14/12/11

saya bukan bermuka kebal, sekebal pintu kebal yang tak lut walau dibom mortar sekalipun...

...tapi saya masih positif untuk menerima teguran. Saya ingat, mengurung anak itu (10-20 saat) alternatif terbaik selain dari memukul. Rupanya tindakan saya itu tindakan bodoh. Kalau tidak berlaku kejadian tombol pintu rosak, pasti saya bodoh selamanya. Tapi tak apa. Bodoh saya, saya mahu belajar.

Tapi kenapa meluah di entri sendiri? Kenapa tak tegur di kotak komen saya? (jangan risau, aku tak nak jadi kawan kau pun tapi aku tersentuh bab kau mendoakan kesejahteraan anak aku, terima kasih...semoga kita semua dilindungi Allah SWT. Amin!).

41 comments

erkkk...cam gitu pun ada???

eh alahai..sape tuew?

aku pun kekadang adajugak kurung anak dalam bilik air lagi..pun sama, aku pegang tombol...dalam beberapa saat je..bagi aku itu cara terbaik dari aku pukul..

apa masalah pengomen tu

wahhhh gamaknya dia mendidik anak dia ikut sunnah nabi kot.. tu pasal komen2 dia pun berbudi bahasa...bahasa cakap pun ikut sunnah nabi...(sinikal)

nice..super nice

ingat jaga anak ni mcm jaga anak kucen????? budak2 mcm2 ragamnya... jangan nak samakan anak dia dgn anak A atau anak B..

i nak sarankan agar pengomen tu baca buku dulu cara2 nak menegur orang dengan berhemah...

no komen.....pasai belum ada anak lagi.

konon2 mcm pengomen tu alim sangatlah tu...bluerrrkkkk...

boleh tak jangan gunakan islam untuk mengutuk orang??? boleh tak?????

gitu pulak kekdah yg digunakan utk serang balas ye...utk menunjukkan ketidakpuasan hati ke tu? macam tak puas hati. tapi kenapa tak puas hati dgn akk pulak?

haih, manusia. bermacam ragam. memasing ada anak dan memasing ada cara terbaik utk didik anak sendiri.

sy penah tgk kat tv siaran omputih..tak ingat rancangan apa...tp salah satu cara nak ajar anak yang degil ataupun mengamuk adalah dgn cara mengurung macam yg akk buat kpd aydin. bukan nak kurung sampai berejam pun..tak syg anak klu smpi berejam gitu. beberapa saat dh memadai.

eh, terpanjang pulak. sori :D
blog sapa tu kak? errk!

Siapakah gerangan nya nih. Tak der ayat yang lebih manis ker...kenapa nak di bodoh² kan orang. Budi bahasa kan budaya kita...alahaiiii...

sy fikir cara fara kurung anak tu pon agak sedikit salah tp betul lah mcm fara kt pttnya dia komen di sini :)


p/s: apa pon sy faham situasi fara..anak-anak mmg menguji kesabaran..kdg²mmg kita terbertindak di luar batas (sy pon sama lps tu menyesal)

14/12/11

SALAM,
LF MEMAHAMI.... KALAU ADA YANG PERLU DIPERBETULKAN, KITA BETULKAN. KITA NI, WALAUPUN SEBAIK2 MAKHLUK, ADA KELEMAHANNYA DAN JUGA KELEBIHANNYA.

YANG MENEGUR KITA TU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN MEREKA. BAGAIMANAPUN BUAT TEGURAN SECARA BERHEMAH.

p/s. Kepada semua blogger yg membaca komen ini, LF dan isteri, dengan rendah hati, menjemput semua ke Bandar Baru Bangi pd 18 dis ini. Maklumat lanjut ada di blog LF.

sape lah ni?
fara jgn amik hati dgn pemikiran org mcm ni...benda ni bukan kita rancang, ni mungkin Allah nk uji Fara.. lagipun kalau tak terjadi pada Fara mungkin org lain pun jadi, bukan kita tahu...yang penting Fara kena berhati-hati di masa depan. take care

Tanpa Nama
14/12/11

aku rasa, penggunaan rotan masih lagi relevan dalam mendidik anak.

@SM

Aku tunggu dia cukup syarat wajib solat nanti baru aku belajar pukul dia dengan ROTAN.

Skg nie die kecik g. 3 bulan g nak msk 2 thn. Aku klu boleh nak elak dr pukul die sbb die kecik g. Aku tak sangka cara aku kurung anak tu salah. Lagi satu, aku klu boleh nak elak dr tengking anak. Tengking anak bt anak aku memberontak.

tu semua pengalaman... sebenarnya dalam proses membesarkan anak - anak, kita pon secara tak langsung dapat belajar sesuatu. Pengalaman tu tak semua orang dapat. Tapi dari pengalaman tu jugak la kita belajar perbaiki diri.Mungkin tindakan kurung anak tu bukan 1 tindakan bijak, tapi percaya la...bukan awak sorang jer buat macam tu.. ramai lagi yang pernah buat camtu... cume mungkin diorang mengalami nasib macam awak... takpe, awak citer pengalaman awak, diorang yang lum kena tu atleast boleh lebih berhati - hati lepas nih... lain orang, lain pemikirannya dalam mendidik anak...

tak perlu meloncat dengan kata2 orang yang macam tu... dalam perkara macam ni tak perlu la nak kata orang bodoh ikut suka hati... orang yang bercakap tu pon tak pakai otak jugak... senang - senang nak kat orang bodoh..alahai...

kita semua pon bukan dilahirkan terus pandai... kita pandai sebab kita belajar... takde la lahir2 terus pandai... kalau kata lahir2 jer terus genius... berak kencing pon makayah gak yang cucikan masa korang masih bayi...betul tak? nak sebut first word "mama" ke, "mak" ker... tu pon mak kita yang bersungguh2 ajar..

Takpelah... semoga kita para - para ibu yang penyayang berjaya didik anak2 kita agar jadi manusia berguna dan beriman kepada Allah...insyaAllah...

14/12/11

cara memberi pandangan ikut sunnah nabi itu betul, tapi bahasa yang terlalu kasar pada saya.

Alahai Fara... dah jadi isu pulak kisahnya. Coolll Fara jgn dipanjangkan yg penting Aydin selamat dan Allah tahu yg Fara/hubby sayangkan dia... sabar dik. Inilah dunia blog.

14/12/11

Memang saya pernah bagitau sebelum ini... saya tak dapat aktif macam dulu dah...

Kerana kerja semakin sibuk.. juga kadang-kadang buat sibuk... sebab tu saya tak dapat terjah kawan-kawan...

Masa post entri baru ada... kerana saya dah buat banyak siap-siap dah..

Cuma tak syok laaa... orang masuk komen dalam blog kita... kita pula tak da masa masuk blog orang...

Rasa kurang adil pula... malu laa macam tuu..

Jadi saya ambil keputusan terus tak mau buat post atau entri baru jika tak da masa nak terjah blog kawan-kawan....

Mungkin dia jujur utk menegur kamu tetapi mungkin caranya sahaja yg salah tidak mengapa maafkan sahaja dia ...yg penting dia jujur menegur...

ucapkan terimakseh kepadanya bukan "tak nak kawan dgn dia..."


:)

setiap org hanya mampu berkata kata sehingga tiba terjadi pada diri sendiri baru pandai terdiam..

semoga 'kwn' yg sorg tu berkawan secara berhemah juga...

@Daddylicious

Err, sy tak ucap TERIMA KASIH ke En.Daddy? En.Daddy baca sekilas lalu je nie...

14/12/11

Tak salah menegur tapi biarlah dengan berhemah. Kalau perkataan 'bodoh .. sebodoh bodoh umat' digunakan, pada KC itu sgt-sgt tdk berhemah.

14/12/11

ajak orang jaga anak ikut sunnah nabi.ironi diri sendiri bodoh membodoh bodohkan umat plak.nice.

*sabar ye mommy.

14/12/11

assalamualaikum Fara,

lain orang lain caranya tetapi ada cara yg terbaik harus diikuti iaitu seperti saranan 'kawan' tu...masalah lainnya akan timbul jika cara menegur itu yg kekadang buat orang akan terasa tawar hati dan hilang rasa hormat., walau bukan mahu dihormati tapi belajarlah menghormati...

"bodoh boleh belajar tapi cakap jangan kurag hajar"

peace yaw!!

14/12/11

tuler adat orang berblogkan.. kadang2 risau gak kalau2 kita menulis disalah tafsirkan.. memang lain orang lain caranya .. ... takper yang penting semuanya selamat

14/12/11

larrr camtu pun ada ke? gua ingat dia komen kat kotak komen lu beb..haru biru ler...lu kenal ke? selamber je sound mcm tu..

kadang2 kalau nak menegur orang kena pikir jugak perasaan org..

sabar ya fara...

setiap orang ada cara tersendiri dalam mendidik anak2..

termasuk jugak iols - denda jugak my kids bila mereka buat salah...

inilah yg dikatakan...

tak hidup dek pujian..
tak mati dek cacian.. (",)

hanya yg jadi ibu,tahu betapa perangai anak2 kdg2 mencabar kesabaran kita

14/12/11

SEMOGA SEMUANYA DILINDUNGI... TAKNAK GADUH2.. DUNIA NI SEMENTARA SAJA..

saya baca komen tu pun dah tersentap. agak kasar bunyinya..

nak menegur dan memberi nasihat tu biarlah dengan berhemah kan.. ini sampai melabel orang sebodoh2 umat.. itu bukan namanya menasihat, itu seolah-olah macam memerli..

14/12/11

Maaf la Fara, akak belum sempat baca entry yg lps fara. Psl 'kwn' yg sound fara tu, lupakan je la walau fara rasa sakit hati. Apa yg penting didik anak cara kita sendiri, tak mendera pun kalau kurung sekejap. Semua ibu sygkan anak, mana mungkin biar anak kesorangan, tmbh kecik lg pulak tu.

pedihkan tuan blog tu komen fara kat entry dia, fara tuan blog tu yang selalu caci maki keluarga cik ina. cik ina dah lama pelik ngan manusia cam tu , cik ina tak pernah kacau dia, dia nak menyibuk kacau cik ina, selalunya kalau cerita cik ina meroyan kat blog tak lain tak bukan adalah kerana tuan blog tu.

14/12/11

Tiada orang sempurna, atau sebaik-baik ibubapa, tetapi setiap orang sentiasa mencuba menjadi yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Bila kita puji anak sendiri pun orang kutuk, apa lagi bila kita marah anak...

Sabor jelah...

14/12/11

mungkin tuan blog tu rasa isu tu isu besar so dia nak buat entri la tentang isu tu,.. almaklum isu anak2 ni kan isu sentiasa hangat, ada ibu bapa anggap nak mengajar ada plak anggap terlebih2,.. apa2 hal pun kita kena bersederhana,.. macam akak selalu x sabar dgn anak2,.. takut2 jiran2 sebelah anggap ada apa2 je kat rumah akak yg selalu riuh rendah tu..

14/12/11

Setiap ibu bapa sentiasa berusaha yang terbaik untuk anak masing-masing.

Adakala memang cara kita tidak kena, tapi ada ruang untuk belajar.

Teruskan, jangan putus asa.

MF..learn from experience..we cannot pls all...mungkin lain ibu lain pengalamannya dalam mendidik anak kan...my sist letak anak dia dalam bilik gelap dua tiga saat..(dua tiga saat je..sambil pegang tombol) tapi ah namanya budak kan...bila kuar je tetap macam tu...
Jadi selagi MF fikir the method is ok with you..ok je...cuma bab terkunci tu, kena alert..



cool aydin!

15/12/11

adakah komen saya dulu juga mengguris hati awak Fara?kalau ada terasa sy minta maaf ye.sbg ibu semestinya mahu yg terbaik utk anak-anak.sy juga masih
'sedih'bila di kata tak sayang anak hanya kerana tahun depan saya hantar anak sulung bersekolah di kampung.hanya saya dan suami je tahu apa sebab kami buat begitu..

15/12/11

kata kawan saya seorang guru, 'mengurung' merupakan salah 1 kaedah dalam pengajaran atau nama lainnya adalah 'teknik pengasingan'. dan ia merupakan kaedah yang lebih baik berbanding 'menengking' dan 'memukul'.

kaedah sudah betul, mungkin ada kesilapan teknikal saja (tombol rosak misalnya). apa2 pun, saya setuju kita harus lebih berwaspada dari aspek keselamatan dalam mengawal anak2 (misalnya standby anak kunci sebelum mengunci pintu bilik).

mudah2an kita semua menjadi ibu bapa yang baik dalam memelihara amanah Allah agar mereka menjadi khalifah yang baik di muka bumi ini. AMIN...

15/12/11

me ada baca jugak, but me just brush it off, sebab cara manusia fikir lain2 kan.

in fact me pun buat kat zahra sometimes..kalau dia degil tanak keluar bilik air, me tutup 3-4 saat mcm tu. but me standby siap2 takut la apa2 kan. I know it's extremely dangerous, but who knows our child better? setiap kanak2 tak sama, perangai lain2, character lain2, and we are experimenting with them. kalau tak kena cara ni, kita cuba cara lain. it's trial and error process sampai bila2. sebab tu we can't condemn parents on their parenting. only the parents know their kids best right?

so dont feel bad about it ya. blogland ni luas, kita sedut all the positive vibes saja. yg negative2 ni baca suka2 sudah ;)

pedihnya kekata2nya..nak tegur pun biar lah guna bahasa sikit..ne mcm kurang ajar aje..kak ita setuju banyak kekawan yg komen di atas..tapi ne memang ada masalah mental kot fara..pedulikan...

16/12/11

tambahan lagi: seeloknya jika ingin mengurung anak, kurungkan dia di dalam bilik dan bukannya bilik air sebab bilik air adalah tempat syaitan. dikhuatiri sifatnya nanti semakin keras dan kuat melawan. kaedah mengurung ni sesuai dijadikan pendekatan untuk mengawal anak2 kerana sifat manusia sendiri yang tidak suka dikurung. sekadar pendapat, kalau salah sila betulkan.

Catat Ulasan