Sampai ke hari ini saya pelik. Ada orang, suka sangat! Walau ada adegan sipi-sipi atas katil tapi bila wataknya bertudung maka ia seperti 'dimaafkan'. Kalau macam itu, baik saya duduk rumah tengok MTV yang majoriti menayang manusia separuh bogel yang gila berparti. Sama saja kan?
Saya tak nak cerita bab hukum-hakam agama sebab saya sependapat dengan Wardina Safiyyah, serahkan pada yang layak untuk bercerita. Tapi saya tertunggu-tunggu orang yang layak itu untuk tampil ke depan dan muncul di kaca TV mengajak manusia bertaubat bahawa dunia ini semakin lunyai dihenyak dosa manusia. Tapi kenapa tak muncul-muncul jua ya?
Bila saya beria hendak menonton filem Yahudi, 'mereka' dengan sinis berkata; Orang sibuk boikot Yahudi, kau pergi sokong cerita setan tu. Dahlah dedah sana dedah sini. Cerita tempatan kau tak nak pulak sokong! Macam mana ya?
38 comments
hukhuk.....
Apakah bila artis yang buat, semuanya dimaafkan konon atas nama sekadar lakonan?
Allah juga yang berhak menjatuhkan hukuman bilamana manusia sengaja berpura2 pekak dan buta. :(
kita layan national geographic channel sudah. lagi jujur.
citer tu ker?
belum tengok..tapi dah boleh bayangkan :-)
hhhmmmmm...
errr..xyh dgr ckp org fara..yang penting kita tau yang mana baik atau buruk utk kita dah
kau nak tunggu orang yang layak tu bercakap? boleh, tapi dengan syarat kau yang kena bayar gaji mereka. mereka ni kebanyakannya akan bercakap mengikut kemahuan pembayar gaji. teringat statement bebal seorang pelakon, "saya buka tudung atas tuntutan watak'. apa...? komen yang kat atas tu bagus, baik tengok national georgaphic atau discovery, layan binatang berbogel...
JADI MACAM SAYA.. SUDAH EMPAT TAHUN TIDAK MENONTON WAYANG.. TAPI CERITA OMBAK RINDU NI ORANG RUMAH AJAK MENONTON PULA... BELUM PERGI LAGI NI.. HARAP-HARAP DIA LUPA. ;p
yuppp sokong.. pak ulama malaysia dah di'kunci' ketat2.. anak kunci pon dah ilang koot... yang cuba nak mengajak kebaikan pun digelar.. P.Ajaran Sesat.. so nak kata apa?... kita yg masih boleh menolak... jauhkan je le yg x baik,..jadi 'penterjemah' dan 'pengulas' setiap siaran kat tv pd anak2...
sbb cerita tmpatan pun dedah sana dedah sini hahahahaha
choiii betul
syukur alhamdulillah segalnya berjalan lancar kata artis tu masa di interview tetang babak atas katil....
adakah artis tu paham maksud syukur dan alhamduillah????
cerita yang berombak tu ke?
atau salah tebak nih?
Cerita tempatan dan cerita Yahudi dah x banyak bezanya.... terserah pada penonton utk menilai baik dan buruk sesuatu cerita/seni... kalau nak ikutkan tgk wayang/movie tu pun dah dosa dah... Lu pikir lah sendiri.
ala, saya bertudung pun sebab saya perlukan simpati orang ramai selepas vidio sex saya terlepas..
eh?
alallallalla
biasa lah malaysia.
@Fitri Senin
Sy mmg tak dgr ckp org tp hati tertanya...
MEREKA PUN BUKAN ELOK DARI SAYA PUN TAPI KENAPA BERLAGAK ELOK?
@SM
Erk? Ade ke pelakon bukak tudung sbb tuntutan watak? Ke ko bt perumpamaan je?
@aimaniman
Huh! Komen paling bernas yg sy suke!
@miloais
Kang klu tanya kang, jdk mcm;
Antara hukuman hudud adalah sula. Hahahahah!
@AdD
...sbb tu bila org lain nak tgk ape yg die suke, jgn nak berlagak jdk Tuhan. Tapi bila kena btg idong sendiri, pandai lak ko nak memaafkan?
Err, emosi lak. Maaf ye?
@kakcik
Tu yg menyedihkan......tp ada manusia yg 2x5 nie suka bertindak jdk Tuhan. Payah!
Assalamualaikum Fara
ulamak dipilih oleh pemimpin
pemimpin dipilih oleh kita sendiri
renungkan...
Wassalam
@Fara
serious shit, ada!
gua adalah seorang yg tidak suka menonton filem tempatan. drama ok lg tapi gua tapis jugak. byk hipokrit. tak real mcm gambaq tamil...kalo cerita razak mohaiden mmg gua hukum tahap >M<?L:IOIP
hurmmm .. farah. to be honest with u, throughout 38 tahun KC hidup di dunia ni, ramai yg memandang rendah pada KC. Pergi sana org tak welcome .. pergi sini dikecam. Camna?
ada ka? ingat potong.. so,, x jadi la p tengok... huhu
Dunia dah akhir zaman..Masing-masing alpa..
sgale cte kat novel nak diadaptasikan..
nak lawan harry potter kot..huhu
ble rasa "MALU" dah mula ilang..
support filem melayu??bkn tak de smgt patriotik,tp.....tak perlu cakap bnyk dh..org Malaysia sume educated, boleh pk kot..
bagi saya, tidak perlu ditunggu yang layak atau tidak. sesama manusia harus ingat-mengingati.kalau kita tunggu yang layak, kita sebenarnya sibuk menghakimi kelayakannya bersuara daripada apa yang mahu disuarakan.masing-masing ada otak, boleh fikir mana yang boleh diikut, mana yang tidak..
haha...cite kita lagi ngarut...ngan 3gp nye...x faham tul asal dorang nak tunjuk aksi 18+
kalau kau rasa nak tengok kau tengok.kalau rasa kau malas nak layan,kau takyah layan.simple jer kan.aku pun buat macam tuh.
layan citer korea lagi best..:)
setuju ngan kak cik
fikir2kanlah sendiri
sedih dgn keadaan islam yg semakin longgar dan diperlekehkan .. semua ini bila kafir laknatullah tgk memang mereka bertepuk tanggan
nak2 yg berduyun2 itu adalah org islam sendiri .. huhuhu
mentaliti makin pelik
komen hakak milo ais terbaikk la... :)
entah lah fara...halal haram ne...payah nak cakap lelebih...kang terkena idung sendiri pulak...allah nak bagi balik sekejap aje..sekarang ne allah bayar cash kat dunia ne..tak payah tunggu akhirat ....
bukan taknak sokong filem tempatan tapi ada ketikanya tak sesuai langsung untuk ditonton oleh anak2 walaupun filem itu berstatus U..
x setuju juga watak bertudung melakonkan adegan atas katil (berkemban pulak tu). sekadar menonton dari trailer. ulasan penonton rata2 mengaku filem ini hebat, tragis, WAJIB TONTON etc. apa pdpt mereka pula tentang adegan2 ini ye? bersetujukah?