29/12/11

cerita tentang king kong

Dulu masa zaman muda-muda, saya selalu tertanya-tanya; ada ke yang nak pada saya? Saya tak pernah ada keyakinan tinggi terhadap diri sendiri. Saya rasa saya hodoh. Saya rasa saya tak cantik. Saya rasa saya tak ada daya tarikan yang menarik.

Seawal usia 10 tahun, saya sudah memakai cermin mata berbingkai hitam dan berkanta tebal. Terasa tebal dengan rasa; hodohnya aku!. Tambah lagi dengan ketinggian saya yang luar biasa. Seawal usia 12 tahun, tinggi saya sudah mencecah 172 cm. Sudahlah tinggi, saya memiliki rangka badan yang besar pula. Keyakinan saya pada masa itu memang negatif 0! Saya malu. Ditambah dengan kata-kata ejek kawan-kawan sebaya seperti; gorila, king kong, zirafah dan gergasi. Saya pernah menangis kerana diri saya sendiri.

Pernah saya terpaksa bergantung pada ubat kerana sakit ulu hati saya yang teruk. Semuanya gara-gara saya terlalu menekan diri menahan makan. Takut gemuk! Walhal, saya tak gemuk pun! Betapa teruknya tahap keyakinan saya pada masa itu. Saya seperti diserang sakit psikologi. Tertekan kerana terasa buruknya diri ini.

Bila saya sudah besar dan dewasa, tahap keyakinan saya masih negatif. Kalau keluar dengan kawan, kawan dapat perhatian. Tapi saya terpinggir. Sangat susah untuk saya mendapat perhatian lelaki. Kelakar sebab saya selalu mengimpikan seorang lelaki datang pada saya untuk berkenalan. Saya mengaku, saat saya diperkenalkan dengan dunia yang luas adalah saat yang penuh dengan ujian. Pada masa itulah hati pun mula sibuk tergedik. Biasalah kan, budak muda. 

Lagi buat saya hilang keyakinan bila kawan saya yang berbadan montel pun diminati lelaki. Sedang saya terus dipandang sepi. Saya kehairanan. Kenapa ya? Kenapa macam itu? Kenapa dengan saya? Apa yang tak kena pada saya? Buruk sangatkah muka saya? Walau kawan-kawan sering saja kata saya cantik, saya bertuah sebab dikurniakan badan yang tinggi, muka saya licin dan bersih, rambut saya panjang lurus dan macam-macam lagi kata-kata penyejuk hati. Tapi tetap tak ada lelaki yang berminat hendak berkenalan dengan saya. Kenapa ya?

Lama-lama saya hidup di bumi, akhirnya saya temui jawapan kenapa;
  • Dulu masa zaman saya belajar, ada budak lelaki suka mengusik perempuan. Ada satu masa, mereka menyakat budak perempuan dengan ular plastik. 2 orang budak perempuan yang mendahului saya, terjerit terpekik dengan suara nyaring kerana geli. Dan budak lelaki itu ketawa terbahak-bahak kerana gembira yang amat bila dapat melihat budak perempuan tergedik-gedik menahan kegelian. Dan bila tiba giliran saya, mereka buat benda yang sama. Mencampak ular dan ular plastik itu jatuh betul-betul di depan saya. Tapi saya tak ada reaksi. Saya hanya melihat ular plastik yang tersadai itu dan kemudian saya menoleh ke arah budak lelaki. Senyap. Budak lelaki itu tidak ketawa. Tapi muka mereka berubah. Saya hanya menggeleng lalu meneruskan perjalanan saya. Kesimpulannya, saya bukan perempuan gedik.
  • Dulu masa zaman baru bekerja, saya suka keluar dengan kawan-kawan. Dan saya kalau keluar dengan kawan-kawan, saya dah tak hirau apa-apa. Dunia saya hanya bergembira dengan kawan. Ada satu masa, sedang asyik ketawa dan minum-minum tiba-tiba ada seorang pelayan datang berjumpa saya. Dia hulurkan saya sekeping kad perniagaan. Dan katanya, ada seorang lelaki berikan kad itu pada saya. Tapi saya tak pernah ambil peduli. Sampai rumah, saya terus terlupa. Kesimpulannya, saya bukan perempuan suka melayan.
  • Saya tak suka bersolek. Paling tidak pun, saya cuma kenakan celak mata saja. Kadang-kadang, saya pelik juga dengan diri sendiri. Mengeluh kerana tak ada lelaki yang suka. Tapi tak ada pula keinginan hati yang berkobar-kobar untuk berubah menjadi cantik. Saya rasa buang masa. Kesimpulannya, saya sayang duit untuk beli benda yang tak berfaedah semata-mata nak tarik minat lelaki. Ok, bagi saya kalau itulah saya - saya adalah malang!
  • Mungkin penampilan saya yang sangat ringkas. Kalau perempuan lain, baju berbunga-bunga dan berenda sakan tapi saya hanya kemeja-t, jeans lusuh dan kasut koyak. Suami pernah berterus-terang pada saya, dia kata; Masa mula-mula I tengok U, 1st impression I - U selekeh. Dalam hati saya kata; So what? Sekarang saya sudah selamat jadi isteri dia dan ibu kepada seorang anak yang comelkan? Kesimpulannya, saya bukan dalam kategori girlish. Kalau orang tak kenal saya, mereka akan kata saya adalah peminat berani mati kumpulan Nirvana (pada zaman itulah) walhal mereka tak tahu yang saya sangat gila dengan Ronan Keating. Hahahaha!
  • Saya terpaksa akui, Malaysia sangat gersang dengan lelaki yang mempunyai ketinggian yang melebihi dari saya (5 kaki 9 inci). Bila ada lelaki tinggi, mereka suka perempuan petite. Sangat sedih. Dan saya pula, saya akui (malang), saya sangat memilih (pada masa itu). Syarat nak jadi teman lelaki saya, lelaki itu mesti tinggi dari saya, mesti pandai main muzik, mesti kepala gila-gila, mesti gaya ala-ala Dave Grohl, mesti comel ala-ala Ryan Gosling (siapa tak kenal, cepat gugel dan nikmati kecomelan dia) atau paling tidak pun, comel macam Azroy. Hehehehe...Kesimpulannya, saya memang perempuan yang banyak berangan. Oleh sebab itu, saya susah untuk dikelilingi lelaki dalam kehidupan. Eh, siapa kata saya tak di kelilingi lelaki dalam kehidupan? Kalau masa saya bujang, lebih ramai kawan lelaki dari perempuan (Alhamdulillah, kawan-kawan lelaki saya pada masa itu semuanya sangat menghormati dan tak ada istilah ambil kesempatan). Mereka lebih jujur kalau dalam bab berkawan. Bukan jenis sohseh belakang. Malah sehingga saya kahwin kini, saya di kelilingi lelaki. Buktinya, suami dan Aydin. Lelaki juga kan?
Kesimpulan dari keseluruhan cerita, kecantikan itu subjektif. Lagipun saya rasa, lelaki pandang kecantikan berdasarkan keyakinan pada seseorang perempuan. Saya tak pernah ada keyakinan yang tinggi. Bila saya kurang yakin, kecantikan saya jadi tak berseri. Sudahnya, susahlah lelaki nak datang dekat pada saya. Tapi itu cerita lama. Sekarang bila sudah ada suami dan anak, saya dah tak hirau apa-apa. Biarlah saya cantik semulajadi. Kalau saya terus nak cantik dan tiba-tiba ada lelaki nak mengurat saya, susah juga kan? Heheheh.

Ok. Cukuplah cerita syok sendiri dari saya. Asyik cerita pasal tak puas hati saja. Orang pun naik jelak. Sekali-sekala cerita tentang diri sendiri pun seronok juga. Kan?

49 comments

hei i suka entry ni
bila kita lain dari kebiasan maka kita rasa terpinggir sedangkan kalau program American's Next Top Model, kelainan itu adalah uniq dan dicari2..

dan i juga adalah seperti u... tak ramai lelaki suka nak mengurat sebab i garang tapi percayalah ada makna disebalik itu...

29/12/11

hehehe..sesekali baca ttg kisah ko aku suka ;)
dulu aku kurus smpi digelar papan playwood..sekarang aku gemuk,sib baik xde yg gelar aku BADAK ;)

memang seronok pakcik baca .. entri ini bukan macam awak yang tulis.

cuma persoalannya .. macamana suami sekarang terpikat dan terlekat dengan awak. ceritalah sikit !

oh .. memang awak tinggi. siapa lebih tinggi suami ke awak ?

29/12/11

Setelah bertemu dgn awak di BBB, ya, awak memang tinggi, lebih tinggi dari saya !
Lupa pula nak tgk, suami awak lagi tinggi ke dari awak?

apa apa pun, yg penting isi hati.
setelah membaca tulisan2 awak, dan baca tentang 'style berpakaian' awak + awak yg tak gedik, it make sense awak lebih ramai kawan dikalangan lelaki. Saya sebagai lelaki sendiri lebih suka berkawan dgn wanita jenis macam awak...dan hey, wife saya pun bukan jenis gedik/girlish..hehehehehe

Aydin kalau ikut genetik awak, bakal menjadi seorang lelaki yg gagah perkasa. :)

mela
29/12/11

12athun 172cm tinggi sungguh. senang kita sentiasa natural dan pasangan kita lihat dan terima ke natural an kita

gedik semata2 nk perhatian dr lelaki? buat malu kita je kan...

sukalah entry mcm ni...:)

29/12/11

SEKALI SEKAL BERCERITA PASAL DIRI SENDIRI APA SALAHNYA.. ;)

29/12/11

sekurang-kurangnya kamu kini tahu siapa diri kamu...menemui keyakinan diri yg hilang tanpa tahu dari mana sudut perlu bermula mencari terlerai kini dan sesungguhnya membina sebuah keyakinan mengenali diri sendiri lebih sukar dari menyakinkan org lain siapa diri kita sebenarnya.

29/12/11

saya pun gilakan ronan keating suatu masa dulu..tapi sejak berkenalan dengan suami, iron maiden pun saya layan..hahaha..

same seperti pakcik..mcm mane dgn perkenalan en.suami?cerita la..

Lelaki selalunya akan mencari yg cantik untuk dipikat dan diusik tetapi bila mahu dijadikan teman hidup kecantikan selalunya diletakkan ditangga kedua sebagai bonus dan tangga pertama yang selalu dijadikan ukuran ialah sikap dan perangainya..

seronok jugak bace tentang kisah fara ni...tapi sekarang dah jadi ibu dan isteri yg cantik...

29/12/11

lebih selesa kan jadi diri sendiri..
bab tak bersolek tu, jimat tau..ha ha ha

29/12/11

Assalamualaikum Fara

Alhamdulillah
tidak termasuk dlm gulungan yg gedik

Wassalam

29/12/11

entry ini buatkan ayu makin dekat dengan fara

sangat dekat..
ditambah gamabar semasa di BBB

fara, tahniah.. kamu seorang sahabat yang sangat ikhlas, ceritalah ttg suami kamu..
nak tahu gak..
eh!!
saya bukan gedik nak tau ttg suami orang, cuma nak berkenalan dengan fara dan family

baca entry ni...kisah awak sama macam saya...kurang keyakinan diri,rasa diri x cantik,simple dan jenis x melayan...tapi yg berbeza saya masih belom menemui mr.right...hehe..:)

hehe..apa yg fara lalui sy lalui juga..cuma berbeza situasi jer..


dululah ms sekolah sy huduh..pakai spek tebal..kurus..pendek..muka jerawat..kwn baik pula cantik bak bidadari..jd apa rsnya kalau berada di tmpt sy..mistilah rs rendah diri sgt-sgt kan?


masuk universiti sy abaikan perasaan pd lelaki..bg sy yg penting pelajaran..kalau sy pandai misti lelaki akan respek pd sy..betul pon..dgn brain yg sy ada ada jugalah lelaki yg terkejarkan sy walaupon penampilan sy ms tu hodoh sgt..


final year dan kemudaian bekerja sy dh pndi melawa sikit..jd adalah juga lelaki yg suka..tp sy memilih pula nk yg tinggi sbb x mahu dpt anak rendah mcm sy..HEHE..alhamdulillah dpt pon yg tinggi..bonus BESAR lg HAHA


kesimpulannya, cantik itu mmg subjektif..apa pon jgn perasan cantik cukuplah kan haha..sbb kalau kita rs kita cantik bukan semua org akn tgk kita cantik pon kan..

Kalau kakak bangga dapat ketinggian dan susuk yg begitu Fara. Aydin ada peluang tinggi sebab genetik dah ada. Err... hubby Fara tinggi tak?

Tanpa Nama
29/12/11

hm, perempuan...

29/12/11

cantik dalaman lebih baik dari luaran..;)

@SM

Apahal dgn perempuan?

Tanpa Nama
29/12/11

@Pok Amai-Amai
adoi la perempuan, perempuan....

kenapa sebelum ni saya tak jumpa part nak komen itu di mana?hehe..
saya suka entry ini dan entry2 lain..

betul membazir nak cantik semata-mata untuk tarik perhatian lelaki kelak kecantikan akan pudar jugak..

akhirnya..Allah bagi 2 lelaki terus dalam hidup akak..sweett..:)

@SM

Cool ape jdk pompuan...

dah sama tinggi dengan saya dah gamaknya..

fara kalau main bola jaring, boleh jadi jadi GS atau GA ni.. (",)

29/12/11

saya dulu pun cam fara..kurang keyakinan diri dan suami pernah kata dia tak suka kat saya dulu sebab kulit saya gelap dan tak matang..even mak saya sendiri pernah cakap ada ke orang nak kawin dengan saya sebab saya takde kawan lelaki pun..

Tanpa Nama
29/12/11

@Pok Amai-Amai
ok, pujian pada kau sebab dah mendedahkan sedikit ketaksuban perempuan yang sedang meningkat naik. walau pun buruk, itu tetap realiti. nak lelaki macho, tinggi, inginkan perhatian. last-last, bila masa semakin lama semakin memamah usia, baru lah tersengih sendiri. adoi la perempuan (yang sedang meningkat naik).

salam kak,

saya suka entry ni..
bagi pengajaran kpd saya juga..
yup, cantik itu subjektif..:)

p/s: saya follow akak..:)

29/12/11

memang seronok membacanya! tiba tiba merasai ada kesamaan sedikit sebanyak antara kita.. heheh..

dari dulu memang tak faham kenapa ada antara orang lelaki yang suka perempuan yang ala gedik mengada ngada, sumpah, sampai sekarang pun ada temui teman yang katanya suka pada perempuan yang ngada2 sikit..
dan aku bukan begitu..dan suami ku sangat tak suka perempuan yang gedik ngada, ya mungkin sebab itu kami bertemu dan ada jodoh di situ.. =)

bila terkenang kisah lalu.. memang menggamit rindu.. =)

saya pemikiran advance, dari kecik bila sedar diri gelap & muka bulat..tak risau sbb tau tiap org ada jodohnya. hehe..

@SM

Aku tak perlu nak jdk hipokrit. Perempuan, mcm ne pun tetap akan terselit perangai tipikal. Aku pun tak terlepas walau aku dulu....mcm aku cite kat ataslah kan? Kuikuikuikui...ko bt aku tibe2 ade idea nak cite psl zaman meningkat naik...!!!

@Huda

Kite boleh genglah mcm nie!

=p

Tanpa Nama
29/12/11

@Pok Amai-Amai
pulak dah. apa lagi, caragas!!!

Tanpa Nama
29/12/11

Sape la yang kata Fara tak cantik tu..cantik je tengok..manis

*eh mana lembu??

hhhhhmmmm kisah lama, menarik baca entri nie...tapi lagi menarik kalo cerita mcm mana suami u tersangkup pada u. boleh tak???

29/12/11

secara reality...kingkong dah tak wujud masa gathering ari tu, hanya zirafah je kelihatan...haha jgn mara r! ..tang mana yg peliknya entri sy tuh?

Tanpa Nama
29/12/11

Kata orang bijak pandai, kalau kecantikan kita yang orang kejar dan suka, bila kita dah tak cantik lagi, mereka pun lari.

tingginya fara...along dan angah kak ita tinggi 19+lebih cm...memang tinggi sekarang anak buah k.ita (anis)baru tingkatan satu dah lebih dari pada kak ita,kak itanya tinggi 163cm.cite fara lebih kurang kak ita,cuma kak ita agak ganas sikit..ala-ala tomboy..suka pakai baju T,seluar dan topi...mekup ne..tak ada maknanya..masuk kerajaan ne lah baru lah banyak baju kurung,kalu dulu raya aje lah....tapi alhamdulilah hubby terima seadanya...

Ini entry king kong terbaikkk! Isk memanjang tertinggal bas akak ni...believe me...ketidakserupaan itulah yang menyerlahkan keistimewaan kita...and u are the one yg ada something macam tu...5'9" tu..tambah 1 je lagi dah masuk tahap supermodel tu farra...kalau kat Europe sure farra dah menapak kat runaway dah...dare to be different!

tingginya awok farah..huhu tinggi nurul baru 152..huhu kecikkan?alah farah aper yang ada dlm diri kita tulah yang terbaik..allah jadikan kita berpasangan n dengan aper yang ada2 adalah hikmahnya..so idup kena enjoy=)

alolo!!! kak farah nih masih tak berubah.ayat kawan yang montel tapi di minati tuh macam lain jer..hahaha!!.kak farah mmg cantik ok..saje je nak rasa rendah dri tu kan?.alhamdulillah..kak farah pun dah bahagia skang kan ^_^

30/12/11

Tingginya mommy fara! *tiba-tiba rasa ketot sangat hehe*

cik ina percaya kebanyakan lelaki kat luar sana lebih tertarik pada perempuan yang ikhlas, jujur , baik hati ,baik budi pekerti dan pandai bawak diri.

30/12/11

Sungguhla, definisi cantik itu subjektif, kalau tak masakan bangsa Eropah sibuk berjemur di tengah matahari untuk dapat kulit tanned?kita pula takut kepada matahari sebab tak mahu gelap, konon gelap itu tak cantik...jadi apapun, siapapun kita anggap diri ini istimewa, sebab semua ciptaan Tuhan itu kan cantik..dan berangan itu perlu, KOOL..hiks

*teringin jumpa kamu, saya juga kategori gadis tinggi yang suatu masa dulu selalu berangan ingin suami tinggi dari saya*

30/12/11

KC pulak selalu 'admire' yg tinggi2 .. mcm Farra ni ..

oh saya bygkan kamu cantik mcm pramugari dan sebenarnya mungkin ada sebab dan hikmah kita tk berapa nk popular waktu sekolah, mungkin kalau waktu tu ramai yg syokk kat kita kita jd bangga dan riak dan mungkin kita akan terpedaya dgn tipu helah lelaki..

dulu saya tgok ada budak pompuan begitu bangga tayang koleksi gambo boypren...

saya rasa rendah diri bertahun2 zmn sekolah,montel dan muka jerawat..hmmm

Sambil baca, sambil senyum...dan bayangkan ketinggin & rupa fara...hehehehe...seronok baca ☺☺

suka sangat baca kisah ni..rasa berdebar-debar nak tau apa kesudahannya..

tapikan...darjah 6 dah 172? bapak tinggiiiii..saya dah 26 still 153..haha baka rendah :p

citer sket detik perkenalan pulak..ahha

7/1/12

Alhamdulilah, akhirnya fara dah selamat berjumpa jejaka idamannya. sya pun masa remaja selalu rasa rendah diri sebab sya pun RENDAH orgnya. sya selalu rasa jeles bila berdamping dgn org tinggi lampai. tapi bila dah dewasa, terus hilang sifat -ve tu sebab kita cover dgn kelebihan lain yg kita ada :-)

Catat Ulasan