6/12/11

anak

Dulu saya ada seorang kenalan. Kematian ibu di awal usia. Bapa lari dari tanggungjawab. Sudahnya, hidup dia kucar-kacir. Dia kini seorang pembenci, hilang kawalan, hilang keyakinan dan hilang pedoman. Seumur hidupnya dibuli kehidupan. Dan dia menyalahkan takdir.

Biarlah saya dipanjangkan usia untuk melihat Aydin 'menjadi' hasil dari tangan saya sendiri. Dan mungkin boleh saya pegang pada kata-kata azimat; kehilangan anak bukan sesuatu yang harus kita tangiskan. Ucapkanlah syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya, syurga itu sudah pasti miliknya. Insya-Allah, janji Allah itu pasti. Namun, kuatkah saya untuk menghadapinya? Tak terbayang walau imaginasi cuma.
 
Jarang saya bercerita tentang Aydin kerana Aydin juga membesar dengan sihat seperti anak-anak yang lain. Dia bijak, kawan-kawan sebayanya juga bijak. Dia comel, kawan-kawan sebayanya juga comel. Dia rajin memunggah, saya pasti kawan-kawan sebayanya yang lain juga suka memunggah. Kan?

30 comments

6/12/11

yup, punggah memunggah itu hobi anak anak kecil, termasuk anak saya! :P

ohoo rajinnya...adakah ini calon lelaki budiman pada suatu ketika kelak...mari kita doakan!

berdoa utk aydin juga...mudah-mudahan menjadi :)

Lipat baju ker punggah baju tu aydin...hehehehe...tomei...

Saya pon mcm tu gak fara, sama² kita berdoa.

tak terjangkau difikiran sekira nyer mengalami nyer...

www.ed-zwa.blogspot.com (new url izwa)

6/12/11

hai aydin,
memang gitu la gayanya kalau anak-anak umur baya aydin tu kak.
sungguh rajin mengemas.

mak saya dulu cakap kecik-kecik saya rajin memunggah, cuma bila besar tak jadi rajin pulak. keh keh keh.
kalau balik kampung, emak yang rajin basuh baju. alahai emak.

Kakcik ada empat anak - setiap mereka ada kelebihan dan kekurang yang tersendiri. Bila tidak mendengar khabar mereka walau untuk sehari, hati kakcik jadi resah...

6/12/11

saya pun minta apa yang mommy doakan tu~he~~

*pinjam aydin,nak minta aydin ajar ainul lipat baju~keh keh~

harus sy akui mmg awak jarang menulis mengenai family dlm setiap entri awk..sy tak tau kenapa tp sy sgt hormati akan cara awak ini..

sekurang-kurangnya akan ada kelainan disitu...

kat lutut aydin tu sepender kan? hok kaler kelabu tu?

6/12/11

anak itu anugerah tuhan yang esa. peliharalah dia.

Betul, tak terbayang langsung kalau jd mcm tu. Kuatkah kita? Aydin pasti comel, good boy & sihat mcm kawan2 dia yang lain. Mcm Kakal :)

6/12/11

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

@*Miss Geli^

Hahahahahahahahaahah!

budak mana yang tak suka punggah..nanti saya letak gambar zara yang asik 'mengemas' je..Penat ibu dia ni tau..

Tanpa Nama
6/12/11

comel.. =)
Biarla aktiviti anak kita sama dengan kawan dia tapi cm best je bila cite pasal diaorang kan..??

Hilang anak? KC dah byk kali melaluinya. kalau tak kuat semangat, memang boleh hancur hidup kita.

kalau boleh taknak fikir walaupun hakikatnya kita tau mati itu pasti..

bab punggah-memunggah, setakat ni hanya mainan je yang dorang berani.. ;)

mmg akan cuba yg terbaik utk anak2...

6/12/11

SAMALAH ANAK SAYA PUN.. TAPI MAINANYA DIA SUKA PULA KEMAS MASUK DALAM BEKASNYA.

sama lah aydin dan arisya kot ya ..fara..sekarang arisya banyak sangat perangai....lain daripada abg dan kak diana...cabaran juga berlainan setiap anak..dan semua ibu bapa mahu yg terbaik untuk anak2 mereka..termasuk lah kak ita fara...

senyum sy baca komen miss geli..harta karun sapakah itu haha..


pes time nampak aydin..


mmg betul..sy pon x blh bayang kehilangan org yg sy sayang..itu paling sy takut..hilang duit x apa..blh cari ganti..

6/12/11

anak tu kan permata hidup... tanpa anak hilang seri dan sepi hidup ni, sbb tu anak2 la penawar segala duka ... akak pun x taw apa akan jd hidup ni tanpa mereka walaupun tiap2 hari anak2 mesti dengar mama mereka marah2.. marah2 sayang taw

6/12/11

ops..gambar tak censor...

takde hati perut kalau tak menangis bila kehilangan org yg kita sayangi..sbb nabi pun menangis bila anaknya meninggal dunia..tapi jangan diratapi..

6/12/11

Selalunya mmg begitu ...kita mahu yg terbaik utk anak2....

Lagi lama dia memunggah, lagi lama mak dia kena kemas, dan bebel bebel.

Itu yang dia suka, dengar mak dia bebel. Sebab mak dia macam nyanyi jerrrr.. hehehe kan? kan?

pinjamlan dia barang sehari... tolong lipat baju

7/12/11

sama lah fikiran kita...

selalu terbayang yg bukan2 dan at the same time jadi takut...

cuba utk redha tpi masih menafikan...huhu...

sya tak kuat lah...

7/12/11

haha.. comel dan rajin memunggah. anak2 kita :)

7/12/11

Sebagai seorang anak, kita pun jgn lupa bertanya khabar ibubapa di kampung walau dah beranak-pinak.

Catat Ulasan