Mungkin ada sesetengah entri saya bersifat sinikal. Percayalah, saya mendambakan perdebatan! Usah minta maaf jika kawan-kawan tidak setuju dengan cerita saya. Bidas saya! Jangan berhenti! Saya mahu mendengar pendapat kamu semua! Semakin berjela perkataan dan semakin meleret isu diperkatakan, dari situ saya tahu apa yang tersurat dan tersirat dalam hati kamu. Kalau saya syok sendiri, lebih baik saya tutup kotak komen untuk ditulis kawan-kawan semua.
Bukan saya tak suka komen; SETUJU dari kawan-kawan. Tapi kalau ada yang tak setuju, lagi elok jika kita sama-sama luahkan pendapat yang berbeza. Buang perasaan negatif. Jom kita sama-sama jadi insan berfikiran optimis!
29 comments
kita tak kisah pun kalau ada yang tak setuju dengan pendapat kita, tapi dengan syarat kena huraikan kenapa tak boleh , kenapa tak setuju.
Ini lah juga sebab saya suka baca akhbar online...
orang ramai boleh komen dan beri respond..!
I like u! :) Berani..
saya penat berdebat kat kilang.. :P
jgn pendam..jadikan blog sebagai medan bertukar fikiran.
@norh
Berdebat psl apa? Mcm menarik je.
SALAM,
LF SENDIRI ALU2KAN KOMEN/PANDANGAN. TAPI HENDAKLAH IA DILAKUKAN SECARA BERHEMAH DAN BERDASARKAN FAKTA/KEBENARAN.
yuppp.. akak suka ngan tulisan tuan blog sini, sbb tu akak masukkan blog ni dlm bloglist.. tulisannya mencabar pemikiran dan me'narik' akak untuk mengomen.. selera dgn jiwa akak ooi
gua ok jer...gua setuju pendapat cik ina
semua orang berhak bagi pendapat dan pandangan tapi kitatak berhak untuk memaksa orang menerima or menolak pendapat serta pandangan orang kan?? at least dengan adanya pandangan dan pendapat tu..terbukak sket minda kita kan...mungkin orang lain nampak apa yang kita tak nampak =)
orait...secara jujur hala pemikiran kita agak kontras sebenar...hehe
Betul tu. Kadang kala apa yang kita tulis tidak semestinya betul. Pendapat yang berbeza adalah dialukan untuk dikongsi. Membetah bukan bererti benci, membetah kerana sayang.
wah mendambakan perdebatan...dasat..hehe
...cuma apa yang aku khuatirkan sebahagian daripada kita (terutamanya kau, haha!) akan dipengaruhi dengan emosi ketika menegakkan pandangan dalam perdebatan. jadi apa yang positif dalam pandangan kau tu langsung tak nampak, sebaliknya lebih kepada menegakkan benang basah. dan kadang-kala kau (dan aku) juga perlu menyerap pandangan orang lain. barulah kita boleh dikira neuutral dan kemudiannya menjumpai satu konklusi. pendek kata, jangan berat sebelah la...
saya suka baca komen dan buat perbandingan tentang fikiran orang.
@Daddylicious
Sy dah lama tau tp sy suka En.Daddy sbb En.Daddy adalah sgt cool!
=D
@SM
Ah! Persetankan pengaruh emosi itu! Hahahah! (Gelak jahat). Aku suka menegakkan benang yg basah. Hahahaha! (Gelak jahat sekali lagi).
Mcm ne ko nak bersuara klu ko isaukan emosi org? Klu dgn aku, ko mmg kena hadap la emosi aku sbb aku mmg emosi tp dgn ko je. Hahahaha (Jgn mrh, sekali lagi aku gelak jahat!)
Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa....kehkehkeh!
sy pon suka blog kamu..walaupon kdg² ada perkara yg sy x setuju biasanya komen sy bertapis kut hehe..sbb sy orgnya x brp suka berdebat..dan sy juga x suka org menilai sy
people have different ways of thinking . negative else positive yang membezakan cara kita berfikir . karma kutt :D
@Fara
emosi tu la yang bakal buat pandangan kau tersesat (aku sengih je). satu akal yang perempuan ada tu lebih baik daripada sembilan yang lelaki miliki kalau kena duduk cara menggunakannya.
kau memang emosi pun. sebab tu aku suka buat kau emosi. emosi sana, emosi sini. kemudian apa yang kau dapat selain penat beremosi? (hahahaa! yang ni aku gelak)
@lynda salim
Hai!
Sbnrnya sy tak bape faham bab karma. Hiks! Walau apapun, thx sbb sudi singgah n komen sini.
@SM
Aku tak rs pandangan aku sesat (ok, aku akui ada pendapat aku yg lari tajuk dr isi cite ko).
Dan aku tak penah penat emosi. Ko mmg suka memandai bt andaian kan?
Ceh!
@Fara
...tapi kadang-kadang aku rasa macam tu (kadang-kadang kata p ramlee), tak selalu la. mungki juga aku rasa macam tu sebab aku tak setuju dengan kau? tak mungkin, kau memang PAS (pembawa ajaran sesat, jangan samakan aku macam mereka yang bijak berucap beberapa hari lalu sebab bagi satu lagi definisi PAS). naahahaahahaa!!!
@SM
Dalam ertikata lain, kau jugak menegakkan benang yg bsh. Setiap pendapat kita pertahankan, aku suka. Tapi kan, undi tu rahsia beb! Nape lom pape ko dah bocorkan rahsia aku?
Hahahahahaha!
@Fara
benang basah pada kau, tapi tidak pada aku. sebab tu aku juga perlu bermatian mempertahankan.
kau tak perlu merahsiakan undi daripada sesiapa, yang penting hasilnya undian kita tu nanti.
@SM
Erk? Aku terkejut ok bila ko kata benang basah bukan pada ko. Ok. Apa aku boleh kata. Itu kata-kata ko, hati ko. Tp ko kena igt gak, pandangan setiap orang terhadap kita tu subjektif.
Yelah, mulut2 bising janji undi. Jgn mulut2 bising tp duduk atas pagar! Pastu kecoh mcm ayam baru lepas bertelur.
kak ita pun ..kebanyakan yg fara tulis tu kak ita setuju..walaupun kekadangan pedas....dan kak ita suka baca blog fara yg best ne..
@Fara
cuma pandangan peribadi aku. susah nak dapatkan pendapat yang sebenar-benarnya betul. betul pada si polan, tak betul pulak pada si polan yang lain.
ok, aku suka video undilah...
Awak berani, Fara. U have a strong character. I like.