Saya suka menjengah muzium. Adakala kerana obses, saya pernah memohon jawatan kurator kerana ingin dekat dengan muzium. Malang, tiada rezeki saya di situ. Tak apa. Asalkan minat saya berkesinambungan sampai ke anak, cucu dan cicit. Terima kasih kepada Mak dan Ayah kerana memupuk minat ini pada saya.
Baru-baru ini, saya berpeluang melawat Muzium Negara. Hakikat yang buat saya sedih, muzium itu tidak sepadat zaman saya kecil. Walaupun meriah dengan ahli rombongan kanak-kanak sekolah, pelancong luar negara dan rombongan MIC, tapi hati saya masih sepi. Entah kenapa. Saya tidak terasa meriah seperti zaman saya kecil. Isinya masih sama cuma medium berdigital lebih banyak digunakan berbanding dulu, banyak replika diguna untuk membawa pelawat kembali ke zaman silam. Saya sedih mungkin kerana replika terdahulu sudah mereput. Seakan kenangan melambai selamat tinggal. Walau apapun, terima kasih kepada pihak muzium kerana harga tiket yang sangat murah.
Muzium mengajar saya erti penghargaan tak berbelah bagi terhadap bangsa saya yang dahulu. Jika bukan kerana keazaman mereka, bangsa kita tak akan diiktiraf. Jika bukan kerana kesungguhan mereka, bangsa kita tak akan berdiri. Jika bukan kerana mereka, bangsa kita tak akan mendabik gah kini. Tapi ada satu perkara buat saya terfikir juga, andai mereka tiada kesungguhan dalam menaikkan martabat anak cucunya, pasti kita semua akan bersungguh-sungguh berjuang demi mendapat tapak untuk kita semua berdiri. Malangnya, kita semua sudah jelak mundar-mandir di atas kejayaan generasi awal dulu. Maka kerana tiada apa lagi yang hendak diperjuangkan, kita membantu perjuangan bangsa lain untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Tak apa. Saya menunggu masa kita semua menderita kerana 'baiknya' hati kita semua.
Memang Melayu sinonim dengan Islam. Lahirnya Melayu, rasmilah dalam diri itu Islam. Tapi mentaliti Melayu moden hanya 1; Melayu bukan Islam. Islam bukan Melayu. Islam milik semua. Sebab itu, Melayu halal keluar dari Islam kerana Islam bukan milik Melayu mutlak. Islam milik Cina, India, Iban, Kadazan dan apa jua bangsa yang ada dalam negara Malaysia. Dan Melayu bukan saja milik Islam malah milik Kristian, Buddha, Hindu malah mungkin ateis juga.
Baca dan faham maksud tersirat dan tersurat saya. Cerita saya bukan naif tapi setiap perkataan saya pun ada maksudnya juga.
23 comments
:)
yang penting jgn lupa asal usul kita dan asal peganggan agama kita.
dunia akhir zaman byk cabarannye
sori fara..beberapa perenggan pertama susah nak digest.. nanti saya kembali bila kepala saya tak sakit lagi..
perenggang terakhir tu paling menarik minat saya..ramai melayu anggap islam milik melayu..melayu milik islam..hakikatnya banyak melayu kat luar sana bukan islam atau islam sekadar di dalam kad pengenalan..
I pun suka muzium. hihi.
SALAM,
BETUL ! LF MEMANG RISAU TENGOK SITUASI UMAT ISLAM SEKARANG NI ..
antara blog yg buat aku kagum membacanya ialah blog ko :)
tu je nak komen
Assalamualaikum Fara
dahulu, pejuang mengutamakan Islam
sekarang, pejuang mementingkan tengkolok
maka bangsa yg menjauhkan Islam akan lenyap
Wassalam
kita pun suka pergi muzium, lama tak pergi situ..betul la fara, zaman sekarang ni yang melayu memang dah tak cam islam pun..kita pun sedar diri tak sempurna, huhu
"WE LOVE MUSEUM"
KUNJUNGILAH MUZIUM... ;)
cik ina suka, fara tak bangsakan agama.
perenggan last memang betul..
hurmmm
Kakak pun bukan Melayu tapi kakak menjunjung tinggi Islam sebagai wadah dan aliran dlm hidup kakak...
muzium negara tu dekat dengan rumah kak ita,tapi tak pernah gi...hubby tak minat sanggat..kak ita suka sejarah....
memang betul yg fara ckap tetang islam.melayu tu semua....dah akhir zaman...macam-macam dah terjadi...
Muzium sekarang pamer baju kawen mahal tu..
last wk pun baru gi melawat
hubby pun ckp dah mcm kurang je
muzium..baju pengantin pun nk tayang :)
uniknya bangsa kita ini adalah ia sgt sinonim dengan islam...
tiada bangsa lagi didunia ini yang agama itu adalah eksklusif kepada Islam sifatnya...
malah orang Arab sendiri ada yang jeus, kristian dan sebagainya tetapi kita tiada melayu buddha, melayu kristian dan sebagainya..
harap ia dipertahankan
faham dengan cara sy sendiri. :)
lama tak pi muzium perang, batu maung.
last pergi muzium habis form 5 dulu...
rasanya faham sangat apa yang tersirat bahkan mungkin kita sama 'wavelength'.
Bagi akak, mengunjungi muzium sama seperti melihat sejarah bangsa yang mula terpinggir, tiada pembaharuan dan tidak bersetuju dengan corak orientasi pentadbiran kini. Di mana2 saja kerenah birokrasi politik sangat synonym dengan mereka...maaf bercampur aduk pula dengan pendapat peribadi. Ingat tak dulu ada ura2 nak letak gaun nikah memey/norman hakim kat situ. Kalau jadi juga memang kami akan boikot muzium kaw2. Kalau mereka itu pejuang bangsa atau tokoh negara yang disegani, lain cerita lah kan...
rasa nak pegi muzium balik.
Melayu sekarang hanya "pengikut",.. bukan lagi "penganut" agama Islam
....ada yang sedang berjuang tetapi dengan agenda yg tersendiri bersama kumpulan masing2 dan tidak tahu kemana pula arah tujuannya dan bukan itu sahaja malah kita seperti ketandusan idea untuk memperjuangkan apa yg harus diperjuangkan padahal perjuangan sebenar betul-betul terletak dihadapan mata kita cumanya adakah kita perasan atau tidak perasan itu sahaja.