenapa dia dengki sangat dengan suami kakcik yang hanya punya seorang isteri? :(

Tanpa Nama
28/12/11

perenggan pertama aku tujukan kepada akhbar tabloid utama negara kita.

suka cerita dalam spender orang tanpa sedar cerita murahan tu langsung tak membantu untuk menyedarkan si pelaku dan masyarakat.

pendirian dan cara penulisan mereka dalam menerbitkan kisah lucah tu, tak `sejuk' ok!

28/12/11

sekrang ni ramai orang suka citer2 mengaibkan ni kan...1st time singgah sini..dah follow u...nice blog

Jom Singgah Baca : Wordless Wednesday #6 | Kalau Berani Samanlah!

@kakcik

Ish, sy tak pasan pun Kakcik. KDg2 sy pelik, ade gak org yg suka nak aim sesatu blogger tu. Tatau ape tujuan tp mgkn...dengki?

Garu kepala.

@SM

Hoh. Akhirnya, maksud aku sampai.

Jadi sejuk.

28/12/11

ada yang seronok tengok orang lain diaibkan~camna? he~~

Fara...

komen2 'dia' tu kakcik masukkan dalam kotak spam sebaik kakcik menyedari kehadirannya. Dulu2 kakcik delete terus. Tapi sekarang kakcik peram di kotak spam sebab sesekali terlintas kakcik nak publishkan masalah mental dia tu!

28/12/11

Amarah...dendam.....menjurus kepada terbukanya minda menceritakan keaiban org lain...alasan klise..ingin melepaskan kemarahan...ingin memecahkan batu yg dah lama terbenam di lubuk hati...secara sedar atau tidak..SEMUA org pernah melakukannya...cuma..ada yg kemudiannya sedar dan berhenti melakukannya dan ada pula yg tidak lagi muncul kesedaran dan masih berterusan melakukannya...

jangan ceritakan aib orang...tak baik!!

@kakcik

Perempuan ke tu Kakcik?

Macam ada sesuatu...ish, sy tak nak pk buruk. Semoga Kakcik dan kita semua dilindungi Allah dari kejahatan!

Manusia, rambut mmg sama hitam...

=(

ustaz kata:
apa sahaja hebahan yang mana si pembuat keburukan itu tidak senang hati dengan hebahan tersebut, boleh dikira sebagai membuka aib seseorang.. WA...

sudah lama x baca cerita psl 'gay tua' itu..dah bosan..tunggu keputusan mahkamah shj


psl artis..x tahulah bila cerita aib tersebar mereka tahu malu atau tidak..ataupon harini malu besok buat lagi mm

28/12/11

MORALNYA.. JANGANLAH DUK MENGAIBKAN ORANG DAN MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN. MASING-MASING RENUNG DIRI SENDIRI DAN MUSAHABAH SAMA ADA DIRI KITA INI "PERFECT" ATAU SAMA SAJA DENGAN MEREKA-MEREKA DI LUAR SANA..

emm..

puaskan hatinya sendiri
kot org mcm gini :)

Bosan bila citer aib mengaibkan nih keluar paper atau berita. Tapi selalunya citer2 mcm nih yg org suka baca & dengar.

28/12/11

fara,
musuh ada dimana2 saja. dlm selimut sekalipun..blogger yg tak kenal batang hidung pun boleh ada musuh..kalo dpt tau ada musuh dlm selimut cepat lu kentut dan lu keluar dari selimut tersebut..biar dia dan bau itu bersemadi

aib orang dan diri sendiri

tak perlulah dihebah2kan,..

28/12/11

lama x ke sini.. rindu nak membaca entri yang penuh makna tersirat...

sikap manusia, rasa glemer bila aib sendiri dijaja... lumrah manusia zaman millenium kot, aib manusia dulu2 dah bukan aib, malah kebanggaan manusia sekarang....

orang kitakan suka ikut pepatah biar mati anak jangan mati adat. Bila ko tulis cukur jambul , teringat plak 4 anak cik ina belum bercukur jambul lagi : )

setuju ngan komen lady sirna. cik ina tak berkenan blog yang tepek cite buruk pasal artis atau sesiapa saje, tak tahu motip dorang apa sebenarnya : )

blog2 hiburan...kalau dpt email gmbr separa lucah mcm tu tentu diorg yg gembira sakan...ntah, kononnya utk pengajaran,..terus terang je lah..trafik semata2..

29/12/11

wajib malu laa kann

Catat Ulasan