Bagi saya, membangkitkan isu harga air suam sehingga RM1.50 segelas adalah seperti anjing menyalak bukit (maaf, saya menggunakan peribahasa Melayu dan bukan menyamakan manusia dengan binatang). Kenapa bising sedang kita masih mahu membelinya? Bukan susah hendak membawa bekal air suam dari rumah pun? Jadi, apa guna kita bising tapi tetap menjadi konsumer tidak bijak?
Konon setakat air suam, malulah nak bertanya harga pada si penjual. Malukah? Saya langsung tidak malu. Sedang orang Cina duit berkepuk dalam poket pun kalau nak membeli nasi lemak biasa tepi jalan sana sudah sibuk bertanya; Berapa harga nasi lemak biasa sebungkus? Inikan pula kita yang bila tiba hujung bulan saja sudah berkira-kira berapa RM yang tinggal (ok, saya tahu tak semua macam ini)
Pagi tadi bila dengar HOT FM, seorang pemanggil merungut bila salah sebuah kedai makan di Bangi mengenakan harga air suam sehingga RM1.50 segelas. Bila dj radio bertanya kenapa masih mahu membelinya sedang sudah tahu harga air suam itu melampau dari kebiasaan. Si pemanggil memberikan alasan yang langsung tidak bijak untuk didengari;
...sebab kami masih ada anak kecil! Wajib order air masak!
Saya sendiri biasakan diri bersiap dengan sebotol air suam dari rumah untuk anak saya yang juga masih kecil. Masyarakat! Masyarakat!
Konklusi, bertanya dulu sebelum membeli sebab kita ada hak! Bila dah tahu harga, apa lagi? BOIKOT sajalah!
Dari beli air suam (yang kita pun tak tahu kualiti macam mana, masak betul atau tak?), baik beli air mineral saja. Air mineral 1Malaysia pun baru 30 sen. Tak pun kalau nak jimat lagi, bawa saja bekal air suam dari rumah! Apa susah? Haishh!
26 comments
eh, biasa la tu. kan orang kita masih tebal dengan mentaliti `ketuanan'nya. mana mungkin seorang tuan di atas tanah yang dipijak mempersoalkan harga itu dan ini seperti orang yang tak mampu membeli? walau pun pada hakikatnya memang kurang mampu pun. bil air yang seperti kadar BLR pinjaman rumah lagaknya dan petrol yang menjadi hak kita pun kita cuma menyalak sekejap je, inikan pulak nak mempertahankan harga air suam. sebab tu sesetengah perkara aku sedikit malu nak mengaku aku melayu. apa, aku biadap dan sentiasa mengagungkan bangsa lain? tidak...
1.50????? mak aih..mmg betul air masak bawak jelah dari rumah..
aha..
pendek kata atas kita belaka sebenarnya..
alasan yang memang tak leh blah..
Disebabkan ada sedikit rasa malas, akhirnya kita juga yang rugi...
yes, saya suka tanya harga makanan sebelum beli. bukan kedekut atau nak berkira atau tiada duit tapi kalau rasa mahal, jangan beli.
Memang pun dengar kat hot fm tadi, saya pulak mmg dah biasakan bawak air masak dari rumah, letak lah sebotol dalam beg tangan, lagi bersih kualitinya dari beli kat luar kan..
sama la macam kes buffet berbuka kat hotel yang mahal tu~~jadahnya diorang bising? bukannya wajib pun berbuka kat hotel~haih~
*kereta sudah ok?
Lepas ni klo nak mkn kat kedai kena standby air masak sebotol dari umah ☺☺.
@SM
Ayat terakhir ko tu mcm lom pape dah defend diri sendiri. Cool beb.
@bujal X
Yg tu tatau nak kate pe. Sgt kesian dgn org mcm tu.
Harimau Kumbang sy dah sihat. TQ bujal sebab menanya khabar.
@Fara
perlu sediakan lapisan pelindung sebelum menerima ludahan kahak orang yang jengkel dengan aku. hahahaa...!
Macam penindasan la pulak. Boleh bawak ke tribunal tak?
ada juga usaha boikot-memboikot di malaya ni... tapi tak pernah ada yang berjaya...
kenapa eh?
memang betul .. bukannya susah nak bawak air suam.
lagipun duit kita, air dia .. terserah.
setuju!bkn susah pun bwk air masak sendiri dr rumah...sebenar nyer alasan sahaja & pandai komplen je tapi nk bertindak nyer...tidak lah.....biase la manusia dasar suka berkata-kata..
betulla tu....masyarakat-masyarakat! beli air mineral jemur tgh panas..lg jimat
@gedek!
sebab kita ni kalau ramai-ramai bercakap bunyi macam guruh berdentum, tapi bila bab tindakan masing-masing tak bersatu hati. pada aku la...
Malu bertanya sesat jalan kata pepatah...dari dulu lagi org2 tua dah mengingatkan..nak salah kan siapa yer...
@gedek!
...sbb kes atas tu. Bising tp tetap beli. Mcm ne tak berjaya. Malaysian selesa jdk selfish and apathy. So, tak ley bt ape.
padan muka..bawa aje lah..tak susah pun..kak ita yg ada nak kecil ne..siap bawa air panas dan air masak lagi..senang nak buat susu.....kemana aje......
yuppp.. macam anjing menyalak bukit... so kita mesti bersatu.. memboikot penjual yg mencekik darah dan menukarkan kepimpinan yg x prihatin hal masyarakat bawahan.. dia orang apahal setakat 1.50 tu... so apa lagi, mulakan ngan pangkah yang membela rakyat.. tapi siapa ye? pokok pangkal kita jaga je le diri kita dan keluarga kita x payah harap2 pemimpin pon..
Tu pasal org Melayu tak ramai yg kaya, pasal berat mulut dan berlagak kaya. Betul cakap u, cina yang duit berkepok kepok tu pun tahu gunakan hak utk bertanya berapa harga makanan.
Dah berlagak kaya, tapi bila kena bayar RM1.50, melalak macam hilang 150 ribu! Padahal silap sendiri..Hahahaha
sekarang ni, air mineral pun lebih mahal dari minyak petrol.. (",)
air (reverse osmosis) 500ml dah rm1.00.. satu liter dah rm2.. air mineral 500ml dah rm1.50.. satu liter dah rm3..
minyak satu liter baru rm1.90.. (",)
yg bodoh tak tanya dulu tu knp? Barangkali dia tak tau hak dia sebagai 'customer' ..
bab makanan atau minuman kalau rasa mahal , jangan beli, ye dak. masak je kat rumah.kalau dah semua serba tak kena nak jadi apa ye dak.
memalukan...sebenarnya org buat excuse nak bagi sedap hati sendiri.. hahaha..