Dalam banyak-banyak haiwan, Aydin paling suka kucing dan anjing. Malah, jika terjumpa anjing 'gelandangan' (liar) sekalipun, dia akan menunjukkan reaksi seperti; comelnya kau anjing. Saya tak mahu mengajar dia supaya memandang anjing itu haiwan yang jijik hatta anjing itu berkurap sekalipun. Namun haiwan tetap haiwan. Untuk menyentuh walau kucing, saya tak benarkan (dalam usia sebegini).
Anjing adalah haiwan bernajis mughalazah. Boleh pegang tapi wajib disamak (jika menyentuh dalam keadaan basah) dengan sekali air tanah dan 6 kali air mutlak. Namun begitu, saya kalau boleh tak mahu mengajar Aydin takut pada anjing TETAPI harus berhati-hati. Maklum, Malaysia punya banyak anjing liar. Mungkin ada yang jinak dan manja tapi kalau jenis yang gila? Memang naya.
Saya tertarik dengan petikan ini;
Walaupun ada perbezaan pandangan ulamak mengenai kadar kenajisan anjing, akan tetapi jumhur berpandangan yang haram bagi Muslim memeliharanya di dalam rumah. Sekiranya ada keperluan untuk memelihara anjing untuk tujuan-tujuan seperti di atas, maka anjing itu perlu diasingkan daripada kediaman bagi membolehkan malaikat rahmat memasuki rumah kita.
Saya fikir mudah. Jika dari kecil saya sudah diajar bahawa babi dan anjing itu tergolong dalam najis berat dan jika tersentuh wajib disamak, maka saya tak perlukan dalil nas untuk mensahihkannya. Sedang jika berada di luar negara sekalipun, tersentuh anjing adalah perkara biasa. Selagi ada jalan penyelesaian untuk menyucikan diri, tidak ada sukarnya hidup di muka bumi ini sebagai orang Muslim. Betul tak?
37 comments
saya takut anjing sebab pernah kena kejar dulu..
tp takut kanak2 keliru.plg sng utk fahamkan mereka mana satu yg haram atau sebaliknya.kalau ble terangkan skali kenapa ia haram.sbb kanak2 ni dorang ske nak tau kenapa dan mengapa.just make it simple je.itu haram dan dosa dlm islam.
betul!
betul. setuju.
BETUL..
Betul tu fara, islam itu mudah dan tak membebankan selagi kita tahu yg mana halal & haram.
Anak bujang k u itu pon mcm tu gak, excited klo nampak kucing & anjing.
saya teringat masa kecik2 dulu sy dengan adik2 pergi mengaji jln kaki...kami kerapkali kne kejar anjing masa balik dr mengaji mlm..ustaz pesan bacalah surah tabbat yada ( al masad) untuk menghalau anjing
jika faham mudah ...islam itu mudah tetapi mereka seringkali menyukarkan..
tapi hati2 jangan sampai kena gigit da~he~~
Assalamualaikum Fara
nanti bila dia nak mengenal...dia tahu akan hukumnya
Aydin seorang penyayang tu...
Wassalam
penerangan yg bagus. :)
siapa kata tak sukar? semakin hari hidup sebagai muslim ni semakin sukar walau pun di dalam negara yang sibuk mendabik dada sebagai negara islam contoh. sejak kita celik mata sampai kita pejamkan mata semula di malam hari, kita terpaksa berhati-hati dan berwaspada pada tahap yang maksimum semata-mata kerana kita tak yakin dengan kesucian benda-benda di sekeliling kita.
kes kek lapis sarawak: beberapa minggu sebelum `skandal' kandungan tercemar, aku ada pergi kuching dan tapau beberapa biji kek. siap bagi adik-beradik dan jiran lagi. kemudian bile dah terkantoi, aku terfikir: apa lagi selepas ni...
@Daddylicious
Actually En.Daddy, sy tertinggal label sinis kat entri nie. Tp mcm tak elok nak sinikal bila berkait hal agama. Tp ckp En.Daddy betul. Ada yg suka nak menyusah dan memesongkan pemikiran org Melayu Islam yang malas nak membaca dan belajar.
@SM
Bagi aku, mudah.
Nak serahkan hal dosa termakan babi pada siapa? Kita yang termakan? Tidak sama sekali sbb kita tak tahu. Jadi? Sendiri mau igtlah...
setuju... anjing dan babi pun adalah makhluk Allah swt... hanya kerana dikatakan haram, org2 kita selalu memnadang jijik dan hina haiwan ini.. islam itu indah dan mudah buat kita
lately ni makin ramai Melayu membela anjing...ada tu anjing berlegar2 dalam rumah...arwah mak akak kata, kalau bela anjing, air minuman dalam bekas tutup kemas macam mana pun tetap sehelai bulu anjing ada termasuk ke dalamnya...
@Fara
bukan mencari salah sesiapa. point aku adalah, tiada yang mudah walau pun hidup dalam negara yang menggelar diri sendiri sebagai negara islam. sekian.
aydin macam my son - suker anjing...
penah gak mintak nak bela anjing...
adehhhh!~
since heols ada asma - a big no utk bela haiwan2 yg berbulu ni...
anjing lagi lah... for my son - masih kecil - simplified kan kenapa tak boleh
bila dah besar dan faham - boleh lah explain lebih terperinci...
SEELOKNYA BAGI YANG MUSLIM JANGANLAH SUKA2 NAK PEGANG ANJING. ALLAH SUDAH MEMBERIKAN PETUNJUK BETAPA SUKAR DILAKUKAN UNTUK MEMBERSIHKAN PERIHAL NAJIS MUGHALAZAH, BERMAKNA IANYA MEMANG TIDAK DIGALAKKAN. LAINLAH IANYA SETAKAT BOLEH MEMBERSIHKAN DENGAN AIR BIASA SAJA..
WALLAHUAKLAM, SEKADAR MEMBERI PENDAPAT.
Walau dah tua nie kakak tetap tak suka dan takut anjing....
@fairus
Pokok pangkal, yakin dalam hati. Kalau was-was, jadi sukar. Mudahkan apa yang sukar. Tak jadi masalah.
Objektif entri di atas, bukan nak galakkan org pegang anjing sesuka hati. Tapi memudahkan hati agar jgn terlalu terikat. Islam itu agama yang mudah. Dari kecil sudah belajar halal haram. Jadi, tak jadi masalah untuk membezakan mana boleh dan tidak.
Sekadar pendapat saya juga.
@Lady Windsor
Betul. Lagipun, malaikat tak masuk kalau bela anjing dalam rumah.
Sedang ada ulamak yang membela anjing utk tujuan keselamatan. Anjing juga makhluk Allah. Tak patut mengasingkan ia dgn perkataan -
HARAM DAN JIJIK!
kalau yg islam sudah memelihara anjing sampai masuk ke dalam rumah, larat ke kita nak samak byk benda??
maka, jawapannya mudah..
biarlah memelihara anjing itu untuk yang bukan islam.
sedang yang Islam, pilihlah kucing sebagai pengganti kepada anjing..
rakan saya ada bela anjing tapi diletak kat luar, tujuan: rumah dia pernah dimasuki pencuri. tapi saya tak pernah pulak tny dia ada pegang atau tidak takut kecil hati.
aku paling takut anjing!
@fuad ansari
Mmg tak elok org Islam bela anjing tanpa ada apa-apa tujuan. Kalau untuk tujuan keselamatan, tak apa. Itupun seelok-eloknya, jauh sedikit dari dalam rumah.
Maaf. Sy mmg kurang arif bab2 agama nie. Tp sy tulis berdasarkan apa yg sy baca.
Elok gak kita baca tulisan merah kat atas. Itu bukan tulisan sy tp tulisan blogger lain...
kisah anak dan anjing ni mengingatkan saya pd kes msa kami bercuti ke London dulu.semasa kakak masih kecik dalam umur 2 tahun.dia kejar anak anjing yg cute giler kat taman hyde park..
sib baik sy sempat selamatkan..sib baik kat msia jarang jumpa anjing cute di jalanan..hehe
akak takut anjing... dulu masa muda2 nak gi keje kena lalu kawasan cam setinggan ada 5 -6 buah rumah bukan islam.. takut sebab anjingtu banyak ngat tp kena lalu gak sbab kalau ikut jalan lain jauh.. teringat seram....
setuju fara..pada saya tak salah nak bela anjing untuk dijadikan penjaga..yg menjadi isunya adalah memelihara anjing dalam rumah utk dijadikan teman permainan..dipeluk..dicium.. dibiar bebas dalam rumah.. takut2 tak tersuci bila dah macam tu.. mungkin sebab tu org kita skeptikal dgn golongan yang memelihara anjing ni..termasuk lah saya..
apa pun..saya memang takut dengan anjing..
anjing bising menyalak...kucing comel megiaw...so papa mifz pilih kucing..:)
yes... betul...
saya ingat lagi masa saya dikejar anjing kecik2 dulu... anjing tu x mengigit tapi tersentuh juga bulunya kat kaki saya..... saya terus ambik tanah sapu2 kat kaki tu... entah betul entah tidak caranya... budak2..
memang kalau tgk anjing yang cumil2nie geram jugak tapi bila pandang lidah dier jadi geli..tapi anjing antara haiwan yang pandai jugak selain chimpenzi..hehe
tapi mmg takooot ngan anjing
aydin sama ngan ammar masa dia kecik2 dulu..
siap cakap anjing tu comel...!
dia nak bela katanya...
ini mengingatkan saya pada satu cerita arahan arwah yasmin ahmad bertajuk gubra.dimana seorang iman yang menyentuh anjing sebelum menunaikan solatnya.cuma menunjukkan islam tidak menghina haiwan seperti anjing dan babi.kita masih boleh menyentuh sekiranya bulunya dan tangan kita kering.
tapi saya sangat takut pada anjing kerana pernah dikejar.
kakak iman pun x takut tommy sbb uncle jiran sebelah bela anjing..mama plak asyik ajak kakak tengok tommy tp x prnah la sampai pegang..
kita je suka buat yg senang jadi susah...
Islam itu mudah, kalau kita permudahkan, jangan ambik kesempatan udah. firdaus pun suka main anjing, kalau gi pengkalan.kat sana banyak anjing, dia teruja nak kacau, suka acah anjing, pernah jugak dia tarik ekor anjing. Tak kisahlah sekrang ni kan siap ada sabun untuk mencuci najis berat.