Dalam kitab bible, Santa Claus tidak wujud. Santa Claus tidak lebih dari hanya tradisi ortodoks. Santa Claus tercipta watak dari inspirasi Tuhan mereka, Jesus Christ.
Apa yang saya tahu, ambil gambar pokok krismas atau Santa Claus dengan nawaitu kenang-kenangan (mungkin Santa Claus itu kawan saya yang berbangsa Cina atau India) sepatutnya sudah ok. Lainlah kalau nawaitu, Aku ambil gambar dengan kau bermakna selepas ini aku mengagungkan agama kau lalu aku keluar dari agama aku sendiri.
Dalam Al-Quran, tak ada kewajipan untuk melakukan cukur jambul (setiap orang menggunting rambut anak seorang sikit lalu sisa rambut itu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi air atau buah kelapa yang ditebuk). Cukur jambul tidak lebih dari hanya tradisi ortodoks. Cukur jambul tercipta hasil dari inspirasi adat Hindu. Tapi saya percaya, sesiapa yang amalkannya sudah tentu tak ada nawaitu nak mengagungkan agama Hindu kan? Yelah, benda ini kan sudah jadi tradisi orang Melayu itu sendiri. Orang Melayu beragama Islam.
Apa yang saya tahu, mencukur jambul dalam istilah Islam adalah, mencukur habis rambut anak (botak). Dan sisa rambut anak itu ditimbang ikut nilai semasa emas. Tak perlu buah kelapa. Tak perlu renjis air mawar. Tak perlu bunga rampai bagai. Tak perlu pelamin buai yang indah.
Jadi, persoalannya di sini; Siapa yang keliru sebenarnya? Atau memandai-mandai?
18 comments
entahhhh!!!
siap ada buai hias2 lagi
tapi sebenarnya yang kita ikut tu adat..
kalau adat no hal la kot
tapi yang i heran siap ada nak celebrate krismas tu..
heh, ko tu melayu islam
apa hal nak celebrate krismas bagai wey????
ntahlah..
kuarga cheqna memang tak pernah wat cukur2 rambut bagai ni..just botakkan kepala baby pahtu timbang rambut ikut harga emas semasa
Masih ada yang berpegang pada 'biar mati anak jangan mati adat'... Jadinya di mana letaknya keagungan dan hukum agama? :(
Mereka tahu tetapi sengaja buat tidak tahu atas alasan dan atas sebab tertentu...
aku pun confused...
....sebenarnya aku yang mengkonfiuskan...hehe.
entah kita ni banyak ikut adat jer..sama jugak cam bersanding, kalau ikutkan saya takmo bersanding semua tu, sanding tu adat mana eh?
setengah dari adat melayu adalah dari adat hindu...
setuju dengan kakcik
Kdg2 kita membesar2kan benda kecil, sedang benda2 besar dilupai...
Tajuk entri terbaru di blog JR: "Cara Mudah Mengesan Kewujudan Jin Dalam Tubuh: Do It Yourself"
ADAT DIJUNJUNG, AGAMA DISANJUNG... TETAPI YANG LEBIH UTAMA IALAH AGAMA. KALAU ADAT YANG MEMESONG, ELOK DIELAKKAN..
selalunya buat kenduri doa selamat dan buat aqiqah untuk baby tuu jer...
Kak, maaf ye. Saya rasa akak tak boleh cakap "Tuhan mereka" sebab Tuhan hanya satu iaitu Allah Yang Maha Esa. tq.
@Pida
Macam nielah dik. Akak tau niat awak tu suci murni. Akak terima teguran awak dgn hati yg terbuka. Tuhan mmg hanya satu. Allah SWT. Takde sape menafikannya. Tp point akak kat sini, Tuhan mereka bukan Allah. Dan mrk tak mengakui pun Allah tu Tuhan mrk. Klu akak tulis "Tuhan mrk", niat akak masih;
أشهد أن لا إله إلا الله و أشهد أن محمد رسول الله.
Jgn konpiuskan pemikiran awak ye. Islam tu mudah je kan? Senang je kan?
yang ni kak ita setuju sesanggat..tapi adat ne kakadang dah berlebih-lebih tu jadi lain..kak ita tak pernah buat cukur jambul ke apa?biasa botak kan aje...bagi rambut baru tumbuh....
assalamualaikum...
hukum kata aqiqah buat hari ketujuh kelahiran dan diberi nama tetapi kita dah 2 tahun pun masih lagi buat aqiqah......
x pernah buat....
dulu anak sulung buat ukut adat sebab duduk rumah mak mertua (cucu beliau yang terdahulu buat macam tu).. tapi anak kedua ai takde buat macam tu.. dan insyaAllah yang akan datang ni pun akan buat yang wajib sahaja.. senang dan mudah serta tak membazir..
@sahromnasrudin
Afdhal buat akikah sebelum anak baligh. Tak apa klu 2 thn pun still bt akikah klu dah awal terniat nak bt (tp sbb kekangan kewangan, maka niat tu tertangguh).
Tp yg bt sy pelik, sbb nak kejar pahala...dah tatau nak bezakan boleh dan tak boleh...
Akikah utk diri sendiri, walhal dah beranak pinak?
Mmmm?
bukan takat memperlekeh agama, malah berlumba2 nak membelakangkan agama (Islam x suka pembaziran).. majlis cukur jambul anak dah macam majlis kawin, ada kad jemputan, ada bunga telur, ada pelamin, ada semuanya lee... hii untung la ko jadi anak orang kaya,.. ya ke?