Malam itu, masjid mengadakan majlis makan-makan sempena aqiqah anak salah seorang jemaahnya. Oleh kerana tidak mahu ketinggalan maka saya menayang muka. Selesai solat Isyak dan majlis tazkirah, saya terus menyerbu ke arah dapur. Buat-buat sibuk walhal segalanya sudah siap tersedia. Agak-agak orang ramai kelihatan leka menjamu makanan, saya keluarkan 2,3 bekas kosong untuk dibungkus bawa balik rumah. Bukan tak masak di rumah tapi saya teringat anak-anak (eh, anak saya bukan seorang saja ke?). Mereka juga nak merasa. Saya tak perasan (atau buat-buat tak perasan), masih ada jemaah yang belum menjamu selera. Hingga satu tahap, lauk tak cukup. Mereka cuma merasa lauk masak kicap saja. Lauk masak lemak cili api dah habis licin kena sapu. Tiba-tiba ada seorang jemaah masjid menegur saya; Makcik! Kalau nak menapau makanan pun agak-agaklah. Ramai lagi yang tak makan. Perlu ke makcik nak tunjuk diri makcik tu gelojoh? Kalau saya panggil badut, makcik marah pulak! Saya faham, lauk tu sangat diperlukan makcik tapi fikirlah orang belakang. Fikir juga apa kata orang luar terhadap kita semua!
Agak-agak, patutkah saya melenting bila ditegur sedemikian? Sedang bergurau sesama rakan pun kita selalu berbodoh, berbangang dan berbabi, inikan pula teguran yang mungkin agak keras dan kasar tapi masih wujud relevan. Bagi saya, tak perlu budak itu hendak mengkaji diri sendiri sebelum menegur makcik itu pun. Jadilah manusia optimistik dan bukan pesimistik. Jangan terlampau asyik dimanja dengan kata-kata bodek belaka. Kalau terbongkar kisah mengata, jangan pula masa itu sibuk hendak melenting sambil berkata; Kalau tak puas hati, cakap sajalah depan mata. Bukan mengata belakang kita. Tapi kalau tegur depan mata pun dikata salah, macam mana?
Bangsa subsidi pantang dipuji. Bila dipuji, hidung melangit tinggi. Bangsa bantuan pantang dapat teguran. Bila ditegur kata kita kurang kesedaran (diri).
Saya? Garu kepala sendiri.
15 comments
budak itu tegur fara atau sbnrnya situasi terbalik ni? mcm fara sj yg tegur 'makcik' tu hihi..
sbb takkan lah fara dipanggil makcik sdgkan fara masih muda..
bukan setakat kat masjid tapi kat kenduri kendara sekalipun...
situasi ni memang berlaku...
kalau ada makanan lebih, bawaklah balik untuk anak,suami,jiran tetangga malah untuk satu taman sekalipun tak ada hal
tapi kalau ada orang lain lagi tak makan tetiba kau gelojoh sakan menapau dengan mangkuk tingkat memang tak masuk akal
teguran tu tak kasar tapi bila kena kat batang hidung memang menggelabah lah jadinya...
tapi manusia bila ditegur mcm tu bukan nak berhenti, buat muka bodoh terus menceduk jugak dan tidak mempedulikan teguran tu...
mcm jugak kalau ada majlis hari raya kat rumah orang2 kenamaan, amik byk2 mcm penamak pastu tak abis, buang jer... oarng lain ygn tak dapat makan, pandang jer tekedip2... bukan setakat tu, kat hotel time bukak posa pun sama..sampaikan ada yang sanggup potong que...
Assalamualaikum Fara
selalu berlaku bungkus membungkus di surau taman saya....he he
Wassalam
apa-apa yang negatif memang boleh dikaitkan dengan bangsa yang takkan hilang ni.
Di mana2, ada orang yang suka mengambil makanan untuk dibawa pulang tanpa memikirkan keperluan orang lain. Lebih sayang apabila makanan yang dibawa pulang itu akhirnya menjadi habuan tong sampah. :(
Hhhhmmmm...
penah baca satu blog blogger duk oversea..dia hadiri persidangan dan pengerusi majlis omputeh siap bagi 'ayat panas' utk tetamu dr msia sila jangan menapau makanan.sgt malu.......
hurm...
Siapa yang bukan "bangsa subsidi, bangsa bantuan, bangsa membodek, bangsa dibodek, bangsa rasuah, bangsa lemah, bangsa manja, bangsa lembik?"
jawapannya = BANGSAwan
(saya rakyat marhaen)
siap tapau tu....kehkehkeh,
BUKAN BANGSA KITA. BANGSA ORANG LAIN KOT.. :)
hehehehe nk tergelak baca entry ni.mmg patut pon kena sound cm tu.kalau x kena saound melampau.
ala kalau makcik tu kata belakang pon lantak lah.dosa dye.then makcik tu ckp apa?hehehe
best dan pedas...tapi btol kata awk,masih relevan :)
hurm...orang skarang sukar nak menerima teguran tapi suka bila dipuji2 melambung!!...
best fara..tapi kekadang bila tegur salah,org tak boleh terima...kak ita biasa ok aje..org melaka +NS kat pedas2 belaka..