....kamu kelihatan seperti badut bila berebut hendak dapatkan borang BR1M. Dan kerajaan Malaysia, dengarlah suara rakyat kamu sendiri. Sistem kamu dalam mengagihkan borang BR1M sangat lemah. Hingga kamu seperti melembukan rakyat orang susah. Berebut hendak makan dedak. Takut dedak kehabisan. Nanti kempunan.
Kasihan.
45 comments
hukhukhuk...
Assalamualaikum Fara
rakyat kena berani berhijrah....
Wassalam
sebenarnya mudah sahaja mahu ambil borang tu cuma org kita mmg gelojoh...mungkin kepada org lain rm500 itu tidak ada apa2 tetapi kepada mereka mungkin sangat2 diperlukan...
smlm bali umah mil..nampak surat pekeliling ttg bantuan rm500 tu.nampak mcm senang je nak mohon tapi sy tahu tidak layak..so duk diam2 je la
pok amai amai belalang kupu2..hihi
tulah pasal..malukan dengar rebut borang..mmg kesian taw..duit rm500 tuh mmg bermaknakan buat diaorg=(apelah tak bersistematik..ptut kerajaa dah pklah sebelum agih..megong
Iyerlah fara, saya tgk dalam berita...berebut² orang serbu nak amik borang...alahaiiiii...
cara kerajaan agihkan borang mungkin ada kelemahan..tapi sikap pakcik makcik seperti badut tak patut diperkatakan..dpt rm50 ketika org beri sumbangan pun ucapan syukur alhamdulillah tak putus-putus..ni kan pula 500..ratus bg kita..juta agaknya bg diorang..
@Daddylicious
RM500 bagi sy sgt 'ada apa2'. Tp sayang, sy tak layak walau hujung bulan sesak. Maklum, gaji sy bwh paras kemiskinan. Tapi sy ada suami. Walaupun begitu, taraf hidup di KL sgt tinggi. Kami sgt sederhana. Tp kami sedih sbb kami tak layak utk apa-apa.
Sy tak de umah sendiri. Sy duduk menyewa. Harga sewa kat Sunway mahal. Itupun apartment. Klu teres, sy tak mampu. Nak sewa jauh tp sy keje di KJ. Suami di TTDI. Anta anak kat SJ (sbb bbysitter sgt baik). Sy pnh mohon beli rumah sendiri atas skim rumah pertama. Tp kami seringkali tak dilayan. Malah, mcm minta sedekah. Nak tak nak, terpaksa menabung utk deposit (walau nak saving tu perit sgt).
Kebanyakan entri sy bukan sbb sy kontra kerajaan. Dan takde istilah kurang bersyukur. Tp kami tuntut hak kami sbg rakyat juga. Kami tak tadah utk apa2 (kami tau kami tak layak walau kami tidak sesenang mana). Kami cuma mahu memiliki rumah sendiri. Tp bila kami menadah muka, kami pula yg malu sendiri bila kami lgsg mcm tak wujud. Mcm bukan warganegara.
=(
ironinya, bergaji rm2k di desa mungkin hidup lebih selesa dari gaji rm4k di kota.. (",)
Masya-Allah....
jawapan fara pada daddy tu mewakili ramai rakyat malaysia sekarang ini...
masalahnya bila mengeluh terus dianggap tidak tau bersyukur...
:(
saya donlod pastu fotostat rm10.letak kat masjid.setel~~keh keh~
ala, tu baru sistem pengagihan borang. belum lagi sistem penyampaian dana tu kepada golongan sasaran. menurut sumber yang boleh dipercayai, banyak liku-liku kat tengah jalan. mujur la kau wahai pemerintah, mood aku tengah baik sejak akhir-akhir ni. kalau tak, harus juga aku sepuk muka sekor-sekor...
dalam internet kan ada...biasa lah benda duit cepat aje....
Sedihkan, bukan semua suara rakyat didengar.
hurmmmm .. selepas mmbaca komen fara, KC makin setuju dgn karenah birokrasi yg entah apa-apa.
@YAYA AZURA
...maaf. Mungkin kata-kata saya kasar. Tapi itulah hakikatnya. Malah, yang memberi itu lebih baik dari yang menerima. Sesiapa yang berebut itu pun belum tentu LAYAK untuk menerimanya. Tapi kerana jumlah RM500, org hilang sifat malu dan segan. Sama juga mcm entri sy tentang makcik2 yang majlis belum selesai tapi dah sibuk berebut nak bawak balik makanan.
=D
@fuad ansari
Ironinya juga, rezeki kami di KL. Bukan tak usaha utk cari di kmpg tp kami tak de rezeki di situ.
=D
@gedek!
Terima kasih Abang Gedek krn memahami.
Perlaksanaan BR1M itu sendiri pada saya adalah tergesa gesa(atas dasar mahu PRU 13?, saya tak mahu komen), so tak hairanlah rakyat berebut rebut.sedangkan beratur kat tol pun org berebut, inikan pula pasal wang.
saya setuju baca komen anda tentang 'miskin bandar' ni. Malaysia mmg menuju negara membangun, dimana jurang kaya & miskin di bandar memang akan terjadi.Saya tinggal di sydney dulu, dan saya lihat benda yg sama dah berlaku di Malaysia.
entri yg cukup berkesan, komen dari pengamatan sendiri.. akak suka baca.. betul, kekadang kesian tengok orang kita yang macam 'semut menghurungi gula'.. pemimpin kan suka kalau mereka kena 'hurung'.. tepuk tangan, angguk, julang pemimpin..
ok akak ada pilih blog ni sebagai blog pilihan 2011 dalam segmen ben ashaari..
ada betuljugak ek..bukan aper kadang ikut slip memnglah gaji tak layak mohon..tapi perbelanjaan lain tuk anak2..nak2 hidup di kota mmglah serba tak cukup=(so kerajaan patut juga memikirkan masalah itu
@aimaniman
Oh, ade ke segmen tu? Seingat sy, 2,3 kali je sy pnh msk blog Ben tu. Hiks! Tp blog sy bukan apa-apa. Walau apapun, terima kasih sgt2 krn bagi pengiktirafan setinggi ini (Walhal baru kena pilih dgn akak je tp menang di hati pembaca dah cukup baik bg sy). Tak tau nak balas mcm ne lagi.
=D
fara, kita pun faham apa yang fara rasa..sekurang2nya fara berani untuk meluahkan..dan rasanya bukan fara sorang je rasa cam gini..
Kat tempat saya, dah ada yang bertampo-tampo sesama sendiri....memang kasihannnn.
Kalau tak buat mcm tu... Nanti masuk TV tak gempaq laaa...
biarlah mereka yang berhak menerimanya..
betul Fara.. di slip gaji tertera gah gajinya tapi hakikatnya berada di ranking paras kemiskinan..
bila mengadu, dituduh tak tau bersyukur tapi sedarkah berapa ramai yang hidup ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang..
akak minta maaf, akak dah buat dah entri nak join segmen tu tapi bila nak send x leh, apa ntah tenet ni buat hal plak... sori..
apa2 pun akak memang suka dan sering ke sini nak baca entri menarik dari sini
RM500 besar ertinya buat saya sekeluarga..
dah le saya ni di bawah kategori miskin bandar..
tapi saya senang jek dapat..takyah rebut2
fara lu layak tak mohon?
@Waqheh
Tak. Sipi-sipi layak tp atas sikit dr layak. Ko phm tak maksud aku?
tak baekk ckp mcm ni.. hmm.. ya allah.. kta tak bole salahkan saper2x.. kalu kta di tmt org susah, 500 tu dah besar nilainya.. kerajaan pon dah sebaik mgkin cuba nak tulun rakyat.. kta kena kaji balik diri sendri sebelom bebicara..
@~@mOi ~~
=D
Sy tak salahkan sesiapa. Sy cuma menegur. Kalau kita selalu kagum dgn kesopanan rakyat Jepun, kenapa kita tak boleh buat macam tu?
Kalau ada orang tegur mcm awak tegur sy, terima kasih. Sekurang-kurangnya, awak masih prihatin sebelum saya terlajak jauh lagi berbicara. Dapat saya kaji diri sendiri, sejauh mana tahap saya. Tapi saya tak sempurna. Mereka pun tak sempurna.
Siapa kata saya tak susah? Cuma saya tak layak. Kenapa saya tak layak? Soalan mcm nie mmg patut kita tanya kerajaan kenapa.
RM500 tu mmg besar nilainya (bagi saya). Dpt sy kurangkan beban yg sy tanggung tiap2 bulan nie (dan juga wakil pada yg senasib saya).
mudah jer borang ni...print dari website...semoga pembahagian ini akan betul2 dapat kepada orang2 yang berhak...:)
bukan takat nak ambik borang BR1M... even nak ambik duit bantuan pelajar pun sama juga... (merujuk kepada sekolah anak iols ye...)
dah ada nombor giliran - masih jugak nak bertolak2 - berebut2 bila 'kaunter' pembayaran di buka...
haihhh!~ kerana duit!
ala..manusia..duit je gelojoh..nak cepat....kitorang lum anta lagi borang tu...=]
sy sbnrnya nk offline tp tergerak nk ke blog fara jap..
selain bc entri sy baca gak komen-komen..
komen sy..
sy pon sama mcm fara lah..duduk kt bandar walaupon bkn KL (JB)..kos sara hidup mmg agak tinggi..
sy x kerja..cuma adalah bisnis online (tu pon br je mula dr thn lps)..
alhamdulillah lps sy berenti keje 6 thn lps kami masih blh survive..dptlah beli rumah sendiri dan kereta yg selesa walaupon x besar..walaupon installmen salu sangkut hihi
cemana tah kami survive eh..mungkin sbb suami sy buat part time kut..gaji dia xlah besar sgt..malam dan hari cuti dia wat part time..dia mmg jarang ada kt rumah..camtulah je caranya nk tampung perbelanjaan harian..
yg RM500 tu mmg kami x layak mohon juga
musim2 macam ni..orang yang kerja pejabat pos,kerja BSN kompem naik angin...
cian nengok yang beratur panjang kerana borang, banyak yang dah tua.fara cam cik ina, tak layak, tapi bukan bermakana tak memerlukan wang tu .hati cik ina puas sebab fara dah jawab komen dari seorang pengomen yng dah cik ina perhatikan memang asyik tak puas hati kategori org cam kita .hurmmmmmmmmmm
mungkin mereka sememangnya sangat memerlukan duit tu.
bersangka baik.
tgk berita harian isnin, ada borang tu dalam paper. kadang kadang manusia ni yang gelojoh sedangkan ada saluran yang mudah.
Mereka bukan kisah kita seperti lembu; apatah lagi makcik2
@delarocha
Kenapa sy tak bersangka baik? Entri sy pun dlm kategori sinis. Klu ye nak berdrama dpn kamera TV3 sekalipun, sila tunjuk tatasusila yg sepatutnya.
Org Msia mua sebab tak boleh kena tegur. Apa lagi tegurnya agak kasar sikit. Mujur, sy tak samakan mereka dgn haiwan sbb sy masih berfikiran matang dan waras.
Jgn tunjuk sgt rakyat Msia nie lapar sgt dgn RM500. Malah, yg berebut tu pun masih belum di tahap kebulur lagi. Minta maaf. Pendirian sy agak tegas. Klu kita susah tp kita masih boleh tunjukkan pd org lua betapa kita rakyat yg cool, sopan santun dan tidak gelojoh (mcm awak ckp pd komen awak tu...)
=D
Berebut bende free seolah 'budaya' kita. Camne nak mem'budaya'jepun ke dalam masyarakat kita? Bila bukan seorang malah beribu. Bukan kanak2 tapi orang tua. Cer citer.
Walau saya jugak yakin bantuan itu sebahagian agenda pru13 TAPI saya jugak tak nafi betapa bersyukurnya 'badut' menadah habuan itu.
Kita (saya) tak layak hanya berapa inci je drp paras layak kalau ikutkan stat kerajaan. Mungkin kita sedikit je lebih mampu drp golongan 'badut' tu.
Bukankah kita patut bersyukur dgn rezeki cukup makan itu. Atau apa yang menidakkan kita untuk meletakkan lebih usaha untuk kita berada dalam paras kaya raya.
@AziE
Perenggan 1;
...kerana bila yang seorang (saya) menegur 'macam badut', sesetengah mereka menjadi pesimistik. Kita sudah biasa dimanja dengan kata-kata bodek maka ribuan orang tua sudah terbiasa menunjuk gelojoh diri sendiri.
Perenggan 2;
'Badut' itu bersyukur krn suara mrk diterima. Tp tak mustahil, jika suara mrk tidak diterima...mereka PASTI akan merungut juga. Saya tak nak sentuh hal politik. Sy cuma sentuh bab moraliti masyarakat.
Perenggan 3;
Siapa kata sy tak bersyukur (walau beberapa inci dari layak dan beberapa inci dari tak layak). Adakah bila kita asyik mengurung diri kita dlm lingkungan SYUKUR maka kita tak ada hak untuk bersuara? Sy ada suara. Tapi patutkah sy senyap dan menerima apa saja yg mereka lakukan pd sy (dan juga kita semua yang senasib?). Siapa kata sy tak mengundi? Siapa kata kami tak byr income tax? Siapa kata kami duduk free dlm negara sendiri? Siapa kata?
hmmmmmmm ~~~~~
akak pernah jwb isu ini di blog Panglima MUda sebab rasa sgt terhiris dgn entry beliau..
akak ibu tunggal..sara dua anak yg masih bersekolah..pendapatan mng sentiasa tk cukup tu sebab bila diberi akak ambil..tp kalau tkde rezeki akak redha..